The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cream Watercolor Spa Resort Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainamasturah12, 2022-05-25 12:57:28

Cream Watercolor Spa Resort Presentation

Cream Watercolor Spa Resort Presentation

2022

mpu23012 pengajian islam



kesan meninggalkan kedua ibu bapa di rumah
orang tua

PESAN IBU NAMA PENSYARAH : PUAN NURSOBRIAH BINTI ABU BAKAR
Saat dewasa nanti
janganlah manjadi
manusia hebat. Tapi
jadilah manusia yang

betmanfaat.

ahli kumpulan

Tengku farah binti tengku abmutalib nur aqilah binti mohamad nidzam

(03dat21f1095) (03dat21f1011)

wan alinfarhah binti mior sahdil abrar nur fareesha binti fauzi aina masturah binti amil shah bana

(03dat21f1060) (03fat21f1032) (03dat21f1020)

isi kandungan

Pengenalan

pengenalan

Wargaemas didefinisikan menerusi had umur tertentu berdasarkan kepada budaya masyarakat setempat. Walau
bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan warga emas adalah individu yang

berusia 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada
tahun 1982. Had umur ini digunakan sebagai rujukan had umur warga emas dalam polisi dan dasar untuk

kesejahteraan warga emas di Malaysia. Selain itu, menurut statistic Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan
warga emas berjumlah 2.2 juta orang atau 7.7 juta peritus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia sehingga
tahun 2011. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun ke arah mencapai matlamat

menjadi negara maju. Pembangunan ini sekali gus telah meningkatkan taraf hidup rakyat.



Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka merupakan golongan
minority yang tidak dipedulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga atau masyarakat sekelilingnya. Warga

emas yang terabai ini didapati hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian, terlantar di hospital
tanpa waris yang dating melawat dan mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang sempurna.

Pengabaian warga emas boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat sama ada golongan kaya ataupun
miskin, professional ataupun sebaliknya yang mungkin caranya sahaja yang berbeza.

dalil

1. Al An’am ( ayat 151 )
‫َأاَّل ُتۡش ِرُكو۟ا ِبِهۦ َش ۡیࣰٔـۖا َوِبٱۡلَوٰ⁠ ِلَدۡیِن‬
‫َّنۡحُن َنۡرُزُقُكۡم‬ ‫ِّم ۡن ِإۡم َلٰـࣲق‬ ‫َلٰـَدُكم‬ ‫۟ا َأۡو‬ ‫َواَل َتۡقُتُلۤو‬ ‫ِإۡحَس ٰـࣰنۖا‬ ‫ِم ۡنَه ا َوَم ا َبَط َۖن َواَل َتۡقُتُلو۟ا ٱلَّنۡف‬ ‫ُقۡل َتَع اَلۡو۟ا َأۡتُل َم ا َحَّرَم َرُّبُكۡم َع َلۡیُكۖۡم‬
‫ٰى ُكم ِبِهۦ َلَع َّلُكۡم‬ ‫َذٰ⁠ ِلُكۡم َوَّص‬ ‫ِبٱۡلَحِّۚق‬ ‫ِإاَّل‬ ‫َحَّرَم ٱلَّلُه‬ ‫َس ٱَّلِتی‬ ‫َوِإَّیاُهۖۡم َواَل َتۡقَرُبو۟ا ٱۡلَفَوٰ⁠ ِح َش َم ا َظ َه َر‬

‫َتۡع ِق ُلوَن‬

"Katakanlah (Muhammad), “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan

mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapak, janganlah membunuh

anak-anakmu karena miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka;

janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat ataupun yang tersembunyi,

janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar.

Tanggungjawab
seorang anak

terhadap ibu bapa

1) Semasa ibu bapa masih hidup. ‫َوَقَض ٰى َرُّبَك َأاَّل َتْع ُبُدوا ِإاَّل ِإَّياُه َوِباْلَواِلَدْيِن‬
‫ِإْحَس اًنا ۚ ِإَّم ا َيْبُلَغ َّن ِع نَدَك اْلِكَبَر َأَحُدُهَم ا َأْو‬
Ø Berlaku baik kepada mereka dan tidak ‫ِكاَل ُهَم ا َفاَل َتُقل َّلُه َم ا ُأٍّف َواَل َتْنَه ْرُهَم ا َوُقل‬
meninggikan suara di hadapan mereka:
‫َّلُه َم ا َقْو اًل َكِريًم ا‬
- Hendaklah menggunakan nada suara yang lemah
lembut dan tidak kasar ketika bertutur dengan ibu bapa. al-Isra’:23


- Tidak sesekali membantah dan mengherdik mereka
dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah
Allah SWT.

- Ini berdasarkan firman Allah SWT sebagaimana yang
telah dinyatakan di atas:

Ø Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang ‫ َوِإَّن‬، ‫ِإَّن َأْط َيَب َم ا َأَكَل الَّرُجُل ِم ْن َكْس ِبِه‬
mampu ‫َوَلَد الَّرُجِل ِم ْن َكْس ِبِه‬

- Seorang anak dibesarkan oleh ibu bapanya dari dua belah Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-
tapak kaki sebesar tapak tangan dewasa sehingga dia sudah baik apa yang dimakan oleh
mampu untuk berdikari sendiri atau sudah bekerja. Tidak terlalu
berlebihan jika dikatakan walaupun anak-anak sudah seseorang adalah berasal daripada
berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, kasih sayang usahanya dan sesungguhnya anak
seorang ibu dan bapa masih tetap ada. Oleh itu, wajar jika
anak membantu apa yang mereka termampu untuk kehidupan seseorang adalah berasal daripada
ibu bapa sama ada dari segi kewangan, bakti dan lain-lain. usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie
])(4449
- Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

Ø Bersopan Santun dan menghormati mereka:

- Ibu bapa yang sudah tua memang menjadi cabaran kepada
anak-anak kerana banyak perkara yang sebagai seorang
anak perlu pertimbangan untuk mengelakkan perselisihan
faham. Sikap mereka akan mula berubah menjadi lebih
sensitif.

- Sebagai anak, kita perlu sentiasa bersabar dan
bermuhasabah diri agar kita sentiasa menghormati mereka.

- Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda
ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang
tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya
namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Riwayat
Muslim)

2) Semasa Ibubapa telah meninggal dunia.

Ø Menguruskan pengebumian ibu dan bapa:

- Satu penghormatan terakhir yang boleh diberikan anak
kepada orang tuanya adalah dengan menguruskan segala
proses pengebumian mereka seperti memandikan,
mengkafankan, mensolatkan, dan menghantar ke tanah
perkebumian.

Ø Tidak memutuskan tali silaturahim antara mereka
dengan sahabat-sahabat mereka:

- Kenalan, saudara-mara, ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran
tetangga ibu bapa adalah individu yang sentiasa berada di
sekeliling mereka sewaktu hidup. Sebagai seorang anak, amat
digalakkan jika kita menjaga hubungan baik dengan mereka
semua.

Ø Melangsaikan hutang-hutang mereka yang masih ada:

- Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda,
“Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga
dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

- Jelas kewajipan seseorang untuk melunaskan hutang-hutangnya
adalah sangat penting dan dituntut oleh agama. Roh orang-orang
yang berhutang akan tergantung selepas kematiannya. Rohnya itu
tidak sampai untuk diberikan rahmat oleh Allah SWT. Apabila
seseorang itu mati, maka roh itu akan pergi ke tempat yang Allah
rahmati dan tempat yang Allah tidak rahmati. Maka sebab itu, ia
terawang-awang atau ‘tergantung’ hinggalah hutangnya
dijelaskan oleh ahli keluarganya.

kelebihan menjaga
kedua ibu bapa

Ø Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa
sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak:



Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan
membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa
mengeluh penat dan lelah. Dari seorang ibu yang
berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang
anak dan jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah
menjaga dan menyara keluarga. Justeru, sebagai seorang
anak adakah kita tidak mampu melihat segala jasa
mereka, seterusnya menghargai pengorbanan mereka?
Sedarlah bahawa anak yang merawat, memuliakan,
berbakti dan menjaga ibu bapa akan dipermudahkan
urusan di dunia dan di akhirat.

Ø Anak – anak dianugerahkan nikmat
kebahagiaan dalam kehidupan:



Merawat ibu bapa akan menjadikan kehidupannya
dipermudah oleh Allah SWT dalam segala hal termasuklah
dari segi kerja, perjalanan kehidupan, pergaulan sesama
manusia dan suasana kehidupan. Anak-anak juga turut
dimurahkan rezekinya dari segi pelbagai cabang sama ada
wang, makanan, ketenangan hati dan sebagainya.
Ganjaran Allah SWT itu ada bagi hambanya yang baik dan
sentiasa besyukur dalam merawat ibu bapa yang
membesarkannya sebagai bakti walaupun tidak mampu
membalas jasa kedua-dua orang tua yang melahirkan dan
membesarkan tanpa penat dan lelah.

Ø Mendapat balasan syurga:



setiap anak-anak yang merawat ibu bapanya
sudah pasti mendapat balasan syurga kerana
anak-anak yang menjaga ibu bapa dengan baik,
mereka sudah pasti diberkati oleh Allah SWT dan
dijanjikan syurga. Ibu bapa juga mendoakan
kebaikkan untuk anak-anaknya supaya
ditempatkan dalam kalangan orang yang
beriman iaitu di syurga. Allah SWT mendengar
setiap doa hambaNya.

KESAN – KESAN
MENINGGALKAN IBU

BAPA DI PUSAT
JAGAAN ORANG TUA:



KESAN – KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA DI PUSAT JAGAAN ORANG TUA:



1. Mengancam Kesihatan dan Keselamatan WagaEmas yang lain

Terdapat warga emas yang lebih rela tinggal di rumah sendiri atau lasan tidak
mahu menyusahkan anak – anak atau saudara mara. Walau bagaimanapun, aspek
keselamatan diri dan jagaan kesihatan amat penting bagi warga emas kerana
kesan penuaan dan pelbagai penyakit kronik akan membawa kepada kemerosotan
fizikal dan mental.



2. Mencemarkan Imej Negara

Sekiranya ramai warga emas hiduo melarat, merayau-rayau dan mengemis di
khalayak awam, imej negara akan terjejas terutama di kalangan para pelancong
kerana melambangkan masyarakat Malaysia telah semakin terhakis perasaan
prihatin, hormat dan menyayangi orang tua. Kerajaan terpaksa membelanjakan
wang yang banyak untuk membantu pengoperasian pusat – pusat jagaan yang
menguruskan warga emas sama ada diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
ataupun pihak badan bukan kerajaan.



KESAN – KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA DI PUSAT JAGAAN ORANG TUA:



3. Tekanan Emosi

Warga emas yang terabai akan mengalami tekanan emosi kerana diabaikan.
Mereka yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit strok, kanser, kecacatan
fizikal dan masalahbuah pinggang akan lebih tertekan kerana tidak berupaya
menguruskan diri sendiri. Dalam masa yang samatidak ada waris yang boleh
membantu menjaga mereka. Oleh kerana tidak berupaya menangani tekanan
emosi, ada di antara mereka yang mengalami penyakit kemurungan dan ingin
membunuh diri.

4. Hubungan dalam Institusi Kekeluargaan yang Rapuh

Institusi kekeluargaan semakin rapuh kerana nilai hormat menghormati dan
tanggungjawab terhadap menjaga orang tua atau ibu bapa yang tua sudah hilang.
Hal ini kerana keluarga sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mahu menanggung
bebanan menjaga warga emas.

KESAN – KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA DI PUSAT JAGAAN ORANG TUA:



5. Persepsi Negatif Masyarakat

Sekiranya keluarga tidak lagi mempedulikan warga emas dan melepaskan
tanggungjawab kepada masyarakat dan kerajaan maka warga emas akan
dipandang sebagai bebanan dan bukan lagi sebagai satu tanggungjawab. Warga
emas tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam masyarakat.

FAKTOR – FAKTOR
MENYEBABKAN
PENGABAIAN

TERHADAP IBU BAPA

· Punca pengabaian warga emas juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa sendiri.



Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu
sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka
bersikap bengis, suka mendera maka, anak-anak akan bertindak balas dan

menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa
mereka yang dianggap kejam itu.


okay

· Kesibukan Mengejar Kesenangan Hidup



Warga emas juga boleh terabai walaupun tinggal bersama keluarga sekiranya ahli keluarga
atau anak-anak sibuk mengejar kesenangan hidup dan terlalu aktif dengan aktiviti sosial.
Mereka ditinggalkan berseorangan dan kesunyian hingga tidak mempunyai peluang
berkomunikasi, meluahkan masalah atau berkongsi kegembiraan dengan ahli
keluarga.Kadang kala masalah kesihatan mereka juga tidak dihiraukan. Keadaan ini
merupakan salah satu sebab warga emas lebih suka tinggal di rumah sendiri. Namun
demikian, warga emas yang tinggal berasingan atau berjauhan dengan anak-anak atau
warisnya juga akan terabai sekiranya jarang-jarang diziarahi, tidak diberikan sumbangan

kewangan, tidak dihiraukan keadaan kesihatan, keselamatan dan makan minum atas alasan
sibuk dengan urusan kerja.

· Sikap Mementingkan Diri Sendiri




Dalam mengejar kesenangan hidup, anak-anak terutamanya lebih cenderung
mementingkan diri sendiri hingga mengabaikan kebajikan orang tua. Ada di kalangan
anak-anak yang hanya mempergunakan ibu bapa yang sudah tua untuk menguruskan

kerja rumah atas alasan sukar mendapatkan pembantu rumah atau kos hidup yang
semakin meningkat. Apabila ibu atau bapa telah uzur, anak-anak yang mementingkan
diri sendiri ini akan mengambil jalan mudah dengan menghantar mereka ke pusat-pusat

jagaan, ditinggalkan di hospital atau di tempat awam.

kesimpulan

Ø Kesimpulannya, ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap
insan. Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua

ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang
yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di
dunia lagi.


Ø Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan

solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya
sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.

Ø Rasulullah SAW pernah bersabda:

‫ُكُّل الُّذُنوِب ُيَؤِّخُر ُهَّللا َم ا َش اَء ِم ْنَه ا ِإىَل َيْو ِم اْلِق َياَم ِة ِإَّال ُعُقوَق اْلَواِلَدْيِن َفِإَّن َهَّللا َتَع اىَل‬
‫ُيَع ِّجُلُه ِلَص اِح ِبِه ِفي اْلَحَياِة َقْبَل اْلَم َم اِت‬

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut

kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka

sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup

sebelum kematian lagi.” [Riwayat al-Hakim (7263)]

semoga Allah S.W.T
menjadikan kita anak-anak
yang soleh dan solehah serta

anak-anak yang sentiasa
berbakti kepada kedua orang
tuanya sama ada semasa hayat
mereka atau selepas ketiadaan

mereka.



Aamin

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SAMBUTAN HARI RAYA
Next Book
MODUL FLIPBOOK-1-14 (tanpa Kunjaw)