SPP 30143
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
BIL NAMA NO PENDAFTARAN
J02SPP21F025
1. EZZRUL MUKHRIZ BIN
J02SPP21F008
AHMAD SAFARI
JO2SPP21F010
2. ANIS AMIERA BINTI MD
JO2SPP21F009
AMINUL ISLAM
3. WAN NURFAQIHAH BINTI
IBNAN @ ABANAN
4. NUR HAZLIN HASNITA
BINTI MUSTAIN
Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ialah sebuah agensi perdagangan
luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia
membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta
MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar
di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan
pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik
rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga
untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan
produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen
MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007. Tan Sri Dr.Halim Mohammad merupakan
Pengerus MATRADE sejak 1 Januari 2019.
Objektif
➢ Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara.
➢ Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya
syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing.
➢ Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang
mencari pembekal dari Malaysia.
➢ Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan
Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk
menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40
pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di
Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang,
Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
Visi dan misi
Visi
• Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif.
Misi
• Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia.
Logo Perniagaan
Irmohizam Ibrahim (Lembaga Pengarah
MATRADE)
Dato' Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim
Dato' Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim JP berasal dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Beliau
adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL) dan
merupakan tokoh korporat.
Pada tahun 2020, beliau telah mencipta sejarah apabila World Trade Centers Association (WTCA)
menamakan Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia
Pasifik (Persidang & Pameran). Beliau memainkan peranan mempengerusikan, menetapkan
agenda mesyuarat dan menentukan hala tuju untuk semua World Trade Centers seluruh Asia
Pasifik. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya menyandang kerusi dalam
WTCA ini. Beliau menerima anugerah "Corporate Excellence in the Hospitality & Tourism
Sector for Transformative Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE)
Management" di "The International Business Review ASEAN Awards" untuk World Trade
Centre Kuala Lumpur.
Pendidikan
Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah
Kebangsaan Kelana Jaya 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang di Petaling
Jaya. Kemudian, beliau menerima kemasukan ke sekolah berasrama penuh di Sekolah
Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Beliau kemudiannya melanjutkan
pendidikan tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menerima Diploma
Lanjutan Undang-Undang (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
Beliau giat dalam aktiviti kokurikulum dan seorang aktivis semasa beliau masih
menuntut di UIAM. Kemudian, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (Kepujian)
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2016, beliau dianugerahkan
Ijazah Doktor Falsafah Pengajian (PhD) (Kepujian) dalam Falsafah Pendidikan
(Perkembangan Dewasa & Profesional) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada tahun 2019, beliau menyambung pengajian beliau dan dianugerahkan Ijazah
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) (Kepujian Kelas Pertama) dari Arshad Ayub Graduate
Business School (AAGBS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini, beliau sedang
melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), di Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Beliau juga adalah bekas Pensyarah Undang-
Undang di Fakulti Undang-Undang, UiTM pada tahun 2008 hingga 2011.
Beliau telah dilantik menjadi Profesor Adjung School of Hospitality, Tourism & Events
di Taylor’s University dan rakyat Malaysia yang pertama dilantik menjadi Profesor Pelawat
Center of Malaysia Scholars, College of International Relations di Universiti Huaqiao di China.
Kemudian, beliau dilantik menjadi Profesor Adjung di DRB-HICOM University of Automotive
Malaysia dan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini,
beliau sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Fakulti Perniagaan
dan Ekonomi, Universiti Malaya.
Harvard University
✓ Study of China & Communism
✓ Study on Entrepreneurship in Emerging Economics
✓ 10th ASEAN Senior Management Development Program Harvard Business School
Sijil yang diperolehi:
✓ Corporate Directors Training Programme Fundamental (SSM)
✓ Marketing Strategy in Digital World Build High Impact Plans
✓ High Impact Presentation Attested – Dale Carnegie & Associates, Inc (2011) Admitted
& Enrolled
✓ Advocate & Solicator High Court in Malaya – 2001
✓ Certificate of Achievement (The Economist) International
Kerjaya
Beliau mengawasi hal-hal yang berkaitan dengan kebankrapan, pemulihan hutang, pinjaman
perniagaan, penyewaan, sewa beli, pembiayaan perumahan, penjualan barang, probet dan
pentadbiran. Beliau juga pernah mengadakan kuliah dan latihan untuk pelajar undang-undang
di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dilantik sebagai Pemeriksa. Beliau telah menjadi
penceramah jemputan untuk Pengajian Pascasiswazah Fakulti Undang-Undang di UITM dan
banyak lagi.
Antara kerjaya beliau yang pernah berkhidmat adalah:
❖ Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia (2001 & 2004)
❖ Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (2005)
❖ Pegawai Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia (2006-2008)
❖ Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia (2012)
❖ Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
❖ Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
❖ Ahli Lembaga Bukan Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad
Kini, beliau aktif dalam industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE) apabila
beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat, Malaysian Association of Convention &
Exhibition Organisers & Suppliers (MACEOS).
Antara kerjaya beliau adalah:
Univeristi Teknologi MARA
❖ Ahli Lembaga Pengarah
❖ Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan
❖ Ahli Majlis Kursi Institusi Raja-Raja Melayu
❖ Penasihat UiTM FC
Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
❖ Ahli Lembaga Pengarah
❖ Pengerusi Jawatankuasa Kewangan
❖ Pengerusi Lembaga Pelawat
Beliau juga adalah Penasihat kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian
Pertanian & Industri Makanan Malaysia (MAFI). Beliau dilantik sebagai Jawatankuasa
Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa dibawah Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (MOHE).
Pengalaman
Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim bermula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) pada tahun 2013-2018. Seterusnya, beliau merupakan Naib Presiden
Majlis Belia Selangor (MBS) pada tahun 2010-2013 dan Presiden MBS. Selain itu, beliau juga
adalah bekas dan juga Naib Presiden dan bertindak sebagai Exco Penerangan Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Selain itu menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor, Exco Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung, GPMS, Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat (Perhubungan)
Kebangsaan, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kursi
Tun Abdul Razak , Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Alumni UKM, Ahli Panel
Perunding Pendidikan Pengguna Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia
(FOMCA & CEUPACS & NCWO & MBM) dan Ahli GPMS Cawangan Subang.Beliau menjadi
Presiden Majlis Belia Selangor , Exco Pergerakan 1M4U, pengasas 'My Beautiful Malaysia
Day', Ketua Penerangan GPMS Selangor, Setiausaha Majlis Perundingan.
Carta Organisasi
Menerangkan Perkhidmatan Utama MATRADE
Perkhidmatan Teras Kami
A) Pembangunan Pengeksport
• Pasaran antarabangsa adalah arena yang sangat canggih dan
kompetitif. Untuk berkembang maju dalam pasaran ini, pengeksport perlu
memenuhi piawaian antarabangsa dari segi teknologi, reka bentuk produk,
pembungkusan, piawaian kesihatan dan keselamatan.
• MATRADE telah memulakan beberapa program untuk membantu
syarikat Malaysia melengkapkan diri mereka dengan pengetahua n
dan kemahiran untuk menghadapi cabaran dalam bidang global. Ini
termasuk program latihan dan khidmat nasihat pelanggan.
B) Promosi Eksport
• MATRADE membantu syarikat Malaysia untuk mewujudkan kehadiran
mereka di luar negara dan meningkatkan profil mereka di pasaran
asing melalui pemacu promosi yang berbeza termasuk penyerta a n
dalam misi perdagangan, misi pecutan eksport dan pameran
perdagangan antarabangsa.
• M AT RADE juga m enganjurkan program padanan perniagaan untuk syarikat
Malaysia dan pengim port asing. Sebagai agensi nasional untuk prom osi
perdagangan, M AT RADE sering m enjadi titik rujukan pertam a untuk
pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi adalah
untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi
yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan yang mereka cari.
C) M aklumat Pe rdagangan & Pasaran
• MATRADE juga menyebarkan maklumat yang tepat pada masanya
dan relevan serta risikan pasaran untuk memberikan syarikat
Malaysia kelebihan daya saing dalam perdagangan antarabangsa.
Pengum pulan sum ber M AT RADE m enyediakan syarikat Malaysia m aklum at
terkini untuk menambah baik peluang eksport. Kami menawarkan kemudahan dan
perkhidmatan berikut:
• Pusat Maklum at Perniagaan
• Portal MATRADE
• Eksport Saya
• Penerbitan
• Perangkaan Perdagangan
• Maklum at Pasaran
• Pemimpin Perdagangan
• Notis Tender Antarabangsa
D) Nasihat & Sokongan Perdagangan
• Mem andangkan usahawan dan pengeksport sentiasa m em erlukan nasihat
terkini, Unit Penasihat Pengeksport di M AT RADE m em enuhi perm intaan ini
dengan menyediakan khidmat nasihat am, pasaran dan produk yang
tersedia di negara masing-masing dan unit meja produk.
• Pusat Maklum at Perniagaan
• Portal MATRADE
• Eksport Saya
• Penerbitan
• Perangkaan Perdagangan
• Maklum at Pasaran
• Pemimpin Perdagangan
• Notis Tender Antarabangsa
E) Nasihat & Sokongan Perdagangan
• Mem andangkan usahawan dan pengeksport sentiasa m em erlukan nasihat
terkini, Unit Penasihat Pengeksport di M AT RADE m em enuhi perm intaan ini
dengan menyediakan khidmat nasihat am, pasaran dan produk yang
tersedia di negara masing-masing dan unit meja produk.
MATLAMAT TERAS MATRADE
MATRADE menetapkan lapan matlamat teras bagi memapankan sektor eksport. Lapan
matlamat berkenaan ialah memudahkan akses pasaran, mendigitalisasikan eksport,
menyediakan risikan pasaran, memperkasakan pelan eksport negara, membina kesedaran
eksport, meluaskan komuniti pengeksport, menyediakan sokongan khusus dan
memperkasakan jenama Malaysia.
Matlamat 1
➢ Memudahkan akses pasaran melibatkan MATRADE menyediakan peluang pasaran
bagi syarikat Malaysia dengan menghubungkan syarikat kepada pembeli luar negara.
Dalam usaha ini, MATRADE telah mengatur penyertaan dalam Pameran
Perdagangan Antarabangsa (ITF) bagi meneroka lebih banyak peluang eksport untuk
syarikat tempatan. Selain itu, MATRADE menganjurkan Misi Akselerasi Eksport (EAM)
dan mengadakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). Semua usaha ini
bertujuan membantu syarikat-syarikat Malaysia mendapatkan pasaran eksport dan
meneroka peluang baharu di luar negara bagi memperkenalkan produk dan
perkhidmatan masing-masing.
➢ Penularan pandemik COVID-19 yang berlaku dalam tempoh yang singkat membawa
kepada sekatan perjalanan antarabangsa sehingga mengakibatkan pembatalan
program oleh pihak penganjur khususnya ITF. Dengan mengambil kira pengurangan
dalam bilangan program promosi, MATRADE telah memanfaatkan inisiatif digitalisasi
di samping menggunakan kaedah alternatif padanan perniagaan di antara syarikat
Malaysia dengan pembeli luar negara secara maya yang dikenali sebagai eBizMatch.
Selain itu, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Memorandum Persefahaman
(MoU) juga penting untuk mendapat keutamaan dalam akses pasaran.
➢ Segala inisiatif untuk memudahkan akses pasaran ini dilaksanakan secara bersama
oleh ibu pejabat MATRADE, pejabat wilayah dan pejabat luar negara. Rangkaian
pejabat MATRADE di luar ne memberikan risikan pasaran bagi membolehkan ibu
pejabat MATRADE memadankan pengimport dengan syarikat Malaysia setiap kali
mendapat permintaan. Pengimport yang berminat akan dijemput menyertai INSP yang
diatur bersempena pameran maya yang dianjurkan di Malaysia untuk bertemu dengan
syarikat yang disasarkan. Pejabat luar negara juga menguruskan operasi program
promosi eksport yang berlangsung di luar negara. gara memantau perkembangan
peluang perniagaan di pasaran antarabangsa dan memberikan risikan pasaran bagi
membolehkan ibu pejabat MATRADE memadankan pengimport dengan syarikat
Malaysia setiap kali mendapat permintaan. Pengimport yang berminat akan dijemput
menyertai INSP yang diatur bersempena pameran maya yang dianjurkan di Malaysia
untuk bertemu dengan syarikat yang disasarkan. Pejabat luar negara juga
menguruskan operasi program promosi eksport yang berlangsung di luar negara.
Matlamat 2
➢ Menyentuh aspek mendigitalisasikan eksport di mana MATRADE memberi tumpuan
terhadap usaha memacu perdagangan elektronik (eDagang) rentas sempadan bagi
memastikan eksport Malaysia kekal kompetitif. MATRADE telah melaksanakan pelbagai
usaha dan inisiatif bagi mencapai matlamat ini, iaitu menerusi kerjasama serantau,
kerjasama antara Kementerian dan agensi kerajaan serta kolaborasi bersama pemain
industri. Pandemik COVID-19 telah memberi lebih kesedaran kepada komuniti perniagaan
untuk meneroka strategi baharu bagi berinteraksi dengan pelanggan dan memudahkan
proses urus niaga. Komuniti perniagaan telah bertindak balas dengan meningkatkan
penggunaan eDagang sebagai strategi yang semakin relevan dan berkesan. Dalam
situasi baharu yang tidak disangka ini, MATRADE telah menggandakan usaha
menggalakkan penerapan eDagang di kalangan komuniti perniagaan serta
memperkukuhkan hubungan rangkaian ekosistem eDagang di peringkat domestik dan
antarabangsa bagi mempertingkatkan akses pasaran global.
Matlamat 3
➢ Menyediakan risikan pasaran di mana MATRADE membantu syarikat Malaysia dengan
memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran luar negara. Risikan pasaran
penting kepada syarikat yang berhasrat untuk menerokai pasaran eksport kerana ia
memberikan maklumat penting seperti perubahan teknologi, jangkaan pelanggan,
gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Maklumat ini penting kepada
syarikat untuk menyusun strategi eksport mereka ke pasaran antarabangsa. pengeksport
adalah laporan serta kajian produk dan pasaran dalam bentuk Market Alert (MA), Product
Market Study (PMS) dan Trade Lead yang boleh diakses melalui platform digital MyExport.
MATRADE juga menyediakan pelbagai penerbitan termasuk MATRADE Insight (MI) yang
menyalurkan maklumat risikan pasaran serta majalah Exclusive from Malaysia (EFM)
untuk mempromosi syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa. Pusat Informasi
Perniagaan (BIC) juga menyediakan bahan risikan komersial lain yang dilanggan dan
boleh diakses secara dalam talian.
Matlamat 4
➢ Memperkasa pelan eksport negara, MATRADE memainkan peranan untuk
memperkukuhkan eksport negara melalui penyediaan kajian Rangka Tindakan
Perdagangan Nasional (RTPN) yang bertujuan meningkatkan daya saing eksport
Malaysia di pasaran global. Ia melibatkan pemantauan dan penyelarasan kesemua aspek
dalam ekosistem eksport negara. MATRADE juga bertanggungjawab untuk
mengkoordinasi semua program promosi eksport yang dianjurkan oleh Kementerian dan
Agensi melalui peranannya sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Koordinasi
Program Promosi Eksport (JK-X). Semua usaha ini adalah untuk mencapai sinergi yang
lebih jitu di antara Kementerian, Agensi dan pihak swasta untuk meningkatkan eksport
negara.
Matlamat 5
➢ Membina kesediaan eksport di mana MATRADE melaksanakan beberapa program untuk
membantu syarikat-syarikat tempatan mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di
luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan perniagaan, peningkatan kemahiran,
jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini
membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan pada peringkat
antarabangsa.
➢ MATRADE juga menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pengeksport menerusi
rangkaian pejabat wilayah di seluruh negara. Dalam usaha ke arah pendigitalisasian
eksport, MATRADE memberi geran atau dana kepada syarikat Malaysia untuk
mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di
platform eDagang antarabangsa,
Matlamat 6
➢ Adalah meluaskan komuniti pengeksport di mana MATRADE menawarkan khidmat
nasihat perdagangan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh syarikat
Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. MATRADE juga memberi maklum
balas kepada pertanyaan perdagangan yang diterima dari komuniti perniagaan
termasuk pengimport.
Matlamat 7
➢ Menyediakan sokongan khusus menyaksikan MATRADE menyediakan sokongan
khusus kepada syarikat Malaysia dalam bentuk pemberian geran dan insentif untuk
mempersiapkan syarikat menembusi pasaran eksport. Geran atau dana yang
diberikan akan membolehkan syarikat mengukuhkan daya saing dan meningkatkan
aktiviti promosi eksport. Pejabat MATRADE di luar negara pula berperanan membantu
pengeksport Malaysia dengan memberi konsultasi berkaitan perdagangan dan industri
serta memadankan mereka dengan pengimport produk dan perkhidmatan.
Matlamat 8
➢ Memperkasa jenama Malaysia, MATRADE memainkan peranan mengukuhkan
jenama Malaysia supaya pengeksport boleh mendapat manfaat daripada aktiviti
promosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Promosi memperkukuhkan
jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dapat dilaksanakan menerusi kemudahan
da ruang pameran seperti Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), di samping
penganjuran #MyAPEC 2020 Exhibition dan penyertaan dalam CAEXPO 202
Menerangkan Bagaimana MATRADE Memberi
Peluang Kepada Pengeksport Malaysia
Menembusi Pasaran Antarabangsa
MATRADE membantu syarikat – syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa
melalui pelbagai program promosi, termasuk penyertaan di misi perdagangan,misi pemasaran
khusus serta dipameran – pameran antarabangsa.
1. Misi Perdagangan
Misi perdagangan memberi syarikat – syarikat Malaysia peluang untuk
menghubungkan pegawai – pegawai kerajaan yang relevan dengan komuniti
perniagaan di pasaran luar negara. Misi – misi ini yang dianjurkan bersama dengan
Kementerian Perdagangan Luar dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA). Misi ini diketahui oleh Menteri atau Timbalan Menteri
Perdagangan Luar dan Industri Malaysia.
2. Misi Pemasaran Khusus
Misi pemasaran khusus adalah acara promosi yang memfokuskan kepada pasaran.
Seterusnya,misi ini dikendalikan dalam kumpulan yang kecil bagi membolehkan
peserta misi bertemu dengan syarikat – syarikat asing dalam usaha memasarkan
produk mereka.
3. Pameran Perdagangan Antarabangsa
Pameran antarabangsa merupakan peluang yang baik untuk peniaga mempamerkan
produk dan perkhidmatan mereka. Dengan ini, syarikat Malaysia boleh mengambil
peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan
yang disediakan oleh MATRADE termasuk sewaan ruang pameran, pembinaan ruang
pameran dengan reka bentuk asal,mengatur mesyuarat perniagaan dengan pembeli
yang berpotensi.
4. Promosi melalui Gerai Pameran
Untuk memberi kemudahan kepada pengeksport bagi menerokai pasaran baru,
syarikat Malaysia boleh mempamerkan bahan promosi produk mereka di pameran
perdagangan antarabangsa di pasaran terpilih.
5. Pameran Produk Malaysia
MATRADE menganjurkan Pameran Produk Malaysia di pasaran baru, bagi
memperkenalkan syarikat – syarikat Malaysia serta produk dan perkhidmatan mereka.
6. Eksport Sektor Perkhidmatan
Setelah melalui beberapa tahun, pembekal perkhidmatan Malaysia telah
meningkatkan kepakaran mereka ke tahap yang setanding dengan keperluan
piawaian antarabangsa. Sektor – sektor yang terlibat adalah pembinaan, seni bina,
kejuruteraan, pendidikan, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi
serta perkhidmatan reka bentuk. Promosi eksport perkhidmatan ini dijayakan melalui
pelbagai acara promosi khusus.
7. Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
MEEC di Kuala Lumpur mempamerkan barangan buatan Malaysia kepada pembeli
asing dan delegasi perdagangan yang melawat ke Malaysia. Ruang pameran yang
berukuran 4500 kaki persegi boleh menampung lebih daripada 500 syarikat Malaysia
dengan meliputi 30 industri.
MATRADE Bantu 13,813 Syarikat Tempatan Menembusi Pasaran Antarabangsa
• Bagi tempoh 2015 hingga 2019 MATRADE telah berjaya membantu
sebanyak 13,813 syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa
menerusi 466 aktiviti promosi eksport dan program berkaitan.
• Dalam tempoh 5 tahun itu, MATRADE juga turut mempromosikan
sejumlah 337 jenama Malaysia dalam pelbagai sektor yang dapat
meluaskan pasaran di luar negara. Contohnya seperti Petronas, Secret
Recipe, Marrybrown, Adabi dan Upin Ipin.
• MATRADE juga mengadakan Program Pembangunan Pengeksport
untuk Bumiputera, Wanita dan Belia (BWY) iaitu syarikat dengan
produk berpontensi untuk eksport diberi latihan dan pendedahan dalam
aktiviti promosi eksport.
• MATRADE memberi Geran Pembangunan Pasaran bagi membantu
meringankan beban kewangan syarikat pengeksport pengusaha kecil
dan sederhana Malaysia.
• Pada 31 Ogos 2020, MATRADE mengambil langkah proaktif melalui
menerusi platfom digital bagi meningkatkan jumlah eksport negara
termasuklah eBizMatch. Sesi padanan perniagaan secara maya ini
telah berjaya mengatur 628 sesi.
• Pengeksport turut didorong menerusi aktiviti latihan pengeksport
dengan sejumlah 119 sesi pada 1 Jun hingga 30 Ogos 2020.
Menerangkan Hubungan Antarabangsa
Atau Rangkaian Yang Dijalankan Oleh
MATRADE
1. MATRADE boleh membantu syarikat-syarikat tempatan mencari pasaran baharu
untuk mereka dengan memberi maklumat risikan pasaran serta memadankan
syarikat-syarikat Malaysia dengan pembeli-pembeli yang berkualiti tinggi di seluruh
dunia. MATRADE mempunyai lebih 46 pejabat di seluruh dunia yang berfungsi untuk
memberi akses pasaran kepada perusahaan kita.
2. Salah satu peranan MATRADE adalah untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan
relevan serta maklumat pasaran untuk memberi syarikat-syarikat Malaysia berdaya
saing di pasaran antarabangsa.
3. Dapat mempromosikan, membantu, serta membangunkan perdagangan luar Malaysia
dengan memberi penekanan keatas eksport perkilangan dan separa kilang serta
menjalankan import, eksport secara terpilih. Contohnya, mempromosikan produk batik
ke luar negara.
4. Selain itu, mengendalikan program – program latihan bagi meningkatkan kemahiran
pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa. Contohnya menganjurkan
seminar dan bengkel.
5. Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa.
Contohnya kerjasama antara kerajaan dengan negara luar.
6. Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara dengan
menganjurkan perjumpaan (penjual & pembeli).
7. Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
8. Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh
9. Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen
kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
10. Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia.
11. Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar.
12. Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha
mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan
perdagangan dengan negara lain.
Matrade Memangkin Eksport Malaysia
Melalui Pendigitalan
❖ Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD),
perdagangan antarabangsa dapat ditingkatkan dengan pendigitalan, melalui
pengurangan kos, penyelarasan rantaian nilai global, perkongsian idea serta
penggunaan teknologi yang menghubungkan lebih banyak perniagaan dengan
pengguna.
❖ Sedar dengan kepentingan pendigitalan dalam perdagangan antarabangsa,
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) giat
mempromosikan pendigitalan dalam kalangan pengeksport Malaysia, jauh
lebih awal sebelum kemunculan Covid-19.
❖ Sebagai organisasi nasional yang mempromosi perdagangan, Matrade
komited dalam memastikan syarikat Malaysia berjaya menembusi pasaran
global serta kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
❖ Antara inisiatif yang diambil termasuk menyediakan laman web yang
komprehensif dengan maklumat yang diperlukan oleh syarikat Malaysia, serta
Direktori Produk, Perkhidmatan serta Jenama Malaysia yang boleh diakses
secara terus oleh pembeli asing yang berminat.
❖ Matrade turut menawarkan rangkaian perkhidmatan digital yang luas,
merangkumi perkongsian risikan pasaran, padanan perniagaan secara dalam
talian, permohonan bagi insentif kerajaan untuk tujuan perdagangan dan
promosi maya.
❖ Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan, Alat Penilaian
Kesediaan Eksport (Erat) merupakan aplikasi yang membantu syarikat untuk
memastikan sama ada mereka bersedia atau tidak untuk memulakan eksport.
Mewujudkan rangkaian perhubungan digital
• Dengan jaringan 46 pejabat perdagangan di seluruh dunia, Matrade
memainkan peranan penting dalam mempromosikan eksport Malaysia ke
pasaran antarabangsa.
• Bagi tujuan ini antara inisiatif pendigitalan yang diperkenalkan ialah program
Rangkaian Perniagaan Elektronik (eBizLink).
• Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, (Akselerasi Eksport)
Sharimahton Mat Saleh, eBizLink merupakan inisiatif baharu berimpak tinggi
di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi
(PEMERKASA) yang dilaksanakan dalam memacu pertumbuhan eksport
Malaysia dengan memanfaatkan platform hybrid.
• Program menyediakan solusi yang kos efektif dan lestari kepada syarikat
Malaysia meliputi PKS dan syarikat peringkat pertengahan (SPP) bagi
merebut peluang perniagaan baharu di pasaran global dalam mengharungi
cabaran pandemik COVID-19 tambah beliau lagi.
• Di bawah program ini, pejabat antarabangsa Matrade bekerjasama dengan
rakan kongsi pasaran tempatan serta influencers dan Key Opinion Leaders
(KOL) untuk mempromosikan syarikat Malaysia melalui platform hibrid (dalam
dan luar talian).
• Pada masa yang sama , Matrade turut membantu syarikat Malaysia bertemu
dan memadankan perniagaan mereka dengan pengimport yang berminat
melalui program eBizMatch, yang juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeksport Malaysia.
• Menerusi program eBizMatch, pengeksport dapat meningkatkan kecekapan
dan produktiviti kerana mesyuarat dalam talian menjimatkan banyak masa dan
wang dan mereka tidak perlu melakukan perjalanan untuk bertemu pembeli.
• Program eTrade turut membantu syarikat yang terlibat menyenaraikan produk
mereka di platform-platform eDagang antarabangsa. Program ini terus
dipertingkatkan lagi dengan pertumbuhan saiz pasaran e-Dagang global yang
melonjak akibat wabak Covid-19, dimana ciri-ciri tambahan inisiatif
pemudahcara eksport eTrade dipertingkatkan
• Skim ini telah membantu sekitar 280 PKS dan menjana jualan eksport
sebanyak RM26 juta menerusi platform eDagang.
Ini masanya untuk eskport
• Sungguhpun sekatan perjalan akibat pandemic telah berakhir dan negara
berada dalam fasa endamik, digitalisasi dilihat sebagai masih kekal relevan
dan merupakan aktiviti utama perniagaan dalam norma baharu.
• Syarikat Malaysia digesa agar terus melaksanakan pendigitalan pasaran
operasi perniaagaan mereka dan seterusnya menembusi pasaran
antarabangsa. Matrade sedia membantu syarikat tempatan untuk
mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global melalui pelbagai
program promosi eksport.
SUMBER RUJUKKAN
References
AT AZRY. (2022). AT AZRY. Retrieved from MATRADE : http://atazry.com/bm/matrade/
AT AZRY. (2022). MATRADE. Retrieved from AT AZRY : http://atazry.com/bm/matrade/
Laporan Tahunan 2020. (2021). Maklumat Teras Matrade. (Y. D. Nonis, Ed.) Malaysia: Unit
Komunikasi Koporat MATRADE . Retrieved from
https://www.matrade.gov.my/documents/ebook/annual -report-2020-bm/
M C A. (2022). MATRADE bantu 13,813 syarikat tempatan tembusi pasaran antarabangsa. Retrieved
from M C A: http://mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=02-022021-179899-02-
202102&_param2=TS
Malaysia External Trade Development Corporation. (2022). About Us. Retrieved from Malaysia
External Trade Development Corporation: https://www.matrade.gov.my/en/about-
matrade/corporate-info/about-us
Neevani. (2007). sRiKaNdiUPSI. Retrieved from Mengenal MATRADE:
https://www.blogger.com/profile/01118601967272762649
santai-santai. (9Mac, 2019). MAKSUD DAN PERANAN MITI dan MATRADE. Retrieved from santai-
santai: https://httpsantaisantai.blogspot.com/2019/03/apa-itu-miti-dan-matrade-
1.html?m=1
SCRIBD. (2022). Peranan Matrade. Retrieved from SCRIBD:
https://www.scribd.com/document/323581767/peranan-matrade
STAR MEDIA GROUP. (11 Ogos, 2022). Matrade memangkin eksport Malaysia melalui pendigitalan.
Mstar. Retrieved from https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/08/11/matrade -
memangkin-eksport-malaysia-melalui-pendigitalan
Wikipedia . (25 April, 2022). Irmohizam Ibrahim. Retrieved from Wikipedia :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Irmohizam_Ibrahim