The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks Digital Educational Learning Initiative Malaysia (Delima) Sekolah Kebangsaan (SK) Sejarah Tahun 5 KSSR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by i waffa sil zam, 2021-01-23 21:02:46

SK Tahun 5 Sejarah

Buku Teks Digital Educational Learning Initiative Malaysia (Delima) Sekolah Kebangsaan (SK) Sejarah Tahun 5 KSSR

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan melalui sistem
penggiliran yang unik antara sembilan orang raja Melayu bagi
tempoh lima tahun. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah atau

ikrar dan menandatangani surat sumpah memegang
jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
4 Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar

mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang
di-Pertuan Agong.
3 Surat pengesahan pemilihan Yang di-Pertuan Agong

dihantar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
2 Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama raja atau


sultan yang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

1 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui undian sulit


oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja.

Rajah Kronologi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
(Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
Institusi Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan yang penting
sebagai tonggak perpaduan di negara kita. Kita sebagai rakyat haruslah
menghormati dan menyanjungi institusi tersebut.


AKTIVITI (Peta Alir)

Berdasarkan maklumat
tentang kronologi pemilihan
Yang di-Pertuan Agong,
lengkapkan peta alir ini.



AKTIVITI PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)

Yang di-Pertuan Agong ialah tonggak perpaduan dalam negara kita.
1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Masa yang diberikan ialah 10 minit.
3. Nyatakan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan Agong.
4. Bentangkan hasil dapatan anda. Saiz sebenar

8.1.1 Nota • Bantu murid memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
K8.1.6 Guru Utama Negara. 93
• Bimbing murid untuk menerangkan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan
Agong sebagai tonggak perpaduan.

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 bagi
menggantikan Durbar. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh sembilan orang
raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. Antara tugas utama
Majlis Raja-Raja termasuklah melaksanakan pemilihan Yang di-Pertuan Agong.


























Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang
Yang di-Pertua Negeri.
(Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
Sebelum Pemilihan Yang Semasa Pemilihan Yang Selepas Pemilihan Yang
di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong

• Majlis Raja-Raja • Majlis Raja-Raja • Majlis Raja-Raja
memperkenankan melaksanakan mengisytiharkan
tarikh Mesyuarat proses pengundian nama Yang
Pemilihan. bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
di-Pertuan Agong yang
baharu.

Proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang dilaksanakan oleh
Majlis Raja-Raja secara tertib menunjukkan betapa pentingnya institusi
Yang di-Pertuan Agong untuk negara kita.
TAHUKAH ANDA?
Cepat Jawab
• Pada tahun 1896, Durbar ditubuhkan dan
Bilakah Majlis Raja-Raja disertai oleh empat orang raja dari Perak,
ditubuhkan? Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
(Negeri-negeri Melayu Bersekutu).
• Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Saiz sebenar
S aiz sebenar mengurus segala urusan Majlis Raja-Raja.
Nota Bimbing murid untuk memahami peranan Majlis Raja-Raja dalam pemilihan 8.1.2
Nota
Guru
94
94 Guru Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dimasyhurkan dalam majlis
istiadat pertabalan yang penuh gemilang di Istana Negara.

1
Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah
memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis
Raja-Raja.






Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat 2
sumpah memegang jawatan yang disembahkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.




3 Perdana Menteri membacakan Watikah
Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan
Agong pada majlis istiadat pertabalan.





Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris 4
Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada
majlis istiadat pertabalan.



5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk
menjalankan pemerintahan yang adil dan
saksama pada majlis istiadat pertabalan.


Kedaulatan Yang di-Pertuan Agong jelas tergambar dalam istiadat
pertabalan yang dilaksanakan. Kita harus menghargai keutuhan institusi
Yang di-Pertuan Agong di negara kita. (Sumber: Istana Negara
dan Jabatan Penerangan Malaysia)
TAHUKAH ANDA?
Yang di-Pertuan Agong Glosari
menandatangani surat
Video pertabalan sumpah memegang jawatan Watikah: Surat tauliah
Yang di-Pertuan terlebih dahulu sebelum atau surat kuasa.
Saiz sebenar
Agong ke-16. majlis istiadat pertabalan. S aiz sebenar
Nota
8.1.3 Nota Bantu murid memahami istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Guru
Guru 95
95

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan
Agong menjalankan pemerintahan kerajaan berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan
Agong merangkumi perundangan, eksekutif dan kehakiman.













Yang di-Pertuan Agong ialah ketua Yang di-Pertuan Agong melantik
agama Islam bagi negeri baginda dan Perdana Menteri dan anggota
negeri-negeri tidak beraja, iaitu Pulau kabinet Malaysia.
Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan.


















Yang di-Pertuan Agong memelihara Yang di-Pertuan Agong memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu kepentingan sah kaum-kaum lain
dan bumiputera. sebagai warganegara Malaysia.





Cepat Jawab

Nyatakan bidang kuasa Yang
di-Pertuan Agong.



Glosari
Yang di-Pertuan Agong merupakan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Bumiputera: Penduduk asli.
S aiz sebenar
Saiz sebenar
Malaysia.
Nota Bimbing murid memahami bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Nota
Guru
96
96 Guru

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Yang di-Pertuan Agong mempunyai
Rang Undang-Undang yang diluluskan kuasa untuk memanggil, memberhentikan
oleh Parlimen. dan membubarkan Parlimen.


TAHUKAH ANDA?
• Rang Undang-Undang
disediakan oleh menteri
dan dibahaskan di Parlimen.
Setelah diluluskan, Yang
di-Pertuan Agong memberikan
perkenan dan menurunkan
Mohor Besar Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong mengurniakan
darjah kebesaran, bintang dan pingat.


(Sumber: Istana Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia
dan Jabatan Penerangan Malaysia)
Berdasarkan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dengan adil
dan saksama.
Glosari

Memperkenankan: Izin atau persetujuan yang diberikan oleh raja atau sesuatu
pihak supaya arahan atau penguatkuasaan sesuatu undang-undang dapat
dilaksanakan.


AKTIVITI PAK-21
Kajian Gambar (Visual Study)
1. Bentukkan kumpulan.
2. Teliti gambar di sebelah dan nyatakan perasaan
anda apabila melihat gambar tersebut.
3. Jelaskan kepentingan mengekalkan institusi
Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan
pelbagai sumber.
4. Bentangkan hasil dapatan. S aiz sebenar
Saiz sebenar
8.1.4
97
K8.1.7 97

Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong

Sebagai lambang kedaulatan negara, Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong mempunyai simbol keunikan tersendiri. Keunikan
tersebut dapat dilihat melalui pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran
diraja yang digunakan sewaktu istiadat pertabalan, hari ulang tahun
keputeraan rasmi, perasmian pembukaan parlimen dan istiadat tertentu.


Pakaian Kebesaran Diraja



Tengkolok Diraja


✿ Tengkolok diraja berwarna hitam dan
bersulamkan benang emas.
✿ Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah”.


















Keris Pendek Diraja

✿ Mata keris lama digunakan untuk menempa keris ini.
✿ Sarung keris diperbuat daripada gading yang
bertatahkan emas.










TAHUKAH ANDA?
• Solek bermaksud ikatan pada tengkolok.
• “Dendam Tak Sudah” bermaksud perjuangan raja-raja Melayu untuk
memelihara kedaulatan negara.
S aiz sebenar
Saiz sebenar
Nota Bimbing murid mengenal pasti pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja.
Nota
Guru
98 Guru
98

Pending Diraja


✿ Pending diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan
bertatahkan permata delima.
✿ Pending dijadikan hiasan pada tali pinggang atau bengkung.












Muskat

✿ Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
✿ Muskat diperbuat daripada benang bulu berwarna
hitam dan disulami dengan benang emas.












Kalung Diraja

✿ Kalung diraja diperbuat daripada emas putih dan
bertatahkan permata berlian.
✿ Kalung dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong.







Gandik Diraja (Pemeles)

✿ Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
memakai gandik diraja sewaktu istiadat pertabalan
dan istiadat kebesaran diraja.
✿ Gandik diraja diperbuat daripada emas putih dan
bertatahkan permata berlian.
Saiz sebenar
S aiz sebenar

99
99

Alat Kebesaran Diraja













Keris Panjang Diraja

✿ Mata keris ditempa dengan besi waja yang diambil dari
sembilan buah negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja.
✿ Hulu keris hingga ke sarungnya disaluti emas.
















Cogan Alam

✿ Cogan Alam diperbuat daripada perak.
✿ Di sekeliling bulatan terdapat lambang 11 buah negeri Persekutuan
Tanah Melayu.

















Cogan Agama


✿ Cogan Agama diperbuat daripada perak dan berhulu besar.
✿ Ayat-ayat suci al-Quran diterapkan pada batang dan hulunya.

Saiz sebenar
S aiz sebenar

100
100

Cokmar


✿ Cokmar diperbuat daripada perak dan mempunyai
kubah di hulunya.
✿ Cokmar merupakan alat perang pada zaman dahulu.













Payung Ubur-ubur Kuning dan
Tombak Berambu

✿ Pada puncak Payung Ubur-ubur Kuning
diletakkan anak bulan dan bintang
berwarna kuning raja.
✿ Tombak Berambu mempunyai mata
berlok tiga.





Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja


✿ Ketiga-tiga alat ini merupakan senjata
Melayu lama.
✿ Keris Panjang dan Sundang Diraja disaluti
dengan perak dan berukir pada hulu
dan sarungnya.






Kita harus berbangga dengan pakaian kebesaran diraja dan alat
kebesaran diraja yang melambangkan keagungan institusi Yang
di-Pertuan Agong.

Cepat Jawab AKTIVITI

Namakan dua alat kebesaran Hasilkan pohon bergambar
diraja Seri Paduka Baginda Yang pakaian kebesaran diraja
S
Saiz sebenar
di-Pertuan Agong. dan alat kebesaran diraja. aiz sebenar
8.1.5
101
101

Daulat Tuanku

Seramai 16 orang Yang di-Pertuan Agong telah dipilih secara bergilir
sebagai Ketua Utama Negara sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
Bersemayamnya baginda di atas takhta kerajaan berjaya membawa
kestabilan dalam negara kita hingga kini.

1 2 3









Almarhum Tuanku Abdul Almarhum Sultan Hisamuddin Almarhum Tuanku Syed Putra
Rahman ibni Almarhum Alam Shah ibni Almarhum Alhaj ibni Almarhum Syed
Tuanku Muhammad Sultan Alaiddin Sulaiman Hassan Jamalullail
Ogos 1957 – April 1960 Shah September 1960 – September 1965
Negeri Sembilan April – September 1960 Perlis
Selangor

4 5 6











Almarhum Sultan Ismail Almarhum Sultan Abdul Halim Almarhum Sultan Yahya Petra
Nasiruddin Mu’adzam Shah ibni Almarhum ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Shah ibni Almarhum Sultan Sultan Badlishah September 1975 – Mac 1979
Zainal Abidin September 1970 – September 1975 Kelantan
September 1965 – September 1970 Kedah
Terengganu
7 8





Cepat Jawab

Nyatakan sultan
yang dipilih sebagai
Yang di-Pertuan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Almarhum Sultan
Agong sebanyak Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Iskandar ibni
dua kali. Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Almarhum Sultan Ismail
Saiz sebenar
S aiz sebenar Al-Mu’adzam Shah April 1984 – April 1989
April 1979 – April 1984 Johor
Pahang
102
102

9 10 11









Almarhum Sultan Azlan Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Sultan Salahuddin
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Tuanku Abdul Abdul Aziz Shah Alhaj ibni
ibni Almarhum Sultan Rahman Almarhum Sultan Hisamuddin
Yussuf Izzuddin Shah April 1994 – April 1999 Alam Shah Alhaj
Ghafarullahu-lah Negeri Sembilan April 1999 – November 2001
April 1989 – April 1994 Selangor
Perak


12 13 14











Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Almarhum Almu’tasimu
Almarhum Tuanku Syed Zainal Abidin ibni Almarhum Billahi Muhibbuddin
Putra Jamalullail Sultan Mahmud Al-Muktafi Tuanku Alhaj Abdul Halim
Disember 2001 – Billah Shah Mu’adzam Shah ibni
Disember 2006 Disember 2006 – Almarhum Sultan Badlishah
Perlis Disember 2011 Disember 2011 –
Terengganu Disember 2016
Kedah
15 16


Apakah
kepentingan
taat setia
kepada raja
dan negara
Sultan Muhammad V bagi anda?
Disember 2016 – Januari 2019
Kelantan
AKTIVITI

Dengan menggunakan TMK, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
senaraikan Yang di-Pertuan Al-Mustafa Billah Shah ibni
Agong mengikut kronologi Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
dalam bentuk kreatif. Al-Musta’in Billah S aiz sebenar
Saiz sebenar
mulai Januari 2019
8.1.1 Pahang
K8.1.8 103
103
103
(Sumber: Laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)

jom buat BINGKAI GAMBAR ISTANA NEGARA


Alatan dan Bahan



batang
aiskrim
pita pelekat
gambar Istana Negara
kad manila
gunting reben pen penanda
Cara Membuat:

1 2












Warnakan batang aiskrim Lekatkan batang aiskrim
secara kreatif. menjadi bingkai.


3 4











Lekatkan kad manila di belakang Lekatkan reben di belakang kad
bingkai tersebut. manila dengan pita pelekat.

5 6







Masukkan gambar
Istana Negara Bingkai gambar
ke dalam bingkai Istana Negara
tersebut. yang telah siap.
S aiz sebenar
Saiz sebenar
Nota Bimbing murid untuk membuat bingkai gambar Istana Negara.
104
104 Guru

IMBAS

KEMBALI


Ketua Utama Negara • Baginda ialah Ketua Utama Negara.
• Baginda memayungi Badan Perundangan,
Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.



Majlis Raja-Raja • Majlis Raja-Raja dianggotai oleh sembilan orang
raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua
Negeri.
• Majlis Raja-Raja memainkan peranan utama
dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.


Istiadat
Pertabalan • Yang di-Pertuan Agong yang dipilih akan
Yang dimasyhurkan melalui istiadat pertabalan.
di-Pertuan • Baginda melafazkan dan menandatangani
Agong surat sumpah memegang jawatan.


• Ketua agama Islam.
• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera.
• Memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain
sebagai warganegara Malaysia.
• Memanggil, memberhentikan dan membubarkan
Bidang Kuasa Yang Parlimen.
di-Pertuan Agong • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
• Melantik Perdana Menteri dan anggota
kabinet Malaysia.
• Memperkenankan Rang Undang-Undang.
• Mengurniakan darjah kebesaran, bintang
dan pingat.


Alat Kebesaran • Alat kebesaran diraja digunakan oleh Seri Paduka
Yang Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
di-Pertuan Baginda Raja Permaisuri Agong.
Agong • Meliputi pakaian kebesaran diraja dan alat
kebesaran diraja.


Unit ini memberikan pemahaman tentang institusi Yang di-Pertuan
Agong sebagai tonggak kedaulatan negara. Unit seterusnya akan
Saiz sebenar
membincangkan identiti negara, iaitu Jata Negara. S aiz sebenar

105
105

FIKIR DAN JAWAB


A. Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. Kemudian, tulis huruf
pertama daripada setiap jawapan dalam kotak yang diberikan.







1 Malaysia mengamalkan ______________ Raja Berperlembagaan.


2 ______________ Yang di-Pertua Negeri turut menganggotai Majlis
Raja-Raja.


3 Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah __________ Angkatan
Tentera Malaysia.


4 ____________ Yang di-Pertuan Agong diwujudkan apabila negara
mencapai kemerdekaan.


5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan
pemerintahan yang ______________ dan saksama.



B. Tulis nama pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja
yang berikut:




























Saiz sebenar

Nota Banyakkan halaman ini.
106 Guru

CINTA AKAN NEGARA



Kita harus berbangga kerana mempunyai institusi Yang di-Pertuan Agong
yang memayungi negara dengan kebijaksanaan baginda.



























(Sumber: Istana Negara)




Diri
Menghargai institusi Yang di-Pertuan Agong Masyarakat
ialah salah satu cara kita menjadi Memberikan taat setia terhadap
warganegara yang bertanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dapat
kepada negara. mengeratkan hubungan antara
masyarakat pelbagai kaum. 



Negara

Negara menjadi lebih
kukuh dan stabil
apabila masyarakat
mengamalkan sikap
bersatu padu.







Saiz sebenar
S aiz sebenar

107
107

Tajuk 9: Identiti Negara Kita

UNIT
8 JATA NEGARA











Sinopsis


Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia. Jata Negara
perlu dipelajari bagi memberikan pengetahuan dan pemahaman
berkenaan salah satu identiti negara. Unit ini membincangkan sejarah Jata
Negara, menyenaraikan lambang dan menerangkan makna lambang
yang ada pada Jata Negara.















































Saiz sebenar
S aiz sebenar (Sumber: Warta Kerajaan Malaysia,
20 September 1990)
108
108

Apakah yang akan anda pelajari?

1. Sejarah Jata Negara.

2. Lambang pada Jata Negara.
3. Makna lambang pada Jata Negara.

AKPS Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah




1. Memahami susunan dan konversi masa sejarah Jata Negara.
2. Memahami isu dan masalah masa lalu bagi meningkatkan kesedaran
tentang pentingnya menghormati lambang kemegahan negara.



Nilai Teras Sivik

Hormat-menghormati
Bertanggungjawab

































Lambang Jata Negara pada beberapa dokumen pengenalan diri.
(Sumber: Koleksi peribadi Ahmad Hishanuddin bin Ramli)





aiz sebenar
S
Saiz sebenar
109
109

Kenali Jata Negara


Setiap negara mempunyai lambang negara masing-masing. Jata Negara
merupakan lambang rasmi kebesaran dan kedaulatan Malaysia. Jata
Negara juga merupakan simbol perpaduan, kemegahan dan identiti
rakyat Malaysia.












Wah, cantik sungguh binaan
bangunan di Putrajaya ini! Itulah Jata Negara. Selain
Tetapi, mengapakah hampir pejabat kerajaan, Jata Negara
semuanya mempunyai juga terdapat pada pelbagai
lambang yang sama?
dokumen rasmi. Kita perlu
menghormatinya.


































Glosari Cepat Jawab

Jata: Lambang kebesaran Mengapakah kita perlu menghormati
negeri atau negara. Jata Negara?
Saiz sebenar


110

Cikgu, mengapakah
kita perlu menghormati Kita perlu menghormatinya
Jata Negara? kerana Jata Negara
merupakan identiti dan
lambang kebesaran negara.

































TAHUKAH ANDA?
Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Saiz sebenar

9.1.1 Nota Bimbing murid menyatakan kepentingan menghormati Jata Negara.
K9.1.4 Guru 111

Sejarah Jata Negara
1948

Jata Negara diperkenankan oleh raja-raja Melayu
dan menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia.
Jata Negara melalui beberapa perubahan dari
semasa ke semasa.




1
Seronoknya kamu
dapat menyertai lawatan 2 Memang seronok, Stephanie. Seperti yang diterangkan dalam
ke Putrajaya. Saya dengar buku ini, Jata Negara diperkenalkan pada tahun 1948 dengan
pada bangunan kerajaan memaparkan lambang lima bilah keris, lambang Pulau
terdapat banyak Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak, iaitu putih,
lambang Jata Negara. merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong
Bagaimanakah oleh dua ekor harimau. Di atas perisai tersebut, terdapat
sejarah Jata Negara?
lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit berwarna kuning.
Di bawah perisai terdapat cogan kata “Bersekutu Bertambah
Mutu” yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris.




























Glosari

Bersekutu: Bersatu antara satu
dengan yang lain supaya
menjadi lebih kuat.
Realistik: Menunjukkan keadaan
S aiz sebenar
Saiz sebenar
yang sebenarnya.
112
112

1963 1965 KINI

















(Sumber: Arkib Negara Malaysia, 2017. Persekutuan Tanah Melayu 1948: Asas Negara Merdeka. Kuala Lumpur:
Memang seronok, Stephanie. Seperti yang diterangkan dalam
Arkib Negara Malaysia)
buku ini, Jata Negara diperkenalkan pada tahun 1948 dengan
memaparkan lambang lima bilah keris, lambang Pulau 3 Betul, Alya. Pada tahun 1963, Jata Negara
Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak, iaitu putih, diubah selepas penubuhan Malaysia.
merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong Lambang Singapura, Sarawak dan Sabah
oleh dua ekor harimau. Di atas perisai tersebut, terdapat diletakkan di sebelah bawah pada perisai 4 Pada tahun 1965, Jata Negara
lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit berwarna kuning. tersebut. Lambang negeri Melaka diubah mengalami sedikit perubahan
Di bawah perisai terdapat cogan kata “Bersekutu Bertambah kepada pokok melaka. Cogan kata dengan pengguguran lambang
Mutu” yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris.
“Bersekutu Bertambah Mutu” juga diubah Singapura dan digantikan dengan
kepada bahasa Melayu. lambang bunga raya.

Jata Negara yang dapat kita lihat
sekarang telah dikemas kini pada
lambang negeri Pulau Pinang. Rekaan
dua ekor harimau diubah kepada
yang lebih realistik. Perubahan
dilakukan pada lambang negeri
Sarawak dan Sabah. Bintang pecah
14, bulan sabit, lima bilah keris, pokok
melaka, empat warna, iaitu putih,
merah, hitam dan kuning di dalam
petak serta cogan kata dikekalkan.



Cepat Jawab
Mengapakah Jata Negara diubah
pada tahun 1963?



Jata Negara ialah lambang kebesaran yang perlu dihormati dan
dihargai supaya kedaulatan negara dapat dipertahankan. Saiz sebenar
aiz sebenar
S
Nota
9.1.1 Nota Bimbing murid memahami sejarah Jata Negara.
Guru
113
K9.1.4 Guru 113

Lambang dan Makna pada Jata Negara

Jata Negara merupakan identiti negara. Lambang pada Jata Negara juga
menjadi simbol perpaduan dan kebanggaan seluruh warganegara. Jata
Negara berbentuk perisai yang disokong oleh dua ekor harimau. Reka

bentuk ini juga mempunyai beberapa lambang yang lain. Setiap lambang
dan warna mempunyai maksud yang tersendiri.













Bintang pecah 14 melambangkan
perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan dalam Malaysia.
Lambang bulan sabit dan bintang Dua ekor harimau
bermaksud Islam sebagai agama yang melambangkan
Persekutuan Malaysia. keberanian.












Lima bilah keris pada perisai
melambangkan negeri Perlis, Empat jalur warna di tengah-tengah
Kedah, Kelantan, Terengganu perisai merujuk Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Warna merah dan kuning
dan Johor yang dahulunya
dikenali sebagai Negeri-negeri melambangkan negeri Selangor, warna
Melayu Tidak Bersekutu. hitam dan putih melambangkan negeri
Pahang. Warna hitam, putih dan kuning
melambangkan negeri Perak, manakala
warna merah, hitam dan kuning
melambangkan Negeri Sembilan.
Cepat Jawab
Apakah makna lambang dua ekor
harimau pada Jata Negara?
Saiz sebenar


114

Di bahagian kiri perisai, terdapat
sebatang pokok pinang dan Di bahagian kanan perisai,
jambatan yang mewakili terdapat sebatang pokok
negeri Pulau Pinang. melaka yang mewakili
negeri Melaka.













Cogan kata “Bersekutu
Bertambah Mutu” yang
Negeri Sarawak dan negeri Sabah bermaksud semangat
dilambangkan dengan jata negeri permuafakatan akan
masing-masing. Di antara kedua-dua mempererat perpaduan
lambang tersebut terdapat sekuntum antara rakyat di Malaysia.
bunga raya yang melambangkan
bunga kebangsaan negara kita.



AKTIVITI

Secara berkumpulan, lukis jata kumpulan
Nyatakan kepentingan anda yang mempunyai lambang, warna
Jata Negara sebagai dan cogan kata tersendiri di atas kad
identiti negara.
manila. Persembahkan jata kumpulan
anda secara kreatif.


Setiap lambang dan warna pada Jata Negara mewakili sesuatu maksud.
Lambang-lambang ini menjadikan Jata Negara unik dan bermakna.
Saiz sebenar
9.1.2 Nota Bimbing murid memahami lambang dan maksud pada Jata Negara.
9.1.3 Guru 115
K9.1.5

Bersekutu Bertambah Mutu

Cogan kata pada Jata Negara ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.
“Bersekutu Bertambah Mutu” membawa maksud yang penting kepada
seluruh rakyat Malaysia. Cogan kata ini menyeru seluruh warganegara
untuk bermuafakat dan bekerjasama bagi melahirkan negara yang
sejahtera dan gemilang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati

serta mengamalkan cogan kata Jata Negara.




AKTIVITI






















Gambar menunjukkan cogan kata pada Jata Negara.

Secara berkumpulan, kaji cogan kata tersebut.

1. Dengan merujuk pelbagai sumber, kumpulkan maklumat berkenaan
dengan kepentingan menghayati dan mengamalkan cogan kata pada
Jata Negara.

2. Catatkan dapatan maklumat secara kreatif di atas kertas atau
menggunakan multimedia.

3. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda.



Lambang dan makna pada Jata Negara perlulah difahami agar
kita dapat menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan

harian. Penghayatan cogan kata pada Jata Negara mengukuhkan lagi
keharmonian dalam masyarakat.
Saiz sebenar
9.1.3
116 K9.1.6

IMBAS

KEMBALI Sejarah
Jata Negara
Kenali Jata Negara
• Lambang rasmi kerajaan Malaysia
• Sebagai identiti negara
• Lambang kedaulatan
• Simbol perpaduan 1948






1963






1965





KINI



Lambang dan Makna Lambang pada Jata Negara
• Setiap lambang dan warna mempunyai maksud tersendiri.







Melambangkan Lima bilah keris mewakili Empat warna Melambangkan
perpaduan 13 buah Negeri-negeri Melayu mewakili Negeri-negeri keberanian
negeri dan Kerajaan Tidak Bersekutu Melayu Bersekutu
Persekutuan serta
agama Islam
sebagai agama
Persekutuan Mewakili negeri
Malaysia. Mewakili Mewakili Sarawak, bunga Cogan Kata
“Bersekutu
negeri negeri kebangsaan dan Bertambah Mutu”
Pulau Pinang Melaka negeri Sabah

Unit ini memberikan pemahaman tentang sejarah serta kepentingan

Jata Negara. Unit seterusnya murid akan mempelajari dan memahami
sejarah serta kepentingan bendera kebangsaan. Saiz sebenar

117

FIKIR DAN JAWAB


Surih Jata Negara di bawah dalam buku latihan dan jawab semua soalan.
























1 Jata Negara dapat dilihat pada ___________________.
(a) bangunan kerajaan
(b) rumah kediaman
(c) pasar raya

2 Lambang bulan sabit dan bintang berwarna kuning bermaksud
___________________.
(a) Islam agama Persekutuan Malaysia
(b) permuafakatan antara rakyat
(c) melambangkan keberanian


3 Bunga raya melambangkan ____________________.
(a) bunga perpaduan
(b) bunga kerajaan
(c) bunga kebangsaan

4 Cogan kata Jata Negara ialah _____________________.
(a) “Muafakat Membawa Berkat”
(b) “Bersedia, Berkhidmat, Berbakti”
(c) “Bersekutu Bertambah Mutu”


5 Mengapakah kita perlu berbangga dengan Jata Negara?
(a) Lambang kebesaran negara
(b) Lambang kepatuhan negara
Saiz sebenar Lambang kesetiaan negara
(c)
Nota Banyakkan halaman ini.
118 Guru

CINTA AKAN NEGARA



Mengetahui dan menghayati kepentingan Jata Negara dapat melahirkan
masyarakat yang bersatu padu serta sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kita perlu berbangga dengan Jata Negara.
































Perpaduan dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang.
(Sumber: Koleksi peribadi Ahmad Hishanuddin bin Ramli)


Diri
Berbangga dengan identiti Masyarakat
negara membolehkan kita Masyarakat yang menghayati
mempunyai semangat dan mengamalkan cogan kata Negara
patriotik yang jitu dan Jata Negara dapat melahirkan Generasi yang bersatu
sentiasa berusaha ke arah generasi yang bersatu padu padu dan cemerlang
yang lebih baik. dapat memacu negara
dan cemerlang. ke arah yang terbilang.














Saiz sebenar
S aiz sebenar

119
119

Tajuk 9: Identiti Negara Kita

UNIT BENDERA KEBANGSAAN
9 MALAYSIA





















































Kibaran bendera kebangsaan melambangkan
kebanggaan rakyat Malaysia.
(Sumber: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal
Malaysia, Noor Emy Liana binti Daud, Muslim bin Haji
Tamsir, Danish Irfan bin Muslim)
Sinopsis


Bendera kebangsaan ialah lambang kemegahan sesebuah negara.
Mengetahui dan memahami identiti bendera kebangsaan dapat
memupuk rasa bangga terhadap negara. Unit ini akan membincangkan
sejarah, nama, maksud warna dan lambang serta etika menaikkan dan
Saiz sebenar
S aiz sebenar
menurunkan bendera kebangsaan.
120
120

Apakah yang akan anda pelajari?


1. Sejarah bendera kebangsaan.
2. Nama bendera kebangsaan.
3. Makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan.
4. Etika penggunaan bendera kebangsaan.











































Nilai Teras Sivik


Bertanggungjawab
AKPS Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah





1. Meneroka bukti sejarah bendera kebangsaan.
2. Mengembangkan kreativiti berdasarkan makna warna dan
lambang pada bendera kebangsaan.
3. Membuat imaginasi secara visual tentang etika penggunaan
aiz sebenar
S
bendera kebangsaan. Saiz sebenar
121
121

Sejarah Bendera Negara Kita

Bendera kebangsaan merupakan identiti negara dan menjadi lambang
kemegahan rakyat. Bendera kebangsaan menjadi simbol penyatuan
setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai warganegara
yang patriotik, kita perlu mengetahui dan memahami sejarah penciptaan
bendera kebangsaan negara kita.

1




Pada tahun 1949, 3
Majlis Perundangan
Persekutuan menganjurkan
pertandingan mereka
cipta bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu.
Bendera rekaan Encik Mohamed bin Hamzah

• Rekaan Encik Mohamed bin Hamzah, iaitu
seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor
dipilih sebagai rekaan yang terbaik.
• Mengandungi 11 jalur berwarna biru dan putih.
• Terdapat bulan sabit dan bintang pecah lima.
2



Pada tahun 1949, Encik Mohamed bin Hamzah
keputusan akhir dilahirkan di Singapura pada
diumumkan dalam 5 Mac 1918. Beliau mendapat
akhbar The Malay pendidikan awal di English
Mail. Tiga rekaan College, Johor Bahru. Beliau
bendera dipilih pada meninggal dunia pada
peringkat akhir. 19 Februari 1993.








TAHUKAH ANDA? Cepat Jawab

Sebanyak 373 penyertaan
diterima dalam pertandingan Siapakah yang mereka cipta
mereka cipta bentuk bendera bentuk bendera Persekutuan
Saiz sebenar
S aiz sebenar Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu?

122
122

4 5














Bendera Persekutuan Tanah
Reka bentuk yang dipinda Melayu pada tahun 1950
• Beberapa pindaan dibuat terhadap
rekaan bendera Encik Mohamed • Pada April 1950, rekaan
bin Hamzah. bendera Persekutuan Tanah
• Jalur warna biru ditukar kepada Melayu diluluskan oleh
warna merah. Majlis Perundangan
• Mengandungi 11 jalur berwarna Persekutuan.
merah dan putih. • Mengandungi 11 jalur.
• Terdapat bintang pecah 11.
6
















Bendera Malaysia sejak tahun 1963
• Pada 26 Mei 1950, pertama kali bendera Persekutuan Tanah Melayu
dikibarkan di pekarangan Istana Sultan Selangor.
• Pada 16 September 1963, bendera kebangsaan mengandungi 14 jalur.
• Terdapat bintang pecah 14.


(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
Memahami sejarah dan kronologi penciptaan bendera kebangsaan
membolehkan kita menghargai kreativiti serta usaha pemimpin terdahulu.

TAHUKAH ANDA? AKTIVITI
Rekaan Encik Mohamed
bin Hamzah dipilih kerana Bandingkan bendera kebangsaan
mengandungi unsur-unsur rekaan Encik Mohamed bin Hamzah
perlambangan agama dengan bendera kebangsaan selepas
Saiz sebenar
Islam, raja dan perpaduan. pembentukan Malaysia pada tahu aiz sebenar
Sn 1963.
7.2.1, 7.2.2
9.2.1
7.2.3 123
123
K7.2.6

Jalur Gemilang Bendera Kita

Bendera kebangsaan ialah lambang identiti negara dan menjadi
kebanggaan rakyat. Kita perlulah mengetahui nama dan memahami
maksud nama bendera kebangsaan Malaysia.



2 Saya tahu, cikgu. Nama bendera
1 Siapakah 3 Bagus maklumat
yang tahu kebangsaan kita ialah Jalur anda. Tetapi,
nama Gemilang. Nama ini diumumkan oleh
bendera Perdana Menteri Malaysia yang mengapakah bendera
kebangsaan ini
kebangsaan keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir dinamakan Jalur
kita? Mohamad bersempena dengan hari
kemerdekaan negara yang ke-40 Gemilang?
pada 31 Ogos 1997.











4

Nama Jalur Gemilang
diberi kerana bendera
kita mempunyai 14
jalur. Jalur bermaksud
satu haluan yang
sama untuk menuju
kegemilangan bangsa
dan negara.


7
Cikgu bangga mendengar perbualan anda
semua. Bukan sahaja tahu tentang sejarah
dan makna nama Jalur Gemilang, tetapi
tahu juga akan kepentingan mengibarkan
bendera kebangsaan.




Cepat Jawab

Bilakah bendera kebangsaan kita
Saiz sebenar
S aiz sebenar dinamakan Jalur Gemilang?

124
124

JALUR GEMILANG

5 Merahmu bara semangat waja
Gemilang pula
Putihmu bersih budi pekerti
bermaksud bercahaya Kuning berdaulat payung negara
dan cemerlang. Kita Biru perpaduan kami semua
sebagai murid perlu Lagu Jalur
belajar dan berusaha Gemilang. Puncak dunia telah kautawan
untuk memajukan Lautan luas telah kauredah
negara. Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Walau di mana-mana kita Empat belas melintang jalurnya
berada, kita harus berbangga Semua negeri dalam Malaysia
untuk mengibarkan bendera Satu suara satu semangat
kebangsaan kita. Itu sumpah warga berdaulat


6 Jalur Gemilang …
Betul, Ah Chong. di bawah naunganmu
Mengibarkan bendera Jalur Gemilang …
kebangsaan menjadi kami semua bersatu
bukti kita sayang dan Perpaduan ketaatan
bersyukur menjadi Amalan murni rakyat Malaysia
rakyat Malaysia.
Jalur Gemilang …
megah kami terasa
Jalur Gemilang …
kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur Gemilang!


Lagu: Suhaimi Mohd Zain
Lirik: Syed Indera Syed Omar


Jalur Gemilang ialah nama bendera kebangsaan.
Menyanjungi dan menghormati Jalur Gemilang
menjadi tanggungjawab semua warganegara.


AKTIVITI

Apakah kepentingan mengibarkan Nyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan
bendera kebangsaan? penuh semangat sambil mengibarkan
Saiz sebenar
bendera kebangsaan Malaysia. S aiz sebenar
9.2.2 Nota • Bimbing murid memahami kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang.
125
K9.2.5 Guru • Bimbing murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan bersemangat. 125

Kenali Identiti Jalur Gemilang

Setiap warna dan lambang pada bendera kebangsaan mempunyai
makna yang tertentu. Sebagai warganegara yang cinta akan negara, kita
perlu mengetahui, menghayati dan menghormati setiap makna tersebut.

Warna Kuning Warna Biru Tua
• Melambangkan kesetiaan • Melambangkan perpaduan rakyat
kepada raja dan negara. yang berbilang kaum.
• Melambangkan kedaulatan • Bersatu padu dan berusaha
Raja Berperlembagaan. memajukan ekonomi.

Warna Putih Warna Merah
• Melambangkan kesucian dan keikhlasan. • Melambangkan keberanian
• Melambangkan kesungguhan bagi dan kegigihan rakyat
mempertingkatkan ketahanan rakyat menghadapi cabaran.
yang beradab.


























Bulan Sabit Bintang Pecah 14 dan 14 Jalur
• Melambangkan agama Islam • Melambangkan perpaduan
sebagai agama Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan
Malaysia. Persekutuan.


Cepat Jawab
Menghayati maksud dan lambang pada
bendera kebangsaan menjadikan kita sebagai Apakah makna
seorang warganegara yang bertanggungjawab bulan sabit
terhadap keharmonian serta kemajuan negara. pada bendera
Saiz sebenar kebangsaan kita?

Nota Bimbing murid memahami makna dan lambang pada bendera kebangsaan. 9.2.3
126 Guru

jom buat CAPAN BENDERA KEBANGSAAN


Alatan dan Bahan






putik kapas



Lakaran bendera
kebangsaan

lidi gam
cat air palet



Cara Membuat:

1 3















Gunakan putik kapas untuk mewarnakan
lakaran bendera kebangsaan.

2











Cepat Jawab
Capan bendera kebangsaan
yang telah siap.

Lekatkan lidi pada hasil capan.
Saiz sebenar
S
aiz sebenar
Nota Bimbing murid menghasilkan capan bendera kebangsaan dengan kemas.
Guru 127
127

Hormat Bendera Harmoni Negara

Bendera kebangsaan ialah lambang kedaulatan dan kebesaran negara.
Mengibarkan bendera kebangsaan dapat menyemarakkan semangat
patriotik. Kita hendaklah menghormati bendera kebangsaan pada setiap
masa. Terdapat beberapa etika penggunaan bendera kebangsaan yang
perlu kita patuhi.



Bendera kebangsaan
BAHAGIAN ATAS 1 dilukis pada dinding
yang dipamerkan atau

mestilah diletakkan
bulan sabit dan bintang
di bahagian kiri
apabila dipandang
dari hadapan.
2


Apabila dijadikan latar
belakang tempat berucap,
BAHAGIAN BAWAH 3 mestilah diletakkan lebih
bendera kebangsaan

tinggi dan di belakang
orang yang berucap.






4
Sekiranya bendera diarak
sebaris semasa perarakan,
bendera kebangsaan
1 14
UNIT hendaklah mendahului
1
bendera-bendera lain.
Bendera kebangsaan
dalam bentuk gegantung,
kedudukan bulan sabit
dan bintang mestilah (Sumber: Jabatan Penerangan
diletakkan menghala Malaysia, Kementerian
ke atas dan jalur membujur Komunikasi dan Multimedia
Malaysia, 2017)
di bahagian bawah.



Mengapakah kita perlu menghormati bendera kebangsaan negara kita?
Saiz sebenar

9.2.4
128 K9.2.6

Etika Menaikkan dan Menurunkan Bendera Kebangsaan

Individu yang melanggar etika penggunaan bendera kebangsaan boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Masyarakat perlulah mengetahui
dan mematuhi etika tersebut termasuklah etika menaikkan dan
menurunkan bendera kebangsaan.


1 Berpakaian kemas.

2 Pastikan bendera tidak meleret ke tanah.
3 Pastikan bendera berada dalam
keadaan baik.
4 Pastikan tali bendera kuat dan tidak
mudah putus.

5 Bendera hendaklah dinaikkan
dan diturunkan secara
perlahan-lahan dengan tertib.
6 Semasa berkabung, bendera
hendaklah dinaikkan sepenuhnya
dan kemudian diturunkan semula
ke separuh tiang.



7 Apabila bendera sampai ke bawah,
bendera hendaklah ditatang atau
diletakkan di bahu.

Bendera kebangsaan merupakan simbol perpaduan setiap
warganegara walaupun mereka berada di luar negara. Sebagai tanda
hormat dan bangga terhadap bendera kebangsaan, masyarakat perlulah
mengetahui serta mengamalkan etika penggunaannya dengan betul.

TAHUKAH ANDA?
Bendera yang koyak dan lusuh
perlu dilupuskan secara tertib.
Caranya adalah dengan membakar Bendera separuh tiang.
bendera tersebut secara tertutup. Mengapakah bendera kebangsaan
dijadikan sebagai lambang perpaduan?

AKTIVITI Glosari
Simulasikan etika menaikkan Etika: Garis panduan yang harus dipatuhi.
dan menurunkan bendera Berkabung: Tanda bersedih atas kemangkatan raja
Saiz sebenar
kebangsaan di sekolah anda. atau peristiwa tertentu. S aiz sebenar
Nota Bimbing murid melakukan simulasi ketika menaikkan dan menurunkan bendera
9.2.4 Nota
Guru
129
K9.2.7 Guru kebangsaan dengan betul. 129

Bendera Kebangsaan Negara Asia Tenggara


Bendera kebangsaan merupakan identiti sesebuah negara yang
merdeka. Kita harus mengenali dan menghormati bendera negara lain
demi keamanan sejagat.











Malaysia Thailand Singapura Indonesia













Myanmar Brunei Darussalam Kemboja













Timor Leste Laos Vietnam Filipina


Mengenali bendera kebangsaan negara lain dapat menambahkan
ilmu pengetahuan seseorang pada peringkat global.



AKTIVITI PAK-21
Kerja Berkumpulan (Team Project)

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu mereka cipta bentuk, menamakan dan menghuraikan
makna lambang pada bendera kumpulan masing-masing.
3. Bentangkan hasil tugasan kumpulan anda.

Saiz sebenar
S aiz sebenar
Nota Bimbing murid mereka cipta bentuk bendera dan nama kumpulan.
Nota
Guru
130
130 Guru

IMBAS

KEMBALI



Sejarah Bendera Negara Kita
Reka bentuk diilhamkan oleh Encik Mohamed bin Hamzah.
Pertama kali bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan
pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor.






Jalur Gemilang Bendera Kita
Nama Jalur Gemilang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada hari kemerdekaan negara yang ke-40, iaitu pada 31 Ogos 1997.





Kenali Identiti Jalur Gemilang
Merah - Keberanian dan kegigihan.
Putih - Kesucian dan keikhlasan.
Kuning - Kesetiaan kepada raja dan negara.
Biru tua - Perpaduan rakyat.
Bulan sabit - Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.
Bintang - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
pecah 14
dan 14 jalur





Hormat Bendera Harmoni Negara
Memastikan kedudukan bendera betul sebelum dipamerkan.
Etika menaikkan dan menurunkan bendera juga perlu dipatuhi.






Malaysia Thailand Singapura Indonesia
Bendera Kebangsaan Negara Asia Tenggara
Kita hendaklah menghormati bendera kebangsaan negara
lain demi keamanan sejagat. Myanmar Brunei Darussalam Kemboja



Timor Leste Laos Vietnam Filipina
Unit ini memberikan pemahaman tentang kepentingan bendera
kebangsaan sebagai simbol perpaduan. Murid akan mempelajari dan
Saiz sebenar
memahami lagu kebangsaan dalam unit seterusnya. S aiz sebenar

131
131

FIKIR DAN JAWAB


A Tulis maksud warna pada bendera kebangsaan.

Biru Tua:




Merah:



Kuning:



Putih:



B Nyatakan etika penggunaan bendera kebangsaan.

BAHAGIAN ATAS 1





2

BAHAGIAN BAWAH 3





4


1 14
UNIT
1
C Hasilkan sebuah puisi yang bertemakan bendera kebangsaan.


















S aiz sebenar
Saiz sebenar
Nota Banyakkan halaman ini.
132
132 Guru

CINTA AKAN NEGARA


Mengetahui sejarah, makna dan lambang pada bendera kebangsaan
mendorong kita untuk mendaulatkan identiti negara. Kita mestilah berbangga
melihat Jalur Gemilang berkibar di Malaysia dan di persada antarabangsa.

Diri Masyarakat

Menghormati bendera Masyarakat yang memahami dan menghayati
kebangsaan merupakan satu makna, warna dan lambang Jalur Gemilang akan
sentiasa menghormati bendera kebangsaan
cara untuk kita menunjukkan walau di mana-mana mereka berada.
rasa cinta akan negara.










Negara
Bendera
kebangsaan
perlu
dihormati
sebagai
lambang
kemegahan
negara.



























Mengibarkan Jalur Gemilang dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.
Saiz sebenar
(Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan)

133

Tajuk 9: Identiti Negara Kita

UNIT LAGU KEBANGSAAN
U
IT
N
8 10 MALAYSIA









Sinopsis


Lagu kebangsaan perlu dipelajari supaya kita dapat mengenali identiti
negara. Unit ini akan membincangkan sejarah dan nama lagu kebangsaan
Malaysia, menerangkan lirik dan maksud lagu Negaraku, menjelaskan
etika nyanyian lagu kebangsaan serta menghuraikan peranan lagu
kebangsaan untuk membentuk jati diri.





































Nilai Teras Sivik

Bertanggungjawab
Hormat-menghormati



Saiz sebenar
S aiz sebenar
(Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan)
134
134

Apakah yang akan anda pelajari?

1. Sejarah penciptaan lagu kebangsaan Malaysia.
2. Nama lagu kebangsaan Malaysia.
3. Lirik dan maksud lagu Negaraku.

4. Etika menyanyikan dan mendengar lagu kebangsaan.
5. Peranan lagu kebangsaan untuk membentuk jati diri.

AKPS Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah





1. Meneroka bukti sejarah penciptaan lagu kebangsaan
Malaysia.
2. Membuat imaginasi berdasarkan perasaan tentang
lirik dan maksud lagu Negaraku.
3. Membuat imaginasi secara visual ketika bernyanyi
dan mendengar lagu kebangsaan.






































Semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan murid
dapat dipupuk melalui nyanyian lagu kebangsaan. S aiz sebenar
Saiz sebenar

135
135

Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia


Negaraku ialah lagu kebangsaan Malaysia. Lagu kebangsaan merupakan
simbol kedaulatan dan perpaduan sesebuah negara. Sejarah penciptaan
lagu kebangsaan negara kita bermula pada tahun 1957. Sebagai rakyat yang
cinta akan negara, kita haruslah mengetahui sejarah lagu kebangsaan.

























Farah, setiap kali
perhimpunan rasmi,
kita mesti menyanyikan
lagu Negaraku. Baru
hari ini saya tahu
sejarah terciptanya lagu
kebangsaan kita.



Mei Yee, hebat sungguh
usaha pemimpin dan
individu terdahulu
yang mempersiapkan
negara kita menuju
hari kemerdekaan.






Cepat Jawab
AKTIVITI
Di manakah pertama
kali lagu Negaraku Secara berkumpulan, kaji sejarah lagu sekolah
S aiz sebenar anda dengan menggunakan pelbagai sumber.
Saiz sebenar
diperdengarkan?
136
136

Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kita
perlulah menghayati lagu kebangsaan
Malaysia supaya kita lebih berbangga
dan menghargai negara.



Lagu kebesaran (Sumber: Arkib Negara Malaysia, 2013. Citra Merdeka
negeri Perak. 1957–2007. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia)


Mengetahui sejarah lagu kebangsaan dapat memupuk sikap bangga

terhadap kebijaksanaan pemimpin negara. Saiz sebenar
aiz sebenar
S
9.3.1 Nota
Nota Bimbing murid memahami sejarah lagu kebangsaan Malaysia dan mengkaji
Guru
9.3.2 Guru sejarah lagu sekolah. 137
137
K9.3.7

Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan yang menjadi identiti negara
tersebut. Lagu kebangsaan sesebuah negara lazimnya mempunyai nama
rasmi yang tersendiri.





1 Sebelum kita memulakan latihan koir,
apakah yang anda peroleh daripada
lawatan ke Pameran Sejarah Lagu
Kebangsaan minggu lepas?




2 Hasil daripada lawatan
tersebut, kami tahu akan
sejarah lagu kebangsaan
Malaysia.



3 Betul kata kamu, Amirtha. Melalui
lawatan tersebut, kini saya tahu
lagu Negaraku dicipta pada
tahun 1957 bersempena dengan
tahun kemerdekaan negara kita.




4 Sebelum merdeka,
apakah pula lagu
kebangsaan kita?













AKTIVITI PAK-21 Glosari

Main Peranan (Role-Play) Patriotisme: Perasaan cinta
Saiz sebenar
S aiz sebenar yang kuat terhadap negara.
Berdasarkan dialog di atas, lakonkannya.
138
138

5 Sebelum merdeka, lagu kebangsaan
negara kita ialah lagu kebangsaan
British, iaitu God Save the Queen.

6 Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu memahami dan 7 Betul, Ranjit. Apabila kita
menjiwai maksud lirik lagu memahami dan menghayati
kebangsaan. maksud lirik lagu tersebut,
perasaan cinta akan negara
pasti dapat dipupuk.




















8 Ya, Riko. Selain itu, kita perlu
menyanyikan lagu Negaraku
dengan etika yang betul seperti
berdiri tegak sebagai tanda
menghormati lagu kebangsaan.











Lagu kebangsaan yang dinyanyikan secara beramai-ramai mampu

menyemarakkan patriotisme rakyat.


Cepat Jawab
Bagaimanakah nyanyian lagu kebangsaan
Apakah nama lagu kebangsaan dapat menyemarakkan semangat patriotik?
negara kita?
aiz sebenar
Saiz sebenar
S
9.3.2 Nota
Nota Bimbing murid melakonkan dialog.
Guru
K9.3.6 Guru 139
139
K9.3.7

Menghayati Maksud Lagu Kebangsaan


Lagu kebangsaan memaparkan hasrat dan harapan rakyat terhadap
sesebuah negara. Sebagai individu yang bangga dengan negara, kita
perlu memahami dan menghayati lirik lagu kebangsaan Malaysia.



Negaraku

Maksud Lirik Lagu
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku Negaraku

Rakyat hidup Menyeru rakyat daripada
Bersatu dan maju pelbagai bangsa dan
agama supaya hidup
Rahmat bahagia bersatu padu untuk
Tuhan kurniakan mencapai kemajuan.
Raja kita

Selamat bertakhta Memohon rahmat dan
kebahagiaan daripada
Rahmat bahagia Tuhan untuk kesejahteraan

Tuhan kurniakan raja yang memerintah
Raja kita rakyat serta negara.

Selamat bertakhta


Kita perlu menunjukkan
kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi kepada
raja dan negara.
Lagu Negaraku.

AKTIVITI PAK-21 Peta Pemikiran (Thinking Map)

1. Berdasarkan penghayatan anda terhadap maksud lirik lagu Negaraku,
gunakan peta pemikiran yang sesuai berdasarkan penyataan “Saya
bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ...”
2. Bentangkan hasil tugas anda.


Cepat Jawab
Mengapakah kita perlu menghayati
Nyatakan lirik pada baris keempat maksud lirik lagu kebangsaan?
Saiz sebenar
dalam lirik lagu kebangsaan.
Nota Bimbing murid memahami dan menghayati maksud lirik lagu Negaraku.
140 Guru

Kita harus
berpegang teguh
pada ajaran
agama dan taat
kepada perintah
Tuhan.








(Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan)

Kita hendaklah mempunyai
cita-cita dan berusaha untuk
mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang.





Angkasawan Negara.
(Sumber: Koleksi peribadi Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha)

Kita perlulah hidup bersatu
padu dan saling menghormati
kepelbagaian kaum serta
agama yang wujud di Malaysia.


(Sumber: Malaysia Dateline, 23 Ogos 2019)

Kita haruslah bersyukur
kerana lahir di sebuah
negara yang indah, aman
dan merdeka.






(Sumber: Sipadan.com)

Menghayati dan memahami maksud lirik lagu Negaraku mendorong
kita untuk mencapai kemajuan, perpaduan serta mentaati raja agar
negara Malaysia kekal sejahtera. Saiz sebenar

9.3.3
K9.3.7 141

Etika Nyanyian Lagu Kebangsaan

Lagu kebangsaan mempunyai beberapa etika ketika menyanyikannya.
Etika ini perlu dipatuhi dan diamalkan agar matlamat untuk menyemai
semangat patriotik serta membentuk jati diri masyarakat dapat dicapai.


Suara dan
1 Kedudukan Fizikal 2 Penghayatan
Semasa Nyanyian Semasa Nyanyian

✓ Berdiri tegak. ✓ Menyanyi secara
✓ Kedua-dua belah jelas dan serentak.
tangan diletakkan ✓ Menyebut lirik lagu
di sisi dan diluruskan dengan betul dan
ke bawah. bersemangat.
✓ Kedua-dua belah ✓ Menghayati lirik lagu.
kaki dirapatkan. ✓ Tidak bermain-main
semasa bernyanyi.


Bagi Murid yang
3 Datang Lewat 4 Bagi Orang Kurang
ke Sekolah Upaya (OKU)
✓ Bagi yang berkerusi
✓ Berhenti berjalan
apabila mendengar roda, kepala mesti
nyanyian lagu tegak.
kebangsaan. ✓ Mata memandang
✓ Hendaklah bendera.
meletakkan ✓ Kedua-dua tangan
beg di sisi kaki. di atas paha.
✓ Berdiri tegak. ✓ Kaki dirapatkan.


Sebagai penghormatan terhadap lagu kebangsaan, kita perlulah
menyanyikan lagu ini dengan penuh etika dan penghayatan.

TAHUKAH ANDA?
Seseorang boleh didenda AKTIVITI Nyatakan kepentingan
tidak melebihi RM100 atau Lakonkan etika menyanyikan mengamalkan etika
dipenjara tidak melebihi lagu Negaraku dengan menyanyi dan
satu bulan jika didakwa memasukkan watak mendengar lagu
atas kesalahan tidak murid yang datang lewat kebangsaan.
Saiz sebenar ke sekolah.
menghormati lagu Negaraku.
Nota Bimbing murid memahami dan menyanyikan lagu Negaraku dengan etika 9.3.4
142 Guru yang betul. K9.3.6


Click to View FlipBook Version