The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID (ALAM) SMK LANGKON KALI-20 TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izahrieyza9, 2021-09-04 14:55:29

BUKU ATURCARA ALAM SMK LANGKON KALI-20 TAHUN 2020

BUKU ATURCARA ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID (ALAM) SMK LANGKON KALI-20 TAHUN 2020

Keywords: ALAM 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MASREUKODLUAH2M02E0NENGAH KEBANGSAAN LANGKON,

KOTA MARUDU

Anugerah

LONJAKAN

AKADEMIK MURID

(ALAM)

Dirasmikan oleh :

DATU ROSLIN B. DATU SIABOK
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

TARIKH : 06 SEPTEMBER 2021

HARI : ISNIN

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

SMK LANGKON

PLATFORM: LIVE YOUTUBE

STRIM YARD

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Semanis Bicara

PENGETUA SMK LANGKON

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Terima kasih Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Datu Roslin B. Datu Siabok, selaku perasmi Hari
Anugerah Lonjakan Aka-demik Murid (ALAM) SMK Langkon 2020.
Yang Dipertua PIBG SMK Langkon, En. Jolly Bangang,
Barisan Pemimpin PIBG, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua
Bidang, Guru-guru SMK Langkon, Pelajar-pelajar yang diraikan dan
seterusnya ibu bapa sekalian.

Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul walaupun secara
maya bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan
sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya
telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar,
majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-
anak yang bakal mawarisi masa depan negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan

kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Mala-
han bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa me-
letakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam ke-
hidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan uca-
pan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah
malahan ibu bapa yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan
untuk mereka.

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, pada masa ini segala ak-
tiviti sama ada kurikulum dan kokurikulum banyak dijalankan hanya dalam talian. Selain
guru, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa
depan anak-anak mereka supaya tidak ketinggalan. Malahan tuan-tuan dan puan-puan,
pada saya yang paling utama adalah diri para pelajar itu sendiri. Mereka perlu sentiasa
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemer-
langan.

Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak
laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita
sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita.
Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepa-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang
ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar memperting-
katkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada
masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak
sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai
bidang pada tahun 2020. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi
contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian mereka pa-
da masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita pasti sedar bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris

yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada
semua agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan
tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-
puan akan direalisasikan sama seperti harapan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya serta tuan-tuan dan puan-puan,
marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal men-
jadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan meru-
pakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peneri-
ma anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus men-
jayakan Hari Anugerah Lonjakan Akademik Murid (ALAM) 2020 Sekolah Menengah Ke-
bangsaan Langkon pada hari ini.

Ikan sembilang sepat dan kelah,
Guna bubu biasa di hujung,
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian, terima kasih.

AHMAD BIN MEHDUNAH
Pengetua,
SMK Langkon, Kota Marudu.

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Mutiara Kata

PERASMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Beras kunyit saya taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Selamat Petang dan Salam Sejahtera,
Katakan Tidak kepada Nombor 17, Katakan YA kepada 10 yang Terbaik
PPD Kota Marudu, Nombor 1 di Zon Utara
Yang Dipertua PIBG SMK Langkon, En. Jolly Bangang,
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Langkon, En. Ahmad bin Mehdunah,
Barisan Pemimpin PIBG, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru, para
hadirin dan hadirat yang berada bersama kita dalam youtube live petang ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi peluang
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam dalam Majlis Anugerah Lonjakan Akademik
Murid (ALAM) peringkat sekolah tahun 2020 dengan cara yang cukup kreatif dan
bermakna melalui wahana komunikasi atas talian ini.

Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada warga SMK Langkon, khususnya ahli
jawatankuasa sekolah yang telah berjaya Majlis Anugerah Lonjakan Akademik Murid
(ALAM) bagi tahun 2020. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma
menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan
guru semata-mata. Selain guru yang diumpamakan lilin membakar diri ini, ibu bapa juga
perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, bagi
saya faktor yang paling utama kejayaan terletak pada diri pelajar itu sendiri, agar sentiasa
mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan, terutamanya tempoh masa
penularan pandemik Covid-19 ini menjadi cabaran yang amat besar kepada kita semua.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid agar dapat
membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang.
Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-
guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam
situasi yang cukup mencabar ini.

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Hadirin yang saya muliakan,
Pendidikan hari ini hakikatnya memerlukan kerjasama semua pihak, dan pihak yang paling
penting untuk memulakan pendidikan, ialah ibu bapa kepada anak-anak kita. Hasrat JPN
dan PPD adalah agar ibu bapa terus bertambah keprihatinan dan mengambil berat
terhadap pendidikan anak-anak. PPD dan sekolah telah melakukan beberapa perubahan
besar dan kita sedang bekerja keras lagi untuk melakukan perubahan dengan norma-
norma baharu. Perubahan ini tidak boleh berhenti di sekolah sahaja, sebaliknya ia perlu
diteruskan di rumah. Rumah ialah sekolah sepanjang hayat dan ibu bapa ialah pendidik
seumur hidup kepada anak-anak kita.

Hadirin sekalian,
Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan
memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan
datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang
tetapi ada peningkatan atau
kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua murid atas kejayaan anda. Akhir kata, dengan lafaz
“Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis Anugerah Lonjakan Akademik Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon. Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

DATU ROSLIN B. DATU SIABOK
Pegawai Pendidikan Daerah,
Kota Marudu.

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Sekapur Sirih

YDP PIBG

Salam Sejahtera semua,

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada tuhan kerana dengan izin
dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan kejayaan
anak-anak SMK Langkon yang cemerlang pada tahun ini dalam majlis Anugerah
Lonjakan Akademik Murid (ALAM) yang julung kalinya dilaksanakan secara
maya. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK Langkon kerana telah
berusaha dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah bagi
menjayakan majlis ALAM ini

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Seperti mana yang kita sedia maklum, sistem pembelajaran masa kini semakin mencabar disebabkan
pandemik covid-19 yang melanda negara sehingga semua sekolah ditutup dan terpaksa melaksanakan
sistem pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Dalam konteks ini, tanggungjawab ibu bapa
dalam memastikan kelangsungan pembelajaran anak-anak adalah sangat besar dan terpaksa dipikul
bersama demi kemenjadian masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) seharusnya mengambil peranan dalam membantu pihak sekolah meningkatkan
kecemerlangan sekolah sama ada dari segi prestasi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga prasarana
sekolah.

Tahniah kepada para pelajar di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia
pembelajaran yang semakin mencabar, ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya
membuahkan hasil. Saya percaya majlis ini merupakan titik permulaan bagi anda untuk menuju ke
arah kecemerlangan dalam pembelajaran anda nanti. Syabas dan tahniah juga kepada semua ibu
bapa dan guru-guru atas usaha, pengorbanan, sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-
anak ini sehingga berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Kepada para pelajar, siapalah
anda tanpa ibu dan bapa serta guru-guru yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan anda
semua.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau hala tuju, gerak kerja kita mestilah jelas. Jika
matlamat tidak jelas tentulah sukar dan gagal mencapai kejayaan yang diimpikan. Dengan matlamat
yang jelas kita mampu dan boleh mencapai kejayaan. Kejayaan murid adalah menjadi simbol kejayaan
sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan
murid sendiri. Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan hasrat sekolah
untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan Pengetua dan guru-guru serta warga SMK
Langkon, sekolah kita akan terus menggilap prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek kelak.
Semoga kerjasama dalam kalangan kita akan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti
bukan saja membantu menaikan nama sekolah tetapi juga menaikkan nama negeri dan negara kita.

Sekian, terima kasih.

JOLLY BANGANG
Pengerusi PIBG,

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

1.00 pm : Persediaan Ahli Jawatankuasa Kerja
1.30 pm : Penerima-penerima anugerah, ibu bapa dan warga
1.45 pm sekolah dalam talian
2.00 pm : Tetamu undangan bersedia di talian
: Nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku
4.00 pm : Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Pengetua SMK Langkon
: Ucapan Perasmian oleh Perasmi
: Persembahan Multimedia
: Penyampaian Anugerah
: Nyanyian Lagu Sekolah
: Sesi bergambar
: Majlis dijangka selesai

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

-
-

-

-
-
-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

¨-
¨

¨
¨
¨

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

¨ - -
- -
-
¨ -

¨

¨

¨

¨

¨

¨
¨

-

¨

¨

¨
¨
¨
¨

¨

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

¨
¨
¨
¨
¨

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ENCIK JOMONY BIN DUYUD

Butiran

¨
¨
¨

¨
¨
¨

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

PUAN JUSTINAH BINTI
SANTING

Butiran

¨
¨
¨
¨
¨
¨
¨-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

-

®
®
®
®
®
®
®
®
®
®
®

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

-

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

“NEGARAKU”

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

“SABAH TANAH AIRKU”

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta

Pemuda-pemudi
Semua marilah
Bangunlah Bersatu semua

Marilah Bersama
Serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa

Semoga
Sabah negeri merdeka

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

Sekalung
ucapan penghargaan

dan terima kasih
kepada semua yang terlibat

secara langsung
dan tidak langsung
bagi menjayakan

majlis ini.

[ALAM 2020]

ANUGERAH LONJAKAN AKADEMIK MURID

SMK LANGKON KOTA MARUDU 2020

“BERTEKAD MAJU”

Cergas dan ceria siap sedia
Hadapi cabaran muka

Menuntut ilmu penuh di dada
Cemerlang pasti nyata

Bertekad maju pegangan kami
Capai wawasan murni

Berdisiplin dan harmoni
Rajin cekal bestari

Agama kami junjung
Budaya kami sanjung
Ibu dan bapa, pelajar dan guru
Saling bantu-membantu

Warna merah, kuning, biru,
Lambang cita nan satu

Pasti cemerlang, pasti gemilang
Bertekad maju terbilang


Click to View FlipBook Version