Cikgu Syafriza Azamiah
SMK Munshi Abdullah, Melaka
Antara 50 patah Perenggan ( tidak
perkataan hingga ada ketetapan
80 patah perkataan
tetapi saranan saya
3 perenggan)
Pelbagai bentuk Karangan Jumlah patah
soalan Pendek perkataan perlu
PT3
ditulis.
Contoh jawapan untuk soalan di atas :
i. Kehendak soalan : Cara-cara memupuk semangat
kejiranan.
ii. Kata Kunci : Cara-cara
iii. Tema : Semangat Kejiranan
Contoh jawapan ayat pertama :
Keharmonian sesebuah negara bermula dengan
ketinggian nilai semangat kejiranan dalam sesebuah
komuniti setempat.
Ayat Kedua :
(Cara-cara memupuk semangat kejiranan) ialah (kita / masyarakat /
rakyat ) perlu menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan
kejiranan.
Ayat Ketiga :
i) Mengapa? – kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lagi.
ii) Kesan? – kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
satu sama lain.
iii) Contoh? – Persatuan Penduduk yang akan mengadakan aktiviti
gotong-royong untuk memastikan kawasan perumahan dalam
keadaan bersih dan selamat.
(Hanya perlu pilih satu isi sahaja yang hendak digunakan dalam
karangan tersebut)
Jawapan :
Sehubungan dengan itu, semua jiran akan dapat mengenali jiran
tetangga dengan lebih rapat lagi.
Penutup
(Hanya 1 ayat sahaja dalam satu perenggan)
Tegasnya,masyarakat perlu menanamkan
semangat kejiranan dalam diri masing- masing
agar dapat melahirkan sebuah negara
Malaysian yang harmoni dan sejahtera.
Teknik hanya sebagai asas kepada
penulisan karangan pendek. Terdapat
pelbagai cara penulisan karangan pendek
bergantung kepada soalan yang diberikan.
Karangan pendek ini juga hanya membantu
pelajar- pelajar memahami kehendak
soalan.
Penanda wacana juga boleh berubah-
berubah mengikut penguasaan bahasa
pelajar-pelajar itu sendiri.
Semoga memberikan sedikit manfaat
kepada yang membaca.