The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINGGU 4 (KATA PENGUAT, KATA PEMERI DAN KATA NAFI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR SYAFRIZA AZAMIAH BINTI KAMARULZAMAN Moe, 2021-02-08 09:23:52

MINGGU 4 (KATA PENGUAT, KATA PEMERI DAN KATA NAFI)

MINGGU 4 (KATA PENGUAT, KATA PEMERI DAN KATA NAFI)

Keywords: BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Kata Nafi, Kata Pemeri &
Kata Penguat

Tingkatan 2

Minggu 4

Tema 3 : Kerjaya Mercu Impian

Unit 5 : Cita-cita Setinggi Bintang

Standart Pembelajaran : 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai
golongan kata dalam pelbagai ayat.

Standart Kandungan : 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa iaitu, kata penguat,
kata pemeri dan kata nafi.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
1. Menganalisis penggunaan kata penguat, kata pemeri dan kata nafi.
2. Membandingkan kepenggunaan kata penguat, kata pemeri dan kata nafi.

Aktiviti :
1. Murid dapat menganalisis kata penguat, kata pemeri dan kata nafi dalam petikan teks.
2. Murid dapat membandingkan penggunaan kata mengikut kesesuaian.
3. Murid menjawab soalan kata nafi, kata penguat dan kata pemeri menggunakan Google Form.

Isi Kandungan 02 Kata Pemeri
04 Latihan
01 Kata Penguat
03 Kata Nafi

01

Kata Penguat

KATA PENGUAT

1. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikut frasa
atau kata adjektif.

2. Kata penguat berfungsi untuk menguatkan maksud yang
terkandung
dalam kata atau frasa adjektif.

3. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata
penguat belakang, dan kata penguat bebas.

KATA PENGUAT

KATA KATA KATA
PENGUAT HADAPAN PENGUAT BEBAS PENGUAT BELAKANG

Perkataan yang terletak Perkataan yang letaknya Perkataan yang letaknya
di hadapan kata atau bebas sama ada bebas sama ada
frasa adjek tif
seperti sebelum atau sesudah sebelum atau sesudah
terlalu, paling, agak, kata atau frasa adjektif kata atau frasa adjektif

cukup, makin, kurang seperti seperti
amat, sangat, sungguh sekali, benar, betul, nian

02

Kata Pemeri

KATA PEMERI

1. Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk
memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat.

2. Terdapat dua kata pemeri iaitu :

IALAH ADALAH

IALAH

FUNGSI AYAT CONTOH

Digunakan sebelum kata nama atau Beliau ialah pengetua sekolah kami.
frasa nama.

Hadir di hadapan kata hubung Kenyataan beliau ialah bahawa

komplemen “bahawa” Perintah Kawalan Pergerakan akan

ditamatkan.

Dapat bertukar ganti dengan Tujuan tindakan ini ialah untuk
perkataan “merupakan” dalam situasi memutuskan rantaian penyebaran
tertentu sahaja. Covid-19. (x)
Tujuan tindakan ini adalah untuk
memutuskan rantaian penyebaran
Covid-19. (/)

IALAH

FUNGSI AYAT CONTOH

Dapat bertukar ganti dengan Beliau merupakan pelumba motosikal
perkataan “merupakan’ dalam situasi negara yang pertama menyertai
tertentu sahaja. perlumbaan Moto GP Dunia. ( / )
Beliau ialah pelumba motosikal negara
yang pertama menyertai perlumbaan
Moto GP Dunia. ( / )

Dapat hadir di hadapan kata relatif Kain yang dipilih ialah yang berwarna hijau.
“yang” berfungsi sebagai frasa nama

Dapat hadir di hadapan frasa kerja Tugas setiausaha ialah mencatat minit
yang berfungsi sebagai frasa nama. mesyuarat.

Tidak boleh diikuti oleh kata bantu Manfaat aktiviti gotong-royong ialah dapat
“dapat” dalam ayat. meningkatkan kebersihan di kawasan
tempat tinggal. ( x )
Manfaat aktiviti gotong-royong ialah
penduduk dapat meningkatkan kebersihan
di kawasan tempat tinggal. ( / )

ADALAH AYAT CONTOH

FUNGSI

Digunakan sebelum kata adjektif atau Kereta yang kubelikan ini adalah untuk
kata sendi nama. isteriku yang tersayang.

Digunakan di hadapan kata hubung Tujuan kursus ini adalah untuk

komplemen “untuk” meningkatkan pengetahuan guru

Bahasa Melayu dalam tatabahasa. (x )

Tidak boleh hadir bersama kata nafi. Pegawai yang baru bertugas di pejabat
( bukan & tidak ) ini ialah bukan kerani kewangan ( x )
Pegawai yang baru bertugas di pejabat
ini bukan kerani kewangan ( / )

ADALAH

FUNGSI AYAT CONTOH

Tidak boleh diikuti oleh kata kerja Keputusan itu adalah bergantung pada
kemampuan kewangan keluarganya. (x)
Keputusan itu bergantung pada kemampuan
kewangan keluarganya. ( / )

Tidak boleh hadir di hadapan Antara usaha yang perlu dilakukan untuk
kata hubung pancangan memajukan sektor pelancongan adalah
keterangan cara “dengan”. dengan mewujudkan kawasan pelancongan
baharu yang unik dan menarik. ( x )
Antara usaha yang perlu dilakukan untuk
memajukan sektor pelancongan ialah pihak
berkuasa tempatan perlu mewujudkan
kawasan pelancongan baharu yang unik dan
menarik. ( / )

03

Kata Nafi

Kata Nafi

Perkataan yang hadir dalam
untuk menafikan sesuatu iaitu:

01 BUKAN
02 TIDAK

BUKAN AYAT CONTOH

FUNGSI

Untuk menafikan sesuatu dalam 1. Tempat tinggal Abu bukan di bandar.
frasa nama atau frasa sendi nama 2. Ali bukan pemain simpanan pasukan

itu.

Hanya boleh digunakan di 1. Dia bukan sahaja pandai, malah

hadapan frasa kerja dan frasa berbudi bahasa.

adjektif apabila digunakan untuk 2. 2 Beliau bukan hendak melawat ke

mendukung maksud pertentangan. Langkawi, tetapi ke Pulau Tioman.

TIDAK AYAT CONTOH

FUNGSI

Digunakan untuk menafikan 1. Rumahnya tidak besar.
sesuatu dalam frasa kerja dan frasa 2. Sally tidak dipilih mewakili pejabatnya.
adjektif. 3. Ayah ke bandar walaupun masih tidak

sihat.
4. Pemain iti direhatkan kerana tidak

cergas.

Usaha Tangga Kejayaan.
Selamat Membaca.


Click to View FlipBook Version