The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

“Rempah ratus menjadi mercu tanda dalam hidangan Melayu”

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erdaamira, 2024-03-25 21:20:43

REMPAH RATUS

“Rempah ratus menjadi mercu tanda dalam hidangan Melayu”

Keywords: Rempah ratus

REMPAH RATUS “Rempah ratus menjadi mercu tanda dalam hidangan Melayu”


SEJARAH REMPAH RATUS Beratus-ratus tahun dahulu, Malaysia merupakan pusat dagangan rempah di rantau ini dengan pedagang yang datang dari jauh dan dekat dari Timur ke Barat sehinggalah dari Portugal ke China. Lebih-lebih lagi perdagangan telah membawa agama Islam ke rantau kita ini dan rempah ratus telah menjadi satu elemen yang sama/ common element, dalam budaya makanan Timur Tengan dan Timur. Dalam industri perhotelan dan restoran, rempah ratus mendapat tempat yang khusus dan diguna dalam pelbagai cara dan adunan oleh chefchef ternama didunia. Bahkan disetengah-setengah negara barat, makanan-makanan yang mengandungi rempah ratus, telah dapat menawan selera Bagi Malaysia, arah aliran baru ini membukakan peluang-peluang untuk usahawan tempatan memperkenalkan makanan-makanan Malaysia, terutamanya yang dipusat-pusat bandar negaranegara luar seperti di Eropah dan Amerika. Rempahratus banyak digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Kebanyakan rempah-ratus ini mempunyai aroma yang segar, pedas dan menyelerakan. Daun juga sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan bau harum yang dapat membuka selera


SEJARAH REMPAH RATUS Di antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dan digunakan dengan meluas. Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER. Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba. Dipercayai, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Antara rempah ratus yang lain ialah seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, halba, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih, kayu manis, bunga cengkih dan banyak lagi. Jelas bahawa rempah ratus bukan sahaja komponen penting dalam masakan yang dianggap “exotic” , tetapi juga merupakan komponen budaya dan sejarah dalam negara-negara dan masyarakat Islam. Hari ini, rempah ratus telah menjadi sebahagian daripada adunan makanan banyak budaya-budaya di dunia.


Cengkih Bunga cengkih merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubatubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok. Clove; Syzgium aromaticumr, Eugenia aromatica)


Kayu Manis Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai; Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.


LADA HITAM & LADA PUTIH Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch


BIJI SAWI Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.


BUNGA LAWANG Rupanya seakan bintang daun kerbau kuat. Mejadikan masakan kari dan sup bertambah enak Cina: Ba Jiao, Pak kok, Baat gok Hindi: Badayan, Anasphal


BUAH PELAGA Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh. Green Cardamon


HALBA Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai; cina: Hu Lu Ba Inggeris: Fenugreek (Trigonella foenumgraecum L.) Tamil: Vendayam


JINTAN PUTIH Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaan juga sama.


JINTAN MANIS Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan. Nama Inggeris: Fennel Nama Indonesia: Adas Pedas Nama Tamil: Sohikirai


KETUMBAR Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.


BUAH KERAS Buah keras, yang dikenali secara saintifik sebagai Aleurites moluccanus, adalah sejenis buah yang berasal dari Asia Tenggara dan dikenal sebagai salah satu buah yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Buah keras juga dikenali sebagai buah kemiri di beberapa negara. Di Malaysia, ia digunakan secara meluas dalam masakan dan juga sebagai ubat tradisional.


Click to View FlipBook Version