The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita ini mengisahkan tentang dua ekor kerbau yang tidak disukai oleh rakan-rakannya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikaeirma238, 2020-11-23 12:16:36

KERBAU BALAR

Cerita ini mengisahkan tentang dua ekor kerbau yang tidak disukai oleh rakan-rakannya.

Dalam sekumpulan kerbau,
ada sepasang kerbau balar.
Warna kulitnya merah, tidak
hitam seperti kerbau-kerbau
yang lain. Oleh kerana kulit
yang berbeza warnanya itu,
kerbau balar selalu dihalau
oleh kerbau lain. Kedua-
duanya tidak dibenarkan
makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama
dengan kami," kata kerbau
yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu
sangat sedih kerana mereka
selalu disisihkan.

Pada suatu musim, kerbau
hitam dan kerbau balar itu
mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka.
Semuanya akan dihantar dan
akan dipakaikan gelang
merah.

Pada suatu hari, kedua-dua
kerbau merah itu tersesat ke
tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di
kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di
tangkap, kedua-dua ekor
kerbau balar itu melarikan diri
ke hutan. Kerbau-kerbau yang
lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau
balar itu. Lalu kedua-duanya
menjadi kerbau liar yang
susah untuk ditangkap lagi.


Click to View FlipBook Version