ATUR CARA MAJLIS 6.30 petang Kehadiran dan Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga, Guru dan Pelajar Solat Maghrib Kuliah Motivasi Solat Isyak Solat Hajat dan Bacaan Yasin Ucapan Penghargaan kepada Pihak Masjid 9.40 malam Bersurai
PENGENALAN Program ini diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi hubungan rohiyah semua calon peperiksaan SPM dengan pencipta kita, Allah SWT. Setelah berusaha dengan sepenuhnya daya tenaga, tempat mutlak pengaduan dan pertolongan ialah kepada Allah SWT. Dipohon agar Allah SWT merestui segala usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Program ini juga bertujuan untuk menyedarkan para pelajar bahawa peperiksaan rasmi amat hampir dan memerlukan mereka memberi fokus kepada peperiksaan dan bersedia sepenuhnya . Sehubungan itu, program begini amat penting bukan setakat diadakan secara rasmi, tetapi yang paling penting ialah dilakukan secara berterusan dan secara bersendirian. Diharap program ini dapat memberI impak kepada prestasi pencapaian para pelajar dalam peperiksaan SPM 2023 nanti. OBJEKTIF Mendekatkan diri dan memohon pertolongan Allah SWT dalam setiap keadaan dan perisitiwa Membina jati diri dan sahsiah yang terpuji dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah khusus. Meningkatkan pencapaian yang berterusan untuk peperiksaan SPM di peringkat murid dan sekolah. Membina usaha kolaborasi dengan Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Masjid As- Sa’adah, para ibu bapa dan ahli kariah masjid.
Sekalung Budi Kami mengucapkan seting i-ting i penghargaan danterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan majlis ini.