----------------------------KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
K
GURU BESAR LANTIKAN BAHARU
PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
2022TAHUN
Temerloh Peneraju Kepimpinan
Transformasi Pendidikan
KHAMIS : 11 HB OGOS 2022
Anjuran
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH
Dengan Kerjasama 1
MAJLIS GURU BESAR DAERAH TEMERLOH
----------------------------KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
Kata Alu-aluan
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH
Bismillahirrahmanirrahim
Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji dan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Kolokium Amalan Terbaik Guru Besar lantikan baharu Daerah Temerloh 2022 dapat direalisasikan dengan
jayanya.
Penganjuran kolokium ini merupakan wacana yang menghubungkan perkongsian pintar dalam kalangan
pemimpin pendidikan untuk berkomunikasi dan berkolaboratif dalam amalan terbaik di sekolah. Usaha ini
diharapkan akan membantu memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid
menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti
dan pihak yang berkepentingan demi kejayaan murid selaras dengan visi dan misi KPM.
Revolusi Industri 4.0, adalah suatu penggabungan dunia fizikal, digital dan biologikal yang memberi kesan
kepada semua disiplin, ekonomi dan industri. Justeru itu, usaha yang berterusan mestilah dilakukan untuk
memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan insan yang sejahtera, teguh dengan nilai, etika
dan ciri kerohanian serta mampu mengekalkan identiti sebagai bangsa Malaysia. Pemimpin pendidikan
mestilah berkeyakinan tinggi dan berkeupayaan untuk menggerakkan organisasi masing-masing dalam
mengukuhkan jati diri dan pemantapan kemahiran insaniah demi mempersiapkan generasi untuk mendepani
Revolusi Industri 4.0.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan
pelaksanaan Kolokium Amalan Terbaik ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan dirahmati Allah SWT
serta mencapai matlamat penganjuran.
Sekian, terima kasih.
----------------------------KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
Kata Alu-aluan
PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR DAERAH TEMERLOH
Salam Sejahtera,
Segala puji dan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada
Jawatankuasa Kolokium Amalan Terbaik Guru Besar Lantikan Baharu Daerah Temerloh 2022 dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh yang telah berjaya menganjurkan kolokium kaliini.
Matlamat Anjakan 5, PPPM 2013-2025 ialah menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi di Setiap Sekolah.
Sejajar dengan itu Guru Besar telah diberikan latihan melalui program NPQEL bagi menyediakan pemimpin
berilmu yang bersedia fizikal dan mental. Namun pengetahuan, kemahiran mahupun nilai yang dipelajari
melalui pengalaman perkhidmatan dan latihan yang diberikan harus terus dibugarkan agar pemimpin
pendidikan terus relevan dengan masa dan kompleksiti dunia pendidikan.
Sehubungan itu, kolokium ini merupakan medan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan Guru Besar
lantikan baharu. Melalui kolokium ini, Guru Besar yang berjaya memimpin perubahan dan memberikan
impak yang positif kepada kemenjadian murid dan pencapaian sekolah diberi peluang membentangkan
amalan mereka. Perkongsian melalui pembentangan dan penulisan harus terus berkembang dan menjadi
budaya dalam kalangan pemimpin sekolah. Ruang dan peluang ini diharapkan dapat membangunkan
kapasiti dan kompetensi Guru Besar baharu selaras dengan kehendak Gelombang 2 PPPM yang memfokuskan
kepada pembangunan kapasiti berterusan, kesediaan menerima dan melaksanakan autonomi.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh dan semua
peserta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kolokium ini. Semoga usaha
sebegini dapat diteruskan untuk masa akan datang dalam ruangan dan tempat yang lain bagi membuka
ruangperkongsian yang lebih luas kepada lebih ramai pemimpin sekolah.
Salam Hormat.
Sekian terima kasih.
( MAZDI BIN MOHD ZULKEFLY )
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah TemerloH
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN
BAHARUDAERAH TEMERLOH 2022
Latar Belakang
Pada Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025, telah menggariskan keperluan sokongan terhadap
Guru Besar Lantikan Baharu bagi membantu mereka mencapai potensi penuh, seterusnya memikul
tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Mereka akan
mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada Guru Besar berpengalaman dan Pegawai
SIP+ sebaik sahaja mereka memulakan tugas sebagai Guru Besar. Program CPD sebegini membolehkan
setiap Guru Besar memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing.
Objektif
Program ini merupakan program bimbingan bagi Guru Besar Lantikan Baharu (GBLB) dalam menyedia
dan memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan
peranan mereka sebagai pemimpin sekolah:
2.1) Membantu GBLB mengenal pasti bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan di sekolah.
2.2) Membantu GBLB mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal yang
memerlukan penambahbaikan .
2.3) Membantu GBLB merancang, melaksana, mengawal, menilai dan menambah baik program
kemajuan sekolah.
2.4) Membantu GBLB melaksanakan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan
sekolah.
Pembentangan peserta berfokus kepada sembilan (9) bidang Standard
KompetensiKepengetuaanSekolahMalaysia(SKKSM):
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Pentadbiran Pejabat
Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Pengurusan Perhubungan Luar
-------------------- KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
Penasihat JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
: Encik Saufie bin Abdul Manaf
Pengerusi Bersama ( Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh )
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II : Tuan Haji Mohd Affendey bin Hj Mohd
Naib Pengerusi III Saad( Timbalan PPD Pengurusan Sekolah )
Setiausaha
Bendahari : Encik Mazdi bin Mohd Zulkefly
Urus Setia ( Pengerusi MGB Daerah Temerloh )
Panel : Encik Khairul Arifin bin Mat
Yit( SIP+ PPD Temerloh )
Pengumpulan Bahan
Pengacara Majlis : Encik Ridhuan bin Mahussin
Persediaan Tempat ( SIP+ PPD Temerloh )
Sijil : Encik Rozaimi bin Ramli
Siaraya ( Timbalan Pengerusi MGB Temerloh )
Jamuan
Cenderamata : Encik Mejlan bin Sulkiman
Rakaman dan : Encik Hassan Nasri bin Ahmad
Fotografi : Encik Jamal @ Salleh bin Abdullah Thani
Pelaporan dan : Puan Hajah Jamaiah binti Haji Shamsuddin
Penilaian Kolokium : Encik Mohammad Zaini bin Ismail
: Encik Mohd Saniy Tai bin Abdullah
: Encik Murad bin Mohamad
: Tuan Haji Suhaime bin Nahari
: Puan Zaimah binti Md. Zain
JAWATANKUASA KERJA
: Puan Masturainy binti Mohamed Taha
: Encik Syukur Fadzlan bin Khalilullah
: Encik Mohd Asri bin Muzakir
: Encik Manimuthu a/l Natesan
: Encik Zamri bin Ghazali
: Encik Kamaruzaman bin Zainal Abidin
: Puan Zaimah binti Mohd Zain
: Puan Zarina Mohd Zaid
: Encik Nor Azmi bin Salleh
: Encik Mohamad Akbar bin Alias
: Encik Ang Swee Seng
: Encik Kamaruzaman bin Kassim
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
15 Julai 2022 JADUAL BENGKEL DAN KOLOKIUM
20 Julai 2022 Mesyuarat 1 Perlaksanaan
22 Julai 2022 Bengkel Pengukuhan Pengurusan dan Kepimpinan Guru Besar Lantikan Baharu
4 – 10 Ogos 2022 Panel Konsultasi dan Penilai Amalan Terbaik - Pelantikan dan Taklimat
8 Ogos 2022 Sesi Konsultasi dan Bimbingan Panel
11 Ogos 2022 Bengkel Konsultasi
Kumpulan 1 – SK Tanjung Lalang
Kumpulan 2 – SK Paya Pulai
Kolokium Perkongsian Amalan Terbaik Guru Besar Lantikan Baharu
SENARAI PESERTA KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN
BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
BIL NAMA SEKOLAH
1. NG KAM YEN SJKC LANCHANG
SRA AT-TAQWA
2. KHAIRUL IZWAN BIN ZAMRI SK LUBUK TERUA
3. ROSNAH BINTI SAID SK LANCHANG
4. SABARUDDIN BIN DOLLAH SK SERI SONGSANG
SK DESA BAKTI
5. HAMZAH BIN MAT SALLEH SK (FELDA) JENDERAK SELATAN
6. MOHAMAD AKBAR BIN ALIAS SK BUKIT CERMIN
SK BATU SAWAR
7. ZULKURNAIN BIN ISHAK SK KERDAU
SK (FELDA) JENGKA 23
8. ZAMBRIE BIN MOHAMAD SK (FELDA) LAKUM
9. NOR MASTURA BINTI ABDULLAH SK KUALA KAUNG
10. SURAIDAH BINTI AB RAZAK SK LIPAT KAJANG
11. ZAIDI BIN ABU SK GUNONG SENYUM
12. MOHAMAD FADZLI HAFIZ BIN MD MA’AIN
13. ZULKEFLI BIN SALIM
14. MAISYARA BINTI OSMAN
15. NUR SHIDA BINTI BAHARI
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
ATURCARA MAJLIS
1. Pendaftaran
2. Majlis Perasmian oleh Tn PPD Temerloh
3. Persembahan Perkongsian Amalan Terbaik Guru Besar
1. Puan Maisyara Binti Osman
Guru Besar SK Lipat Kajang
2. Encik Khairul Izwan Bin Zamri
Guru Besar SRA At-Taqwa
3. Encik Mohamad Fadzli Hafiz Bin Md Ma’ain
Guru Besar SK Lakum
4 .Encik Hamzah Bin Mat Salleh
Guru Besar SK Seri Songsang
5.Encik Zaidi Bin Abu
Guru Besar SK (Felda) Jengka 23
6 .Puan Ng Kam Yen
Guru Besar SJKC Lanchang
4. Penyampaian Sijil Penyertaan & Cenderamata
5. Jamuan
6. Bersurai
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
PROGRAM INSPIRASI PERIBADI UNGGUL
Nor Mastura binti Abdullah
Guru Besar
SK Batu Sawar
ABSTRAK
Unggulnya peribadi seseorang murid adalah cerminan hasil corakan yang digubah oleh para guru selama mereka
di sekolah. Justeru, bertindak atas kesedaran ini, pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama unit HEM melalui
Program Guru Penyayang telah melaksanakan Program Inspirasi Peribadi Unggul. Program ini memberi
penekanan kepada penerapan amalan 3S iaitu senyum, salam dan sapa dalam kalangan warga sekolah. Ini kerana
berdasarkan pemerhatian awal, didapati kebanyakan murid masih kurang memberi ucapan salam, agak sukar
mengukir senyuman apatah lagi menyapa orang sekeliling. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mengubah
tingkah laku sedia ada dan menanamkan keyakinan dalam diri murid-murid untuk memulakan perbualan. Di
samping itu, program ini juga diharapkan dapat membentuk warga sekolah yang saling menghormati dan
menyayangi antara satu sama lain. Seterusnya akan mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang lebih harmoni
dan sejahtera.
Kata kunci : inspirasi, peribadi, unggul, amalan, senyum, salam, sapa, tingkah laku
DARI KITA UNTUK KITA: MEMPERKASAKAN JALINAN DAN JARINGAN
Ng Kam Yen
Guru Besar
SJKC Lanchang
.
ABSTRAK
SJKC Lanchang merupakan salah satu daripada kawasan yang dilanda banjir pada Disember 2021. Ia
merupakan banjir paling ketara yang pernah dialami oleh SJKC Lanchang. Banjir ini mengakibatkan kerosakan
kelengkapan PdPc yang ketara, dengan anggaran kerugian mencecah RM120,000. Memandangkan keadaan
fizikal sekolah yang terjejas dan sesi persekolahan akan bermula dua minggu kemudian, maka pihak sekolah
dengan keizinan dan sokongan Lembaga Pengurus Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah
melancarkan Program “Dari Kita Untuk Kita”. Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas perlu disambut dan
direalisasikan. Program “Dari Kita Untuk Kita” memperkasakan jalinan dan jaringan dengan pelbagai agensi
luar dalam membantu kerja-kerja baikpulih kelengkapan PdPc akibat banjir. Pelbagai sub program seperti
gotong royong, kutipan sumbangan peralatan dan wang telah dijalankan bersama NGO dan komuniti. Impak
daripada pemerkasaan jalinan dan jaringan ini, keadaan fizikal sekolah kini semakin kondusif dan ceria.
Kata Kunci: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PdPc, jalinan dan jaringan, NGO dan komuniti
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
ADAB HADAPAN REZEKI
Zaidi bin Abu
Guru Besar
SK (F) Jengka 23, Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
ABSTRAK
Adab Hadapan Rezeki merupakan amalan yang telah dipraktikkan di peringkat Prasekolah, Tabika, Taska dan
Pasti. Apabila murid berubah ke arus perdana, amalan ini kian merosot. Melalui Unit HEM, idea meneruskan
budaya ini menjadi satu usaha berterusan untuk membentuk disiplin di kalangan murid Sekolah Kebangsaan
(Felda) Jengka 23. Amalan ini berkait rapat dengan "Sekolahku Sejahtera: dan "Amalan Guru Penyayang".
Program ini bertujuan memastikan keberadaan murid di kantin dioptimumkan. Di samping itu, usaha menerapkan
nilai-nilai murni berkaitan kerjasama, bertanggungjawab, tolak ansur, kasih sayang dan hormat menghormati
dapat diterjemahkan dalam program ini. Setelah dilaksanakan dengan teratur dan mendapat kerjasama padu semua
pihak yang terlibat, keadaan di kantin menjadi lebih terkawal, selamat, seronok, dan ceria. Pergerakan murid
berkeliaran dan bermain pada waktu rehat juga dapat diminimakan. Sokongan dan kerjasama guru, murid, ibu
bapa dan pengusaha kantin telah menjadikan program ini lebih berkesan. Usaha-usaha yang berterusan masih
diperlukan agar keceriaan kantin dapat ditingkatkan sepanjang masa.
Kata kunci: keberadaan murid di kantin, pergerakan murid diminimakan
Q-SMART ATTENDANCE RECORD
Nur Shida binti Bahari
Guru Besar
SK Gunong Senyum, Temerloh, Pahang
ABSTRAK
Guru merupakan tunjang utama kepada pencapaian prestasi murid. Guru berkualiti dan berintegriti menyumbang
kepada kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Oleh itu, kehadiran guru menepati masa persekolahan adalah
sangat-sangat penting. Justeru, program Q-Smart Attendance Record ini dibina untuk memudahkan pentadbir
memantau kehadiran guru dan kakitangan seterusnya membuat analisis data kehadiran. Program ini juga
bertepatan dengan perkembangan teknologi terkini yang dilihat semakin maju terutama dalam pengurusan
organisasi. Memandangkan semua guru dan kakitangan sekolah mempunyai telefon pintar, program ini dilihat
paling berkesan dan mudah digunakan sebagai sebuah sistem perekodan kehadiran harian. Dengan sistem ini juga
guru dan kakitangan tidak perlu lagi beratur di kaunter pejabat dan masa untuk proses merekod juga menjimatkan.
Pentadbir boleh menyediakan beberapa bentuk laporan kehadiran termasuk kehadiran individu yang boleh dicetak
dan disimpan. Secara keseluruhannya, selain memudahkan guru dan kakitangan, program Q-SMART
ATTENDANCE RECORD ini telah memudahkan pihak pengurusan dalam mengurus rekod kehadiran harian dan
menangani isu kehadiran lewat ke sekolah. Seterusnya membantu memacu ke arah kecemerlangan sekolah.
Kata Kunci: memudahkan pihak pengurusan, rekod kehadiran, isu kehadiran lewat
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
MURID PRIHATIN SKALA CEMERLANG
Sabaruddin bin Dollah
Guru Besar
SK Lanchang, Temerloh Pahang
ABSTRAK
Bagi melahirkan murid yang cemerlang dan sekolah yang berjaya selaras dengan motto SkaLA iaitu ‘Berwawasan
Menuju Kecemerlangan’, segala aspek positif harus diterap dan diamalkan dalam setiap peringkat. SKaLA yang
membawa maksud SEPAKAT, KUALITI, AMANAH, LUHUR dan ASPIRASI, merupakan identiti unik sekolah
yang akan menjadi tunjang kepada kemenjadian murid. Terbukanya ruang dan peluang bersemuka yang ada,
sebahagian kecil murid telah melakukan kesalahan-kesalahan yang kerap dan memberi kesan dalam
pembelajaran harian mereka. Kesalahan-kesalahan seperti ejek mengejek, tolak menolak ditangga, kehilangan
wang dan masalah baju kotor kerapkali berlaku dalam aktiviti harian murid. Program ‘Murid Prihatin SKaLA
Cemerlang’ telahpun diperkenal bagi menangani masalah-masalah harian murid ini. Program 10 minit selepas
rehat ini membuktikan keprihatinan dan kebijaksanaan para guru menyelesaikan permasalahan murid secara adil
dan berhemah. Peringatan dan nasihat yang tidak putus sentiasa diberi dan dinormalisasikan dan impaknya,
murid lebih cakna terhadap masalah rakan dan lebih berhati-hati dalam aktiviti harian mereka. Harapan bahawa
program ini mampu untuk merealisasikan objektif sekolah serta melahirkan murid yang cemerlang dalam setiap
aspek kehidupan.
Kata Kunci: Peringatan dan nasihat, murid lebih cakna, murid yang cemerlang
LAKUM DIGITAL INISIATIF ( LaDI)
Mohd Fadzli Hafiz b. Md
Ma’ainGuru Besar
SK (Felda) Lakum
ABSTRAK
Penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan kita memang tidak dapat dielakkan lagi pada masa kini. Aplikasi ini
banyak membantu dan memudahkan kerja kita. Selain itu, ia juga boleh dijadikan satu medium penyimpanan dan
juga rujukan pada masa depan. Pihak JPN Pahang juga telah melancarkan satu program yang dinamakan Pahang
Digital Inisiatif (PADI) bagi menggalakkan sekolah-sekolah melaksanakan inisiatif digital di sekolah. Oleh itu,
SK (F) Lakum telah melaksanakan satu program yang dinamakan Lakum Digital Inisiatif (LaDI) bagi
menyelesaikan isu dalam pengurusan sekolah. Isu yang terdapat di SK (F) Lakum pada awalnya adalah
berkaitan dengan pengumpulan, penyebaran dan penyimpanan maklumat yang dikumpulkan diperingkat sekolah
yang tidak tersusun dan efisyen. Ini kerana sesuatu maklumat itu memakan masa yang agak lama untuk
dikumpulkan jika menggunakan cara manual. Begitu juga jika sesuatu maklumat itu perlu dimaklumkan dengan
segera , ia kerap kali lambat disampaikan dan tidak sampai pada sasaran. Selain itu, terdapat masalah dari segi
penyimpanan maklumat yang telah dikumpulkan. Ia kerap hilang atau rosak kerana cara penyimpanannya masih
secara manual. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil jalan penyelesaian dengan merancang satu inisiatif dengan
melaksanakan pengurusan sekolah secara digital. Ini bertepatan dengan motto PPD Temerloh ia itu “Temerloh
Peneraju Transformasi Pendidikan”. Inisiatif digital yang telah dilaksanakan ialah E-RPH, E-HADIR, E-PBD,
E-NILAM dan E-SIJIL. Hasil daripada maklumat yang dikumpulkan dan akan disimpan di dalam Google Drive
akaun DELIMA sekolah. Ini memudahkan jika hendak digunakan di kemudian hari. Inisiatif ini diambil kerana
pihak sekolah mempunyai kemudahan dan kepakaran dalam melaksanakannya di peringkat sekolah. Hasil
daripada perlaksanaannya, didapati 98% warga sekolah merasakan inisiatif yang dilakukan ini memudahkan dan
memberi manfaat kepada mereka. Diharapkan inisiatif ini akan dapat dipertingkatkan lagi perlaksanaannya di
masa hadapan.
Kata Kunci: Inisiatif digital, maklumat tidak tersusun, penyimpanan maklumat secara digital.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
PEMBUDAYAAN MITHALI MELALUI PEMBACAAN, MEMPERKASAKAN ELEMEN
KEMENJADIAN MURID
Zambrie bin Mohammed
Guru Besar
SK Bukit Cermin, Pahang
ABSTRAK
Program CERMIN (Cerdas Minda), Mithali Melalui Pembacaan ini dirancang dan dibina bagi memperkasa
elemen kemenjadian diri murid SK Bukit Cermin yang dibina secara terancang dan bervariasi bagi merangsang
pelibatan murid sehingga mereka mencapai Tahap Penguasaan 6 (TP6) dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik
Darjah (PBD), berjaya melahirkan murid berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berupaya menikmati kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada keluarga,
sekolah dan masyarakat. Data rekod pelibatan murid dan pencapaian murid dianalisis untuk mendapatkan
jumlah penglibatan murid SK Bukit Cermin dan signifikan dengan pencapaian Tahap Penguasaan PBD.
Pelibatan murid dalam aspek afektif dan psikomotor dan amalan baik murid juga diambil kira dalam menentukan
tahap pencapaian mereka dan pemerkasaan elemen kemenjadian murid. Pembudayaan pembacaan ini akan
diterapkan kepada Murid Pemulihan, Murid Tahun 1 dan kepada murid murid yang lain melalui projek projek
yang tertentu sesuai dengan kategori mereka. Semua guru telah bersetuju bahawa impak Program Mithali Melalui
Pembacaan ini adalah tinggi dan dapat melahirkan murid yang bertanggungjawab, berketrampilan, dan berilmu
pengetahuan sesuai dengan kehendak dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kata Kunci : Pembudayaan membaca, terancang dan bervariasi, pemerkasaan elemen kemenjadian murid
CEMERLANG AUDIT KEWANGAN
Zulkurnain bin Ishak
Guru Besar
SK (F) Jenderak Selatan
ABSTRAK
Pengurusan Kewangan merupakan antara 9 bidang Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKSM ) dijadikan satu piawaian minimum yang perlu ada pada Guru Besar. Oleh yang demikian, pengurusan
kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat agar kewangan boleh diperoleh secukupnya, dibelanja dan
diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat memenuhi matlamat organisasi. SK Felda Jenderak Selatan tidak
pernah mencatat keputusan CEMERLANG Audit sejak tahun 1997. Sebagai usaha untuk mencapai sasaran ini
pengurusan kewangan disusun melibatkan Guru Besar, Pembantu Tadbir, Jawatankuasa Aset sekolah dan guru-
guru panitia. Guru Besar bertanggungjawab dalam menentukan pentadbiran kewangan sekolah dikendalikan
mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Perintah Kewangan. Pengurusan Kewangan
merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang,
mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor.
Kata Kunci : SKKSM, merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal, melapor
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
KEMAS CERIA SELESA
Zulkefli bin Salim
Guru Besar
SK Kuala Kaung,Temerloh
ABSTRAK
Kemas Ceria Selesa merupakan satu projek yang dijalankan bagi memastikan persekitaran Pejabat SK Kuala
Kaung berada dalam keadaan yang kondusif dan menyenangkan dalam menjalankan urusan terutamanya yang
melibatkan AKP dan guru. Penambahbaikan dilakukan bermula daripada ruang kerja pejabat kemudiannya bilik
simpanan fail. Jika sebelum ini fail dan kotak-kotak fail hanya diletakkan diatas lantai secara berselerak dan
menyukarkan untuk mencari fail kerana bertindih antara satu sama lain. Di ruang kerja pejabat pula telah dibuat
satu booth untuk bergambar dan di ruang rehat telah diletakkan gambar pemandangan air terjun. Suasana yang
lebih kemas ceria ini menjadikan pejabat SK Kuala Kaung lebih kemas dan menarik. Semua ini memerlukan kos
dan perbelanjaan. Kerjasama yang erat dengan PIBG yang telah bersetuju untuk membiayai projek ini telah
menjadikannya sebagai kenyataan. Keadaan ini menjadikan AKP dan guru serta sesiapa sahaja yang berurusan di
pejabat sekolah lebih teruja dan AKP juga boleh melakukan kerja dalam suasana menyegarkan dan bermotivasi.
Kata Kunci: Kemas,ceria, selesa, kondusif dan bermotivasi.
MELESTARIKAN KECERIAAN SEKOLAH BERSAMA PIBG DAN KOMUNITI
Puan Suraidah binti Ab Razak
Guru Besar
SK Kerdau, Temerloh, Pahang.
ABSTRAK
Peranan PIBG dan komuniti dalam konteks TS25 di sekolah adalah sangat penting dan merupakan salah satu
elemen dalam kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Anjakan kesembilan dalam PPPM (2013-2025) turut
menuntut penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam memajukan sekolah. Tinjauan awal melalui
pemerhatian dokumen dan temu bual menunjukkan program seumpama ini tidak pernah dijalankan sejak tahun
2005 iaitu 17 tahun yang lalu. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan dan meningkatkan komitmen yang
padu antara ibu bapa, pendidik, warga sekolah dan komuniti terhadap kebersihan dan keceriaan persekitaran
sekolah. Program ini diharap akan dapat memupuk semangat sayangkan sekolah dalam kalangan murid, ibu bapa,
guru termasuk komuniti setempat dalam mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk
semua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci : PIBG, komuniti, keceriaan sekolah, sekolah berkualiti
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
BENIH DISEMAI, KASIH DITUAI
Maisyara binti Osman
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang
ABSTRAK
Kehadiran adalah sangat penting dalam memastikan kemenjadian murid dapat sentiasa dipupuk dan digilap.
Projek Benih Disemai, Kasih Dituai ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanannya terhadap murid
yang kerap tidak hadir ke sekolah terutama selepas daripada fasa pandemic Covid – 19. Responden melibatkan 22
orang murid Tahap 2 Sekolah Kebangsdaan Lipat Kajang dengan mewujudkan jalinan kerjasama dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Pejabat Pertanian Daerah Temerloh. Tinjauan awal telah dilakukan dan didapati
jumlah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah adalah tinggi. Pengumpulan maklumat murid yang kerap tidak
hadir ke sekolah diperolehi dari Aplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM serta guru kelas yang berkenaan.
Beberapa peringatan telah diberikan kepada murid – murid tersebut tetapi peratus kehadiran masih tidak
memuaskan. Hasil pelaksanaan projek mendapati terdapat perubahan pada peningkatan peratus kehadiran murid
Tahap 2 sepanjang projek dijalankan.
Kata Kunci: Jalinan kerjasama, PIBG, Pejabat Pertanian Daerah peratus kehadiran
ASSALAMUALAIKUM, DOAKAN SAYA CEMERLANG
Hamzah bin Mat Salleh
Guru Besar
SK Seri Songsang
ABSTRAK
Mewujudkan budaya positif dalam suasana sekolah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan tidak
penting, kerana pada hakikatnya, ianya sangat penting dalam mewujudkan pelbagai kesan yang positif dalam
sesuatu situasi rutin harian di sekolah. Amalan Terbaik SK Seri Songsang adalah memberikan ucapan salam
kepada semua, tidak mengira jawatan, status, kedudukan, malah kepada siapa sahaja sama ada individu tersebut
adalah warga sekolah kita ataupun pelawat dari luar. Dalam konteks amalan budaya postitif pengucapan salam
di SK Seri Songsang, semua pelajar perlu untuk membiasakan diri untuk memberi salam yang percuma dan
mudah ini kepada sesiapa sahaja, Ungkapan “Assalamualaikum Cikgu, Doakan saya Cemerlang” sebagai tanda
kita menghormati individu yang menerima salam dan penerima salam akan mendoakan pelajar menjadi insan
yang cemerlang. Doa daripada guru adalah yang terbaik buat pelajarnya, disamping sebagai salah satu cara
murid bersosial dengan baik dan mudah sesama komuniti di sekolah kita. Dengan wujudnya amalan terbaik ini di
dalam komuniti sekolah, ianya dapat menggambarkan bahawa pelajar, guru-guru dan seluruh warga SK Seri
Songsang mempunyai aura positif dan menunjukkan contoh akhlak yang baik di mata orang lain dan sekaligus
dapat menaik dan mengharumkan nama sekolah khususnya hanya dengan pembudayaan amalan yang seperti ini.
Kata Kunci: Assalamulaikum Cikgu, Selamat Pagi Cikgu Doakan saya cemerlang
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
HISTERIA
Muhamad Akbar bin Alias
Guru Besar
SK Desa Bakti (Integrasi), Mentakab, Pahang
ABSTRAK
Histeria mengikut kamus dewan edisi keempat adalah penyakit urat saraf yg terlihat pada letusan-letusan emosi
yg tidak dapat dikawal, selap: diserang atau kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Jika berlaku di
sesuatu organisasi pendidikan maka akan pincanglah pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Begitulah yang
berlaku di SK (LKTP) Selancar 3, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tiga bulan sebelum UPSR, histeria datang
menyerang sekolah. Pencapaian UPSR pada 2018 adalah 76% sahaja. Maka pengajaran dan pembelajaran perlu
ditingkatkan namun terpaksa dihentikan setiap hari akibat serangan histeria. 15 murid dan 3 orang guru tanpa
gagal silih berganti akan dirasuk. 100% guru terpaksa mengawal keadaan. Satu pendekatan drastik hasil
permuafakatan guru, ibubapa dan komuniti diambil iaitu dengan guru dan murid membaca surah Yassin dan surah
Al Waqiah silih berganti setiap hari tanpa kecuali. Dalam masa yang sama seramai 5 orang pengamal perubatan
Islam dipanggil bagi memulihkan keadaan. Ia melibatkan kos yang tinggi dibiayai oleh PIBG berjumlah RM
3000.00. Tiga orang guru dihantar mengikuti pengijazahan perubatan Islam jangka pendek untuk membantu
memulihkan kerasukan pelajar setiap hari. Berdasarkan amalan membaca surah setiap hari tanpa jemu secara
beramai-ramai dan usaha-usaha daripada semua pihak, histeria berhenti di hari pertama UPSR dijalankan. Tiga
daripada 15 murid yang kerasukan adalah merupakan calon UPSR dapat melaksanakan ujian tanpa masalah.
Keputusan akhirnya diumum di mana SK (LKTP) Selancar 3 beroleh 96% lulus. Ia merupakan suatu pencapaian
saujana iaitu peningkatan 20%. Amalan pembacaan surah diteruskan sehingga ke hari ini bagi mengekang anasir
yang tidak kelihatan ini.
Kata Kunci: histeria, surah Yassin dan Al Waqiah, penentu kejayaan
PROGRAM AL-QURAN PAGI
Khairul Azwan Bin Zamri
Guru Besar
SRA AT TAKWA Temerloh, Pahang Darul Makmur
ABSTRAK
Seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dari segi rohani, SRA
At Takwa mengembEling tenaga menjayakan Program Al-Quran Pagi SRA At Takwa ( ProPa Serata) . Tujuan
program ini adalah untuk mendisiplinkan murid agar datang awal kesekolah seterusnya mempastikan hari murid
dimulakan dengan AL-Quran. Murid akan secara bersama dengan bimbingan guru membaca AL-Quran sebanyak
2 muka surat pada setiap pagi. Sokongan dan kerjasama PIBG dan ibu bapa menjadikan ProPa berkesan dan
memberi impak yang positif. Kadar buta Al-Quran dalam kalangan murid juga dapat dikurangkan. Usaha dan
kerjasama berterusan perlu terus digarap demi kelangsungan pembudayaan AL-Quran di SRA AT Takwa
Kata kunci: al-quran, Program Al-quran Pagi SRA At Takwa (ProPa Serata), impak
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK GURU BESAR LANTIKAN BAHARU DAERAH TEMERLOH 2022
WE ARE LUBOKIANS
Pn Rosnah bt Said
Guru Besar
SK Lubok Terua, Lanchang
ABSTRAK
We are Lubokians merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan iklim sekolah yang sihat, sejahtera, gembira dan
ceria. Lubokians terdiri daripada semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Pekerja Swasta, murid-
murid, ibu bapa, Komuniti setempat dan juga sektor swasta. Inisiatif ini dilaksanakan adalah berdasarkan tinjauan
awal melalui pemerhatian, temubual semasa saya mula berkhidmat di sini. Saya juga merujuk rekod aduan
ketidakpuasan pelanggan pada tahun 2019, di mana jumlah aduan adalah sebanyak 11 kes yang melibatkan
ibubapa dan juga guru. Mereka tidak berpuashati dengan Sistem pengurusan sekolah di mana berlakunya kecairan
maklumat dan juga kelewatan memberi maklumbalas terhadap segala persoalan atau pertanyaan. Ibubapa dan
Komuniti tidak dapat mengikuti perjalanan sekolah dan sering tercicir maklumat atau arahan daripada pihak
sekolah. Justeru itu, semangat kesepunyaan dan kekitaan perlu diterapkan dan dibudayakan di dalam setiap diri
warga sekolah. Proses ini adalah seiring dengan Anjakan 9 dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025, menuntut penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta untuk turut serta memajukan dan
meningkatkan kemenjadian murid. Oleh itu, pihak sekolah telah mengorak langkah memperkasakan dan
membudayakan Lubokians dalam setiap diri warga sekolah dan juga PIBKS. Ianya telah berjaya menampakkan
impak yang positif kepada semua pihak. Pengurusan sekolah semakin mantap dan telah berjaya mencapai sifar
aduan. Hubungan yang erat dikalangan Lubokians dapat dilihat dengan jelas ketika majlis-majlis, program-
program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Selangkah kaki ke dalam Kawasan SK Lubok Terua,
aura Lubokians akan dapat dirasai.
Kata Kunci: Memperkasa, membudayakan, warga sekolah, PIBKS, sifar aduan