PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MODEL KHAS BALING
09100 BALING KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04-4706793 FAKS : 04-4705211
_________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SMODKB/PIBG/60/002/ (5 )2021
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2021
Kepada,
AJK PIBG,
IBU BAPA/WARIS/PENJAGA,
SEKOLAH MODEL KHAS BALING.
Tuan,
JEMPUTAN KE MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MODEL KHAS
TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Model
Khas Baling akan melaksanakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 OKTOBER 2021
Hari : SELASA
Masa : 10.00 PAGI
Tempat : LOKASI SENDIRI (GOOGLE MEET)
3 Sehubungan dengan itu, pihak PIBG sekolah amat berbesar hati menjemput tuan/puan
untuk hadir serta majlis tersebut.
4. Bersama-sama ini disertakan lampiran agenda mesyuarat untuk makluman tuan/puan.
5. Kesudian pihak tuan/puan untuk hadir adalah sangat dihargai dan disanjung tinggi
Sekian,terima kasih.
“SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”
Yang Benar,
…………………………………….
EN.MOHD AZAM BIN MOHD AMIN
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Model Khas Baling,
Jalan Charuk Nau,
09100 Baling,Kedah
S.k : 1. Pengetua Sekolah Model Khas Baling.
1
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2018/2020 KALI KE-23
9.30 pagi : Pendaftaran Kehadiran Waris
10.00 pagi : Bacaan Doa Pembuka Majlis
10.05 pagi : YDP PIBG sebagai Pengerusi Mesyuarat
1) Ucapan Aluan
- Ydp PIBG
- Pengetua Sekolah
2) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2020
3) Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2020
4) Membentang ,menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir
Tahun 2020
5) Melantik 2 orang Juru Audit Dalaman
6) Membahaskan usul jika ada
7) Ucapan Penangguhan
8) Hal-Hal Lain.
12.00 tengahari : Majlis Tamat
12.05 tengahari : Bersurai
2
SEKOLAH MODEL KHAS BALING
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-21
SESI 2020/2022 (Pembubaran/Pelantikan)
TARIKH : 12 MAC 2020
MASA : 12 TENGHARI
TEMPAT : DEWAN TAN SRI SHAFEI ABDULLAH
PERASMI : ENCIK MOHD NOOR BIN HASSAN (WAKIL PPD BALING)
UCAPAN ALUAN YDP PIBG
1 En. Mohd Saruji Afandi Bin Yahaya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru serta
ibubapa di atas sokongan serta pencapaian sekolah yang bertambah dari tahun ke tahun.
2. Memohon hadirin untuk melantik YDP PIBG yang baru kerana beliau tidak mempunyai
anak yang bersekolah di sini. Beliau juga ingin berundur kerana sudah menjawat jawatan
YDP PIBG selama 6 tahun dan ingin memberi peluang kepada orang lain.
3 .Memohon ibubapa menjelaskan sumbangan sumbangan PIBG agar aktiviti-aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan baik.
4. Melantik AJK yang dapat hadir ke sekolah dan dapat memberikan sumbangan kepada
sekolah.
5. Mengucapkan tahniah di atas pelantikan Menteri Pendidikan, Yb Senator Mohd Radzi Bin
Jidin.
6. Beliau berkongsi pengalaman ketika berada di Baitulmaqdis, Palestin. Beliau menasihati
ibubapa agar mencontohi semangat orang Palestin yang hidup serba kekurangan namun
tidak berkompromi soal pendidikan.
7. Berpesan agar para waris meyelesaikan sumbangan PIBG yang tertangguh. Kejujuran
dalam memberi sumbangan akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang lebih besar.
8. Mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sepanjang beliau menjadi YDP.
3
UCAPAN TUAN PENGETUA
1. Penolong Kanan Pentadbiran En. Muhammad Khoiri Bin Mat Lazim mewakili tuan
pengetua. Beliau mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan , guru-guru, AJK PIBG dan
para waris dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir. Beliau memaklumkan tuan
pengetua tidak dapat hadir atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan.
2.Beliau berharap mesyuarat dalam berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran
pengetua. Beliau sekali lagi memberi penekanan terhadap kutipan sumbangan PIBG. Ini
kerana banyak aktiviti-aktiviti sekolah bergantung kepada kutipan tersebut.
3.Beliau memaklumkan pencapaian terkini sekolah untuk tahun 2019
- PT3 : GP 3.71. 2 orang pelajar telah mencapai keputusan cemerlang dalam PT3.
- SPM : meningkat sebanyak 0.62 daripada 4.87 kepada 4.25
- Pelajar yang mendapat 6A : 3 orang
- Pelajar yang mendapat 5A : 2 orang
- Jumlah calon SPM 2019 : 43 orang
- Jumlah calon SPM 2020 : 46 orang
4. Pihak sekolah telah melakukan Program Penetapan Target dan Pelancaran Program 5G
pada 20.02.2020. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar
khususnya pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Beberapa program telah di
susun atur antaranya Dialog Prestasi untuk Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
(HEM).
5. Selain itu juga, pihak sekolah melalui Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah bersama-
sama merangka program dan bengkel teknik menjawab untuk pelajar-pelajar yang bakal
menduduki SPM pada tahun ini.
6. Pencapaian dalam kokurikulum : Naib Johan Hoki Bawah 12 tahun Negeri, Johan Hoki
Bawah 18 tahun berkolaborasi bersama SMK Teloi Kanan. Mendapat tempat ke-5 dalam
Catur bawah 12 tahun peringkat daerah Baling. Badminton kategori beregu 18L telah
tempat ke-3 peringkat daerah Baling.
7. Unit HEM juga banyak menjalankan aktiviti termasuk Program Sumur (Sahsiah Unggul)
4
UCAPAN PERASMI (WAKIL PPD BALING TN HJ MOHD NOOR BIN HASSAN)
1. Ucapan terima kasih diatas jemputan oleh pihak sekolah , kepada pengetua, pentadbiran
sekolah, YDP PIBG dan JK PIBG
2. Syabas dan tahniah kepada YDP dan JK PIBG serta yang hadir dalam mesyuarat agong
PIBG.
3. Mengingatkan kepada ibubapa, guru-guru, anak-anak dan hadirin semua tentang
kepentingan solat dan takut Allah. Insyallah jika solat dapat dijaga secara tidak langsung
dapat memupuk diri kita dengan sahsiah yang terpuji.
4. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pen Kanan Pentadbiran diatas pelaporan yang
diberi.
5. Beliau menekankan betapa pentingnya penglibatan ibubapa dalam membantu pihak
sekolah dalam mencapai target atau sasaran yang telah ditetapkan. Ibu bapa boleh
memilih untuk aktif dalam Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sekolah dalam membantu
aktiviti-aktiviti sukarelawan dan komuniti sekitar.
6. Beliau menegaskan bahawa waris,penjaga,ibubapa,guru-guru dan seluruh warga sekolah
adalah satu keluarga besar. Kita seharusnya saling bantu membantu dan saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain.
7. Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-21
5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI- 21
ALUAN PENGERUSI
1. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan hadirin yang masih lagi
setia menunggu mesyuarat bermula dan berharap dapat tunggu hingga tamat
mesyuarat.
2. Memohon maaf sekiranya terdapat salah silap yang beliau lakukan dalam keadaan
sedar atau tidak. Beliau memohon supaya tidak dicalonkan dalam sesi pemilihan
AJK kali ini. Sekiranya nama beliau tercalon, beliau memohon maaf sekali lagi
kerana beliau akan menolak.
MEMBENTANG DAN MENGESAH MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-20
1. En. Mohammad Faiz Bin Baser, Setiausaha PIBG membentang minit mesyuarat
2. En. Aziz Mat Ludin mencadangan minit mesyuarat diterima disokong oleh Pn.
Nurdalaila Binti Zakaria
MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA LAPORAN PIBG 2019
1. Setiausaha membentangkan buku laporan aktiviti PIBG sepanjang 10 muka surat
bermula dari muka surat 7 hingga 18.
2. Setiausaha membaca senarai program yang telah dilakukan serta menyenaraikan
kadar sumbangan PIBG untuk tahun 2019 yang bermula pada muka surat 9 hingga
13.
PEMBENTANGAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
1. Pn. Mazidah Bin Mokhtar selalu bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019.
2. En. Zaidi Bin Ridzuan bertanya tentang kutipan sumbangan PIBG 2019 dan
mencadangkan supaya pihak PIBG cuba mendapatkan sumbangan daripada pihak
lain. Bendahari PIBG memaklumkan memang sebelum ini ada sumbangan
tahunan daripada wakil rakyat tempatan. Namun PIBG sekolah masih lagi
menunggu sumbangan yang dijanjikan daripada wakil tetamu perasmi Mesyuarat
Agung 2019.
3. Encik Zaidi Bin Ridzuan mencadangkan penyata kewangan PIBG 2019 diterima
dan disokong oleh Pn.Radziah Binti Abdul Halim.
PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2020
1. YDP PIBG, EN. Mohd Saruji Afandi mengumumkan pembubaran AJK PIBG
2018/2019 berkuatkuasa serta merta. Beliau menyerahkan kembali mandat
pelantikan dan pemilihan AJK PIBG yang baru kepada semua ahli PIBg yang
hadir.
6
PELANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT SEMENTARA
1. En. Aziz Bin Md Ludin mencadangkan mantan YDP PIBG 2018/2020 En. Mohd
Saruji Afandi sebagai Pengerusi Mesyuarat Sementara bagi menjalankan proses
pemilihan dan pelantikan AJK PIBG yang baru. Cadangan itu disokong oleh En.
Mohd Zaidi Bin Ridzuan.
PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2022
1. En. Aziz Bin Mad Ludin mencadangkan Mohd Azam Bin Amin sebagai YDP
PIBG Sesi 2020/2022 dan disokong oleh Hanum Bin Hamzah.
2. En. Zakaria Bin Che Amin mencadangkan En. Juhari Bin Ali sebagai YDP PIBG
dan disokong oleh Pn. Rohani Binti Awang.
3. Pn Nordalaila Bin Zakaria mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh En.
En. Ramli Bin Desa.
4. Hasil keputusan undian. En. Mohd Azam Bin Amin mendapat undian 113 undian
dan En. Johari Bin Ali mendapat 61 undian. Keputusan : En. Mohd Azam Bin
Amin sebagai YDP PIBG Sesi 2020/2020
Naib YDP PIBG
1. En. Suhaimi Bin Ahmad mencadangkan En. Juhari Bin Ali yang mendapat undian
kedua tertinggi bagi jawatan YDP PIBG dilantik sebagai Naib YDP PIBG.
Cadangan disokong oleh Pn.Rashidah Bt Abdullah. Ahli mesyuarat PIBG sebulat
suara menyokong tanpa bantahan. Keputusan : En. Juhari Bin Ali dilantik
sebagai Naib YDP PIBG Sesi 2020/2022.
2. En. Mohd Saruji Afandi mencadangkan kepada ahli mesyuarat PIBG nama-nama
yang pada hematnya boleh berkerja sebagai AJK PIBG berdasarkan pengalaman
beliau sebagai YDP PIBG. Nama-nama berikut adalah :
a) Hanum Binti Hamzah
b) Yuzaidi Binti Md Yusuf
c) Aisyah Binti Mahadir
Cadangan tersebut disokong oleh En. Abdul Rahman Bin Din. Ahli mesyuarat
PIBG sebulat menyokong tanpa bantahan.
3. En. Mohd Azam Bin Mohd Amin mencadangkan Pn. Raziah Binti Abdul Halim
dan Pn.Norhashimah Bt Abdul Razak sebagai AJK PIBG sesi 2020/2022.
Cadangan tersebut disokong oleh En.Suhaimi Bin Ahmad. Ahli mesyuarat PIBG
sebulat suara menyokong.
7
PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
1. Setiausaha PIBG telah mengedarkan borang usul dan kehadiran PIBG kepada
waris melalui anak-anak pelajar pada 13 Februari 2020 (Khamis) dan telah
menerima sebanyak 217 borang. Hasil penelitian tersebut didapati lebih kepada
komen dan aduan waris. Tiada satu pun usul yang boleh diangkat daripada waris
untuk dibahaskan dalam mesyuarat ini. Justeru itu, pihak sekolah memutuskan
untuk membawa 1 usul untuk dibahaskan dan minta untuk diluluskan. Beliau
menjemput Guru Kanan Kemanusiaan Pn Norhashimah Binti Abd Hamid untuk
membawa usul tersebut.
2. Pn.Norhashimah Binti Abdul Razak mencadangkan satu kutipan sumbangan
sebanyak RM5 sekali dalam setahun kepada setiap pelajar untuk membeli akhbar
arus perdana setiap hari. Akhbar tersebut akan diletakkan di dalam setiap kelas.
Ini bagi mempelbagaikan bahan bacaan dan pengetahuan am kepada pelajar. Ia
juga boleh dijadikan sumber bacaan alternatif selain daripada akhbar yang
terdapat di perpustakaan.
3. En. Suhaimi menyokong cadangan tersebut dan menambahkan lagi cadangan itu
supaya pihak PIBG boleh meminta sumbangan daripada syarikat-syarikat luar
sebagai tanggungjawab korporat mereka.
4. Pn. Norhanim menyokong dan mencadangkan supaya kutipan RM 5 segera
dijalankan. Berkenaan sumbangan korporat cadangan dari En. Suhaimi boleh
boleh dilakukan sebagai tambahan. Ahli mesyuarat PIBG sebulat suara
menyokong. Usul kutipan RM5 sekali setahun kepada setiap pelajar untuk
pembelian surat khabar diluluskan.
UCAPAN PENANGGUHAN
1. Ustaz Mohd Rifae Bin Ismail (wakil guru) merayu kepada ibu bapa supaya
memastikan anak-anak jagaan mereka tidak membawa telefon bimbit ke
asrama. Ini kerana beliau kerap menemui kandungan video yang tidak bermoral
dalam telefon bimbit pelajar yang dirampas. Pihak Panitia Islam Sekolah sedaya
upaya cuba mendidik pelajar dengan pelbagai program keagamaan dan
pembinaan sahsiah pelajar. Kelebihan tinggal di asrama dan terpisah dengan
dunia luar adalah satu kesempatan dan peluang bagi Panitia Islam dalam
mendidik dan memupuk sahsiah pelajar. Namun peluang ini menjadi sia-sia
kerana segelintir ibu bapa membenarkan pelajar membawa telefon bimbit secara
curi-curi ke asrama dengan alasan mudah untuk berhubung dengan anak-anak di
asrama. Pelajar mengunakan kesempatan ini untuk berhubung dengan dunia luar
dan seterusnya cepat terpengaruh dengan budaya luar.
8
2. Beliau juga menegur segelintir ibu bapa yang tidak cakna dan sensitive terhadap
pakaian sekolah anak mereka. Contohnya tudung pelajar yang singkat dan dank
ain yang jarang. Beliau berharap ibu bapa lebih perihatin terhadap tingkah laku
dan perubahan anak-anak mereka di rumah.
PENUTUP
1. Mantan YDP PIBG Sesi 2018/2020, En Mohd Saruji Afandi mengucapkan
memohon maaf kepada semua hadirin dan waris jika terdapat salah silap.
2. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG yang lama
terutama kepada En. Mohammad Faiz selaku Setiausaha PIBG dan Pn.
Mazidah selaku Bendahari kerana bersama-sama menganjurkan pelbagai
program PIBG dari peringkat Daerah,Parlimen dan Pusat. Beliau merasakan
semua AJK PIBG bagaikan satu keluarga besar.
3. Beliau juga berharap AJK PIBG yang baru dapat menjalankan tugas lebih baik
daripada sebelum ini dan berdoa agar Allah S.W.T melimpahi keberkatan ke
atas kerja buat kita.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 minit petang.
PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 PM
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
T.T T.T
…………………….... ……………. ……………………………………..
(MOHAMMAD FAIZ BIN BASER) (EN.MOHD AZAM BIN MOHD AMIN)
SETIAUSAHA PIBG,
SEKOLAH MODEL KHAS BALING YANG DIPERTUA PIBG
SEKOLAH MODEL KHAS BALING
9
LAPORAN TAHUNAN 2020
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESSI 2020/2022
SEKOLAH : SEKOLAH KOD SEKOLAH : KEA 0070
NO. TEL MODEL KHAS
BALING NO. : JPK(PPPS)212/2005
: 04-4706793 PENDAFTARAN : BALING SIK
PIBG
NO. FAKS : 04-4705211 PPD
Bil NAMA JAWATAN NO.TELEFON ALAMAT
013-4236931
1 EN.MOHD AZAM BIN YANG DIPERTUA 011-15127552 NO.74 KG JERAI,KUPANG
MOHD AMIN PIBG 04-4706793 09200 BALING,KEDAH
04-4706793 NO.55, TAMAN HARMONI
2 EN. JUHARI BIN MD ALI NAIB YANG 04-4706793 09100 BALING, KEDAH
DIPERTUA PIBG 04-4706793 SEKOLAH MODEL KHAS
04-4706793 BALING,
3 EN.MOHAMMAD FAIZ BIN SETIAUSAHA 09100 BALING, KEDAH.
BASER (GURU) 010-8036123 SEKOLAH MODEL KHAS
010-7772120 BALING,
4 PN.MAZIDAH BINTI BENDAHARI 013-5970974 09100 BALING, KEDAH.
MOKHTAR (GURU) 019-5445244 SEKOLAH MODEL KHAS
016-6145789 BALING,
5 EN.ZAMRI BIN MUSTAFA AJK 09100 BALING, KEDAH.
(GURU) SEKOLAH MODEL KHAS
BALING,
6 EN.AZHAN BIN ABD AJK 09100 BALING, KEDAH.
MAJID (GURU) SEKOLAH MODEL KHAS
BALING,
7 PN.TENGKU NOR ANIS AJK 09100 BALING, KEDAH.
BINTI TENGKU ISMAIL (GURU) NO.12 KAMPUNG
TANJUNG, 08200 SIK,
8 PN. RAZIAH BINTI ABDUL AJK KEDAH
HALIM (WARIS) KAMPUNG KUBANG,
MUKIM SOK. 08210 SIK,
9 PN. ANUM BINTI HAMZAH AJK KEDAH
(WARIS) NO.272, KG BUKIT TINGGI,
10 PN. AISYAH BINTI 09200 KUPANG KEDAH
MAHADZIR AJK NO.49, JALAN DESA LILI ,
(WARIS) 09100 BALING KEDAH
11 PN. YUSAINI BINTI YUSOF
AJK NO.132D KG BUKIT IBOI
PN. NORHASIMAH BT (WARIS) 09200 KUPANG, KEDAH.
12 ABD RAZAK
AJK
(WARIS)
10
KADAR SUMBANGAN PIBG BERKUATKUASA
SUMBANGAN PIBG (SETAHUN) RM PUNCA KUASA
SUMBANG PIBG SEKOLAH (SETIAP 20 MAT PIBG 2012 [Perkara 5 (15)]
WARIS )
SUMBANGAN KEBAJIKAN ASRAMA 150 MAT PIBG 2012 [Perkara 5 (15)]
(SETIAP PELAJAR)
(ansuran RM
15 sebulan)
SUMBANGAN PENINGKATAN AKADEMIK
(SETAHUN)
SPM ( SETIAP PELAJAR TINGKATAN 5) RM 50 MAT PIBG 2017 [Perkara 5 (5)]
( SETIAP PELAJAR TINGKATAN 3) RM 30 MAT PIBG 2017 [Perkara 5 (5)]
(SETIAP MURID TAHUN 6 ) RM 20 MAT PIBG 2017 [Perkara 5 (5)]
SUMBANGAN PEMBELIAN AKHBAR RM 5 MAT PIBG 2020
(SETIAP PELAJAR) (Perkara 4 Pembentangan Dan
Pembahasan Usul )
Setiap pelajar akan memberi sumbangan PIBG setahun maksimum seperti berikut :
Contoh :
1) Pelajar tingkatan 5 (Menengah Atas)
Sumbangan PIBG Sekolah RM 20
Sumbangan Kebajikan Asrama RM 150
Sumbangan Peningkatan Akademik (SPM) RM 50
Sumbangan Pembelian Akhbar RM 5
JUMLAH RM 225
1) Pelajar tahun 6 (Sek Rendah)
Sumbangan PIBG Sekolah RM 20
Sumbangan Kebajikan Asrama RM 150
Sumbangan Peningkatan Akademik RM 20
Sumbangan Pembelian Akhbar RM 5
JUMLAH RM 195
11
Nota Tambahan
* Semua jenis kutipan sumbangan PIBG untuk tahun 2020 dan 2021 telah dibekukan oleh
Pengetua berkuatkuasa 1.06.2020. Pihak PIBG dilarang untuk sebarang membuat kutipan
sumbangan bagi tahun berikut atas alasan faktor kebajikan dan kewangan waris yang
disebabkan oleh pandemik Covid 19. Namun begitu, pembekuan ini hanyalah bersifat
sementara dan perlu berjalan mengikut keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.
TAKWIM TAHUNAN PIBG
Bil Perkara Tarikh
Cadangan
Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Bulan Februari
1
Bulan Februari
Kejohanan Sukan & Balapan
2 Bulan Mac
Mesyuarat AJK Kerja Guru Bulan Mac
3 Bulan Mac
Bulan April
4 Mesyuarat Agung PIBG Bulan April/Mei
5 Hari Penetapan Target Bulan Julai
6 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua
7 Iftar Jamie & Solat Taraweh Bersama Waris Bulan Ogos
Hari Pelaporan Bulan September
8 Bulan September
Bulan Oktober
Hari Anugerah Cemerlang
9 Bulan November
Bulan Disember
10 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga
11 Program Jaya Waris
12 Kem Pecutan Akhir SPM
Majlis Mohon Restu Dan Bacaan Yasin Untuk
13 Calon Peperiksaan
14 Hari Pendaftaran
12
* Berikutan Perubahan Kalendar Takwim Persekolahan, Cuti Panjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1,2,3 dan 4 aktiviti
PIBG sangat terhad dan tidak dapat dijalankan. Takwim aktiviti PIBG akan
dirombak semula berdasarkan arahan dan situasi semasa bermula hujung tahun 2021.
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2021
Bil Perkara Tarikh
PROGRAM MAAL HIJRAH PERINGKAT 9 OGOS 2021
23 OGOS 2021
1 SEKOLAH MODEL KHAS BALING
(ONLINE) 31 OGOS 2021
HALAQAH ILMU MODEL (ONLINE)
KOLABORASI BERSAMA PANITIA
2
AGAMA ISLAM SEK MODEL KHAS
BALING
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & TAZKIRAH
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
3 (ONLINE)
KOLABORASI BERSAMA PANITIA AGAMA
ISLAM SEK MODEL KHAS BALING
18 SEPTEMBER 2021
4 MESYUARAT AJK PIBG
PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEPADA 23 SEPTEMBER 2021
5 PELAJAR TINGKATAN 4 & 5 (DOS 1)
PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TAHUN 6, 28 SEPTEMBER 2021
6 TINGKATAN 1,2 DAN 3 (DOS 1)
TAKLIMAT PEMBUKAAN DAN 6 OKTOBER 2021
7 PENGOPERASIAN SEKOLAH & ASRAMA
KEPADA IBU BAPA
PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEPADA
8 PELAJAR TINGKATAN 4 & 5 (DOS 2) 14 OKTOBER 2021
13
MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2021 19 OKTOBER 2021
9
PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEPADA 20 OKTOBER 2021
PELAJAR TAHUN 6, TINGKATAN 1,2 DAN 3
10 (DOS 2)
14
15