The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-17 06:21:40

10.5.2 Pembiayaan dan Sumber Modal

10.5.2 Pembiayaan & Sumber Modal

PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL

Modal merupakan dana dan segala peralatan
yang digunakan dalam proses pengeluaran
atau dalam menjalankan aktiviti perniagaan
seperti wang tunai, inventori, premis kilang,

peralatan dan mesin

BENTUK MODAL

Modal
Kewangan

Modal
Bukan
Kewangan

Merupakan kekayaan dalam bentuk wang yang
digunakan untuk menghasilkan lebih banyak

kekayaan kewangan dalam perniagaan.

Merujuk kepada MODAL • Modal teroka
modal pelaburan • Modal ekuiti
KEWANGAN • Modal hutang
berisiko yang
digunakan untuk

memulakan
sesebuah
perniagaan
baharu.

Modal Teroka

• Dana yang disediakan oleh syarikat, badan professional
atau individu kaya bertujaun melabur bersama-sama
pemilik dalam projek atau perniagaan baharu dan yang
sedang berkembang pesat dan berpotensi menghasilkan
pulangan tinggi.

Modal Ekuiti

• Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk
dilaburkan dalam perniagaan. Pelabur akan menanggung
segala risiko jika usaha teroka yang diusahakan gagal
tetapi jika perniagaan mereka berjaya, maka keuntungan
akan dinikmati pelabur.

Modal Hutang

• Modal kewangan yang diperoleh melalui pinjaman
daripada pihak luar organisasi. Modal hutang perlu
dibayar balik beserta faedah atas pinjaman yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

PERBEZAAN MODAL
EKUITI DENGAN MODAL

HUTANG

Aspek Modal Ekuiti Modal Hutang

Sumber diperoleh Sumbangan pelabur untuk Diperoleh daripada pihak
membeli saham dalam luar seperti bank, institusi
Risiko modal perniagaan. kewangan atau agensi
kerajaan.

Dikenali sebagai modal Sekiranya syarikat gagal
berisiko kerana ada bayar balik pinjaman,
kemungkinan kehilangan cagaran yang diserah
pelaburan jika perniagaan menjadi hak milik bank
gagal. atau pihak pemberi
pinjam.

Bayaran balik Syarikat tidak perlu Syarikat perlu bayar
bayar balik ekuiti yang balik pinjaman beserta
dilaburkan. Sebaliknya faedah atas pinjaman .
dividen diperoleh
daripada operasi
perniagaan pada masa
depan bagaimanapun
bergantung kepada
keuntungan syarikat.

Sandaran atau cagran Tidak perlukan sandaran atau Memerlukan sandaran atau
cagaran untuk tujuan cagaran dalam bentuk aset
Hak mengundi atau pelaburan. perniagaan seperti tanah,
bersuara bangunan dan lain-lain.

Hak kawalan syarikat Pembiaya mempunyai hak Tidak mempunyai hak

untuk mengundi dan melantik untuk mengundi atau

pihak pengurusan syarikat bersuara dalam

dan mempunyai hak untuk pengurusan dan

bersuara. pentadbiran syarikat.

Hak kawalan syarikat akan Tidak mempunyai
beralih tangan kepada sebarang kuasa kepada
pemegang saham terbesar. syarikat yang membuat
pinjaman.

MODAL BUKAN KEWANGAN

Modal selain daripada modal kewangan yang digunakan
untuk membiayai operasi perniagaan. Boleh terdiri
daripada aset atau modal insan.

Modal dalam bentuk aset terdiri daripada aset tetap dan
aset semasa.

Aset tetsp terdiri daripada bangunan, kenderaan, mesin
manakala aset semasa terdiri daripada inventori atau
bahan mentah yang terdapat dalam perniagaan.

Modal bukan kewangan dari segi modal insan meliputi
latihan dan pendidikan, pengalaman, kemahiran, idea

dan pengetahaun.

SUMBER MODAL FORMAL

1. Pinjaman bank

i. pinjaman jangka pendek

❖pinjaman yg mempunyai tempoh bayaran balik kurang

drpd 1 tahun

❖pinjaman ini digunakan utk membiayai modal kerja

ii. pinjaman jangka panjang

❖pinjaman yg mempunyai tempoh bayaran balik melebihi 1

tahun

❖pinjaman ini digunakan utk membeli aset tetap perniagaan

iii. pinjaman bercagaran

❖membuat pinjaman dgn mencagar aset yg dimiliki kpd bank

iv. pinjaman bertempoh

❖pinjaman wang bg suatu tempoh antara 5 hingga 10 tahun

biasanya digunakan utk membiayai peralatan yg mempunyai
jangka hayat yg bernilai dr segi ekonominya

v. pinjaman berjangka

❖dikenali sbg pinjaman tetap yg merupakan pinjaman jangka masa

panjang yg diberikan bg tempoh tetap dgn kematangan melebihi 1
tahun

Bank akan mempertimbangkan faktor 5C sblm
meluluskan sesuatu pinjaman

a. Karakter
❖sifat peribadi peminjam yg dpt menyakinkan pihak

bank utk meluluskan pinjaman

b. Kapasiti
❖keupayaan peminjam utk membayar balik

pinjaman serta faedah yg dikenakan

c. Modal

❖merujuk kpd jumlah modal yg dilaburkan dalm

perniagaan atau usaha teroka oleh peminjam

d. Keadaan

❖merujuk kpd keadaan & suasana persekitaran

e. Sandaran

❖jumlah sandaran atau cagaran bergantung kpd jumlah

pinjaman yg dipohon

2. Overdraf bank

❖satu kemudahan jangka pendek yg disediakan oleh bank

perdagangan dimana seseorg pelanggan bank yg mempunyai
ak semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yg
ada di dlm ak nya setakat had yg telah ditetapkan

3. Pinjaman drpd kerajaan

❖pihak kerajaan menyediakan pelbagai kaedah utk mendptkan

modal yg dilaksanakan menerusi agensi tertentu utk
membantu usahawan2 kecil

Antara agensi kerajaan yg menawarkan bantuan modal utk

usahawan :-

❖Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional),

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

❖Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Kemajuan Luar

Bandar & Wilayah

❖Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME

Bank)

❖Agrobank
❖Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP)
❖Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)

4. Kredit pusingan
❖berbentuk jangka pendek, digunakan utk membiayai

keperluan modal pusingan

❖diberikan utk 1 tempoh tertentu yg blh dipusing semula

apabila tempoh itu matang
5. Kredit perdagangan drpd pembekal

❖bayaran tertangguh atas pembelian brg utk proses

pengeluaran atau jualan yg diberikan oleh pembekal kpd
usahawan

❖diberikan kpd usahawan yg mempunyai hubungan baik

dgn pembekal biasanya dlm tempoh 30 hari

6. Pelabur

❖merupakan individu atau organisasi lain yg melaburkan

wangnya ke dlm perniagaan usahawan

❖usahawan blh mendptkan modal scr formal melalui

suntikan modal drpd pelabur2

SUMBER MODAL TDK FORMAL
1. Simpanan sendiri

❖modal sendiri diperoleh drpd simpanan atau tabungan

sendiri atau menjual aset peribadinya utk membiayai
perniagaan.
2. Pinjaman dari saudara mara atau rakan

❖Pinjaman ini tdk memerlukan pendokumentasian yg

banyak & rumit.

❖Usahawan perlu membuat perjanjian scrbertulis berkaitan

pinjaman yg dibuat utk mengelakkan sebarang
perselisihan.

3. Pelabur persendirian
❖merupakan individu yg kaya-raya yg merupakan
usahawan atau individu yg mempunyai
pengalaman dlm perniagaan
❖mereka membiayai usaha teroka baharu yg kecil &
berisiko. Sebagai pertukaran, mereka akan memiliki
kepentingan ekuiti perniagaan.


Click to View FlipBook Version