BULETIN
KELUARAN PERTAMA,
 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)SEMESTER1
TAHUN 2022 /2023
                         SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN, SEREMBAN 2
     Selamat Datang Ke
PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN, SEREMBAN 2
                         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
                  Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya, keluarga
                  SK Wawasan dengan semangat dan iltizam yang tinggi dalam merealisasikan visi sekolah
                  “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.
                  Selaras dengan misi sekolah, “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti",
                  saya berharap keluarga Wawasan dapat berganding bahu dan bekerjasama demi Pendidikan
                  anak bangsa kita supaya sentiasa bergerak maju kehadapan merentasi apa jua halangan dan
                  cabaran. Saya yakin, kesepaduan dan kesepakatan yang kita bina mampu mencipta budaya
                  kerja yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
                         Tegak rumah kerana sendi,             Burung serindit terbang melayang,
                           Runtuh sendi rumah binasa,            Terhenti hinggap di ranting mati,
                         Tegak bangsa kerana budi,             Bukan ringgit dipandang orang,
                           Runtuh budi hilanglah bangsa.         Tetapi memandang bahasa dan budi.
       UCAPAN ALUAN      Emas perak intan suasa,               Putik kemboja baru mengembang,
         GURU BESAR        Cantik bersinar cahaya berkilauan;    Wangi mengharum di tengah laman;
    SK WAWASAN 2022,     Biar berbeza agama dan bangsa,        Erat perpaduan bangsa berbilang,
EN. SHAHROM BIN SUKERO.    Mimpi bersama kukuhkan perpaduan,     Kemakmuran bersama satu tujuan.
                         Akhir kata, teruskan kecemerlangan dan teguhkan pendirian dalam
                                               mencapai cita-cita kita semua
                         “Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
FACEBOOK SEKOLAH         Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat
                         Ilahi dengan kemunculan semula Buletin PSS
                         pada tahun 2022 ini.                               GURU PERPUSTAKAAN DAN
                         Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
                         kasih kepada Editor Buletin yang berjaya                        MEDIA
                         menerbitkan bulletin 1 bagi sesi 2022                   SK WAWASAN 2022,
                         ini. Jutaan terima kasih juga kepada guru-guru   PN. ZAKIA @ ZAKIAH BINTI AKIL
                         dan seluruh warga sekolah yang sama-sama
                         menjaya dan merealisasikan program dan aktiviti
                         seterusnya dapat diabadikan dalam bulletin ini.
                         Akhir kata jom baca bulletin berinformasi kita!
BLOG PSS
MAC 2022
             MESYUARAT GURU/ KURIKULUM / HEM/ KOKURIKULUM BIL.1 2022/2023 &
                                      PROGRAM SESI PROFESIONALISME
Mesyuarat ini telah dijalankan di Casa Lagenda Convention Centre, pada 16 Mac 2022 (Rabu), bermula jam
7.30 pagi sehingga 4.30 petang, diketuai oleh Encik Shahrom Bin Sukero selaku Guru besar SK Wawasan
yang baharu bagi sesi 2022/2023.
MAC 2022
                                      PROGRAM SESI PROFESIONALISME
Mesyuarat ini juga telah diserikan lagi dengan program “SESI PROFESIONALISME bersama Ybhg
Dato’ Hj. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor
Dasar dan Kurikulum). Program ini adalah jaringan pintar Bersama SK Labu Ulu dan SK Wawasan.
MAC 2022
    MENYAMBUT KEHADIRAN ANAK-ANAK WAWASAN PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
                                               BAGI SESI 2022 / 2023
21 Mac 2022 merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2022/2023 bagi murid Prasekolah, Tahun 1,
tahun 2 dan Tahun 6 secara bersemuka. Manakala murid tahun 3, 4, dan 5 bersekolah secara penggiliran
berdasarkan ketetapan KPM.
Alhamdulillah, semua murid berpakaian serba baharu dan penuh semangat untuk memulakan sesi
persekolahan pada tahun ini. Kehadiran murid–murid disambut dengan meriah oleh Encik Shahrom Bin
Sukero (Guru Besar SK Wawasan), barisan pentadbir, Unit kaunseling, dan YDP. PIBG SK Wawasan serta
tetamu kita iaitu Haji Norazam Bin Haji Nayan (KPPD Seremban), Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda
Maarof dan pegawai PDRM turut hadir menyambut kedatangan murid di hadapan pintu pagar.
  DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN ..SYABAS !! KERANA ANDA HADIR KE SEKOLAH .
MAC 2022
                                           HARI PERTAMA MURID TAHUN 1
Pada jam 12.50 tengahari pula, murid - murid tahun 1 dan 2 telah sampai di hadapan pintu pagar
SK Wawasan, Seremban 2, untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Murid- murid ini
disambut oleh Encik Shahrom Bin Sukero (Guru Besar SK Wawasan), barisan pentadbir, Unit
kaunseling, serta 2 maskot yang comel dan mencuit hati murid- murid seronok masuk ke sekolah.
Selain itu, murid-murid yang sampai awal ke sekolah juga diraikan dengan pemberian hadiah
daripada unit Kaunseling sebagai galakan untuk murid- murid hadir ke sekolah.
MAC 2022
GOTONG ROYONG PERDANA SK WAWASAN, SEREMBAN 2
                  Tarikh : 26 Mac 2022
                        Hari : Sabtu
             Masa : 8:00 – 12:00 Tengahari
APRIL 2022
               KURSUS PEMIMPIN MUDA TAHUN 2022/2023
Alhamdulillah selesai Kursus pemimpin muda pada 6 April 2022 di Dewan Citra SK Wawasan.
Jutaan terima kasih atas sokongan Guru besar En Shahrom, barisan pentadbir Ustaz Hisham
dan Pn Baizura. Terima kasih juga buat semua sahabat- sahabat rakan guru yang sentiasa
ringan tulang membantu. Tanpa anda semua siapalah kami. Semoga Allah memberi ganjaran
yang sebaiknya. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan daripada pihak Unit Bimbingan
Kaunseling.
APRIL 2022
       MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK WAWASAN SESI 2022 / 2023
Pada 25 April 2022 telah diadakan majlis watikah pelantikan pemimpin muda SK Wawasan sesi
2022/ 2023. Murid yang terlibat ialah Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Pusat
Sumber dan Pembimbing rakan sebaya serta ketua Penolong ketua kelas sesi pagi. Sijil watikah
ini telah disampaikan oleh Encik Shahrom Bin Sukero Guru Besar SK Wawasan, Seremban 2.
PENGAWAS SEKOLAH
                         PENGAWAS SPBT
PENGAWAS PUSAT SUMBER
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA  KETUA & PENOLONG KETUA KELAS
APRIL 2022
        MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK WAWASAN SESI 2022/ 2023
Pada 25 April 2022 telah diadakan majlis watikah pelantikan pemimpin muda SK Wawasan sesi
2022/ 2023. Pelantikan Jawatan ketua dan penolong ketua kelas serta pengawas sekolah bagi
murid tahun 1 dan 2 telah disampaikan oleh Guru Besar SK Wawasan Encik Shahrom Bin Sukero.
KETUA & PENOLONG KETUA KELAS  PENGAWAS SEKOLAH
MARCH 2022
                                            PERHIMPUNAN HYBRID
Pada 27 MARCH 2022, Isnin, telah diadakan perhimpunan rasmi mingguan secara hybrid. Semua
murid tahun 6 dan pengawas sekolah yang bertugas terlibat dengan perhimpunan ini.
APRIL 2022
PEMBERIAN KURMA DARIPADA BRIGED
      & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Pihak Briged Negaraku dan Panitia Pend Islam
serta Bahasa Arab dengan kerjasama Surau Al-
Faizin berbesar hati menyampaikan 'Ole-ole
Ramadan' bersempena Bulan yang mulia ini
buat semua Guru dan Staff sokongan.
          TARIKH : 8 April 2022 ( Jumaat)
          “Sungguh terang cahaya bulan,
         Bulan purnama di hujung pekan,
        Kepada Sahabat dan handai taulan,
            Salam Ramadan buat Kalian”
APRIL 2022
                         MAJLIS IFTAR JAMAEI DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN
                     KEPADA ANAK-ANAK MURID ASNAF SK WAWASAN TAHUN 2022
Majlis Iftar Jamaei dan Penyampaian sumbangan kepada anak -anak murid Asnaf SKW di Masjid
Sheikh Hj Ahmad Sendayan pada 21 April 2022 (khamis). Jutaan Terima Kasih kepada KPPD
Seremban HJ. Norazam Bin HJ. Nayan, Encik Shahrom Bin Sukero Guru besar SK Wawasan dan
barisan Guru penolong kanan serta AJK pelaksana yang terdiri daripada ahli Panitia Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab diatas kerja buat dan komitmen padu serta mantap bagi memastikan
program berjalan dengan lancar tidak lupa juga kepada NYDP PIBG SK Wawasan Encik Che Kamal
Bin Che Senik dan pihak BRIGED.
         Sekalung penghargaan juga buat warga SK Wawasan yang telah memberi sumbangan.
Semoga Allah memberkati dan melimpahkan lagi rezeki kepada Sahabat- sahabat. Kepada rakan
guru yang turut serta memeriahkan program ini, diucapkan Jazakallah Khairan kathiran.
APRIL 2022
   MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN
Pada 29 April 2022, Jumaat, telah diadakan satu Majlis Khatam Al-quran
  bagi murid- murid tahun 6 SK Wawasan dan Majlis Penutupan Ihya’
          Ramadhan. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar
                           Encik shahrom bin Sukero.
april 2022
MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU BAGI SESI 2022/2023
Majlis ini telah diadakan pada 14 April 2022. Murid- murid Tahun satu telah
mengikuti program transisi selama 4 minggu. Terdapat sudut pameran hasil
 kerja buat murid sepanjang program ini dan persembahan murid. Tahniah
 kepada semua guru- guru tahun satu dan semua warga SK Wawasan yang
 terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.
APRIL 2022
                   MAJLIS PELANCARAN NILAM SK WAWASAN TAHUN 2022/2023
Pada 22 April 2022 bertempat di DEWAN TERBUKA SK Wawasan, telah diadakan Majlis
Pelancara Nilam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Shahrom Bin Sukero Guru Besar SK
Wawasan. Terdapat gimik pelancaran yang menarik seperti “Mat Kilau” membawa perutusan
dan pelbagai persembahan dari murid –murid. Tahniah semua yang terlibat bagi menjayakan
program ini.
APRIL 2022
       ZIARAH CAKNA DAN SUMBANGAN BAKUL RAYA UNTUK ANAK – ANAK ASNAF
                                               SK WAWASAN
Pada 27 April 2022 (RABU), Guru Besar SK Wawasan Encik Shahrom Bin Sukero dan Barisan
  pentadbir serta AJK PIBG SK Wawasan telah menziarahi keluarga anak- anak ASNAF dan
            menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas “Bakul Raya” kepada mereka.
APRIL 2022
                           JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Pada 21 April 2022, jam 11- 11.10 pagi, selama 10 minit seluruh warga SK Wawasan Seremban 2 telah
melaksanakan program “jom baca Bersama untuk 10 minit” . Program ini adalah anjuran Perpustakaan
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Semoga Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini dapat dijadikan
sebagai amalan serta dapat memupuk budaya membaca dan berilmu pengetahuan di kalangan warga
Wawasan.
APRIL 2022
     BENGKEL PEMANTAPAN DAN PEMBUDAYAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN
 PROFESIONAL (PLC) KOLABORASI SEKOLAH-SEKOLAH TS25 DAERAH SEREMBAN
Pada 23 April 2022, sabtu, bermula jam 8:00 pagi sehingga 4.00 petang telah diadakan Bengkel
Pemantapan Dan Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) kolaborasi sekolah-
sekolah TS25 daerah Seremban. Bengkel ini melibatkan semua ketua panitia setiap
matapelajaran dan barisan pentadbir sementara guru- guru yang lain terlibat melalui google
meet.
PROGRAM BULANAN 2022
                              BACAAN YASSIN BULANAN
Majlis bacaan Yassin adalah aktiviti bulanan yang dilaksanakan pada hari jumaat pagi.
Bacaan ini diketuai oleh Ustaz Mohd Azzamuddin Bin Mohd Bakri di Dewan Terbuka SK
Wawasan.