BUKU SKRAP
DIGITAL
------------------------------------------------------------
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
TUN DR. ISMAIL
ABDUL RAHMAN
NUR IRDINA BINTI ISMAIL
4 INOVATIF
[email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN
PENGHULU SALLEH,
KAMPUNG MAMPAN,
SIMPANG LIMA 83020 BATU
PAHAT, JOHOR.
(i)
TUN DR. ISMAIL DATO' HJ. ABDUL RAHMAN (1915 – 1973)
PENDAHULUAN
Buku skrap ini dihasilkan untuk memberi maklumat tentang tokoh kelahiran negeri Johor iaitu
Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman yang menunjukkan kegigihan dan kesungguhan yang wajar
diingati dan diteladani bagi membentuk jati diri untuk menjadi individu yang cemerlang. Tun
Dr. Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua. Beliau menjadi Timbalan
Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970
menggantikan Tunku Abdul Rahman. Sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri,
Tun Dr. Ismail telah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kabinet. Antara jawatan yang
pernah disandang beliau ialah Menteri Kehakiman dan Keadilan. Menteri Perusahaan dan
Perdagangan, Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Sumher Asli.
Selain itu, kredebiliti Tun Dr. Ismail juga terserlah apabila beliau dilantik menjadi Duta
Besar Tanah Melayu pertama ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap pertama Tanah Melayu ke
PBB. Kedua-dua jawatan ini amat penting bagi negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk
memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa dan meletakkan batu asas yang kukuh bagi
sebuah negara baru.
(1)
Pada 9 Jun 1966, Tun Dr. Ismail telah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh DYMM
Tuanku Ismail Nasirudin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong
Malaysia keempat. Beliau merupakan orang pertama yang dianugerahkan gelaran "Tun".
Beberapa aspek latarbelakang kehidupan Tun Dr. Ismail akan dilihat seperti latar belakang
keluarga, pendidikan, kerjaya dan pembahitan awal politik beliau. Aspek latar belakang
seseorang tokoh amat penting untuk diteliti kerana faktor latar belakang.
Sumbangan tokoh negarawan negara ini yang telah banyak memberikan sumbangan
yang membawa kepada kemerdekaan negara sewajarnya disanjung dan dihormati. Buku skrap
ini juga memaparkan peranan beliau sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
kedua. Biodata, kerjaya, perjalanan politik, dan sumbangan beliau juga diperkenalkan.
Semoga buku skrap ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan mengingatkan
kita akan jasa beliau sebagai salah seorang pemimpin negara yang tersohor ini.
(2)
BIODATA TOKOH TUN DR. ISMAIL BIN ABDUL RAHMAN
Tun Dr. Ismail bin Abdul
Rahman dilahirkan pada 4
November 1915 di Johor
Bahru dalam kalangan
keluarga elit Melayu yang
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman terkenal di Johor. Beliau
bersama-sama isterinya ialah anak kepada pasangan
Dato’ Abdul Rahman bin Yassin dan Zaharah binti Abu Bakar. Dato’ Abdul Rahman bin
Yassin berketurunan Keluarga Orang Kaya Ahat yang berasal daripada Padang, Muar. Dato’
Abdul Rahman Yassin juga mempunyai darah keturunan Bugis yang berasal dari kerabat Raja
Chempa Bugis yang pernah membina kerajaan di Bukit Mor, Muar. Raja Chempa Bugis ini
dikatakan mempunyai dua orang waris iaitu Daeng Seriok dan Daeng Indera Perma. Tun Dr.
Iemail adalah dari susur galur Daeng lndera Perma. Manakala ibu Tun Dr. Ismail pula,
Zaharah binti Abu Bakar berasal dari keturunan Orang Kaya Abu Bakar, Muar. Dato’ Abdul
Rahman Yassin dan Zaharah binti Abu Bakar adalah bersepupu, mereka berkahwin pada
tahun 1911. Tun Dr. Ismail mempunyai sembilan orang adik beradik. empat lelaki dan lima
perempuan. Mereka ialah Suleiman, Ismail, Abdullah, Yassin, Khatijah, Esah, Rafeah,
Zubaidah dan Fatimah. Selain itu, Tun Dr. Ismail mempunyai ramai adik-beradik angkat
perempuan dari bangsa Cina kerana ibu dan bapa beliau sering mengambil anak gadis
berbangsa Cina sebagai anak angkat. Namun begitu, menurut Tun Dr. Ismail, beliau hanya
dapat mengingati sembilan orang daripada mereka.
Tun Dr. Ismail telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd. Seth.
Toh Puan Norashikin merupakan anak kepada bekus Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor.
Pasangan ini dikurniakan seramai enam orang anak. empat lelaki dan dua perempuan iaitu
Mohamed Tawfik, Zailah, Badariah, Tarmizi, Zamakshari dan Ariff.
(3)
PENDIDIKAN TOKOH
Lahir dalam lingkungan keluarga yang mementingkan pcndidikan merupakan kelebihan
kepada tokoh ini. Kesungguhan Dato’ Abdul Rahman Yassin memberikan pendidikan kepada
anak -anak nya dapat dilihat walaupun ketika zaman itu kebanyakan keluarga terutamanya
dalam kalangan masyarakat Melayu tidak melihat pendidikan sebagai sesuatu y‹ing penting.
Malahan, pada tahun l939, W. E Pepys, Penasihat British pernah menyatakan bahawa
satu-satunya orang Melayu di Johor yang mempunyai ijazah dari universiti ialah Suleiman bin
Abdul Rahman. Keluarga Tun Dr. Ismail sangat mementingkan pendidikan, terutamanya ayah
beliau.
Tun Dr. Ismail menerima pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru
sebelum memasuki English Colloge, Johor Bahru pada tahun 1922. Ketika di English College
inilah Tun Dr. Ismail dapat hergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum. Walaupun
sekolah ini adalah sekolah kerajaan, namun medium pengantara yang digunakan di sekolah
ini ialah bahasa Inggeris. Hal ini berbeza berbanding semasa di sekolah rendah,
kawan-kawan beliau hanya terdiri daripada kaum Melayu sahaja kerana ketika itu pelajar-
pelajar dari kaum lain akan dihantar ke sekolah berasingan yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Selepas tamat pengajian di English College, Tun Dr. Ismail meneruskan
pengajian ke Kolej Perubahan King Edward V11 di Singapura. Tun Dr. Ismail berada di King
Edward dari tahun 1935 sehingga 1937. Beliau juga tidak menamatkan pengajian di Singapura
disebabkan kelemahan latarbelakang pendidikan dalam bidang sains, pengajian Tun Dr.
Ismail di Singapura tidak disempurnakan sehingga tamat. Hal ini berikutan beliau tidak dapat
bersaing dengan pelajar dari Kuala Lumpur. Pulau Pinang dan Singapura. Walaupun sebelum
menjejakkan kaki ke Kolej Perubatan King Edward VII, beliau telah mendapat pendidikan
yang terbaik di Johor.
Selepas peperiksaan akhir tahun ketiga, Tun Dr. Ismail telah dipanggil oleh Ketua
Perubatan Negeri untuk memberi penjelasan di atas keputusan peperiksaannya yang kurang
(4)
cemerlang." Semasa dipanggil memberi penjelasan, pihak kolej telah membacakan segala
rekod salah laku dan aktiviti beliau sepanjang menjadi pelajar di kolej tersebut. lni
termasuklah rekod berapa banyak masa yang beliau bazirkan untuk ke kabaret. Hal ini telah
menyebabkan Tun Dr. Ismail marah dan enggan meneruskan pengajian di Kolej Perubatan
King Edward VII. Setelah menarik diri daripada Kolej Perubatan King Edward VII,
Tun Dr. Ismail telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Hong Kong dan
Australia. Namun, permohonan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Hong Kong tidak
berjaya. Mujur pada ketika itu, Universiti Melbourne menerima permohonan beliau.
Oleh itu, pada Mei l940, Tun Dr. Ismail telah berangkat ke Australia untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan.
Semasa di English College Universiti Melbourne, Tun Dr. Ismail telah berusaha gigih
untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Usaha beliau ini tidak sia-sia apabila berjaya
memperoleh ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1945. Tun Dr. lsmail merupakan anak
Melayu pertama yang memperoleh ijazah dalam bidang perubatan dari Universiti Melbourne.
Setelah tamat pengajian di Universiti Melbourne, Tun Dr. Ismail tidak terus pulang ke tanah
air memandangkan keadaan Tanah Melayu pada ketika itu masih belum stabil. Sebaliknya
beliau mula bertugas sebagai Pegawai Perubatan tetap di Harsham Base Hospital, Victoria
selama 12 bulan selepas tamat pengajian. Setelah setahun bertugas, Tun Dr. Ismail telah diberi
tugas sebagai Pentadbir di Horsham Base Hospital pada tahun 1946.
Kejayaan Tun Dr. Ismail dalam bidang akademik banyak dipengaruhi oleh latar belakang
ke1uarga beliau yang banyak memberi sokongan kepada beliau.
(5)
Maktab Sultan Abu Bakar
King Edward Medical Collage, Singapura
(6)
KERJAYA TOKOH
Setelah kembali ke tanah air, Tun Dr. Ismail membuka klinik perubatan sendiri yang
dinamakan Klinik Tawakal di Johor Bahru dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja
secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar
sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan diri
dalam dunia politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951. Pada
tahun 1957, beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Beliau
mendapat pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
memegang jawatan ini sehingga 1959.
Berikut merupakan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau, iaitu pernah
dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO)
pada tahun 1948 hingga 1954, Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang pertama (1956),
Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat (31 Ogos 1957),
wakil tetap negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga 1959, Menteri Hal
Ehwal Luar Negeri (1959), Menteri Keselamatan Dalam Negeri (1960), Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri (1960-1967), Ahli Majlis Perundangan Negara (1970), Timbalan Perdana
Menteri Malaysia (1971) serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Selain itu, Tun Dr.
Ismail juga pernah menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September
1960 hingga 21 Mei 1967 dan meninggalkan kabinet disebabkan masalah kesihatan. Walau
bagaimanapun, kekosongan jawatan diisi oleh Tun Abdul Razak. Beliau sekali lagi dilantik
oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan
peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta
beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969- Februari 1971). Beliau
kembali menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973 dan
bertanggungjawab membantu Tun Abdul Razak meredakan ketegangan dalaman sebagai
Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Pada tahun 1971, beliau telah
(7)
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak. Beliau
telah menampilkan prestasi yang amat membanggakan serta banyak membantu meringankan
tugas serta tekanan yang dihadapi oleh Tun Abdul Razak. Beliau juga pernah memangku
jawatan Perdana Menteri semasa Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada
di luar negara.
Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri
Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang
dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tun. Dr Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri
Tun. Dr Ismail turut serta dalam MAGERAN pada tahun 1969
(8)
SUMBANGAN TOKOH
Sumbangan dan jasa beliau terhadap tanah air amatlah besar. Antara yang dilupai oleh
sesetengah aktivitis politik dan tidak begitu diketahui oleh pihak-pihak lain ialah pidato
bersejarah Tun Dr. Ismail ketika Malaya menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada 17 September 1957. Pada waktu itu beliau menjadi diplomat pertama Malaya ke
PBB dan Duta Besar Malaya yang pertama ke Amerika Syarikat. Permulaan pidatonya
mengagumkan semua pihak dan beliau juga mendapat perhatian kerana berpakaian
kebangsaan Melayu lengkap tengkolok dan sebilah keris di pinggangnya, itu kali pertama
sesuatu senjata dipakai dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau berucap
sekali lagi dalam debat PBB pada 25 September 1957 mengenai pelbagai masalah sebagai
gadaian dalam persaingan idealogi yang berlaku ketika itu. yang timbul di Afrika, Timur
Tengah, dan negara-negara Asia akibat penjajahan. Tegasnya, penaklukan pihak penjajah
menyebabkan negara-negara yang dijajah itu digunakan sebagai gadaian dalam persaingan
idealogi yang berlaku ketika itu. penjajah menyebabkan negara-negara yang dijajah itu digunakan
sebagai gadaian dalam persaingan ideologi yang berlaku ketika itu. Lalu beliau melafaz
sebuah peribahasa Melayu, "Gajah berjuang, rumput juga yang berasa." Dengan terjemahan
bahasa Inggeris when elephants clash, it is the grass that is destroyed. Dalam satu persidangan
PBB pada 26 September 1958 pula 1958 pula Tun Dr. Ismail menyatakan rasa kesal mengenai
nasib Algeria masih dijajah oleh Perancis. "Rakyat Algeria berhak menikmati kebebasan dan
kemerdekaan," beliau menambah. Beliau juga menyebut nasib sedih kulit hitam di Afrika
Selatan yang dikuasai oleh rejim kulit putih dengan dasar Apartheid. Demikian seterusnya
nasib negara-negara Arab di bawah telunjuk pihak-pihak penjajah. Penglibatan Malaysia
dalam arena politik antarabangsa amat jelas terutamanya melalui penyertaannya dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957, iaitu sebaik sahaja negara ini
mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Tun Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Perwakilan
Malaysia yang pertama ke PBB. Penyertaan Malaysia dalam PBB adalah kerana, sebagai
sebuah negara merdeka dan mengamalkan dasar demokrasi, Malaysia berhak menentukan
(9)
hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Justeru adalah
jelas bahawa dasar luar Malaysia adalah memberi penekanan terhadap pemeliharaan
kedaulatannya dan juga negara-negara lain. Malaysia lantang bersuara menentang Dasar
Aparteid di Afrika Selatan dan menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia
yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara di dunia. Ini semua disuarakan
melalui PBB.
Selain itu, sumbangan terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara
kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri
dan menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat
daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup
dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan negara
terlaksana dengan sepenuhnya. Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah
mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan
kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau: It was during the agonising
days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than
anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the
Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.
(10)
Tun. Dr Ismail bersama-sama
seorang wakil PBB
Tun. Dr Ismail bersama-sama isteri
dan Henry Cabot Lodge Jr. di
Pejabat Bansa-Bangsa Bersatu
pada Oktober 1958
(11)
NILAI KEPIMPINAN TOKOH YANG BOLEH DICONTOHI
Tun Dr. Ismail seorang tokoh yang berpersonaliti tegas, jarang tersenyum, berterus terang
namun mempunyai hati yang baik. Sifat tegas yang dimiliki oleh beliau ini juga banyak
dipengaruhi sifat beliau yang semenjak kecil lagi gemar membaca buku-buku berbentuk
falsafah dan akademik yang bersifat agak serius berbanding buku-buku yang bersifat fiksyen.
Beliau juga sangat gemar membaca cerita dari Sherlock Holmes yang mana ianya
membawa kepada tabiat menghisap paip. Sifat pendiam Tun Dr. Ismail ini mungkin diwarisi
daripada sifat ayah beliau seperti yang digambarkan Tun Dr. Ismail dalam memoir beliau (My
father was reserved and hardly talked to anyone of us, and when we wanted to ask him for
something, either money or some presents, we had to write to him.4).
Sebagai seorang pemimpin, Tun Dr. Ismail mempunyai prinsip hidup yang tegas
sehingga digelar sebagai Man of Principle. Hal ini dapat dibuktikan apabila Encik Zawawi
yang merupakan Setiausaha Sulit beliau ketika itu. ingin meminta pertolongan daripada Tun
Dr. Ismail untuk mendapatkan pekerjaan kepada seorang rakannya. Tetapi, Tun Dr. Ismail
telah berterus-terang kepada Encik Zawawi : Adalah tidak adil saya menolong seorang,
sedangkan 10 juta orang penduduk memerlukan pertolongan. Saya tidak terdaya hendak
menolong semua jadi saya tidak dapat menolong seorang.
Tun Dr. Ismail juga merupakan seorang pemimpin negara yang amat dihormati oleh
masyarakat sehingga ke hari ini. Selain seorang yang bersikap tegas dan adil, beliau juga
merupakan seorang pemimpin yang amat mementingkan ketepatan masa. Sikap Tun Dr.
Ismail yang tegas ini memang diakui oleh ternan mahupun lawan. Beliau dikatakan sebagai
seorang yang kurang bicara. mahal dengan senyuman dan kata-katanya adalah muktamad.
Selain itu, Tun Dr. Ismail merupakan seorang pemimpin yang tidak bersifat
perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam hampir kesemua ucapan beliau sepanjang menjadi
menteri. Salah satu ucapan Tun Dr. Ismail yang menunjukan bahawa beliau tidak bersifat
perkauman dan mementingkan hubungan antara kaum ialah ketika berucap di Lions Club: It
(12)
is important that we should strengthen inter-racial relations in this country and he on our
guard, at all time, not to be influenced bv anti-national elements who are trying to distrupt
the unity (if our people). The people must not think (if themselves as a Malay, Chinese or
Indian, hut as a true Malaysian citizen, in a nation which is in the process of nation building.
I am confident that with inter-racial tolerencc and understanding we can strengthen the true
national basis of our nation). Perwatakan beliau yang tidak bersifat pcrkauman ini banyak
dipengaruhi oleh faktor latar belakang keluarga serta pendidikan yang diterima oleh beliau.
Semenjak dari kecil lagi Tun Dr. Ismail sudah biasa bergaul dengan kenalan berlainan bangsa.
Sikap ibu bapa Tun Dr. Ismail yang sering mengambil anak angkat dari kalangan bangsa Cina
juga telah membentuk peribadi bcliau agar tidak bersifat perkauman dan petah bergaul serta
memahami budaya serta adat resam kaum lain. Malahan, ketika masih kecil, ayah beliau
sering membawa mereka sekeluarga melawat ke rumah rakan-rakan ayahnya yang berbangsa
Cina. Pergaulan ketika di sekolah juga menjadi faktor penyumbang kepada pembentukan
sikap Tun Dr. Ismail. Ketika di English College, beliau sering bergaul dengan rakan-rakan
dari pelbagai bangsa.
(13)
KESIMPULAN
Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman ialah merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat
berjasa kepada negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara
amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri
menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara
amatlah diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas
dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutumanya berkaitan dengan
pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang ahli politik
dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir yang cekap dan
memang sewajarnya beliau menjadi orang kanan kepercayaan Tunku Abdul Rahman dan Tun
Razak. Jika beliau mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau tersenarai sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Razak.
Latar belakang keluarga serta pendidikan yang diterima beliau telah membentuk
peribadi dan sifat kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik diwarisi daripada
ayah, abang serta ipar beliau yang juga turut terbabit dalam dunia politik. Selain itu,
keperibadian beliau sebagai setirang doktor telah menjadikan beliau seorang pemimpin yang
teliti dalam membuat setiap keputusan. Walaupun tidak bercita-cita menjadi seorang ahli
politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang disegani dan ketokohan beliau
sebagai ahli politik sukar untuk dicari ganti.
(14)
SUMBER RUJUKAN
Anuar Zamri (2013). Siri Pembina Bangsa Negara: Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Digi World
Print Station.
Shahirah binti Mustaffa dan Arba’iyah Mohd Noor (2013). Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
Dalam Politik Awal Malaysia. http://mjs.um.edu.my
Artur Hirai (2020). Ismail Abdul Rahman. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul
_Rahman.
Artur Hirai (2011). Ismail Abdul Rahman. http://tokohsejarahmalaysia-
2a1.blogspot.com/2011/07/tun-dr-ismail-bin-dato-hj-abdul-rahman.html?m=1
(15)