The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH- Pelancongan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chengbk98, 2021-01-12 22:47:00

E-MAJALAH

E-MAJALAH- Pelancongan

Keywords: travel,melancong

MAJALAH YOUNG

Malaysia A NEW SKY
A NEW LIFE

SIDANG
PENGARANG

PENASIHAT : Bagi sebarang makluman dan pertanyaan,
Sila hubungi :
Dr. Maizatul Azura Binti Yahya
Sidang Redaksi Majalah Young UUM,
KETUA EDITOR : Universiti Utara Malaysia,
Tan Yong Xiang 06010 Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia.
EDITOR :
Cheng Bin Kiang Tel : 04 – 1234 5678
Ng Jun Hao Faks : 04 – 1234 5678
Chan Xiu Hui E-mel : [email protected]
Gim Jia Xin

PEREKA GRAFIK & PENYUNTING :
Tan Yong Xiang

Sidang redaksi MAJALAH YOUNG merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang memberi bantuan bagi
menjayakan penerbitan
e-majalah ini.

ISI KANDUNGAN

5 TEMPAT PELANCONGAN YANG 1
TERKENAL DI SEMENANJUNG
MALAYSIA

1 1. KUALA LUMPUR - MENARA
BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)

2. PAHANG - TANAH TINGGI 2
CAMERON / CAMERON HIGHLANDS

3 3. TERENGGANU PULAU REDANG

4. KEDAH DARUL AMAN - 5
PULAU LANGKAWI

7 5. PULAU PINANG – BUKIT
BENDARA

SENARAI SREMAK: 10 BENDA PENTING 9
YANG PERLU BAWA PERGI KE
PELANCONGAN SINGKAT

12 PANTUN MELANCONG

BERITA SEMASA 13

5TEMPAT PELANCONGAN YANG

TERKENAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1. KUALA LUMPUR - MENARA BERKEMBAR PETRONAS
(KLCC)

Menara ini ialah berada di Kuala Lumpur, Malaysia dan siap dibina pada tahun 1998.
Keunikan menara ini ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi
bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004. Menara berkembar ini
merupakan mercu tanda dan salah satu symbol kepada Kuala Lumpur dan bersama-
sama dengan Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan di Kuala Lumpur.

KLCC ini terdapat beberapa kawasan yang menarik 1
sebagai tempat pelancongan yang terkenal seperti
Taman KLCC, Aquaria KLCC, Petrosains untuk
bermain kereta F1 dan sebagainya. Contoh kawasan
yang menarik dan sesuai untuk melancong di KLCC
adalah Taman KLCC yang dekat dengan Menara
KLCC dan terdapat banyak alat permainan dan alat
sukan yang disediakan di sana untuk kanak-kanak dan
orang dewasa yang dapat beriadah dan bersenam di
sana.

2. PAHANG - TANAH TINGGI CAMERON / CAMERON
HIGHLANDS

Tanah Tinggi Cameron ialah sebuah
daerah dan pusat peranginan tanah
tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron
Highland terletak setinggi
1,829meter dari aras laut dan
bersuhu antara 10°C hingga 20°C tetapi
kemungkinan ada berbeza mengikut cuara pada hari tersebut. Tanah Tinggi
Cameron ini terletak di bahagian barat laut negeri Pahang dan jarak
Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala
Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer
dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak.

Salah satu tempat yang terkenal di Cameron Highlands ialah Raju Hill
Strawberry Farm. Raju Hill Strawberry Farm adalah sebuah kebun buah
strawberi yang terletak hanya 3 km dari pekan Brinchang. Kebun
strawberi ini yang mana pelancong-pelancong dapat melihat
pemandangan sekitar ladang dan juga tempat pemprosesannya dan
pelancong di sana boleh membeli buah strawberi banyak-banyak kerana
harganya sangat murah.

2

3. Pulau Redang merupakan di Kuala
TERENGGANU Nerus, Terengganu, Malaysia. Pulau
Redang merupakan pusat peranginan
PULAU yang terkenal dan cukup indah di
REDANG Malaysia dengan pasir putihnya,
terletak di perairan Laut China
Selatan merupakan salah satu
daripada sembilan buah pulau yang
membentuk taman laut Kepulauan
Redang, serta tapak pemuliharaan
penyu yang penting. Perairan di
sekeliling Pulau Redang juga
mengandungi dua buah bangkai kapal
yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera
Wales dan H.M.S Repulse yang telah
ditenggelamkan di sini pada
permulaan Perang Dunia II dan
mewujudkan suasana bagi
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pulau Redang hanya adalah salah
satu pulau yang besar, senyap dan
tercantik di pantai timur Malaysia.

3

Pulau ini kini merupakan sebuah pulau
peranginan yang amat popular di kalangan
orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka
yang datang melalui pakej pelancongan.
Salah satu pantai yang paling cantik di pulau
ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan
airnya jernih, dengan batu karang dan ikan
terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui
Merang dengan bot-bot yang dikendalikan
oleh syarikat-syarikat peranginan di sini.
Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30
kilometer nautika atau Kuala Trengganu
melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan
feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang
kecil di pulau ini. Pulau Redang sesuai untuk
menyenangkan diri di sana atau melancong
dengan bersama keluarga atau rakan-rakan
untuk menikmati pandangan laut yang indah
dan nyaman.

4

4. KEDAH DARUL
AMAN -

PULAU LANGKAWI

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah

Darul Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun

1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda

masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada

destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi

merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang

terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang. Langkawi juga

menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti

merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan 5
berkepala putih.

Terdapat beberapa tempat yang
menarik dan sesuai untuk satu
keluarga untuk melancong di sana.
Tempat pelancongan yang pertama
ialah Pantai Cenang. Pantai Cenang
adalah antara kawasan pantai yang
paling terkenal di Langkawi. Kalau
dah terkenal, sudah semestinya
kawasan di sekitar tidak
mengecewakan, cukup meriah
dengan pelbagai jualan barangan
dan tempat-tempat yang
menawarkan aktiviti air yang
menarik seperti jet ski, parasailing,
banana boat dan banyak lagi.

Pantai yang juga merupakan antara
yang terpanjang di Langkawi ini
agak padat dari bulan Oktober
hingga Mei. Kalau anda ke
Langkawi sekitar bulan yang padat
ni, waktu yang terbaik adalah di
awal pagi untuk mendapatkan lebih
privasi. Selain itu, Langkawi Canopy
Adventure adalah sebuah adventure
yang tak patut anda lepaskan
sekiranya berada di Langkawi.
Pelancong dapat menikmati
keindahan yang ditawarkan Gunung
Raya Langkawi sambil melakukan
pelbagai aktiviti yang mendebarkan
jiwa seperti ziplining, merentas
hutan yang tebal, abseiling dan
memanjat pokok-pokok.

6

5. PULAU PINANG –
BUKIT BENDARA

Bukit Bendera merupakan
sebuah kawasan Parlimen di
negeri Pulau Pinang, negara
Malaysia. Berada pada
ketinggian lapan ratus tiga
puluh meter di atas George
Town, puncak Bukit Bendera
dengan mempunyai suhu yang
dingin dan panorama yang
mengasyikkan. Bukit Bendera
adalah destinasi paling ikonik
di Pulau Pinang yang harus
penlancong yang datang ke
Pulau Pinang untuk
melancong. Bukit Bendera ini
merupakan stesyen bukit
british yang tertua di Asia
Tenggara dan diatas terdapat
52 lot bungalow yang dibina
100 tahun dahulu. Pelancong
boleh menaiki funicular train
service untuk sampai ke
puncak Bukit Bendera tanpa
berjalan kaki.

7

Banyak aktiviti yang menarik di puncak
seperti melihat pemandangan Pulau
Pinang yang mengkagumkan di Skydeck,
melihat gelagat lucu burung hantu di owl
museum dan sebagainya. Di sana terdapat
taman yang menyenangkan, pondok
berfesyen tua, restoran dan penginapan,
sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim
di puncaknya. Kereta kabel merupakan
pengangkutan yang paling popular di sana
dan banyak pelancong tempatan atau luar
negara datang ke sana untuk menaiki
kereta kabel ini untuk sampai ke puncak
bukit tersebut. Harga yang berpatutan
menjadi salah satu alasan yang baik
kepada kereta kabel yang terkenal di
sana.

8

Senarai Semak: 10 Benda Penting
yang Perlu Bawa Pergi ke
Pelancongan Singkat

Dalam pelancongan singkat, membawa terlalu banyak

benda dalam bagasi akan menjadi beban, dan benda
yang terlalu sedikit dalam bagasi pula dapat menyebabkan
kesusahan. Sama ada ini adalah pelancongan pertama anda
atau anda adalah “globetrotter” yang berpengalaman,
anda boleh merujuk di sini bila-bila masa serta di mana
sahaja untuk membantu anda memahami benda yang
anda ingin kemas dan bawa pergi ke pelancongan singkat.

TO-DO-LIST

Tidak kira di mana sahaja anda melancong, kad pengenalan
Malaysia (MyKad) adalah dokumen penting untuk
membuktikan identiti anda.

Dompet adalah tempat untuk menyimpan wang kertas dan kad.
Selain pasport dan kad pengenalan, dompet juga merupakan
benda penting yang perlu dibawa semasa pelancongan.

Semasa pelancongan, anda akan lihat navigasi peta, mengambil
gambar, melayari Internet dengan berada di luara negara.
Peralatan ini mmg perlu disediakan.

9

Perkara yang paling tidak dapat diramalkan ketika melancong
adalah cuaca. Payung dan baju hujan sekali pakai akan
mengelakkan anda daripada tidak bersedia ketika cuaca buruk.

Sunscreen atau semburan sunscreen ini merupakan alat yang
sangat penting untuk menggelak sinar ultraviolet.

Botol-botol toiletries ini boleh diklasifikasikan ke dalam botol
kecil yang berbeza, bagasi anda juga akan menjadi lebih ringan
dan lebih senang dibawa.

Sediakan siri sendiri sebaiknya kit pertolongan cemas kerana
peristiwa berlaku tanpa jangkaan kita.

Botol yang senang dibawa adalah lebih sesuai kerana tidak
perlu takut kehilangan, kepecahan atau kesusahan membawa
botol air

10

Tisu kertas dan tisu basah merupakan benda yang sangat
penting sama ada keluar atau melancong, terutamanya kepada
golongan wanita.

Anda juga boleh menggunakan beg plastik dan beg kalis air
untuk mengemasnya untuk mengelakkan kelembapan dan bau.
Pakaian yang diubah atau telah dipakai juga dapat dimasukkan
untuk menjaga kekemasan dan kebersihan bagasi..

Sebelum Pergi Melancong...
Sediakan Payung Sebelum Hujan!

11

Pantun Melancong

Cahaya waktu ceria sinaran,
Awan berkumpul ceria bersama:
Cuti-cuti ambil kesempatan,
Bercuti bersama saudara-mara.

Awan berkumpul ceria bersama,
Rakan bersama mencipta memori;
Bercuti bersama saudara-mara,
Indahnya tempat dalam negeri.

Rakan bersama mencipta memori,
Memori terindah tidak dilupakan;
Indahnya tempat dalam negeri,
Nikmat bersama tiada penyesalan.

Memori terindah tidak dilupakan,
Sehingga kami ingin berkongsi;
Nimat bersama tiada penyesalan,
Datang Malaysia tidak berugi.

12

BERITA SEMASA

AYUH MELANCONG SECARA BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun keadaan negara kita amat tidak memuaskan, tetapi digalakkan cuti-cuti
Malaysia untuk memberi bantuan dalam menjana semula ekonomi, dan rakyat-rakyat
Malaysia haruslah melancong secara bertanggungjawab atas kesihatan dan
keselamatan sendiri dan rakyat lain. Kerajaan telah bersetuju dan memberi kebenaran
kepada rakyat pada pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, menyatakan
bahawa tekad demi membendung penularan wabak COVID-19 itu harus sentiasa
menjadi pegangan, bagi mengelak sebarang penularan gelombang jangkitan baharu.

"Marilah kita buktikan kita mampu melawan COVID-19 dan melancong secara
bertanggungjawab, demi membangunkan semula ekonomi pelancongan yang melalui
cabaran amat besar tahun ini.”

"Orang ramai dari pelbagai zon sekarang sudah boleh keluar untuk melancong

dengan selamat berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan

Pergerakan (PKPP) yang ditetapkan," dikatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan

Budaya, Datuk Nancy Shukri ketika sesi perbincangan secara maya ketika Program

Bicara BH di Studio NSTP Bangsar pada Disember 5, 2020. 13

Selain itu, Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari itu
juga mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) di
Selangor yang sepatutnya, tamak pada 6 Disember, 2020, telah dilanjutkan
hingga 20 Disember, 2020, kecuali Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak
Bernam.
PKPB selanjutnya setelah penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan
Majlis Keselamatan Negara telah merangkumi Kuala Lumpur dan Sabah.
Namun begitu, peergerakan rentas negeri dan daerah adalah dibenarkan di
seluruh negara, kecuali Kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD), dan telah di berkuat kuasakan pada hari 7 Disember,
2020.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya juga meletakkan keyakinan kepada
penamatan PKPB di beberapa kawasan itu berupaya menghidupkan semila
pelancongan domestok.
"Matlamat ini dapat dicapai menerusi inisiatif gelembung perjalanan domestik
yang sekarang dipermudahkan pergerakan meliputi semua zon tanpa perlu
mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM)," dikatakan oleh Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya.

14


Click to View FlipBook Version