The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anishazirah2610, 2024-02-28 21:35:34

PERKAITAN ANTARA SISTEM DALAM TUBUH MANUSIA (SAINS TAHUN 6)

PENGHASILAN PRODUK EDUP 3143

By Teacher Anis Sains Tahun 5


Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem setiap sistem menjalankan fungsi yang berbeza Setiap sistem saling berkait rapat antara satu sama lain bagi memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik Sistem di dalam tubuh manusia tidak dapat berfungsi secara sendiri. Sekiranya satu sistem gagal, sistem lain turut terganggu


sistem dalam tubuh manusia


1. Sistem peredaran darah The brain is the body’s control center Sistem ini mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh seperti karbon dioksida. Bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia ialah jantung, salur darah, darah dan peparu. Sistem peredaran darah berkait rapat dengan sistem-sistem lain di dalam tubuh badan manusia


Jantung mengepam darah lebih oksigen ke seluruh badan Setelah tubuh menggunakan oksigen, karbon dioksida terhasil dan diserap ke dalam darah Darah lebih karbon dioksida akan dibawa ke jantung. Dari jantung, darah lebih akan dipam ke peparu Peparu akan menyingkirkan karbon dioksida ketika menghembuskan nafas Merah: laluan darah lebih oksigen Biru: laluan darah lebih karbon dioksida Jantung Peparu Tubuh manusia


Darah mengalir melalui pembuluh darah, menghubungkan organ-organ tubuh. Begitu juga, interaksi sosial dan budaya mengalir melalui perpaduan negara, menghubungkan individu-individu dari berbagai latar belakang. Sistem peredaran darah yang sihat menyumbang kepada kesihatan individu. Demikian juga, perpaduan negara yang kukuh membentuk kekuatan bangsa. Negara yang bersatu akan lebih berdaya tahan dan seimbang


Sistem peredaran darah mengangkut oksigen kepada sistem pencernaan Sistem pencernaan membekalkan nutrien kepada organ seperti jantung supaya dapat berfungsi dengan baik Sistem pencernaan melibatkan bahagian pencernaan seperti mulut, esofagus dan dubur. Manakala organ pencernaan pula ialah perut, usus kecil dan usus besar. 2. Sistem pencernaan


6. Anus 5.Usus besar 4.Usus kecil 3.Perut 2.Esofagus 1.Mulut Menghancurkan makanan dengan bantuan gigi dan enzim yang terdapat dalam air liur Menghantar makanan ke perut Mencernakan makanan Mencernakan dan menyerap zat-zat makanan ke dalam sistem peredaran darah Menyerap semula air yang berlebihan dan membentuk najis Mengeluarkan najis


Sistem pencernaan melibatkan organ-organ seperti perut, usus, dan hati. Setiap organ ini memainkan peranan unik dalam memproses makanan dan mengekalkan kesihatan badan. Begitu juga, setiap kaum dalam masyarakat mempunyai peranan yang berbeza. Seperti sistem pencernaan yang bergantung pada kerjasama organ-organ, perpaduan dalam masyarakat juga bergantung pada kerjasama antara kaum.


Sistem pernafasan mengangkut oksigen dan bergantung kepada sistem peredaran darah untuk menghantar oksigen ke seluruh badan Sistem pernafasan juga bergantung pada sistem peredaran darah untuk membantu menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh Organ yang terlibat semasa proses pernafasan adalah hidung, trakea, peparu 3. Sistem pernafasan


oksigen masuk Dada naik dan mengembang Diafragma mengendur dan turun ke bawah oksigen keluar Dada turun dan mengempis Diafragma mengecut dan naik ke atas


Seperti mana tubuh kita bergantung pada oksigen untuk bertahan hidup, begitu juga masyarakat bergantung pada kerjasama dan toleransi antara kaum untuk mencapai kemajuan. Perpaduan negara adalah tanggungjawab bersama kita. Dengan memahami pentingnya perpaduan dan kesedaran tentang kepelbagaian, kita dapat membina negara yang harmoni dan sejahtera bagi semua warga


Sistem peredaran darah mengangkut oksigen dan nutrien kepada sistem rangka untuk membantu tumbesaran tulang Sistem rangka pmelindungi tubuh dan organ-organ pernafasan dan peredaran darah seperti peparu dan jantung Sistem rangka manusia dibina daripada tulang-tulang di dalam badan 4. Sistem rangka


Tengkorak Melindungi otak daripada kecedaraan Menyokong tubuh Tulang belakang Tulang rusuk Melindungi organ dalaman badan seperti jantung dan peparu Tulang tangan dan kaki Menyokong tubuh dan membolehkan badan digerakkan


Tulang-tulang membentuk kerangka tubuh dan memberikan sokongan serta kestabilan. Tanpa rangka tulang, tubuh kita tidak dapat berdiri atau bergerak dengan baik. Begitu juga, perpaduan negara bergantung pada asas kekuatan yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, dan agama. Kesepaduan ini memberikan struktur dan kestabilan kepada negara kita.


Seperti sistem pencernaan yang memerlukan kesatuan organ untuk berfungsi dengan baik, negara kita memerlukan kesepaduan agar dapat bergerak maju dan Seperti pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, negara kita memperoleh kekuatan dari kepelbagaian budaya, bahasa, dan agama. Seperti sistem peredaran darah yang menghubungkan semua organ dan memastikan keseluruhan tubuh berfungsi dengan baik, perpaduan juga menghubungkan semua kaum di Malaysia. Sistem rangka menyediakan struktur yang kuat untuk tubuh kita. Demikian juga, perpaduan negara memberikan kerangka yang kukuh untuk masyarakat kita. Tanpa perpaduan, negara akan rapuh dan mudah terguncang. Seperti oksigen yang diperlukan oleh setiap sel, perpaduan juga diperlukan untuk kesejahteraan dan kemajuan negara. Ketidakperpaduan kaum boleh menyebabkan konflik, ketidakstabilan politik, dan menghalang pembangunan negara.


INGAT PERPADUAN UMPAMA ‘JANTUNG’ DALAM BADAN MANUSIA. TANPA JANTUNG YANG KUAT, TUBUH AKAN LEMAH. BEGITU JUGA DENGAN NEGARA, PERPADUAN ADALAH INTI YANG MEMASTIKAN KESTABILAN DAN KEHARMONIAN DI KALANGAN RAKYAT


Click to View FlipBook Version