Visi Misi Falsafah Pendidikan MARA Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif & bertaraf dunia. Pendidikan MRSM adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.
• • Sekapur Sirih (Kata Alu-Aluan)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berpeluang untuk berkongsi kejayaan para graduan dan kegembiraan para ibu bapa serta penjaga dan guru-guru atas usaha murni mereka di dalam majlis graduasi yang penuh gemilang ini. Majlis Graduasi MRSM merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para graduan sepanjang pengajian di MRSM. Tahun ini, MRSM telah mengadakan sambutan ulangtahun ke-50 penubuhan MRSM di arus perdana pendidikan negara. Sebanyak 55 buah MRSM yang sedang beroperasi sejak penubuhan pertama MRSM dalam tahun 1972 telah membuktikan bahawa sistem pendidikan MRSM telah diterima dan terus relevan dan menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat. Tumbuhnya MRSM di setiap negeri sudah tentu dirasai oleh setiap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan sebagai peneraju kemajuan generasi akan datang. Sistem pendidikan MRSM telah melahirkan seramai 204,957 orang graduan sama ada sedang meneruskan pengajian dalam berbagai-bagai disiplin ilmu mahupun yang sedang dan telah memberi khidmat bakti dalam pelbagai bidang kerjaya. MARA fokus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan penguasaan bidang STEM yang berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasi konsep STEM dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. Justeru, sistem pendidikan MRSM diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mampu menjadi pencipta teknologi, bukan pengguna teknologi semata-mata. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan Maktab Rendah Sains MARA 2022. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2022 kepada semua calon SPM tahun ini. Semoga usaha anda semua selama berada di MRSM membuahkan keputusan cemerlang yang akan membanggakan keluarga, bangsa, agama dan negara di masa mendatang. • • ABD MANAB BIN ABDUL MAJID Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA
• • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, saya berpeluang mengabdikan kata alu-aluan Buku Program sempena Majlis Graduasi Ke-12 MRSM Mukah. Terima kasih, dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini. Syabas diucapkan kepada semua graduan yang menerima sijil graduasi. Majlis graduasi di MRSM adalah satu tradisi yang istimewa dan upacara ini adalah sesuatu yang unik dalam sistem pendidikan MRSM. Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang melanda, majlis tetap diadakan demi meraikan kejayaan yang telah dikecapi oleh para pelajar Tingkatan 5 sepanjang mengikuti pengajian di MRSM Mukah sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Semoga semangat mereka akan terus berkekalan dalam usaha memartabatkan moto maktab ini iaitu Beyond Excellence. Kejayaan yang diraikan adalah hasil gabungan usaha yang mantap daripada pelbagai pihak yang saling bekerjasama seperti aur dengan tebing dan mengorbankan masa bagi memastikan kejayaan ini milik mereka. Tahniah kepada barisan guru dan kakitangan MRSM Mukah yang begitu komited dalam menggalas amanah yang diberi. Tahniah juga kepada BADAN MUAFAKAT atas sokongan yang sentiasa diberi dalam memastikan MRSM Mukah terus bergerak mencapai kecemerlangan. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua graduan Majlis Graduasi Ke-12 MRSM Mukah, dan semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar kita yang lain untuk meneruskan jejak cemerlang ini. ZURAIDA BINTI ZAIDI Pengetua MRSM Mukah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat mengadakan Majlis Graduasi MRSM Mukah kali ke-12. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyahut cabaran untuk mengadakan dan menjayakan majlis ini walaupun perlu bergelut dengan kekangan masa dan tugas. Kepada semua graduan yang akan menerima sijil graduasi, majlis graduasi dan peperiksaan SPM hanya merupakan titik permulaan bagi perjalanan yang lebih jauh. Berbekalkan ilmu dan pengetahuan, para graduan akan menghadapi lebih banyak cabaran dalam kehidupan. Jadikanlah ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan. Kuatkan semangat perjuangan untuk terus menimba ilmu dan menjadi ahli masyarakat yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga majlis graduasi kali ini dapat menjadi pembakar semangat kepada pihak maktab untuk terus membangunkan dan mengembangkan potensi pelajar. Tidak ketinggalan juga, hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah akan dapat merealisasikan hasrat MRSM Mukah untuk menjadi institusi yang cemerlang selaras dengan hasrat “The Best School in Sarawak by 2023” dalam usaha menghasilkan modal insan berkualiti, berkeperibadian mulia, berpengetahuan tinggi dan berdaya saing. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua graduan Majlis Graduasi Ke-12 MRSM Mukah. Jadikanlah moto maktab ini iaitu “Beyond Excellence” sebagai satu realiti. Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun: Pergi Ke Pekan Bersama Bapa Singgah Di Kedai Membeli Gelang Kejayaan Perlukan Semangat Waja Kekalkan Sentiasa Semangat Juang Yang baik datang daripada Allah, segala kekurangan datang daripada kita sebagai manusia biasa. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih. • • DR. MOHAMED KHIRUL NIZZUAN BIN HAMZAH Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Mukah
• • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua kita dapat meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para pelajar Tingkatan 5 MRSM Mukah. Syabas dan tahniah, diucapkan kepada 115 graduan yang telah berjaya mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan pencapaian akademik dalam peperiksaan Sijil Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA baru-baru ini! Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa yang tidak pernah putus-putus untuk memberi sokongan moral kepada para pelajar MRSM Mukah sepanjang pengajian mereka di maktab ini. Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada para pendidik MRSM Mukah yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik bagi melihat anak didik mereka menempa kejayaan yang membanggakan ini. Berkat ketabahan dan kegigihan semua pendidik di maktab ini, para pelajar telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan untuk kita semua. Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat memberi motivasi, perangsang dan peringatan untuk meningkatkan jati diri para pelajar dan secara langsung meningkatkan kesediaan intelek pelajar supaya mencapai keputusan yang lebih cemerlang selaras dengan penekanan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada para graduan atas kejayaan mereka dalam peperiksaan SPMRSM barubaru ini. Semoga dalam peperiksaan SPM 2022 nanti, para pelajar akan memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang. PROF IR DR HJH SITI NOOR LINDA BT HJ TAIB Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak
8.30 pagi Ketibaan ibubapa dan penjaga 9.00 pagi Ketibaan tetamu-tetamu jemputan 9.30 pagi Ketibaan perasmi, Prof Ir Dr hjh Siti Noor Linda binti Hj Taib Perarakan masuk graduan Perarakan masuk kakitangan MRSM Mukah Perarakan masuk Ahli-ahli Senat dan Perasmi diiringi pembawa cokmar Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Amanah Rakyat Ucapan aluan pengacara majlis Bacaan doa Ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Zuraida binti Zaidi, Pengetua MRSM Mukah Ucapan perasmian oleh Prof Ir Dr Hjh Siti Noor Linda binti Hj Taib Pengisytiharan Majlis Graduasi oleh Tuan Pengetua Penyampaian Sijil Graduasi Penyampaian Anugerah Khas Pelajar Penyampaian cenderamata perasmi Sesi bergambar Ahli-ahli Senat bersama Perasmi Perarakan keluar Ahli-ahli Senat dan Perasmi diiringi pembawa cokmar Perarakan keluar kakitangan MRSM Mukah Jamuan Majlis bersurai ATUR CARA MAJLIS
•• La g u R a smi
Megah helang terbang awangan, Hinggap di lukah mencari arah, Graduan cemerlang pemangkin kegemilangan, MRSM Mukah merungkai sejarah.
Senarai Graduan ~ Sijil Graduasi MRSM Kelas Pertama ~
~ SIJIL GRADUASI MRSM KELAS PERTAMA ~ ARYANNA ARABELLA BINTI ARWAN ZAHIRAH HANNANI BINTI MOHAMAD ZAIDI NASUHA BINTI DAUD HANIEF HAIQAL BIN HARIZAN EDRIENNA ULONG ANAK EDMUND EZRYANA EZREEN ANAK SIPANG MUHAMMAD RAZIQ BIN ADHAN NICOLE ANGELA ANAK PILU ISRA HAZWAN BIN ISMANDI GABRIELLA GELINGGIE ANAK RAYMOND THEODORA DAYANG KHEONG NURUL AIN BINTI ABDUL MALIK NICHOLAS SAING ANAK LENGGANG AHMAD DANNAEL SHAFIQ BIN ROSHAISAM KRISTY ENDUN SEJA ANAK NYUWAK NUR ALIYA BINTI ABDUL MUBIN ALEX BIN AUP VERNICE ANTIE ANAK SAONG EYOANNA BINTI AUSTINE GHINAYATUL EZZYAN KHALIESAH BINTI MOHAINI AKMAL HARRISH BIN MOHD KHAIRIL EDWARD AILIN NAJWA BINTI MOHAMED KHIRUL NIZZUAN ARWEN EMMELYNN ANAK AYMER CEDRICK LEE ZI YING PRISCILLA ABIGIRL LEMIE ANAK SILANG MUHAMMAD HARITH HAZIQ BIN RAZALI DOMINICK ANDY ANAK AMRY GRACIE BINTI DONNIS MICEL YEO JIA XING ERNESSTINE JANE ANAK LAWRENCE GABRIEL NIGEL BIN JOSEPH MUZZAMMIL IKHWAN BIN RASIT ELBIE ELONNA BINTI ANGI EVIE ELLYNNA ANAK JEMBUN
Senarai Graduan ~ Sijil Graduasi MRSM Kelas Kedua Atas ~
MUHAMMAD SAQEEF BIN MOHD SANI KHAULAH AZWA BINTI MOHAMAD TAHA MOHAMMAD NOOR SYAQIMIE BIN JAMIL NURUL AQILAH BINTI AZRI RASYIQAH ARIBAH BINTI SALLEH JACKSON ANAK JAYA DZAFIRUL AIDI BIN JAMIL FELICIA SHANDY BINTI AZIS MAULANA NURIRZAM ZEANA BINTI MUHAMMAD ZAMRI NUR SAFILAH BINTI AHMAD HAZRILL IZKHWAN BIN DOLLAH ERVINNCE BIN RAWI MATTHIAS LEMADA ANAK PETER HENDRICK BENABAS ANAK EDENI IRIS TOYAD BINTI CORNILINDA ~ SIJIL GRADUASI MRSM KELAS KEDUA ATAS ~ CLARRISA CHERYL JAT MOHAMAD SYAHMIZAN BIN SAIBI ANTHANIEL ANTHONY JOHAN JULIYNA MIMEK ANAK JALI VIANNEY VERA DESMOND PAUL CADDERY EDDYCA BETTI ANAK RICKY CHRISTIAN VICTOR BIN JEMAT NUR SYAHIRA BINTI JUNI ANGELINE AUGUSTINE ELLIUVIUNIE ANAK GANI CLAUDIA IVY GRACIA ANAK STEPHEN MUHAMMAD AFIF SYAMIM BIN SULAIHI ALLYCYA AMANDRA BINTI WALTER FASTER CARLINA ANGELINE BINTI SAPAR NUR SYAZLYANNA BATRISYA BINTI JEMAT
~ SIJIL GRADUASI MRSM KELAS KEDUA ATAS ~ FSTER GURA ANAK LACHAU ERIC EMANUEL BIN FEBRY ISMAIL HAKEEM BIN ABDUL RAHMAN MUHAMMAD ANIQ FARHAN BIN AZIN DHIAURRAHMAN BIN MUHAMMAD DINO DIMACHELER LAWAI DENNIS ISABELLE BINTI JULEN FARIESYA EZRIENA BINTI RIZALFAIZA JAVIER DAMIAN JIMMIE IZZAH BATRISYA BINTI ZAKERIA MALY LADON ANAK JOSEPH YOHANNES BIN PIRIN @ IRIN MANDALIN ANI ANAK ANTAU PHYLICIA PENNY BINTI AFFENDI EMENNA ZETTY BINTI BAKRI AHMAD AKMALLUDDIN BIN ABU BAKAR PIERCE PARIYAN EMMANUEL ANAK PETER NUR EJMIN FAZILA BINTI ROSMAN MAURICESON REGU ANAK JULIUS MIKE MICHEAL ANAK EDWIN LANG HAZEL BINTI HENRY ELLIRA ARIANI ANAK FRANCE ELLI NICKSON ANAK NAROK ALYA KARMILA BINTI PUTIT @ SUUT MUAMMAR GADDAFI BIN HAMZAH SHIRLY ANGELINA BINTI EDWIN RADUAN AJWA BINTI JOHA
Senarai Graduan ~ Sijil Graduasi MRSM Kelas Kedua Bawah ~
• • ELEYANA SERIE ANAK TUJUK MUHAMMAD NOOR IQBAL BIN ZULKIFLI MATTHIAS CHUAT ANAK MAJA MUHAMMAD IRFAN SHAUQIE BIN LATIF SITI QASYIRAH BINTI BOLHI FRANCIS ANAK BANA MOHAMMAD NUR AZIZI BIN MAHARI HOLYNSON LAWANG ANAK NEILSON JINGGA NUR ARTISSYA MARKISAH BINTI BOLHASAN ASHLEY JOYCE NADJA ANAK AGRIPA NOR HAZIRAH BINTI OMAR SUEBELLA JOSEPH RAWING JOAQUIN NYALA ANAK JOSEPH ARTHURROSSY JANTAW ANAK ANTHONY MIKE FERNANDEZ ANAK KEJAM NATALIE THRESHNA ANAK JENAI MARSEILA ANAK LEJU NEHEMIAH ENGAN HENRY MUHAMMAD HAMIZ BIN MUHAMAD RAHMAT NUR SHAFIQAH BINTI MOHAMMAD MOHAMAD AZIM BIN MOHAMAD ISMAWI AMIROL TEE ANAK GANING MUHAMMAD IRFAN BIN ZAILANI AYU MARSYA BINTI ABDULLAH MOSTAPHA ~ SIJIL GRADUASI MRSM KELAS KEDUA BAWAH~
Anugerah Khas Tokoh Pelajar
• • ANUGERAH TOKOH MODAL INSAN (LELAKI) AHMAD DANNAEL SHAFIQ BIN ROSHAISAM HOMEROOM ACER (CIKGU AMIRUL HAIZAT BIN INSA)
• • ANUGERAH TOKOH MODAL INSAN (PEREMPUAN) GRACIE BINTI DONNIS HOMEROOM ACER (CIKGU AMIRUL HAIZAT BIN INSA)
• • ANUGERAH TOKOH AKADEMIK TERBILANG (LELAKI) HANIEF HAIQAL BIN HARIZAN HOMEROOM DAISY (CIKGU RAMONA BINTI MASRI)
• • ANUGERAH TOKOH AKADEMIK TERBILANG (PEREMPUAN) ARYANNA ARABELLA BINTI ARWAN HOMEROOM PANSY (CIKGU FELIXON ANAK JAWING)
ANUGERAH EMAS ISRA HAZWAN BIN ISMANDI • • HOMEROOM DAISY (CIKGU RAMONA BINTI MASRI)
Sekalung Penghargaan • • Jawatankuasa Majlis Graduasi Kali ke-12 MRSM Mukah (2022)
PENGERUSI : Pn. Zuraida binti Zaidi NAIB PENGERUSI 1 : En. Abdul Hamid bin Mohamad NAIB PENGERUSI 2 : En. Harizan bin Abdullah NAIB PENGERUSI 3 : En. Affandi Anak Rumpa PENYELARAS : En. Mohammad Nazrul Haizam bin Marzuki Radin Mahmud SETIAUSAHA : Pn. Rude Laing BENDAHARI : En. Jonathan Anak Follin
JK PROTOKOL DAN ISTIADAT Cik Nurul Fadzillah binti Saufi (K) En. Muhammad Ezzul bin Esa Pn. Nurafida binti Zamhari JK SIARAYA, MEDIA & HEBAHAN Pn. Nurul Ain Liyana binti Kamalruzzaman (K) En. Nanang Anak William Nai En. Naiza bin John Niri En. Fernandez Anak Gon JK PENGACARAAN MAJLIS En. Luqman Hakim bin Ahmad (K) En. Stephen Naong Anak Langoung Pn. Allison PauliyaAmin JK HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA Pn. Athirah Izzati binti Ahmad (K) Cik Bennedine Anak Albert Allang Pn. Siti Mardhiah binti Manab JK PERALATAN En. Sebastian Anak Gawan (K) En. Safwan bin Razali En. Jeffery Meringai Jack Ayum En. Mohamad Fardi bin Samah JK JEMPUTAN Pn. Cheryl Binti Jimmy (K) Pn. Vianney Sophia Anak Vincent Jillson Pn. Aziaty binti Abdullah Pn. Hellena Patricia Anak Jelian JK SAMBUTAN Cik Khairulnisak binti Abdullah (K) Cik Hania binti Mustafa Pn. Fakhrul Ain binti Muharam Pn. Zuraida binti Riza BWP JK BUKU PROGRAM En. Sufi Shahmi bin Sulaiman (K) Pn. Ramona binti Masri Pn. Azimah binti Kasah JK PERSEMBAHAN PELAJAR Pn. Jazzmin Zurich Anak Paris (K) Cik Nur Amalina binti Elias Cik Nurul Ain Hazzimah binti Ahmad Pn. Cassandra Anak Gider JK PENGURUSAN JUBAH & GRADUAN En. Faiz Hatim bin Hanapi (K) Pn. Hyacinth anak Ayoi Pn. Roslindawaty binti Baharin Pn. Norzawila binti Morsidi
JK MAKANAN Cik Norliza binti Norshidi (K) Pn. Jani Age En. Felixon Anak Jawing En. Joseph bin Melekan JK HIASAN PENTAS, BANNER & BACKDROP En. Ruhaizat bin Rusli (K) En. Mohamad Syahril bin Hassan En. Johannes Victor Raymond Pn. Aina Mardiah binti Yusop Pn. Nurlina Afrina binti Mohammad Syukri Cik Afiqah binti Mahsain En. Mohd Zakeri bin Yusuf Tambi En. Abdul Rahim bin Suhaili EMC, Rakan PSP JK PERSIAPAN TEMPAT En. Muhammad Syafiq bin Mokhtar (K) En. Mohamad Nizam bin Mohamad Selihin En. Muhammad Amir Faiz bin Abdul Aziz En. Muhamamd Affende bin Sazuki En. Petrus Kit Bajing anak Andrew Damat En. Muhd Syufri Shah bin Abdullah En. Khalid bin Ali En. Hirman bin Deris JAKSA, PRS JK KEUSAHAWANAN Cik Umairah binti Halpi (K) Cik Nurfazila Binti Morshidi En. Ismail bin Razali Koh En. Nor Zahar bin Hassan PUM JK LALULINTAS En. Amirul Haizat bin Insa (K) En. Khairul Samsanie bin Mahamood Kadet Polis JK PENGURUSAN & DOKUMENTASI En. Mohd Huzaifi bin Mat Ail (K) JK TUGAS-TUGAS KHAS & KEBERSIHAN En. Andrew Affendy anak Sandon (K) En. Dominic anak Balan En. Mohd Mustaqim bin Mohd Noh LDP
“Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.” ~ Imam Al-Ghazali ~ “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world." ~ Nelson Mandela ~ “Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today." ~ Malcolm X ~
Jinak haruan di laman ampaian, Tanpa berbisa jauh bersengat, Graduan 2022 memburu impian, Menongkah hidup terus bersemangat.
https://www.facebook.com/MRSMMukah http://mukah.mrsm.edu.my/ +6084 874 207