PENGENALAN BOLA BALING
SEJARAH BOLA BALING
dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi
mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek,
harpaston pada Zaman Kerajaan Rom
fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman
Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang
mirip dengan permainan bola baling
Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang
mirip dengan permainan bola baling , iaitu :
1. haandbold berasal dari Denmark
2. hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia
3. torball berasal dari Jerman
Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus
kepada permainan bola baling masa kini.
Handbold
dicetuskan oleh Helger Nilson
-seorang ketua pengawas sekolah yang cuba
mencari dan mencipta sukan yang seakan sama
dengan permainan bola sepak
timbul setelah permainan bola sepak telah
banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-
tingkap di sekolahnya
dia telah memperkenalkan permainan bola
dengan menggunakan tangan kepada rakan-
rakannya
akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan
baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark
Hazena
mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan
Antonin Kristof.
pertama kalinya telah dimainkan di Prague,
Republik Czech dengan saiz gelanggangnya
(48m x 32m; bentuk kawasan gol, 6m lengkung;
saiz gol, 2m x 2.4m dan masa permainan 2 x 25
minit, yang hampir sama dengan bola baling
moden
membahagikan kawasan gelanggang kepada
tiga kawasan
1. kawasan penjaga gol
2.kawasan pertahanan
3.kawasan penyerang
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang
pertama yang telah memperkenalkanya di
Jerman
Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m
kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m
setiap negara mempunyai peraturan
permainan yang berbeza, penganjurannya di
peringkat antarabangsa menjadi agak sukar
Justeru itu, penyelarasan peraturan
pertandingan telah dilakukan oleh Karl
Schelenz pada 1917 di Berlin
Bola Baling
dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan
kekuatan 11 pemain setiap pasukan
Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan
telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit
sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan
di peringkat antarabangsa
International Amateur Handball
Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun
1928 di Amsterdam untuk
1.mempromosikan sukan bola baling,
2.menganjurkan kejohanan di peringkat dunia
3. menyediakan program bagi membolehkan
sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik
Pada tahun 1936, sukan bola baling telah
dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin
Austria dan Jerman merupakan kuasa besar
bagi sukan ini
International Handball Federation
(IHF) merupakan satu organisasi baru yang
telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark
pada tahun 1946 di mana satu arah baru
dalam evolusi sukan bola baling telah wujud
Pengenalan Bola Baling
Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Lim
Hock Han
Kementerian Pendidikan Malaysia mengendalikan beberapa kursus
yang berbentuk pengenalan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling
mulai tahun 1978
Tujuannya hendak memperkembangkan permainan ini di peringkat
sekolah.
Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang menubuhkan
Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981.
Tahun 1984, Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah
ditubuhkan.
Pertandingan Bola Baling kebangsaan yang pertama telah diadakan di
Stadium Negara, KL pada 1983.
Pada tahun 1987, sukan ini diterima sebagai salah satu permainan
anjuran MSSM untuk Peringkat kebangsaan.
Permainan ini adalah salah satu kegiatan sukan dalam program
kokurikulum pelajar.
Kemahiran Asas Permainan
Bola Baling Olimpik
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Menghantar dan menyambut
bola
Kecekapan membuat hantaran dan
menyambut bola akan membantu pemain
menguasai bola dan juga mengatur serangan
oleh pasukannya.
Kemahiran menyambut dan menghantar
bola perlu diberi perhatian supaya para
pelajar mengamalkan teknik yang sesuai dan
bermutu semasa bermain.
3. Hantaran bola
terdapat cara-cara penghantaran bola
yang sama dengan cara-cara yang
digunakan dalam permainan bola
keranjang dan bola jaring.
Jenis-jenis hantaran
1. Hantaran bahu
2. Hantaran lantun
3. Hantaran aras dada
4. Hantaran lompat
5. Hantaran sisi
6.Hantaran belakang kepala
7.Hantaran belakang badan
Prinsip asas hantaran bola
1. Suai masa (timing) - bilakah bola patut
dilepaskan?
2. Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada
sasarannya
3. Arah – ke manakah bola dihantar supaya
permainan menjadi positif ?
4. Kekuatan – sekuat manakah bola patut
dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan jarak dan
kedudukan pemain yang menerima bola?
Hantaran bahu
Cara yang sering digunakan oleh pemain
Biasanya dilakukan semasa membuat
hantaran jauh
Kelebihannya ialah persediaan hantaran ini
boleh mengelirukan pihak lawan.
Dari keadaan bersedia,pemain boleh terus
mengelecek,menjaring, menukar hala
hantaran, atau memusing badannya.
Hantaran lantun
Diamalkan apabila membuat hantaran secara
mengejut.
Kelemahannya ialah bola itu dapat disekat
oleh lawan yang bertindak balas pantas,
Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.
Hantaran aras dada
Berasal daripada kemahiran yang sama
dalam permainan bola keranjang
Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras
dada.
Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari
jari-jari tangan.
Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
Hantaran lompat
Satu lagi gerak keliru yang berasal dari
permainan bola keranjang
Biasanya apabila seorang penyerang
melompat untuk menjaring tidak berpeluang
berbuat demikian, ia akan membuat
hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.
Hantaran sisi
Cara ini digunakan bila membuat hantaran
jarak dekat dan pantas.
Pemain tidak perlu memusingkan badannya
untuk menghadap ke arah penerima
hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan.
Banyak melibatkan pergerakan pergelangan
tangan
Memang sesuai bagi pemain yang
mempunyai tapak tangan yang besar.
Hantaran Belakang Kepala
Cara ini dibuat agar pelawan sukar untuk
mengesan hala bola,
Biasanya pemain tidak menghadap
penerima.
Cara ini kurang digunakan kerana ketepatan
hantaran sukar dipraktikkan.
Hantaran belakang badan
Hantaran ini sama dengan cara
mengendalikan hantaran belakang kepala.
Bola akan dikeluarkan dari belakang
pinggang.
Pelawan sukar menyekat bola kerana jarak
antara penghantar dan pelawan.
Menyambut bola
Kecekapan menyambut bola
Perlu semasa berdiri untuk menerima
hantaran, berlari dan menyambut
Dalam situasi di mana pemain dikehendaki
melompat untuk mendapat bola.
Penerimaan bola baik dengan sebelah atau
kedua-dua belah tangan untuk memennuhi
tiga prinsip asas
Tiga prinsip asas
Menyerap kepantasan bola
Menguasai dan mengawal bola
Memindahkan bola itu ke kedudukan yang
sesuai dengan tindakan atau pergerakan
yang selanjutnya(mengelecek, menghantar
atau menjaring)
Cara menyambut bola
Dengan kedua-dua belah tangan –bola aras
muka
Dengan kedua-dua belah tangan – bola
rendah
Menyambut bola dengan sebelah tangan
Menyambut bola tinggi
Dengan kedua-dua belah
tangan- Bola aras muka
Pemain hendaklah berada di belakang hala
pergerakan bola itu.
Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus
ke hadapan untuk menyambut bola.
Dengan kedua-dua belah
tangan –bola rendah
Pemain perlu merendahkan badannya dan
kedua-dua belah tangan dihulur untuk
menerima bola yang menuju kepadanya.
Jari-jari menghala ke bawah semasa
menyambut bola
Menyambut bola dengan
sebelah tangan
Apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan
semasa hantaran dibuat
Penerima juga memerhatikan bola sehingga
dapat disambutnya
Untuk kawalan bola yang kemas,keseluruhan
tapak tangan yang menyambut bola
hendaklah berada di belakang bola
Menyambut bola tinggi
Pemain hendak melompat untuk menyambut
bola hantaran tinggi
Penting dalam situasi adalah lompatan
hendaklah dibuat pada masa yang tepat
Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas
untuk menyambut bola
Bola hendak dibawa rapat ke badan supaya
dapat mengawalnya lebih kemas
Rujukan
TEAM HANDBALL(STEPS TO SUCCESS)-
REITA E. CLANTON MARY PHYL DWIGHT
PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN
ASAS PERMAINAN-TENG BOON TONG