The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-16 21:09:02

10.5.1 Kaedah Memulakan Perniagaan

10.5.1 Kaedah memulakan perniagaan

KAEDAH MEMULAKAN
PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
2. Mengambilalih perniagaan sedia ada
3. Francais
4. Pakatan stratregic

MEMULAKAN SENDIRI

Usahawan membina pernigaan baharu bermula dari awal
lagi. Idea- idea untuk memulakan perniagaan baharu:

 Pasaran baharu - menyediakan produk atau perkhidmatan
yang tiada dalam pasaran tatapi wujud di pasaran lain.

 Teknologi baharu – melibatkan proses baharu yang
teknikal iaitu memperkenalkan konseo e-dagang yang mana
pesanan boleh dilakukan melalui internet.

 Faedah baharu – menggantikan cara lama dengan kaedah
yang lebih baik atau produk yang ditambah nilai contohnya
menghasilkan kertas daripada bahan-bahan terbuang seperti
jerami, menggunakan swipe-card bagi menggantikan
punch-card bagi mencatat kehadiran.

Kebaikan Keburukan

 Kebebasan membuat  Tiada tekod perakaunan
keputusan sendiri lama sebagai rujukan

 Lokasi strategic akan  Tiada pelanggan sedia
menguntungkan perlu mencari pelanggan

 Berpeluang membngunkan baru
imej perniagaan
 Sukar menembusi pasaran
kerana persaingan sengit.

MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA

ADA

Bermaksud membeli perniagaan orang lain, mengganti atau
mewarisi perniagaan keluarga yang telah sedia wujud dengan
mengambil alih pengurusannya atau menjadi rakan kongsi
perniagaan.

Faktor- faktor yang perlu diambil kira sebelum mengambil alih
sesebuah perniagaan adalah seperti berikut:

1) Persaingan

 tahap persaingan perlu dikaji dan damati sebelum membeli
sesebuah perniagaan.

2) Keadaan pasaran

 Keadaan pasaran semasa perlu melalui proses bancian, kajian,
pemerhatian dan soal selidik terutama ke atas perniagaan pesaing
serta memastikan potensi perniagaan untuk terus berkembang atau
sebaliknya.

3) Pembangunan masyarakat pada masa hadapan

 Pembangunan masyarakat akan memberi kesan secara tidak
langsusng kepada sesebuah perniagaan.

4) Komitmen undang - undang

 Bakal pembeli hendaklah menyelidik berkaitan dengan liabiliti atau
hutang yang masih ditanggung oleh perniagaan yang bakal diambil
alih seperti cukai tertunggak, sewa tertunggak dan lain-lain.

5) Bamgunan dan kemudahan fizikal perniagaan

 Keadaan dan kualiti bangunan serta kemudahan fizikal
hendaklah dinilai dengan teliti termasuk aspek
penyelenggaraan.

6) Harga keluaran

 harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh
perniagaan hendaklah dibandingkan dengan harga pesaing
dari semasa ke semasa.

7) Harga yang boleh ditawarkan

 Usahawan harus memastikan kos pengambilalihan perniagaan
adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan memulakan
perniagaan baharu sendiri.

kebaikan keburukan

Pelanggan sedia ada  Rekod perniagaan
Rekod perniagaan yang buruk

terbukti  Lokasi yang tidak
Lokasi perniagaan strategik

strategik  Imej perniagaan yang
tercemar

 menanggung beban
hutang perniagaan
terdahulu

3. FRANCAIS

 Satu kaedah pemasaran sesuatu barang atau membolehkan syarikat
induk (francaisor) memberi hak memasarkan barang atau
perkhidmatan tersebut kepada usahawan (francaisi) dan sebagai
balasan, usahawan perlu membayar yuran francais dan royalty
kepada syarikat induk.

 Kebaikan:
 Reputasi dan imej yang diketahui
 Diberi sokongan kewangan
 Risiko perniagaan yang rendah

 Kelemahan:
 Yuran untuk memohon lesen perniagaan agak tinggi
 Francaisor terpaksa membayar royalty kepada francaisor, da
biasanya dalam amaun yang agak tinggi

Francais Berformat

 FRANCAISI BERHAK MENGGUNAKAN HARTA IN
TELAH MILIH FRANCAISOR SEPERTI LOGO, JENAMA
DAN TANDA DAGANG SERTA SEMUA STRATEGI YANG
DIRANGKA OLEH FRANCAISOR UNTUK
MENJALANKAN PERNIAGAAN.

 CONTOHNYA, SYARIKAT KFC DAN MCDONALD’S.

 PRINSIP 5C
 KELEBIHAN DAYA SAING(COMPETITIVENESS)
 KEBERSIHAN(CLEANLINESS)
 KESELESAAN(CONVENIENCE)
 KEMESRAAN(COURTESY)
 KESERAGAMAN(CONSISTENCY)

Francais Pengilang Produk

 FRANCAISI MENGELUARKAN SESUATU BARANG
MENGIKUT FORMULA, RESIPI, ATAU REKA
BENTUK DAN KEMUDIANNYA MEMASARKAN
BARANG TERSEBUT MENGGUNKAN SYSTEM
PEMASARAN YANG DISEDIAKAN OLEH
FRANCAISOR.

 CONTOHNYA, THE COCA-COLA COMPANY.

Francais Lesen Bertanda Dagang

 FRANCAISI DIBERI LESEN UNTUK MENJUAL
BARANGAN DAN DIBERI GANJARAN, BIASANYA
DALAM BENTUK OMISEN OLEH FRANCAISOR.

 TAHAP PENGLIBATAN FRANCAISOR DALAM
PERNIAGAAN FRANCAISI ADALAH RENDAH, IAITU
SEKADAR MEMASTIKAN AUDIT PULANGAN ATAS
JUALAN DILAKUKAN SECARA BETUL DAN
MUNASABAH

 CONTOHNYA, PERNIAGAAN YANG MENJUAL
BARANG WATAK WALT DISNEY SERTA PRODUK
BERJENAMA PIERRE CARDIN DAN DUNHILL.

Francais Pengedaran

 FRANCAISI DIBERI KUASA MONOPOLI UNTUK
MEMASARKAN BARANG KELUARAN
FRANCAISOR SECARA EKSKLUSIF DENGAN
MENGIKUT PERATURAN DAN KAEDAH YANG
DITENTUKAN OLEH FRANCAISOR.

 CONTOHNYA, PERNIAGAAN STESEN MINYAK
PETRON YANG BERASAL DARI FILIPINA.

Francais Penganjur

 FRANCAISI BERTINDAK SEBAGAI EJEN PROMOSI
UNTUK BARANG FRANCAISOR DAN FRANCAISI
AKAN MEMBELI PELBAGAI JENIS KELUARAN
DARIPADA FRANCAISOR UNTUK DIJUAL DI
PREMISNYA.

 TAHAP PENGLIBATAN FRANCAISORM DALAM
PERNIAGAAN FRANCAISI ADALAH
TINGGI,TERMASUKLAH ASPEK PENYEDIAAN
MODAL, BAHAN MENTAH, KEPAKARAN
PENGURUSAN DAN PEMASARAN.

 CONTOHNYA, KESAI SERBANEKA G-MART DI BAWAH
PERNAS EDAR SDN. BHD.

4. PAKATAN STRATEGIK

 Perniagaan yang dijalankan hasil Kerjasama antara dua atau
lebih syarikat yang bertujuan mendapat teknologi produk,
kemahiran dan pengetahuan pada peringkat tempatan
(domestic) atau antarabangsa.

 Kebaikan:
 Persaingan dalam sesebuah industri dapat dikurang
 Penggabungan sumber kewangan dapat mengukuhkan
kedudukan kewangan perniagaan

 Kelemahan:
 Konflik kepentingan mungkin timbul antara perniagaan
yang terlibat
 Risiko kebocoran rahsia perniagaan agak tinggi

Usaha Sama

 Usaha sama terdiri daripada dua kategori iaitu,

 Usaha sama domestik

 Usaha sama antara beberapa syarikat tempatan yang melibatkan perkongsian kos,
kepakaran, peralatan dan sebagainya

 Uasaha sama antarabangsa

 Melibatkan usaha sama antara syarikat tempatan dengan syarikat asing bagi
menikmati manfaat daripada perkongsian teknologi, kepakaran, sumber dan
sebagainya

 Biasanya dijalankan dengan motif untuk menembusi pasaran negara asing

Pelesenan

 Sebuah syarikat tempatan membuat perjanjian dengan
pemegang lesen perniagaan di negara asing dengan
tujuan untuk menembusi pasaran negara asing tersebut.

 Pemegang lesen perniagaan akan memberi hak kepada
syarikat tempatan untuk mengunakan proses pengeluaran
produknya (syarikat tempatan).

 Sebagai balasan,(penerima lesen) perlu membayar yuran
dan royalty kepada pemegang lesan perniagaan tersebut.

Kontrak Pengeluaran

 Sebuah syarikat pengeluar tempatan (pemberi kontrak)
bekerjasama dengan syarikat pengeluar asing(penerima
kontrak)untuk mengeluarkan sesuatu produk.

 Syarikat penerima kontrak (asing) akan menggunakan
bahan mentah dan buruh di negara sendiri untuk
menhasilkan produk yang diperlukan oleh syarikat
pemberi kontrak pemberi kontrak (tempatan) disebabkan
kos pengeluaran yang lebih rendah di negara sendiri.

 Produk yang siap akan dihantar balik ke negara syarikat
pengeluar tempatan (pemberi kontrak).


Click to View FlipBook Version