The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skwpss2021, 2023-01-11 02:58:14

buletin pss tahun 2022-2023- fasa 1b

buletin pss tahun 2022-2023- fasa 1b

BULETIN

KELUARAN PERTAMA,

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)SEMESTER1
TAHUN 2022 /2023
SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN, SEREMBAN 2

Selamat Datang Ke

PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN, SEREMBAN 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya, keluarga
SK Wawasan dengan semangat dan iltizam yang tinggi dalam merealisasikan visi sekolah
“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.

Selaras dengan misi sekolah, “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti",
saya berharap keluarga Wawasan dapat berganding bahu dan bekerjasama demi Pendidikan
anak bangsa kita supaya sentiasa bergerak maju kehadapan merentasi apa jua halangan dan
cabaran. Saya yakin, kesepaduan dan kesepakatan yang kita bina mampu mencipta budaya
kerja yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tegak rumah kerana sendi, Burung serindit terbang melayang,
Runtuh sendi rumah binasa, Terhenti hinggap di ranting mati,

Tegak bangsa kerana budi, Bukan ringgit dipandang orang,
Runtuh budi hilanglah bangsa. Tetapi memandang bahasa dan budi.

UCAPAN ALUAN Emas perak intan suasa, Putik kemboja baru mengembang,
GURU BESAR Cantik bersinar cahaya berkilauan; Wangi mengharum di tengah laman;

SK WAWASAN 2022, Biar berbeza agama dan bangsa, Erat perpaduan bangsa berbilang,
EN. SHAHROM BIN SUKERO. Mimpi bersama kukuhkan perpaduan, Kemakmuran bersama satu tujuan.

Akhir kata, teruskan kecemerlangan dan teguhkan pendirian dalam
mencapai cita-cita kita semua

“Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”

FACEBOOK SEKOLAH Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat
Ilahi dengan kemunculan semula Buletin PSS
pada tahun 2022 ini. GURU PERPUSTAKAAN DAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Editor Buletin yang berjaya MEDIA
menerbitkan bulletin 1 bagi sesi 2022 SK WAWASAN 2022,
ini. Jutaan terima kasih juga kepada guru-guru PN. ZAKIA @ ZAKIAH BINTI AKIL
dan seluruh warga sekolah yang sama-sama
menjaya dan merealisasikan program dan aktiviti
seterusnya dapat diabadikan dalam bulletin ini.
Akhir kata jom baca bulletin berinformasi kita!

BLOG PSS

mei 2022

MEI 2022

KUNJUNGAN BIMBINGAN DIALOG PRESTASI

Pada 12 Mei 2022, Sekolah kebangsaan Wawasan telah didatangi oleh Pegawai dari SPI JPNS dan
PPD kunjung bimbingan Dialog Prestasi bagi bacaan iqra dan Al-quran murid – murid SK
Wawasan.

MEI 2022

JARINGAN PINTAR SK WAWASAN SEREMBAN 2 & SK LABU ULU
BENGKEL PELAKSANAAN PENATARAN GOOGLE WORKSPACE FOR EDUCATION (GWFE)

Bengkel pelaksanaan penataran Google Workspace for education adalah satu program
jaringan pintar antara Sekolah Kebangsaan Wawasan dan Sekolah Kebangsaan Labu Ulu. Bengkel
ini telah disampaikan oleh Cikgu Fadly dari SK Wawasan. Bengkel ini juga dilaksanakan pada 14
Mei 2022 (sabtu) yang bertempat di kediaman masing- masing menggunakan medium google
meet.

MEI 2022

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022

Pada 20 Mei 2022, jumaat, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru.
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”. Terdapat pelbagai aktiviti yang
telah dijalankan seperti bacaan perutusan, ikrar Hari Guru, nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”,
persembahan dari guru dan AKP serta murid dan jamuan hari raya. Semua murid pra sekolah, tahun 1 hingga
tahun 6 terlibat memeriahkan majlis ini. Terima kasih cikgu dan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

MEI 2022

MAJLIS SEMARAK KASIH SANTUNAN BUDI

Pada 22 Mei 2022, Ahad, Kelab KEBIRUS telah mengadakan satu majlis
Semarak Kasih Santunan Budi untuk meraikan kehadiran Guru Besar SK
Wawasan yang baru iaitu Tuan Guru Besar Encik shahrom bin Sukero dan
Majlis Perpisahan Guru Besar Puan Azihan Binti Ahmad dan Ustazah
Halimatun yang telah berpindah ke sekolah lain. Selamat Datang diucapkan
buat Encik shahrom dan jutaan terima kasih kepada Puan Azihan dan
Ustazah Halimatun atas bakti yang dicurahkan di sekolah ini.

MEI 2022

MERAIKAN HARI LAHIR GURU- GURU SK WAWASAN

Majlis Semarak Kasih Santunan Budi telah diserikan lagi dengan pemberian hadiah kepada guru– guru
dan AKP yang lahir pada bulan Januari – mei daripada Kebirus SK Wawasan. Hadiah ini telah
disampaikan oleh Pn. Nor Sharina Binti Abdul Majid iaitu Pengurusi kelab kebajikan Guru dan Staf
(KEBIRUS). Selamat Hari Lahir semua guru- guru semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatnya,
kurniakan keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

MEI 2022

MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK WAWASAN, SEREMBAN 2,
BIL 1/ TAHUN 2022

TARIKH : 28 MEI 2022
HARI : SABTU

TEMPAT : DEWAN CITRA SK WAWASAN

julai 2022

PENYERAHAN SUMBANGAN DARI YB. TUAN CHA KEE CHIN KEPADA SK WAWASAN
Pada 7 Julai 2022, SK Wawasan telah menerima sumbangan beberapa penghawa dingin di Bilik
Guru 1 dan 2, pintu keselamatan berpalang keluar dan masuk di pagar utama, menyumbang
pelitup muka kepada semua murid – murid dan guru- guru dan lain- lain daripada YB. Tuan Cha
Kee Chin. Semoga aktiviti “corporate social Responsibility” dapat diteruskan supaya semua warga
sekolah dapat menikmati suasana yang kondusif dan selamat. Terima Kasih YB !!

jun 2022

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SK WAWASAN, SEREMBAN 2
BAGI TAHUN 2022

Kejohanan Merentas Desa ini telah diadakan pada 30 jun 2022 yang bertempat di sekitar SK Wawasan
Seremban 2. Murid yang terlibat adalah murid tahun 3 hingga tahun 6. Seawal jam 7.30 pagi murid- murid
telah berkumpul di Dewan Citra Wawasan untuk senamrobik. Selepas itu murid berkumpul dan dilepaskan
larian oleh Guru Besar Encik Shahrom Bin Sukero. Alhamdulillah, perjalanan program terkawal dengan
baik dibantu oleh Polis trafik dan guru- guru SK Wawasan di sepanjang laluan larian.

jun 2022

JARINGAN PINTAR SK WAWASAN SEREMBAN 2 & SK LABU ULU
LADAP PERDANA BAGI TAHUN 2022

Pada 25 Jun 2022, Sabtu bertempat di Klana Resort Seremban. Program ini adalah program
jaringan pintar antara SK Labu Ulu & SK Wawasan. LADAP ini telah di sumbang sepenuhnya oleh
YB. Tuan Cha Kee Chin. Slot pertama ialah PDCA dalam PBPPP & SKPMG2 std 4, yang disampaikan
oleh Encik Anuar Bin Rahim dari PPD Jemol. Slot kedua ialah kepala lapang, hati tenang, hidup
riang yang disampaikan oleh Ustaz Norazam Bin Amat (Ketua Kaunselor MAINS). Selain itu, Tuan
Haji Norazam bin Hj Nayan A.N.S , Barisan Guru Besar dari sekolah lain juga turut hadir bagi
memeriahkan program ini.

jun 2022

JASAMU DIKENANG GURU- GURU SK WAWASAN YANG BERSARA TAHUN 2021
Pada 28 Jun 2022, Guru Besar SK Wawasan Encik Shahrom Bin Sukero telah menyampaikan sijil
persaraan kepada Cikgu Roslan, Cikgu Norrihan, dan Cikgu Punithavathy yang telah bersara pada
tahun 2021. Selamat bersara buat guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang di SK Wawasan,
Seremban 2. Moga terus diberikan kesihatan yang baik.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021
SYABAS DAN TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah dianugerahkan "ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021” iaitu Cikgu Noraini, Cikgu Norazila, Cikgu Noor
Aziah, Teacher Poovanes, Teacher Quah, dan Ustazah Nurul Aini. Moga terus cemerlang demi
pendidikan anak bangsa kita dunia dan akhirat.

JULAI 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SIRI 1 SESI 2022/2023
DIPIMPIN OLEH BADAN BERUNIFORM PERSATUAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS),

SK WAWASAN, SEREMBAN 2
Hari : Isnin ( 4.7.2022)
Masa : 7.40 -8.10 pagi

Tempat : Dewan Citra,SKW
Murid-murid Tahun 4, 5, & 6

julai 2022

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SK WAWASAN, SEREMBAN 2, PERINGKAT SEKOLAH
KALI KE-19 TAHUN 2022

Pada 29 Julai 2022, Jumaat telah diadakan kejohanan Sukan Tahunan SK Wawasan kali ke 19 tahun 2022 dan telah dirasmikan
oleh Encik Shahrom bin Sukero. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan seperti acara balapan, sukaneka murid dan guru
serta AKP, sukantara, perbarisan lintas hormat antara rumah-rumah sukan, pertandingan khemah rumah sukan iaitu rumah biru,
kuning, merah dan hijau. Semua murid telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan tahunan yang telah diadakan dan ini
memudahkan guru sukan sekolah untuk memilih pelapis dan atlet bagi mewakili sekolah dalam sukan olahraga pada tahun 2022.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

OGOS 2022

LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022
Pada 4 Ogos 2022, Pengawas Pusat Sumber Sekolah SK Wawasan, telah mengikuti lawatang ke
Pesta Buku Negeri Sembilan Tahun 2022 yang bertempat di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang terdapat disana iaitu jualan buku, permainan 3D, kuiz dan banyak
lagi. Alhamdulillah program ini sangat seronok dan banyak manfaat untuk murid kita.

OGOS 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SIRI 2 SESI 2022/2023
DIPIMPIN OLEH BADAN BERUNIFORM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM),

SK WAWASAN, SEREMBAN 2
Hari : Isnin ( 15.8.2022 )
Masa : 7.40 -8.10 pagi

Tempat : Dewan Citra, SK Wawasan Seremban 2
Murid-murid Tahun 4, 5, & 6

ogos 2022

MUKHAYYAM ARABI SEKOLAH-SEKOLAH (MASS) KPM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SECARA
DALAM TALIAN TAHUN 2022

SK Wawasan, Seremban 2, telah menjadi tuan rumah dan pengelola bagi program Mukhayyam
Arabi Sekolah-sekolah (MASS) KPM Peringkat Negeri Sembilan Secara Dalam Talian Tahun 2022.
Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 13- 14 Ogos 2022 secara dalam talian dan
telah dirasmikan oleh Tn.Mohd Wazir Bin Hamzah melalui saluran rasmi youtube dan facebook
live Sektor Pendidikan Islam JPNS. Program ini juga melibatkan 300 orang murid Tahun 6 dari
semua daerah dan jalinan kerjasama bersama 12 orang fasilitator dikalangan Guru Bahasa Arab
dan Asatizah UIAM serta guru- guru SK Wawasan sebagai admin google meet setiap kumpulan.
Mukhayyam Arabi ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Arab dalam
kalangan murid sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.

ogos 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN KWAPM, EKASIH DAN BAP
TAHUN 2022

Pada 3.8.2022 telah diadakan Majlis Penyampaian KWAPM, EKASIH dan BAP kepada murid-
murid yang terpilih. Guru kelas dan ajk membantu melancarkan pengagihan wang kepada ibu
bapa penjaga murid- murid SK Wawasan. Majlis ini bertempat di Dewan Citra Wawasan.

OGOS 2022

LAWATAN PROFESIONALISME PPD SEREMBAN BERSAMA SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH DAERAH
SEREMBAN

18 Ogos 2022, Khamis, PPD Seremban bersama Sekolah- Sekolah Rendah Daerah Seremban
mengadakan lawatan Profesionalisme ke Sekolah di Pahang iaitu SK Runchang, SK Kepadang
(Sekolah Amanah) dan SK Padang Garuda. Seramai empat orang guru SK Wawasan telah terpilih
mengikuti lawatan ini. Semoga perkongsian pintar, sebagai penanda aras dan perolehan input-
input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. Secara tidak langsung, program
seperti ini dapat membina jaringan dengan sekolah lain.

september 2022

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN DEKORASI SUDUT BACAAN KOMIK SEKOLAH TAHUN
2022

Pada 8 September 2022, Pusat sumber sekolah telah menyertai pertandingan Dekorasi sudut bacaan
Komik yang telah dianjurkan oleh Gempak Starz. Alhamdulillah PSS telah berjaya memenangi tempat
Naib Johan bagi zon 7. Syabas kepada team dekorasi Sudut bacaan!. Penyampaian Hadiah telah
berlangsung di Auditorium Perpustakaan Tun Raja Uda Shah Alam pada 6 september 2022.

september 2022

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU,
BAHASA INGGERIS, BAHASA ARAB, BAHASA TAMIL, PENDIDIKAN MORAL DAN PRA SEKOLAH.

Pada 26 – 30 September 2022, telah diadakan majlis perasmian minggu pusat sumber dan minggu panitia.
Terdapat pelbagai persembahan deklamasi sajak dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab dan
bahasa tamil. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan. Diantaranya ialah Kuiz tatabahasa,
pertandingan mengarang, deklimasi sajak, membuat kad ucapan, spell it right, Poem, teka silang kata, Sudoku,
Pertandingan tulisan cantik, nyanyian lagu motivasi, Cross puzzles, pertandingan mewarna, membuat penanda
buku dan bermacam macam lagi. Minggu PSS kali ini juga berkolaboratif dengan agensi luar iaitu Kedai Buku
Tiong Seng dengan membawa maskot Dinosaur dan Pikacu.

september 2022

PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI SEKOLAHKU SEJAHTERA
Pada 14 September 2022, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan
Program Pembentukan Sahsiah Diri Sekolahku Sejahtera yang bertempat di Dewan Citra Wawasan. Ceramah ini
telah disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Penjara Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga pelbagai bahan
pameran yang disediakan dari pihak penjara. Program ini disertai oleh semua murid di SK Wawasan
terutamanya yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah. Semoga murid- murid dapat
mengambil iktibar dari ceramah yang disampaikan.

Ogos 2022

MALAYSIA QURAN HOUR SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 65
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

Pada 30 Ogos 2022 – selasa, Malaysia Quran Hour Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Peringkat
Negeri Sembilan Tahun 2022 telah dianjurkan di Masjid Kariah Paroi Jaya pada jam 12.00- 1.00
tengahari. Tiga orang murid SK Wawasan telah mengikuti proram di sana. Manakala, murid –muid
yang lain dan guru- guru yang beragama islam mengikuti Malaysia Quran Hour di Dewan Citra SK
wawasan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azzamuddin Bin Mohd Bakri.

september 2022

PERJUMPAAN TIGA PENJURU DAN PENYERAHAN PERLAPORAN BILIK DARJAH (PBD)
PENGGAL 1 BAGI TAHUN 2022. SK WAWASAN, SEREMBAN 2.

Pada 22 September 2022, SK Wawasan telah mengadakan Program Tiga (3) Penjuru 2022. Perjumpaan ini
diadakan setiap tahun sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Program ini
memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu guru-guru dan membincangkan tentang permasalahan
anak mereka dan mengenal pasti prestasi pelajaran mereka berdasarkan keputusan pertengahan tahun.

september 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SIRI 3 SESI 2022/2023
DIPIMPIN OLEH BADAN BERUNIFORM PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM),

SK WAWASAN, SEREMBAN 2
Hari : Isnin ( 19.9.2022 )
Masa : 7.40 -8.10 pagi

Tempat : Dewan Citra, SK Wawasan Seremban 2
Murid-murid Tahun 4, 5, & 6

september 2022

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN & SAMBUTAN HARI MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH SK WAWASAN, SEREMBAN 2, TAHUN 2022

Pada 15 September 2022, Khamis, telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan &
Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah yang bertempat di Dewan Citra Wawasan. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Guru Besar SK Wawasan Encik Shahrom Bin Sukero. Terdapat pelbagai persembahan yang
menarik iaitu persembahan pembukaan silat, Gimik perasmian penutup & tayangan montaj, persembahan
deklamasi sajak, persembahan murid pra sek, penyampaian hadiah, laungan merdeka, persembahan guru
dan murid, nyanyian lagu- lagu patriotik dan banyak lagi. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang
dirancang.

september 2022

PROGRAM DEMO MOBILE PLANETARIUM

Pada 13 September 2022, Program Demo Mobile Planetarium telah diadakan di SK Wawasan.
Murid- murid yang membeli tiket ini dapat merasai keseronokan seperti menerokai ruang
angkasa lepas.

september 2022

PELANCARAN MINGGU PANITIA -STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATHIC)
TAHUN 2022

Tarikh : 31 Oktober 2022
Tempat: Dewan Citra SK Wawasan Seremban 2 , Negeri Sembilan.

TAHNIAH PANITIA SAINS, MATEMATIK DAN RBT.


Click to View FlipBook Version