Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak
kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri dan dibantu
oleh dua (2) Menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya
kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta
dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di
dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan. Pihak
pembangkang yang diketuai oleh Ketua pembangkang pula akan menterjemahkan usul
(melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan
secara bersopan serta menjawab sebab usul tersebut harus ditolak.
Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua
Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala parlimen ini
pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh hakim bahas.
Keputusan hendaklah diumumkan oleh YDP seperti pengumuman yang dibuat oleh
YDP Rakyat.
Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara sistem Power Match
(kaedah Swiss Bracket). Sistem Power Match merupakah satu sistem yang menentukan
jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin, juri dan markah.
Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga (3) perlawanan. Selepas pusingan awal, lapan
(8) pasukan yang mendapat kedudukan tertinggi layak untuk ke peringkat suku akhir,
seterusnya separuh akhir dan akhir.
1. Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada
murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.
2. Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran
tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan spontan.
3. Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas
dan teratur.
Assalamualaikum, Warahmatullahi Taala
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Labuan
Hebat, Guru Sayang Muridnya.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran
saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat
kita bersama di Majlis Perasmian Penutupan,
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen, Sekolah-sekolah Menengah Peringkat
Negeri Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun
2022.
Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada
Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Labuan, Encik Yusup bin Mohamad atas kesudian
hadir pada petang ini bagi merasmikan majlis kita
pada hari ini.
Untuk makluman semua, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen, Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan ini telah berlangsung sejak 29 Ogos
dan berakhir pada 30 Ogos iaitu pada hari ini. Pada tahun 2022 ini, SMK Pantai sebenarnya
sangat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah pertandingan yang gah seumpama ini.
Sebenarnya, Bahas Ala Parlimen ini merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul
atau cadangan, sama seperti di Parlimen Malaysia. Ada pihak kerajaan dan ada pihak
pembangkang. Pihak kerajaan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan
dibantu oleh dua menteri lain manakala pihak pembangkang pula diketuai oleh Ketua
Pembangkang. Secara amnya, pertandingan seumpama ini:
1. Dapat memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada
murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan;
2. Dapat melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran
tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan spontan; dan
3. Dapat melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang
bernas dan teratur.
Di peringkat kebangsaan nanti, pertandingan ini akan dijalankan secara sistem Power
Match atau Kaedah Swiss Bracket. Sistem Power Match merupakan satu sistem yang
menentukan jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin, juri dan markah.
Saya yakin dan percaya bahawa program seumpama ini mampu
mengetengahkan murid-murid kita di Wilayah Persekutuan Labuan persada
kebangsaan. Semoga mereka dapat bersaing setaraf dengan murid-murid dari negeri
yang lain.
Bagi yang berjaya pada hari ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan
bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Cuba lagi di lain masa. Sebelum
mengakhiri ucapan ini, saya ingin membaca serangkap pantun Melayu yang biasa kita
dengar;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
ISMAIL BIN ABDULLAH
PENGETUA SMK PANTAI
WP LABUAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum, warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur
ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan rahmat daripada-Nya maka,
Program Pertandingan Bahas Ala Parlimen
Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Peringkat Negeri tahun 2022 ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Syabas
diucapkan kepada pihak jawatankuasa
pelaksana.
Tahniah diucapkan kepada para
peserta debat iaitu para pelajar yang terdiri
daripada murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Pelibatan
anda semua secara tidak langsung dapat menghubungkan ukhwah dan ikatan
persahabatan antara seluruh sekolah di wilayah ini. Dengan penyertaan dan
kehadiran anda semua, maka secara tidak langsung telah menyemarakkan dan
memeriahkan lagi pertandingan debat kali ini.
Umum mengetahui bahawa perbahasan ialah satu teknik komunikasi yang
melibatkan konfrontasi idea dan pendapat yang berbeza mengenai topik yang
diberikan. Tujuan perbahasan ini adalah untuk mencungkil bakat yang ada untuk
berhujah dan bertukar-tukar idea serta buah fikiran. Pertandingan ini bertujuan
untuk melahirkan generasi yang berfikir secara kreatif dan kritis.
Dengan adanya program seperti ini juga, para peserta berupaya mengasah
bakat-bakat baru dan mengembangkan idea seterusnya mempertahankan idea-idea
mengikut pendirian kumpulan masing-masing sama ada sebagai pihak
pembangkang mahu pun kerajaan. Hal ini bukan sahaja dapat memperkasakan
pemikiran kreatif tetapi turut memantapkan kemahiran berbahasa khususnya Bahasa
Melayu dalam kalangan murid-murid selaras dengan elemen yang terkandung
dalam Sekolahku SEJAHTERA iaitu artikulasi.
Pada zaman yang serba canggih dan persaingan yang semakin sengit, murid-
murid bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik tetapi kemahiran berdebat
seperti ini juga wajar diasah dalam diri masing-masing. Kemahiran dan kebolehan
luar biasa ini menjadi salah satu tarikan untuk murid-murid mendapat tempat yang
baik di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Malah murid bukan sahaja
cemerlang dalam semua perkara yang dilakukan malah negara kita akan turut
berbangga kerana mempunyai generasi yang berani dan mampu menyuarakan idea
serta mengaplikasikan segala pengetahuan yang ada bagi memajukan dan
membangunkan negara.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada barisan jawatankuasa pelaksana kerana
mampu melaksanakan program ini walaupun terdapat beberapa kekangan dan kesibukan
masa seperti baru sahaja selesai melaksanakan Perkhemahan Perdana, Sukan MSSWPL
dan pertandingan ko-akademik yang lain.
Kepada pasukan yang menang hari ini, tahniah dan syabas saya ucapkan.
Semoga dapat mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan khasnya pada
pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah pada peringkat
kebangsaan nanti. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik, jadikan kekalahan hari
ini penyuntik semangat untuk terus memperbaiki mutu pencapaian agar dapat bersaing
secara sihat pada tahun akan datang.
Dalam sebuah pertandingan kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting
semangat juang perlu dipupuk bagi memastikan kejayaan milik anda satu hari nanti.
Memetik kata-kata Confucius, Ahli Falsafah Agung dari China ‘kemenangan terbesar itu
bukan kerana kita tidak pernah kalah, tetapi kita terus bangkit dari setiap kekalahan.
Justeru, kekalahan adalah kemenangan yang tertunda.’
Akhir kata daripada saya, kejayaan sesuatu perkara itu memerlukan pengorbanan
dan semangat yang jitu serta beterusan. Ingatlah seperti mana peribahasa yang biasa kita
dengar ‘usaha tangga kejayaan’. Oleh itu, teruskan usaha dan semoga anda selamat
dalam merintis kejayaan hari ini dan hari mendatang.
Dengan ingatan itu, maka saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
merasmikan Penutupan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah
Menengah peringkat negeri Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2022.
EN. YUSUP BIN HAJI MOHAMAD
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN W.P. LABUAN
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA
PARLIMEN
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
PENGERUSI :EN. YUSUP BIN HAJI MOHAMAD
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN W.P. LABUAN
TIMB. PENGERUSI : USTAZ HAJI ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
NAIB PENGERUSI :EN ISMAIL BIN ABDULLAH
PENGETUA SMK PANTAI
SETIAUSAHA :EN. SAMSUL MANDISIN
KETUA PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
NAIB SETIAUSAHA ` :PN. JAKIAH BINTI INGKAM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK PANTAI
PENYELARAS :PN. ZALEHA BINTI PUMP@PUMB
GURU KANAN BIDANG BAHASA
SMK PANTAI
PT BAHASA : PN ROZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
SM ST ANTHONY
KT NEGERI : AHMAD RAZI BIN AB HALIM
SMK MUTIARA
URUSETIA :PN. SA’ADIAH BINTI BOHARI
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SMK PANTAI
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
PENASIHAT : USTAZ ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
TIMBALAN PENGARAH
PENGERUSI SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT MURID, JPWPL
TIM.PENGERUSI : EN.ISMAIL BIN ABDULLAH
NAIB PENGERUSI 1 PENGETUA SMK PANTAI
NAIB PENGERUSI 2 : PN JAKIAH BINTI INGKAM
PENYELARAS PK KOKURIKULUM SMK PANTAI
PT BAHASA : PN.WAN AZMONA BINTI WAN MOHAMED
KT NEGERI PK PENTADBIRAN SMK PANTAI
SETIAUSAHA :PN. EDORA BINTI ELLIAS
BENDAHARI PK HAL EHWAL MURID SMK PANTAI
: PN. ZALEHA BINTI PUMP@ PUMB
GURU KANAN BIDANG BAHASA SMK PANTAI
: PN ROZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
SM. ST. ANTHONY
: AHMAD RAZI BIN AB HALIM
SMK MUTIARA
: PN. SA’ADIAH BINTI BOHARI
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SMK PANTAI
: PN.JUMIATIH BINTI HALIM
PEMBANTU TADBIR SMK PANTAI
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
BIL. JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
SEBELUM PERTANDINGAN
Pemantau: Pn Sa’adiah Binti Bohari & En Razi Bin Ab Halim (KT Negeri)
1 JK Jemputan & Siaraya Pn Haslindah Binti Muawan (K)
Cik Nur Izzati binti Muhammad Hatta
2 JK Persiapan Pentas (Akhir) Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani (K)
En. Muhammad Mirwanuddeen bin Mat Ghani
(lampu)
Semua ahli Panitia BM
3 JK Buku Aturcara Cik Cyntia Zauti (K)
4 Cik Zarina binti Md Zuki
Encik Kasnan Bin Josef @ Mohd Yusup
JK Banner
5 Sijil dan link kehadiran Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah (K)
(Barcode) Cik Nur Hayati Binti Ismail
6 Pn Lina binti Mohd Ali (K)
Teks Ucapan Pn Julianah binti Djainuddin
7 Cik Nur Haizahthulthasiah Binti Hassan
Papan Tanda(‘Tagging’) (K)
Cik Sharania A/P Gunasegaran
Cik Nur Husna binti Muhammad Hasni
Persatuan BM (5 orang)
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
6 JK Persiapan Tempat
Tempat Pertandingan(5)
Bilik Persidangan 1 En. Wilter Jonathan Ebang (K)
(Atas pentas) & Pertandingan En. Aman bin A.Rashiak
Akhir En. Mohd Amirul Adzha bin Ismail
DEWAN (Atas Pentas dan Bawah En. Brolin Peter Ugau
Pentas) Persatuan BM (5 orang)
Bilik Persidangan 2 En. Muhammad Mirwanuddeen bin Mat Ghani (K)
BILIK MATEMATIK En.Muhammad Shaiful Aidil bin Mohd Syafaruddin
Persatuan BM (5 murid)
Bilik Persidangan 3 Pn. Nerwani binti Aslan (K)
BILIK MORAL Cik Didie Pilin
Bilik Persidangan 4 Persatuan BM (5 murid)
BILIK PSS Cik Susilawati Mohd Ibbinie Hong (K)
Pn. Asfalela Binti Mohd Zain
Pengawas PSS Tingkatan 5 (5 murid)
Bilik Persidangan 5 Cik Wan Farah Najiha binti Wan Azemi (K)
BILIK KATERING Pn Amisah Binti Martin
Murid Tingkatan 5PVMA (5 murid)
B. BILIK KUARANTIN (5) En. Arrdy bin Mat Thani
MAKMAL KIMIA 2 En. Ahmad Fadlullah bin Mohd Amir
MAKMAL BIOLOGI 2 Pn. Salisnah binti Mat Salleh
MAKMAL KIMIA 1 Pn. Nuranizah binti Mohd Japar
MAKMAL BIOLOGI 1
C. BILIK HAKIM (1) Pn. Nellina Binti Sidup
BILIK MESYUARAT Ustazah Jastinah bt. Yusof
D. TAKLIMAT PESERTA AKHIR
SURAU
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
SEMASA PERTANDINGAN
29 Ogos 2022 (Isnin)-30 Ogos 2022 (Selasa)
Pemantau : Pn Zaleha Binti Pump@Pumb &Pn Sa’adiah Binti Bohari
1 Pendaftaran Peserta (Dewan) Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah
– 9.00 pagi & 1.00 petang Cik Nur Khairunnisa binti Roomainoor.
Hakim (Bilik Mesyuarat) 5 orang murid disediakan.
- 10.00 pagi & 2.00 petang Pn Sa’adiah Binti Bohari
5 orang murid disediakan.
2 JK Teknikal Pertandingan
A )BILIK KUARANTIN (4 BUAH)
Jam: 10.00 pagi & 1.30 tengahari
Bilik Kuarantin 1 Pn Royani Binti Abdul Hamid
Bilik Makmal KIMIA 1 Murid:1
Bilik Kuarantin 2 En Wilter Jonathan Ebang
Bilik Makmal KIMIA 2 Murid:1
Bilik Kuarantin 3 Cik Sharania A/P Gunasegaran
Bilik Makmal BIOLOGI 1 Murid:1
Bilik Kuarantin 4 Pn. Lina binti Mohd Ali
Bilik Makmal BIOLOGI 2 Murid:1
BILIK PERSIDANGAN YDP: Cik Cyntia Zauti
(4 buah) Penjaga Masa: 2 Murid
Pusingan awal 1-29 Ogos 2022 YDP: Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani
Jumlah Bilik Persidangan:5 Penjaga Masa: 2 Murid
Jumlah Bilik Kuarantin:5 YDP: Cik Haizahthulthasiah Binti Hassan
Yang Dipertua (5), Penjaga Masa: 2 Murid
Penjaga Masa (10) YDP: Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah
Masa: 10.30 pagi Penjaga Masa: 2 Murid
BILIK PERSIDANGAN 2
BILIK MATEMATIK
BILIK PERSIDANGAN 3
BILIK MORAL
BILIK PERSIDANGAN 4
BILIK PSS
BILIK PERSIDANGAN 5
BILIK KATERING
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
Pusingan awal 2-29 Ogos 2022 YDP: Cik Cyntia Zauti
Jumlah Bilik Persidangan:4 Penjaga Masa: 2 Murid
Jumlah Bilik Kuarantin:4 YDP: Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani
Yang Dipertua (4), Penjaga Masa: 2 Murid
Penjaga Masa (8) YDP: Cik Haizahthulthasiah Binti Hassan
BILIK PERSIDANGAN 2 Penjaga Masa: 2 Murid
BILIK MATEMATIK YDP: Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah
BILIK PERSIDANGAN 3 Penjaga Masa: 2 Murid
BILIK MORAL
BILIK PERSIDANGAN 4 YDP: Cik Haizahthulthasiah Binti Hassan
BILIK PSS Penjaga Masa: 2 Murid
BILIK PERSIDANGAN 5 YDP: Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah
BILIK KATERING Penjaga Masa: 2 Murid
Pusingan Separuh Akhir -30 Ogos
2022) YDP: Cik Farah Farahim binti Abu Hanifah
Jumlah Bilik Persidangan:2 Penjaga Masa:
Jumlah Bilik Kuarantin:2
Yang Dipertua (2), Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani
Penjaga Masa (4) dan Cik Nur Khairunnisa Binti Roomainor
Masa: 10.00 pagi YDP:Cik Cyntia Zauti
BILIK PERSIDANGAN 4 Penjaga Masa:
BILIK PSS Cik Haizahthulthasiah Binti Hassan
BILIK PERSIDANGAN 5 Cik Sharania A/P Gunasegaran
BILIK KATERING
Pusingan Akhir -30 Ogos 2022)
Jumlah Bilik Persidangan:2
Jumlah Bilik Kuarantin:2
Yang Dipertua (2),
Penjaga Masa (4)
BILIK PERSIDANGAN 5
BILIK KATERING
BILIK PERSIDANGAN 1
DEWAN
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
PERTANDINGAN AKHIR
30 Ogos 2022 (Selasa): 2.00-3.30 petang
1 JK Sambutan dan Protokol Pn.Edora Binti Ellias (K)
A) Menyambut Tetamu Pn.Wan Azmona Binti Wan Mohamed
Pn.Jakiah Binti Ingkam
Pn Zaleha Binti Pump@Pumb
B) Perarakan Masuk Dewan En Abdullah Bin Ali (K)
Pn Suriati Binti Sjmasudin
5 orang Murid PRS
2 JURUACARA MAJLIS Pn Sa’adiah Binti Bohari
3 BACAAN DOA Ustaz Muhammad Harraz Bin Nazi
4 JAWATANKUASA TEKNIKAL Cik Cyntia Zauti
SIDANG 1: DEWAN UTAMA Cik Haizahthulthasiah Binti Hassan
Yang Dipertua Dewan Cik Sharania A/P Gunasegaran
Penjaga Masa: Cik Farah Farahim Binti Abu Hanifah
Pemegang Kad Masa: Cik Siti Nur Khadizah binti Kamsani
SIDANG 2:BILIK KATERING Cik Nur Khairunnisa Binti Roomainor
Yang Dipertua Dewan
Penjaga Masa:
Pemegang Kad Masa:
5 JK PA SISTEM / PERALATAN Pn Baexi bt Jakim(K)
ICT En. Muhammad Mirwanuddeen Bin Mat Ghani
SSTPN (rakaman video)
6 TAYANGAN MONTAJ Cik Nurul Nadia Binti Muhamad(K)
7 JK JAMUAN Pn Adviana Vali
Pn. Irmasuzila binti Ngopil (K)
Makan & Minum Guru / Hakim / Pn. Amisah binti Martin
Tetamu VIP
Makan & Minuman Peserta/JK teknikal Pn. Siti Nor Ain binti Mohd Rashid
(guru & murid)
8 Kawalan Disiplin & Keselamatan En. Hassan Bin Abadin (K)
Pn. Royani Binti Abdul Hamid
9 Hadiah & Cenderahati Pn Tang Siew Kit (K)
Cik Nur Izzah Nabilah bt Mohd Ali
Cik Nur Izzati binti Muhammad Hatta
Murid PBM
10 Rakaman Peristiwa Cik Ruvina Indran
Gambar - Bilik Pertandingan
Video - Dewan Sekolah
- 2 orang murid PRS
(SSTPN)
SENARAI DAN BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:
SELEPAS PROGRAM
31 Ogos-2 September 2022
1 Dokumentasi Cik Nurul Haizahthulthasiah binti Hassan (K)
Cik Cyntia Zauti
2 SPLG Pn Norlizawati Awg Tahir (K)
En.Muhammad Shaiful Aidil bin Mohd Syafaruddin
JADUAL PERTANDINGAN
PERINGKAT TARIKH / MASA
HARI
Saringan Kuarantin :10.00 pagi
29 Ogos 2022 Pertandingan Saringan
Suku Akhir Isnin 10.30 pagi-12.00 tengah hari
Kuarantin :1.30 tengah hari
Separuh Akhir 29 Ogos 2022 Pertandingan Suku Akhir
Isnin 2.00 petang- 3.30 petang
Penentuan Kuarantin : 10.00 pagi
Ketiga & Keempat 30 Ogos 2022 Pertandingan Separuh Akhir
Pusingan Akhir Selasa 10.30 pagi-12.00 tengah hari
Kuarantin : 1.30 tengah hari
30 Ogos 2022
Selasa Pertandingan Akhir
2.00 petang - 3.30 petang
Tentatif Program:
Saringan Pertandingan Bahas : 29 Ogos 2022 (Isnin)
PESERTA - Pendaftaran peserta (Dewan SMK Pantai)
- Taklimat/ Cabutan undi
9.15 pagi - Kuarantin
9.30 pagi - Bergerak ke bilik pertandingan
9.45 pagi - Pertandingan bermula
10.15 pagi
10.30 pagI
HAKIM - Pendaftaran hakim dan taklimat Hakim
10.00 pagi (Bilik Mesyuarat)
Pertandingan bermula
10.30 pagi - Keputusan diumumkan
12.00 tengah hari- Makan tengahari/Solat
-
Suku Akhir Pertandingan Bahas: 29 Ogos 2022 (Isnin)
PESERTA
1.00 tengah hari - Pendaftaran peserta (Dewan SMK Pantai)
1.15 tengah hari - Cabutan Undi (bergerak ke bilik kuarantin)
1.45 tengah hari - Bergerak ke Bilik Pertandingan
2.00 petang - Pertandingan bermula
HAKIM Pendaftaran hakim dan taklimat Hakim
1.30 tengah hari - (Bilik Mesyuarat)
Pertandingan bermula
2.00 petang - Keputusan diumumkan
3.30 petang -
Separuh Akhir Pertandingan Bahas: 30 Ogos 2022 (Selasa)
PESERTA - Pendaftaran Peserta (Dewan SMK Pantai)
9.15 pagi - Taklimat/ Cabutan Undi
9.30 pagi - Kuarantin
9.45 pagi - Bergerak ke bilik pertandingan
10.15 pagi - Pertandingan bermula
10.30 pagi - Pendaftaran hakim dan Taklimat Hakim
(Bilik Mesyuarat)
HAKIM Pertandingan bermula
Keputusan diumumkan
10.00 pagi Makan tengah hari/Solat
10.30 pagi -
12.00 tengah hari -
-
Pertandingan Akhir Bahas BM Ala Parlimen
30 Julai 2022 (Selasa)
Tempat: Dewan SMK Pantai
PESERTA Pendaftaran peserta (Dewan SMK Pantai)
1.00 tengah hari - Cabutan undi (bergerak ke bilik kuarantin)
1.15 tengah hari - Bergerak ke bilik pertandingan
1.45 tengah hari -
* Dewan bagi pasukan pertandingan bahas peringkat Akhir.
* Pasukan Bahas untuk mendapat tempat 3 dan 4 di Billik Katering.
2.00 petang - Pertandingan bermula
HAKIM Pendaftaran hakim dan taklimat hakim
(Bilik Mesyuarat)
1.30 tengah hari - Hakim bergerak ke tempat pertandingan
1.45 tengah hari - Pertandingan bermula
2.00 petang - Keputusan diumumkan
3.30 petang -
Tentatif Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Bahas BM
Ala Parlimen Sekolah Menengah WP Labuan tahun 2022
1.50 tengah hari - Ketibaan VIP
2.00 petang - Perarakan masuk VIP,Hakim, YDP, Penjaga masa dan
Peserta Akhir Bahas
2.05 petang - Lagu Negaraku
2.10 petang - Bacaan Doa
2.15 petang - Pertandingan Bahas BM Ala Parlimen Peringkat Akhir
bermula.
3.35 petang - Juruacara Majlis menyerahkan majlis kepada YDP
YDP menyerahkan semula majlis kepada juruacara.
3.40 petang - YDP, Peserta bahas dan penjaga masa beredar dan
3.45 petang - mengambil tempat duduk di bahagian bawah pentas.
3.50 petang - Ucapan alu-aluan Pengetua
3.55 petang - Ucapan Perasmian Penutupan
4.00 petang - Tayangan Montaj
4.25 petang - Komen Ketua Hakim
4.30 petang - Penyampaian hadiah dan cenderahati
Sesi bergambar
Bersurai
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
SENARAI PASUKAN SEKOLAH YANG BERTANDING
USUL PERTANDINGAN
SARINGAN
DUNIA TANPA SEMPADAN MENGHAKIS SAHSIAH DIRI MURID.
SUKU AKHIR
TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN:
KITA SUDAH BERSEDIA.
SEPARUH AKHIR
PEMBELAJARAN DIGITAL MEDIUM KECEMERLANGAN
AKADEMIK MURID
PENENTUAN KETIGA & KEEMPAT/ PUSINGAN AKHIR
PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL:
GRADUAN MALAYSIA BERDAYA SAING.
PENGHARGAAN
Sayang selasih tepian mandi,
Harum melati di tapak tangan,
Terima kasih sekalung budi,
Terpahat di hati jadi kenangan.
Ikhlas daripada :
Panitia Bahasa Melayu
SMK Pantai WP Labuian