The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisssaziz76, 2022-05-11 22:45:32

KESAN DAN FUNGSI AR RAHNU

KESAN DAN FUNGSI AR RAHNU

KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU

DISEDIAKAN OLEH:
AMALINA ADRIANA BINTI OSMERA (29DHF21F1002)

NURUL AIERANIS BINTI AZIZ (29DHF21F1018)
SITI AMINAH BINTI JUSOH (29DHF21F1042)
NUR NADZATUL SYAHIRAH BINTI NOR YAZMI (29DHF21F1024)

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ HASNI BIN HASSAN

Apa Itu Ar-Rahnu?

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.
Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang
membawa maksud gadai.

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya
peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan
kerana telah dicagarkan dengan emas.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam
memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-
Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah
Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri
Terengganu.

Konsep Ar-Rahnu

Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:

1. Qardhul Hasan
Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj
selain daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh
diambil oleh pembiaya terhadap peminjam.

2. Wadiah Yad-Dhamanah
Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku
sebarang kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan
semula emas tersebut.

3. Al-Ujrah
Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai
upah menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah
upah simpan yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos
pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi Pembiaya.

Kenapa Ar-Rahnu?
Berikut adalah 4 sebab kita perlu memilih Ar-Rahnu:

1. Proses yang mudah dan cepat
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh
diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.

2. Kurang risiko ‘Non-Performing Loan’
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang
dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3
ke 6 bulan. Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut.
Itupun setelah diberikan tiga kali notis.

Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil
lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini
mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan
tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.

3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara
ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga
tempoh penebusan. Ini memberikan kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil
yang memperolehi keuntungan secara harian.

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum
Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai
konvensional. Sebagai contoh, Ar-Rahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi
setiap RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.

FUNGSI AR-RAHNU

• Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini
mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar
yang dikenakan oleh kedai
pajak konversional iaitu 24 peratus.

• memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur
- unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai
pajak gadai konversional

• menyediakan kemudahan kredit macro kepada ummah khususnya kepada
mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.

• menggalakkan umat islam melakukan gandaian mengikut syari'ah islam dan
membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang
mengandungi unsur- unsur riba gharar dan terjamin dari segi kebajikan sosial
penggadai.

• Merupakan pembiayaan yang berlandaskan Syariah Islam.

KESAN

• Memudahkan peniaga Islam untuk mendapatkan hutang modal untuk
menubuhkan perniagaan.

• Peniaga muslim berpeluang untuk mengembangkan ekonomi negara.
• Dapat memberi kemudahan kepada peniaga muslim yang

memerlukan bantuan kewangan.
• Memberi jaminan kepada pemberi hutang.
• Dapat memupuk sifat Kerjasama dan kasih saying antara sesame

muslim.
• Peniaga muslim terhindar daripada riba’
• Terhindar daripada skim penipuan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia
lebih bersifat adil berbanding konvensional. Oleh itu, konsep Ar-Rahnu
dalam Islam diperluaskan kerana konsep A-Rahnu menggalakkan pinjaman
tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan, ia bagi membantu
masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.Selain itu, ia dapat
membantu perniagaan muslim mencari rezeki yang halal lagi berkat. Konsep
ini dapat membantu meringankan beban seseorang. Disamping itu, dalam
konteks gadaian menurut Islam, penggadai akan menggadai barang
gadaian kepada pemegang gadaian. Barang gadaian akan menjadi
cagaran kepada hutang dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang
jika hutang tersebut tidak dibayar. Sekiranya pemegang gadaian
mendapati penggadai sukar untuk dia menjelaskan hutangya, maka
pemegang gadai berhak mengambil semula hutangnya melalui barang
yang dicagar. Iaitu dengan cara menjual dan kemudian mengambil
hutangnya melalui bayaran yang diperolehi. Maka dengan itu, jelaslah
bahawa gadaian mengikut hukum syara’ lebih memuaskan berbanding
Pajak Gadai Secara Konvensional.


Click to View FlipBook Version