The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR DASAR & KURIKULUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR SYAFRIZA AZAMIAH BINTI KAMARULZAMAN Moe, 2022-08-19 10:46:21

BUKU PROGRAM MAJLIS LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR DASAR & KURIKULUM

BUKU PROGRAM MAJLIS LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR DASAR & KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

PROGRAM
SEKOLAHKU SEJAHTERA
SMK MUNSHI ABDULLAH

EMPATI SELAMAT SERONOK
JATI DIRI SIHAT ETIKA
ADAB SOPAN
ARTIKULASI
HARMONI RASIONAL

TELITI EKSPLORASI
TERAMPIL
TEKUN

18 OOGOS KHAMIS

2022 7:30 PAGI

SMK MUNSHI ABDULLAH

ENCIK KAMARUDIN BIN KASSIM ENCIK RAMLI BIN ABDULLAH
GPK HAL EHWAL MURID PENGETUA

SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA





"USAHA TETAP JAYA"
"MUNSHI WARISAN KEPIMPINAN"

Sekolahku sejahtera

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu
dalam pelaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku
SEJAHTERA. Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan
Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Pelaksanaan konsep ini
adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Konsep ini diperkenalkan tidak akan
membebankan guru serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan
14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik
di sekolah oleh guru dan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat,
aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan
masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang
ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam
penyelesaian masalah.

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh
para guru kepada murid. Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata
pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid
mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada
murid. Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan
secara holistik bersama dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.




SELAMAT seronok

adab sopan sihat

harmoni 14 nilai etika

tekun empati

teliti jati diri

terampil eksplorasi

artikulasi rasional

sejarah smk
munshi abdullah

Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah atau nama ringkasnya SMK
Munshi Abdullah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di
Batu Berendam. Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah
memiliki 814 orang pelajar lelaki dan 963 orang pelajar perempuan, menjadikan
jumlah keseluruhan murid seramai 1777 orang. Ia mempunyai seramai 144 orang guru.

SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan pada tahun 1958 sempena menyahut seruan
Penyata Dasar Pelajaran Razak 1956. Pada mula penubuhannya, pelajar menumpang
di Sekolah Inggeris Gajah Berang di Jalan Gajah Berang. Nama asalnya ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Bandar Melaka (SMKL). Pelajar perintisnya
berjumlah 80 orang iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki tingkatan 1. Pada
tahun 1964, SMKL menumpang di bangunan Sekolah Menengah Tun Tijah, di Jalan
Durian Daun. Kemudiannya berpindah dan menumpang di bangunan Durian Daun
pada Oktober 1965.

Pada bulan Disember 1966, SMKL mempunyai bangunan sendiri di Batu Berendam,
yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Melaka. Nama sekolah ini ditukar kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Batu Berendam (SMKLBB). Pada masa ini
SMKLBB terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A, B, C, D dan sebuah
kantin.

Pada 16 Jun 1968, apabila SMKLBB dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan
Sri Mohd. Khir Johari dan secara rasminya, nama sekolah ini telah ditukar kepada
Sekolah Menengah Munshi Abdullah (SMMA). Tingkatan 6 Sastera bermula pada
tahun 1969 dan mengandungi 30 orang pelajar terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan
15 pelajar perempuan. Pada tahun 1970, tiga kelas Tingkatan 4 aliran sains dimulakan
juga bermulanya pengambilan pelajar perempuan kerana sebelumnya pengambilan
pelajar tingkatan 1 hingga 5 adalah terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Berikutan
dengan itu, satu kelas Tingkatan 6 sains dimulakan di SMKMA pada tahun 1971.

sejarah smk
munshi abdullah

Pada tahun 1977, SMKMA menerima pelajar Rancangan Khas iaitu pelajar yang
sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebanyak dua kelas dengan
lebih kurang 65-75 pelajar lelaki dan perempuan. Mereka diwajibkan tinggal di
asrama.
Pada tahun 1991, program Rancangan Khas (RK) ini dihentikan dan digantikan dengan
Kelas Aliran Agama (KAA). Pada dasarnya KAA ini sama dengan RK bezanya pelajar-
pelajar ini tidak berjaya permohonannya ke SMK (A) iaitu SMK aliran agama.
Pada Tahun 2020, SMK Munshi Abdullah telah dijadikan semula sekolah satu sesi
persekolahan. Murid Tingkatan 6 telah berpindah ke premis baru di blok G yang
asalnya adalah bangunan asrama lelaki.
JUMLAH BILANGAN MURID:

JUMLAH BILANGAN GURU:

ATUR CARA MAJLIS

7:30 pagi

: Ketibaan Pengetua SMK Munshi Abdullah, Melaka
En. Ramli bin Abdullah dan barisan pentadbir.
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengetua
- Persembahan Public Speaking
- Gimik Pelancaran Sekolahku Sejahtera
- Tayangan Montaj

: Lawatan ke Bilik Bimbingan & Kaunseling
: Lawatan ke Bilik Guru
: Bersurai

Jawatankuasa

PENGERUSI : RAMLI BIN ABDULLAH (PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK SAUFI BIN KAHAR (GPK PENTADBIRAN)

: ENCIK KAMARUDIN BIN KASSIM (GPK HAL EHWAL MURID)

: PUAN SANISAH BINTI AHMAD (GPK KOKURIKULUM)

: PUAN ALIFAH BINTI SHARUDIN (GPK TINGKATAN 6)

NAIB PENGERUSI : TUAN HAJI AZAM BIN SHARAN BIN A. SAMAD (GKMP KEMANUSIAAN)

: PUAN NOR AINI BINTI HASHIM (GKMP BAHASA)

: PUAN ZANARIAH BINTI JUMAAT (GKMP SAINS & MATEMATIK)

: PUAN MARKHDAYU BINTI MARWAJI (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL)

SETIAUSAHA : PUAN NOOR SYAFRIZA AZAMIAH BINTI KAMARULZAMAN

NAIB SETIAUSAHA : PUAN IZZIATY BINTI YAHYA




Pengacara Majlis : Dokumentasi:
puan siti faezah binti jumali puan salina binti ahmad
puan johariah binti ali


Bacaan Doa:

ustaz asri bin ibrahim Buku Program:
puan izziaty binti yahya


Jurugambar & Rakaman Video :

encik shah rezza bin noradin Montaj:
encik mustaffa kamal bin abd. majid
encik lee kwee chiang puan nor shahada binti yahya




Jamuan: Pegawai Perhubungan Sekolah:
puan NOOR SYAFRIZA AZAMIAH encik azman bin md ghauth

BINTI KAMARULZAMAN

puan fauziah binti mohd shah P.A Sistem:
puan siti zanariah binti sapar Encik jaafar bin ahmad

Penghargaan

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada :

YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali
[Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor
Dasar dan Kurikulum]
Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Tuan Pengetua
Para Pentadbir
Para Guru & Staf Sokongan

Semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan semua
aktiviti yang dirancang. Semoga kita semua berada
dalam lindungan Allah SWT.

Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,

Terima kasih daun keladi,
Lain tahun berjumpa lagi.


Click to View FlipBook Version