The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tajuk, Abstrak, Pengenalan, Objektif Kajian, Latar belakang dan Kaedah Kajian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2022-10-15 01:31:05

PENULISAN PENUH KK PP 2022_15-10-22

Tajuk, Abstrak, Pengenalan, Objektif Kajian, Latar belakang dan Kaedah Kajian

Keywords: Kerja Kursus PP 2022

PENULISAN PENUH KERJA KURSUS
PENGAJIAN PERNIAGAAN
TAHUN 2022

PENULISAN TAJUK:1 MARKAH
PELAJAR BOLEH MEMILIH SATU TAJUK
CONTOH LENGKAP TAJUK SEPERTI DI BAWAH

1. SYARIKAT XYZ MALAYSIA SATU KAJIAN TENTANG STRATEGI MEMASUKAI
PERNIAGAAN ANTARABANGSA, CABARAN YANG DIHADAPI, LINI PRODUK SERTA
KITARAN HAYAT PRODUK KELUARAN NYA

ATAU

2 .SYARIKAT XYZ MALAYSIA SATU KAJIAN TENTANG STRATEGI MEMASUKI PERNIAGAAN
ANTARABANGSA ,CABARAN YANG DIHADAPI , LINI PRODUK SERTA KITARAN HAYAT
PRODUK KELUARANNYA

ATAU

3. KAJIAN TENTANG SYARIKAT XYZ SDN BHD DARI ASPEK STRATEGI
KEMASUKAN KE NEGARA LUAR ATAU BRUNEI, CABARAN, LINI PRODUK
DAN KITARAN HAYAT PRODUK.

PENULISAN ABSTRAK [1 MARKAH]

• Kajian dijalankan bertujuan mengenalpasti syarikat XYZ yang beroperasi di negara ini/luar

negara dari segi strategi memasuki perniagaanya di Malaysia.Seterusnya cabaran yang telah
dihadapi oleh syarikat tersebut dan lini produk yang dihasilkan termasuklah kitaran hayat
produknya,

• Pengkaji telah menggunakan sumber sekunder iaitu. media elektronik iaitu intenet 70% dan

media cetak iaitu buku rujukan 30%[NYATAKAN SEKUNDER MELALUI APA]

• Dapatan kajian mendapati syarikat XYZ menggunakan aktiviti usahasama

/francais[NYATAKAN] dalam memasuki perniagaan di negara ini

• Syarikat menghadapi 5 [NYATAKAN]] cabaran dalam mengembangkan perniagaan dalam

negara ini

• Syarikat XYZ menawarkan 12 jenis produk sejak beroperasi dan produk jenis ABe mendapat

permintaan paling banyak. Produk Abe mempunyai 13 item di dalamnya [NYATAKAN
KELEBARAN DAN KEDALAMNYA]

• Produk Etes [NAMA SATU PRODUK TERSEBUT] telah mengalami kitaran hayat dengan

pelbagai inovasi untuk kekal di pasaran sehingga hari ini

1.0 PENGENALAN [1M]

Kajian kerja kursus sem 3 ini adalah untuk mengkaji sebuah syarikat luar negara yang
telah beroperasi hampir 60 tahun dalam negara ini. Saya telah memilih syarikat XYZ Sdn
Bhd dari negara Denmark yang terlibat dalam aktiviti perniagaan [pengeluaran
/perkhidmatan] dalam industri [makanan, perubatan, automotif, hotel, banking, insurance
dan lain lain]

Sehubungan dengan itu kajian ini akan memberi fokus kepada empat aspek sahaja iatu
strategi yang telah digunakannya dalam memasuki dan seterusnya dalam
mengembangkan aktiviti perniagaanya dalam negara. Dalam konteks ini juga saya akan
mengkaji dari sudut cabaran yang telah dihadapinya, seterusnya meninjau dari segi lini
produknya dan satu kitaran hayat produknya

Kenapa saya memilih syarikat ini untuk kajian adalah disebabkan [beri 3-4 sebab] tinjau
4P (produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi)

lokasi di negara asal atau negara operasi boleh ambil daripada google map
[lampiran 1]

s

2.OBJEKTIF KAJIAN [2M]

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama kajian bagi Syarikat ________
seperti berikut:

1. Menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa bagi
Syarikat_____ ke negara ________

2. Menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat___________ dari aspek:
a. Struktur organisasi
b. Kawalan pengurusan
c. Politik dan perundangan
d. Ekonomi
e. Sosiobudaya

3. Menjelaskan lini produk keluaran Syarikat _____ dari aspek:

a. kedalaman produk dan
b. kelebaran produk

4. Menjelaskan kitaran hayat salah satu produk Syarikat _________

3.LATARBELAKANG KAJIAN

Perenggan 1 : Jelaskan maksud latar belakang kajian mengikut ahli ekonomi dll. Beri

nama penulisnya
Latar belakang kajian merupakan satu percubaan untuk memberikan penerangan

mengenai karya penyelidikan. Dari sini ianya dapat membantu dalam membuktikan
keterangan dan isu-isu yang telah berlaku selaras dengan pembolehubah yang telah
dikaji. Latar belakang kajian meletakkan asas kepada pembolehubah yang dikaji. Ianya
boleh didekati dari sudut pandangan sejarah atau percubaan untuk mencerahkan
penonton tentang isu-isu yang telah berlaku pada masa lalu, fakta dan angka tentang
kejadian dan kemudiannya membantu menyatakan bahawa kajian perlu diteruskan
dengan lebih banyak fakta dan penyelidiikan tentang kejadian semasa dan data yang
dikenalpasti ada ketepatanya

Perenggan 2 – Latarbelakang kajian ini saya akan memberi tumpuan kepada 5 aspek utama iaitu
perkembangan syarikat XYZ yang beroperasi di Malaysia/negara luar. Seterusnya memberi fokus dari sudut
strategi, cabaran , lini dan kitaran hayat produk yang dipilih.

Latarbelakang kajian saya akan memberi fokus kepada LIMA aspek utama iaitu perkembangan
syarikat XYZ yang beroperasi di negara ini.Seterusnya memberi tumpuan dari segi strategi syarikat
dalam mengembangkan perniagaanya dalam memasuki sesebuah negara termasuklah syarikat XYZ di
negara ini.Saya juga akan mengkaji cabaran-cabarannya sepanjang syarikat mengembangkan
perniagaanya di negara ini. Seterusnya saya akan mengkaji berhubung dengan lini produk dan kitaran
hayat produk utamanya

Syarikat XYZ yang telah berperasi sejak tahun 1961 telah membina kilang pertamanya di
kawasan perindutrian Sungai Way Selangor [ambil google map lokasi lampiran 1] dan akan berpindah
ke kilang barunya di Enstek Negeri Sembilan. Sempena menyambut ulang tahun ke 60 penubuhan
syarikat tersebut syarikat telah menawarkan harga yang menarik dengan menawarkan satu produk
barunya. Syarikat juga telah mengalami 4 kali penukaran nama syarikat sehingga hari ini menjadi
syarikat awam yang telah diterbitkan di Bursa Saham Malaysia, menggunakan nama XYZ Malaysia
Berhad. Sehingga hari ini syarikat telah mengeluarkan 21 jenis produk dengan citarasa pengguna
dalam negara [ceritakan tentang syarikat serba ringkas rujuk bahan penulisan diberikan]]

Perenggan 3
Ringkasan perkembangan syarikat ke luar negara dengan menghuraikan secara
umum negara-negara di mana syarikat beroperasi. Ceritakan apabila syarikat itu
beroperasi dalam sebuah negara dari segi:
1. Bila memulakan perniagaannya tahun................. dalam aktiviti pengeluaran/
perkhidmatan dalam industri ...................[barang pengguna]. Iaitu sebagai
pengeluar.............Sebutkan negara lain juga
2. Syarikat XYZ merupakan syarikat usahasama/francais dll dari negara luar [jepun]
paling awal ditubuhkan di negara ini
3. Semenjak itu syarikat telah memasarkan pelbagai produk [sebutkan bilangan
produk] dan menjadi pengeluar selama beberapa dekat [60 thn].
4. Produk ini dikenali dan digunakan oleh semua penduduk Malaysia /atau
sebaliknya.

5. Pencapaian syarikat XYZ - penukaran syarikat dari XYZ (Malayisa) berhad pada 1960,
Penubuhan XYZ (Malaysia) CO. Ltd {1970], penukaran nama korporat kepada XYZ
(MALAYSIA SDN BHD] 1980, penukaran kepada syarikat awam 1990

6. Anugerah diperolehi contoh sijil HALAL [1968]. persijilan HACCP 2005, persijilan 1SO 14000,
persijilan OHSAS 18001.

7. Pelancaran jenis produknya AKI[Proten sayuran cair] 1971,perasa ube(1982 dlll

8. Ulang tahun ke 50 dan bilangan kilangnya ada berapa?

9. Misi dan visi/polisi

10. Sumbagan kepada ekonomi sesebuah negara-pendapatan /gunatenaga/industri
hiliran/tanggungjawab sosial dll[menganalisis

-ambil satu contoh sijil/anugerah yang diperolehinya sebagai lampiran [2]

Perenggan 4

Huraian berkaitan konsep-konsep strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa
1. Import 2.Eksport 3.Usahasama 4.Subsidiari 5.Kontrak pengeluaran

6.Pelesenan 7.Francais 8.Operasi serah kunci

Menjelaskan semua strategi bagaimana berlakunya kemasukan sesuatu produk atau perkhimatan ke dalam sesebuah
negara. Jelaskan kesemua bentuk kemasukan tersebut

Berdasarkan kajian sesebuah syarikat yang ingin mengembangkan produk atau perkhidmatan keluar negara boleh
dilakukan melalui 8 strategi yang boleh digunakan.Di negara yang maju agak sukar bagi sesebuah negara atau syarikat
asing untuk membuka cawangannya di negara tersebut. Justeru itu aktiviti eksport dan import dalam bentuk
barangan/perkhidmatan/komoditi lebih mudah untuk dijual di negara tersebut. Contoh syarikat dari negara membangun
agak sukar untuk mengembangkan produk di negara maju sepert Amerika Syarikat kerana terdapat pelbagai halangan
perdagangan yang lebih ketat. Ini berbeza pula bagi syarikat yang berasal negara maju/negara maju didapati mereka
lebih mudah untuk mengembangkan perniagaannya dengan cara usahasama,pemberian kontrak pengeluaran, perlesenan,
operasi serah kunci dan subsidiari. Didapati strategi memasuki perniagaan dalam bentuk francais adalah yang paling
popular digunakan oleh syarikat Multinasional untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara asing terutamanya ke
negara Malaysia sendiri........[sebaiknya huraian tidak terlalu naratif dan masukkan 8 strategi tersebut semasa membuat
huraian]

PERENGGAN 5 : Cabaran PAB

Syarikat yang berperasi di luar negara /negara ini
akan menghadpi tidak kurang lima cabaranya yang
bakal dan sedang dihadapi oleh syarikat XYZ.

PERENGGAN 6:LINI PRODUK

Dalam konteks ini, lini produk adalah merujuk sebarisan produk lebih kurang sama jenisnya
atau berkaitan antara satu sama lain yang dijual oleh syarikat XYZ ini.

Menurut Philip Kotler, barisan produk boleh ditakrifkan sebagai "sekumpulan produk yang
berkait rapat kerana ia berfungsi dengan cara yang sama, dan dijual kepada kumpulan
pelanggan yang sama, dipasarkan melalui jenis kedai yang sama, dan berada dalam julat harga
yang telah ditentukan.”

Syarikat XYZ yang terlibat dalam industri.......................... yang beroperasi lebih 50 tahun
ini terlibat dalam menawarkan produk dalam pelbagai kegunaan pengguna di seluruh
dunia.Didapati syarikat menawarkan tidak kurang............... [22 jenis] produk untuk kegunaan
penggunaa melibatkan semua peringkat umur dan masyarakat.Pecahan produk dikeluarkan
untuk kanak-kanak [25%]remaja [305} dewasa [25%] dan tua [20%]--buat anggaran umum
sahaja:

PERENGGAN 7: KITARAN HAYAT RODUK

Kitaran hayat produk merujuk kepada peringkat
yang perlu dilalui oleh sesuatu produk baharu dari
peringkat permulaan hingga ke peringkat akhir .Produk
dihasilkan akan melalui sejarah jualan produk yang
meliputi empat peringkat iaitu peringkat pengenalan,
pertumbuhan, kematangan dan penurunan

-Jelaskan 4 peringkat tersebut secara ringkas

4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat , kajian bermaksud proses
mengkaji tentang sesuatu isu atau perkara berdasarkan data,maklumat dan sebagainya secara
terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu.Terdapat dua kaedah kajian yang
boleh dijalankan iaitu kaedah primer dan sekunder.

Kaedah primer merupakan sumber kajian yang pertama atau daripada sumber yang
pertama.Menurut Rohana Yusof (2004), sumber primer bermaksud sumber asli atau pertama
dan juga data asal yang dikumpul secara khusus untuk menjawab persoalan kajian.Sumber-
sumber maklumat selalunya dikumpul melalui eksperimen atau kajian lapangan, contohnya
soal selidik, pemerhatian dan temu bual.

Kaedah sekunder merupakan sumber kajian yang kedua atau daripada sumber yang tidak
utama. Sumber sekunder diperoleh daripada beberapa kaedah seperti berita, laporan, internet,
televisyen dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis sumber sekunder antaranya ialah sekunder
bercetak dan media elektronik.

Pengkaji memilih dan menggunakan kaedah sekunder untuk menjalankan kajian
bagi syarikat XYZ dari aspek strategi memasuki perniagaan antarabangsa, cabaran
yang dihadapinya seterusnya mengkaji lini produk dan akhir sekali mengkaji satu
kitaran hayat produk syarikat tersebut. Saya memilih kaedah sekunder atas
beberapa sebab :

(1) menjimatkan masa dan kos kajian kerana pengkaji tidak perlu melawat ke
lokasi kajian iaitu XYZ yang terletak ...................untuk mendapatkan maklumat.

(11) Selain itu, sumber sekunder juga memudahkan urusan kajian kerana maklumat
lebih banyak diperolehi melalui internet dan media sosial berbanding kaedah primer
yang memerlukan banyak perkara untuk memperoleh maklumat kajian.

(111) Malah, pengkaji juga boleh mendapatkan ................................

4.1 Sumber Sekunder Bercetak

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,sekunder bercetak membawa maksud yang kedua,tidak utama,yang
terbit daripada sesuatu yang asas dalam bentuk yang telah dicetak.Antara kebaikan sumber bercetak ialah
maklumat, data, informasi yang terdapat di dalamnya boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang., Selain
itu,sumber sekunder juga adalah tidak bersifat abstrak kerana melibatkan sumber dan pengkaji secara
langsung.Kebaikan sumber sekunder bercetak juga mudah didapati dan lebih cepat.

a) Surat Khabar

Pengkaji juga telah mendapatkan sumber maklumat daripada artikel surat khabar yang berkaitan dengan
strategi dan cabaran perniaagaan syariat XYZ. Di samping yang berkaitan dengan lini produknya. Contohnya,
akhbar utusan Berita Harian pada 17 Jun 2018 yang dikarang oleh Alzahrin Alian di ruangan laman perniagaan
berkenaan cabaran perniagaan produk syarikat XYZ.

b) Buku Rujukan

Pengkaji juga telah membuat rujukan berkenaan kajian yang dijalankan daripada buku Modul Terapi Minda,
Edisi kemas kini ke-6, 2018,semester 1 melalui pembacaan semula buku rujukan/buku lain.

c) Jurnal

Pengkaji juga mendapatkan sumber kajian daripada jurnal yang ditulis oleh siswa Universiti Kebangsaan
Malaysia dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengenai pengurusan perniagaan di bawah topik
Kejayaan syarikat XYZ berhad..

d)Kamus

Pengkaji mendapatkan definsi beberapa perkataan yang berkaitan tentang kajian daripada Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,2010 sebagai bahan kajian yang dijalankan.Sumber
daripada kamus tersebut adalah sahih kerana diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.2 Sumber Sekunder Media Elektronik

Media elektronik ialah alat atau saluran komunikasi yang menggunakan alat-alat elektronik
moden untuk menyampaikan sesuatu sama ada dalam bentuk grafik,visual atau video.

a)Bahan Internet

Pengkaji telah melayari laman rasmi syarikat XYZ Berhad www.xyz.com.my.Selain
itu,pengkaji juga telah melayari media sosial rasmi Syarikat XYZBhd di
www.facebook.com.my/xyz Facebook.

b) Iklan

Pengkaji mendapati Syarikat XYZ Bhd banyak mempromosikan produknya melalui beberapa
ruangan iklan seperti stesyen televisyen,stesyen radio dan juga iklan di pasaraya.

4.1.2 Jadual anggaran peratusan yang digunakan oleh pengkaji melalui media bercetak

Bil Media Bercetak Peratusan (%)

1 Buku Rujukan 50
2 Kamus 30
3 Surat Khabar 10
4 Jurnal 10

Carta 1: Carta Anggaran Peratusan Media Bercetak

Berdasarkan Carta 1 tersebut, terdapat empat kaedah kajian yang
digunakan oleh pengkaji iaitu surat khabar, buku rujukan, jurnal dan
kamus. Jumlah peratusan yang tertinggi ialah buku rujukan iaitu
sebanyak 50%. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang
dilakukan berdasarkan buku rujukan melalui media bercetak adalah
lebih banyak input dan lebih membantu pengkaji untuk menjalankan
kajian berbanding kaedah yang lain. Seterusnya, jumlah peratusan
kedua tertinggi ialah penggunaan kamus dan bagi jumlah peratusan
jurnal dan surat khabar masing-masing adalah sama iaitu 10%.

4.2.2 Jadual anggaran peratusan yang digunakan oleh pengkaji melalui media elektronik

bil Media Elektronik Peratus (%)

1 Bahan Internet 60

2 Iklan 40

Carta 2: Carta Anggaran Penggunaan Media Elektronik
Berdasarkan carta 2 tersebut,pengkaji hanya menggunakan dua keadah kajian melalui sumber media

elektronik iaitu bahan internet dan iklan.Jumlah peratusan bagi bahan internet adalah 60% manakala iklan adalah
40%.Terdapat perbezaan sebanyak 20%.Hal ini demikian berlaku kerana kaedah yang dilakukan melalui bahan
internet adalah lebih mudah kerana tiada had masa,maklumat yang diperlukan tiada had dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version