icah1607 Download PDF
  • 1
  • 0
TIPS AND TRICKS FROM BELLE EXCLUSIVE
Tips match tudung & warna kulit


Tips memilih tudung mengikut warna kulit yang bersesuaian adalah sangat penting bagi menaikkan seri wajah terutama pada majlis-majlis penting.

Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan pucat serta tidak menyerlah.
Di sebelah ini, saya selifkan beberapa tips untuk memilih warna tudung yang sesuai mengikuf tona kulit warna korang.

kULIT GELAP DAN HITAM MANIS

Wanita berkulit gelap adalah bukan tidak cantik tapi korang bijak memilih warna yang sesuai bakal menyerlahkan lagi tona kulit korang
Untuk yang berkulit gelap adalah sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ini mencerahkan kulit korang.

KULIT SAWA MATANG

Untuk korang yang berkulit sawa matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yg terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan dan biru gelap dapat meyerlahkan kulit korang.

AWAS! Warna yang harus korang elakkan adalah warna yang terlampau lembut atau cair kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit korang kelihatan bertambah gelap.

KULIT PUTIH

Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakkan warna. Tak kisah warna gelap atau cerah. Warna yang paling sesuai untuk korang adalah warna-warna solid seperti merah, hijau, dan hitam.

Jangan disangka orang yang berkulit putih tiada masalah dalam pemilihan warna tudung

CARA PAKAI TUDUNG IKUT BENTUK MUKA SESUAI ATAU TIDAK?

Mesti ramai yang mengalami masalah sebeginikan? Kalini sis nak kongsikan cara pakai tudung mengikut bentuk muka agar wajah korang kelihatan lebih jelita.

BENTUK MUKA BULAT

Wanita yang mempunyai bentuk muka yang bulat ni, biasanya panjang dan lebar mukanya hampir sama. Manakala tulang rahang pula, agak berisi atau tembam.

Sekiranya anda gemar memakai tudung yang mempunyai awning seperti tudung bawal, pastikan awning di bahagian tulang pipi tidak melepasi pipi. Jadi, elakkan melipat tudung sehingga terlalu menonjolkan pipi. Hal ini kerana, wajah anda akan kelihatan lebih bulat sekiranya tudung yang dipakai menampakkan tulang pipi.

Sebelum anda memakai selendang, pastikan anda memakai anak tudung yang agak nipis supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pakai selendang dengan gaya yang loose dan jangan melilitkan selendang terlalu ketat.

BENTUK MUKA BUJUR

Wanita yang mempunyai bentuk muka bujur ini sebenarnya agak beruntung. Hal ini kerana, setiap jarak antara rahang, pelipis, tinggi kening, dan jarak dagu adalah seimbang. Oleh itu, setiap jenis style tudung, anda boleh gayakan dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk memakai pelbagai gaya tudung.

BENTUK MUKA PETAK

Wanita yang mempunyai bentuk nuka petak ini mempunyai jawline yang panjang dan lebar. Oleh itu, gaya tudung yang sesuai mestilah menutup bahagian rahang.

Sekiranya anda mempunyai bentuk muka petak, gunakan anak tudung sebelum mengenakan tudung. Hal ini supaya wajah anda akan kelihatan sedikit memanjang. Sekiranya anda memilih untuk memakai selendang, elakkan daripada menggayakan ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk. Hal ini kerana, gaya ini tidak menyembunyikan bahagian jawline. Sebaiknya, anda memakai gaya selendang yang loose, iaitu dengan melilit selendang di sekeliling leher tanpa menggunakan sebarang kerongsang di bahagian dagu..

BENTUK MUKA SEGI TIGA/ HATI

BENTUK HATI

Wanita yang mempunyai bentuk muka segi tiga atau hati memiliki pelipis yang lebih lebar berbanding pangkal rahang. Oleh itu, gayakan tudung yang dipinkan ke belakang tengkuk agar bahagian rahang lebih kelihatan.

BENTUK SEGI TIGA

agak beruntung kerana wajahnya hampir mirip dengan bentuk muka bujur. Jadi, semua jenis gaya tudung sesuai dipakai. Namun, disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi tidak kelihatan luas.

BENTUK MUKA PANJANG

Wajah dengan bentuk yang panjang, biasanya memiliki dagu yang panjang juga. Bentuk keningnya agak lonjong dan lebih tinggi dengan jarak pelipis. Jarak pelipis pula sama dengan jarak rahang. Oleh hal yang demikian, penggayaan tudung perlu sesuai bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi.

Cara pakai tudung ikut bentuk muka panjang ialah dengan menggunakan anak tudung yang melekap di dahi. Hal ini supaya dapat menutup bahagian kening yang tinggi. Pastikan anda melipat sedikit tudung hingga menampakkan rahang pipi supaya wajah tidak kelihatan panjang. Walau bagaimanapun, semua jenis penggayaan selendang lebih sesuai untuk wanita yang memiliki raut wajah yang panjang .
View Text Version Category : 124
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications