The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita ini mengisahkan tentang seekor anak ikan yang suka menipu rakan-rakannya sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya sendiri.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikaeirma238, 2020-11-23 12:11:46

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Cerita ini mengisahkan tentang seekor anak ikan yang suka menipu rakan-rakannya sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya sendiri.

DISEDIAKAN OLEH :

NUR HAKIMAH
BINTI
MOHD

KAMARUDDIN

ANAK IKAN YANG
SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan
yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka
menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu.

Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-
ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung
yang garang itu akan memakan mereka tanpa
belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan
apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”
Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa
seronok dapat mempermain-mainkan rakan-
rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan
helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-
rakanya itu. Ia ingin mempermainkan
mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka.
Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di
celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-
rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung!
Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu
berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung itu.


Click to View FlipBook Version