MINIT MESYUARAT UNIT HEM BIL 1 2026SMK MUNSHI ABDULLAH1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi iaitu Tuan Pengetua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua guru atas kehadiran serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.1.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat mengenai beberapa perubahan perjawatan yang melibatkan perpindahan serta persaraan beberapa guru pada akhir tahun 2025 dan awal Januari 2026. Antara perpindahan terkini ialah Puan Shariza, Penolong Kanan Kokurikulum yang telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua ke SMK Tun Mutahir dan Puan Masliza yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Kemanusiaan di SMK Tun Mutahir. 1.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima beberapa orang guru baharu bagi menggantikan guru yang berpindah dan berpencen bagi memastikan kelancaran pengurusan dan PdP sekolah.TINDAKAN: MAKLUMAN2.0 TAKLIMAT PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)2.1 Pengenalan dan Fokus Hak Pelajar2.1.1 Encik Mohd Zamri mengaucapkan terima kasih kehadiran semua guru ke mesyuarat dan meminta kerjasama serta bantuan daripada semua guru dalam melaksanakan semua program di bawah Unit HEM.2.1.2. Penekanan bahawa pelajar mempunyai hak bersuara dan mendapat akses kemudahansekolah (kantin, buku teks, biasiswa) dengan adil.2.1.3 Perbincangan tentang penggunaan telefon pintar/tablet di sekolah dan asrama: dibenarkan terhad bergantung kepada keperluan pembelajaran serta perlu mendapat persetujuan ibu bapa dan kawalan asramaTARIKH 7 JANUARI 2026HARI RABUMASA 9.30 PAGITEMPAT DEWAN MUNSHIKEHADIRAN SEMUA GURU
2.1.4 Guru kelas sebagai pihak paling hampir dengan pelajar dan peranan penting mereka dalam memastikan hak pelajar terpeliharaTINDAKAN: MAKLUMAN2.2 Pengurusan Disiplin dan Kehadiran 5.2.1 Matlamat meningkatkan pengurusan disiplin dan kehadiran murid: sasaran kehadiran 90% untuk tahun persekolahan.5.2.2 Pelaksanaan program: Bina Insan, Kecemerlangan Asas, Jambori, serta pengurusan disiplin yang diperkasakan.5.2.3 Prosedur disiplin: perlunya tindakan berasaskan SOP, memberi peluang penjelasan/bela diri dan rayuan sebelum menjatuhkan hukuman; elakkan hukuman yang tidak tepat atau memalukan.5.2.4 Peranan semua guru sebagai pengawas disiplin; rujukan ke unit disiplin jika guru kehilangan kawalan emosi.TINDAKAN: MAKLUMAN2.3 Pelantikan dan Struktur Jawatankuasa2.3.1 Senarai lengkap penyelaras tingkatan, jawatan kuasa disiplin, setiausaha dan penolong setiausaha unit-unit seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan, biasiswa & insurans, pinjaman buku teks, pendaftaran dan rekod data, jawatankuasa asrama dan transformasi asrama harian, kesihatan, penghayatan nilai, pencegahan jenayah dan lain-lain.2.3.2 Perubahan jawatan: pengganti bagi Puan Mazlina ialah Encik Muhammad Amiruddin Shah manakala jawatan Encik Muhammad Amiruddin Shah diganti oleh Encik Fazhan AziziTINDAKAN: MAKLUMAN2.4 Bantuan Awal Persekolahan (BAP)2.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 termasuk murid STAM dan STPM, kecuali pelajar STPM Semester 3 yang tidak layak menerima bantuan ini.
2.4.2 Kelayakan pelajar bukan warganegara perlu disemak mengikus garis panduanumumnya tidak layak kecuali mendapat status warga dalam tempoh kelayakan.2.4.3 Setiap murid yang layak akan menerima RM150 secara tunai dan perlu membawa MyKad semasa penyerahan. Penyaluran BAP bermula pada 8 Januari 2026, dan SMK Munshi Abdullah akan melaksanakan penyerahan pada Khamis, 15 Januari 2026 jam 12.30 tengah hari. 2.4.4 Pada hari penyerahan BAP, guru tidak dibenarkan membuka sebarang kaunter bayaran atau kutipan sumbangan, manakala murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan ini. 2.4.5 Surat wakil diperlukan jika ibu bapa atau penjaga tidak dapat hadir semasa proses penyerahan BAP2.4.6 Guru diminta menggunakan ballpen dan elak menggunakan correction tape hanya garis jika berlaku kesalahan.2.4.7 Semua dokumen mesti diserahkan ke pejabat pada hari yang sama.TINDAKAN: GURU KELAS2.5 Pengoperasian Buku Teks2.5.1 Dimaklumkan bahawa murid yang berpindah sekolah perlu membawa bersama semua buku teks yang diterima ke sekolah baharu bagi memastikan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) berjalan dengan teratur.TINDAKAN: GURU KELAS DAN GURU SPBT2.6 Persediaan Pembukaan Asrama (Asrama Harian)2.6.1 Dimaklumkan bahawa pengurusan aset asrama perlu diberi perhatian dengan memastikan kelengkapan asrama seperti katil dan almari mencukupi serta berada dalam keadaan baik. Selain itu, mesyuarat warden perlu dilaksanakan bagi menyelaras pengurusan dan kebajikan pelajar asrama.2.6.2 Warden dikehendaki mengemukakan jadual Minggu Orientasi Pelajar Asrama kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan dan pemantauan selanjutnya.TINDAKAN: WARDEN ASRAMA
2.7 Persediaan Sempena Pembukaan Sekolah2.7.1 Pemakaian tali leher bagi pelajar lelaki tidak diwajibkan bermula sesi persekolahan 2026 bagi sekolah di bawah institusi kerajaan, tertakluk kepada Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2025. Walau bagaimanapun, di SMK Munshi Abdullah, pihak sekolah menggalakkan pelajar lelaki memakai tali leher pada hari Isnin. Pada hari Isnin, pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.2.7.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap semasa mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Tiada aktiviti Pendidikan Jasmani dan latihan rumah sukan sepanjang bulan Ramadan.2.7.3 Aturan pakaian seragam untuk sesi 2026: dua hari pakaian seragam rasmi, satu hari pakaian kokurikulum, dua hari pakaian sukan, dan pakaian khas pada hari Jumaat (pakaian kebangsaan/tradisional)TINDAKAN: MAKLUMAN2.8 Program Minggu Pertama Persekolahan2.8.1 Dimaklumkan bahawa pelaksanaan program Minggu Pertama Persekolahan hendaklah dirancang dalam suasana yang ceria, menyeronokkan, terancang serta bersifat santai. Sehubungan itu, aktiviti akademik digalakkan dilaksanakan dalam bentuk yang santai, antaranya melalui kuiz pengenalan subjek.2.8.2 Selain itu, semua aktiviti yang dirancang mestilah berorientasikan pemupukan nilai kerjasama serta kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan murid.2.8.3 Program “First Day at School” melibatkan kerjasama dengan PDRM untuk meningkatkan keselamatan dan hubungan mesra.TINDAKAN: SEMUA GURU2.9 Keselamatan dan Latihan Kecemasan2.9.1 Perancangan latihan kebakaran dan kecemasan akan diadakan dua(2) kali setahun iaitu dicadangkan pada bulan April dan Ogos. 2.9.2 Setiap kelas perlu mempunyai pelan pergerakan dan laluan kecemasan2.9.3 Peraturan keselamatan murid ketika masuk dan keluar sekolah untuk memastikan keselamatan perjalanan. 2.9.4 Tindakan pengurusan terhadap kes-kes yang cepat menjadi tular (perkauman, pergaduhan, kecederaan, kes seksual, keracunan makanan): kategori tahap kecemasan dan SOP pelaporan kepada pihak berkuasa (contoh: JPN/BPD).
2.9.5 Penekanan bahawa penggunaan telefon mudah alih perlu dipantau kerana kebocoran bahan boleh berlaku.TINDAKAN: MAKLUMAN2.10 Pemasangan CCTV2.10.1 Dimaklumkan bahawa Cg. Khalid dan Cikgu Charlie telah melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di asrama semasa cuti akhir tahun yang lalu. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen serta usaha yang telah diberikan.TINDAKAN: MAKLUMAN2.11 Pemasangan Smart TV2.11.1 Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah berjaya menyediakan sebanyak 17 unit Smart TV untuk ditempatkan di bilik darjah. Kelas-kelas peperiksaan akan diberikan keutamaan dalam penempatan kemudahan tersebut.TINDAKAN: MAKLUMAN2.12 Pengoperasian Data2.12.1 Dimaklumkan bahawa guru kelas hendaklah mengesahkan kehadiran murid dalam sistem iDMe setiap hari sebelum jam 12.30 tengah hari. Setiap kali pengesahan dibuat, guru kelas perlu menekan butang ‘Simpan dan Hantar’ bagi memastikan rekod kehadiran berjaya direkodkan.2.12.2 Selain itu, guru kelas perlu ingatkan ibu bapa untuk mengemas kini maklumat anak masing-masing dalam sistem iDMe. Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah untuk membuat kemas kini secara dalam talian, mereka boleh mendapatkan borang kemas kini maklumat di meja Cg. Sakinah. Setelah borang tersebut dilengkapkan oleh ibu bapa, guru kelas boleh membantu mengemas kini maklumat murid berkenaan dalam sistem iDMe.TINDAKAN: GURU KELAS2.13 Aturcara Hari Pertama dan Logistik 2.13.1 Puan Fariza Hani selaku Penyelaras Tingkatan 1 menyampaikan beberapa perkara:1. Susunan majlis: lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah, ikrar, doa, ucapan pentadbir dan tetamu (PDRM), pelancaran program guru penyayang, penyampaian bantuan (sumbangan pakaian dan hadiah kepada murid awal hadir).
2. Pengurusan tempat duduk pelajar dan ibu bapa: dewan untuk ibu bapa, murid duduk dengan guru kelas di luar dewan untuk mengelakkan kesesakan.3. Pengurusan pembayaran yuran dan kutipan wang: proses sampul, pengiraan dan penyimpanan oleh guru kelas, resit sementara ditawarkan jika diperlukan. 4. Guru kelas dan guru pembantu perlu membuat pembahagian tugasan bagi mempercepat proses pendaftaran pelajar. TINDAKAN: GURU KELAS DAN GURU PEMBANTU 3.0 HAL-HAL LAIN3.1 Mesyuarat menekankan bahawa guru perlu lebih berinovasi dan kreatif dalam pengajaran bagi menarik minat murid dan meningkatkan keberkesanan PdP.3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa guru perlu melaksanakan kajian tindakan bagi tujuan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran.3.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa transformasi Asrama Madani sedang dijalankan dengan penyelesaian pemasangan CCTV di asrama sebagai langkah awal, dan seterusnya tumpuan akan diberikan kepada penambahbaikan landskap serta dorm bagi menjadikan asrama lebih eksklusif.TINDAKAN: MAKLUMANMesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 pagiDisediakan oleh, …………………………………………………(NOOR SYAFRIZA AZAMIAH BT KAMARULZAMAN)Setiausaha Hal Ehwal MuridSMK Munshi Abdullah, Melaka