The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL - TOKOH SULTAN IBRAHIM ISMAIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikaraif, 2021-04-07 09:43:14

BUKU SKRAP DIGITAL - TOKOH SULTAN IBRAHIM ISMAIL

BUKU SKRAP DIGITAL - TOKOH SULTAN IBRAHIM ISMAIL

Sultan Ibrahim Ismail
ibni Almarhum
Sultan Iskandar

NAMA PESERTA: IRFAN AQASYAH BIN MOHD ARJUNA
KELAS: 4 INOVATIF
EMAIL: [email protected]
NAMA SEKOLAH: SK PENGHULU SALLEH
ALAMAT: KG MAMPAN SIMPANG 5,

83020 BATU PAHAT JOHOR.
NO. TEL SEK : 07-4130 300

BIODATA TOKOH PEMIMPIN
Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan

Iskandar

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ( ‫س لطان اب راه يم اب ن ال مرحوم ال م توك ل ع لى الله‬
‫( )ا س ك ندر ال حج س لطان‬diputerakan pada 22 November 1958) merupakan anakanda ketiga baginda
dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan
Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Baginda merupakan Sultan Johor ke-
25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era moden ke-5 dari Kerabat Temenggong.

Pemerintahan 23 Januari 2010 - kini
(11 tahun, 2 bulan dan 2 hari)

Pendahulu Sultan Iskandar

Raja Muda Tunku Ismail

Pasangan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris
Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah
Afifurlah (k. 1982)

Nama penuh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Tempat Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
persemayaman

Ayahanda Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar
Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

Bonda Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah (née
Josephine Ruby Trevorrow)

Keputeraan 22 November 1958 (umur 62)
Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bahru, Johor, Malaya

Agama Islam Sunni

Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan puteri, iaitu:

1. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

2. YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim

3. YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Temenggong Johor

4. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Laksamana Johor

5. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima
Johor

6. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Putera Johor

PENDIDIKAN TOKOH

Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama
baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya
menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun.
Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu
Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit
Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota
Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort
Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-
Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus
Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim
dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap
penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga
menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

KEPIMPINAN TOKOH

Diputerakan pada 22 November 1958 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh
untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku
mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti
ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang,
disiplin, kepimpinan dan perwatakan.

Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun
komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi.
Kemudiannya di atas jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan
untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA. Selain dari itu Tuanku juga menjalani
latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku
meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat
19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih dan ditauliahkan
sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota
pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di
Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus
(KOPASSUS) Indonesia.

Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan
Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan
Tentera Udara DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan
mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan,
Tuanku berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima
sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana
Tuanku menjadi ketuanya.

Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja
Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan
udara.

Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan
dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston,
Massachusetts USA. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic
Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.

KERJAYA TOKOH

Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat
Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan
Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan
pentadbiran negeri.

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki
takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai
25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku
Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong.
Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan
berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat.

Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas
kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

SUMBANGAN TOKOH

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang
membanggakan, selain keperibadian yang menawan hati rakyat. Sultan yang berjiwa rakyat ini
cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial
yang diilhamkan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku
Mahkota Johor’. Program Kembara Mahkota Johor dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi
dijadikan acara tahunan yang disertai YAB Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan
Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi disemua 10
daerah di negeri Johor. DYMM Tuanku Sultan Ibrahim juga turut membabitkan ahli
keluarganya, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan
putera puteri Tuanku menyertai program mesra rakyat ini.

Dalam Kembara Mahkota pertama yang diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001, penjelajahan tiga
hari dua malam, diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi, menyusuri setiap pelosok
negeri merangkumi lapan daerah di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer. Ekspedisi
bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan istana dengan rakyat selain
mempromosikan industri pelancongan. Lantaran keberkesananya, Tunku Mahkota ketika itu
mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara tahunan dan meletakkan
matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Tunku Mahkota ketika itu bertitah, Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menerusi ekspedisi
ini, DYAM Tunku Mahkota dapat melihat kesetiaan pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan
India menyambut ketibaannya di merata tempat. Siri kedua program ini berlangsung selama
empat hari dan tiga malam iaitu pada 25 hingga 28 Mac 2002 merentasi tujuh daerah dengan
lebih 15 destinasi sejauh 1002 kilometer melalui jalan raya.

Siri ketiga Kembara Mahkota tahun 2003, yang berlangsung selama empat hari tiga malam mulai
8 hingga 11 Mei, meneruskan tumpuan terhadap kerja amal dan kebajikan, antaranya Tunku
Mahkota Johor telah menyumbangkan komputer, pakaian dan basikal kepada murid-murid
miskin di luar bandar. Melalui Kembara Mahkota, rakyat merasakan bertuah bernaung di bawah
institusi istana Johor yang sentiasa memberi perhatian terhadap soal kebajikan, kesejahteraan dan
kepentingan pendidikan rakyat. Kembara Mahkota juga memberi faedah besar kepada Kerajaan
Negeri dan seluruh rakyat Johor. Para pemimpin negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang
mengambil bahagian dalam acara berprestij ini, dapat melihat sendiri dan mengumpul maklumat
mengenai aspirasi dan keperluan rakyat secara lebih jelas. Berbekalkan pengalaman yang dilalui
dan maklumat yang diperolehi, mereka berupaya melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang
benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang tinggal di luar bandar.

DYAM Tunku Ibrahim ibni Sultan Iskandar setelah menyelesaikan penjelajahan siri ketiga tahun
2003 sejauh 1,116 kilometer, bertitah:

Kini, Kembara Mahkota Johor telah pun berlangsung selama empat belas tahun, melalui laluan
darat (motosikal, pacuan 4 roda, keretapi dan bas), jalan air (bot dan kapal).

Pada 5 Febuari 2012, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah
memperkenankan Bandar Muar (Bandar Maharani) menjadi Bandar Diraja ketika Tuanku
menghadiri sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim,
Bandar Maharani, Muar. Terdapat beberapa sebab DYMM Sultan Johor bertitah bahawa Bandar
Maharani akan diisytiharkan sebagai Bandar Diraja.

Bandar Maharani adalah bandar kedua terpenting selepas Bandaraya Johor Bahru. Terletaknya
Istana Tanjung yang menjadi Istana Persemayaman ketika Tuanku berangkat ke Bandar
Maharani. Di Bandar Maharani, semenjak Almarhum Sultan Abu Bakar, diadakan beberapa kali
sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran. Hubungan
istana di Johor Bahru yang begitu rapat dan akrab dengan daerah Muar membawa kepada
pengisytiharaan Bandar Muar oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 12 Ogos 1887 sebagai
Bandar Maharani yang bermaksud ‘Bandar Permaisuri Sultan’ merujuk kepada
Maharani Fatimah.

Semenjak bandar Muar dibuka pada tahun 1884. Baginda Sultan Abu bakar dan DYMM Sultan-
sultan selepasnya sering berangkat ke Muar. Kerabat-kerabat Diraja semenjak pembukaan Muar
dilantik mentadbir Muar, antaranya YM Ungku Sulaiman, YM Ungku Abdul Majid, YM Tunku
Temenggung Ahmad dan YM Ungku Mohd Khalid. Pemilihan Bandar Maharani sebagai Bandar
Diraja kerana Tuanku menggemari suasana bandar yang tenteram dan harmoni. Dalam satu
istiadat yang bersejarah, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah
mengisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012,
sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 22 November 2012.

DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah
membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut menjadi
kegemaran Tuanku ialah sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung terjun.
Tuanku juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 setelah
menyempurnakan acara pusingan lokomotif seberat 86 tan menggunakan alat ‘turn table’.
Tuanku juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR)
sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Majlis penyampaian lesen memandu
kereta api ini disempurnakan oleh Dr. Aminuddin Adnan, Presiden Kereta Api Tanah Melayu
Bhd (KTMB) pada 29 Jun 2010 di Stesen Kereta Api Gemas.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati
rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku seorang sultan yang amat disenangi dan disayangi
oleh seluruh rakyat Negeri Johor. Sultan Ibrahim yang memerintah Johor hari ini meneruskan

kecemerlangan pemerintahan di negeri yang pesat membangun itu.

FOTO TOKOH

SEJUTA FOLLOWERS

KELUARGA

ISTIADAT KEMAHKOTAAN

KEMBARA JOHOR

PENGISTIHARAAN MUAR SEBAGAI BANDAR DI RAJA


Click to View FlipBook Version
Previous Book
All the Way to Fairyland
Next Book
21-03-23-Conceptual Master Plan to Share_Neat