The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-10 09:34:27

10.3 Ciri-ciri Keusahawanan

10.3 Ciri-ciri Keusahawanan

10.3 Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Sifat-sifat Peribadi Usahawan Berjaya
(i)Inisiatif yang tinggi
• kecenderungan untuk mengenal pasti dan menganalisis situasi seterusnya

mengambil tindakan secara proaktif
• mencari peluang yang wujud dan menerokai bidang perniagaan
(ii)Berani mengambil risiko
• Usahawan berani mengambil risiko dalam setiap tindakan untuk

memajukan perniagaan
• menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan
(iii)Kreatif
• Usahawan perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk

menghasilkan barang baharu
• melihat persekitaran dari pelbagai aspek untuk melahirkan kreativiti yang

tinggi

(iv)Inovatif
• berusaha idea-idea baharu dan membawa pembaharuan yang memberi

keuntungan
• melakukan pelbagai inovasi dalam keluaran yang dihasilkan dapat

meningkatkan taraf hidup masyarakat
(v)Keyakinan diri yang tinggi
• mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan pada masa

hadapan
• lazimnya dapat mengatasi halangan yang mendatang secara optimistik dan

berani merebut peluang dan mencapai wawasan
(vi)Bijak mengambil peluang
• mengenal pasti ruang penambahbaikan daripada kekurangan produk yang

sedia ada
• sentiasa memikirkan pencapaian matlamat

(vii)Lokus kawalan
• kepercayaan seseorang usahawan terhadap kemampuannya, menggunakan

prinsip kawalan dalaman diri yang tinggi, mampu mengatasi sebarang
pengaruh luaran dalam meneroka dan mempunyai keinginan yang lebih
tinggi
(viii)Berwawasan
• berpandangan jauh ke hadapan / sentiasa maju ke hadapan, mempunyai
matlamat masa hadapan yang jelas dan optimistik untuk dicapai, membuat
penambahbaikan
(ix)Dorongan ke arah kejayaan
• mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju ke hadapan
• projek ditentukan, usahawan akan menyiapkan projek bagi mencapai
matlamat

(x)Sanggup berkorban
• menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi dari aspek masa, wang,

tenaga
(xi)Berorientasikan masa hadapan
• menjangka perubahan masa hadapan dan membuat unjuran yang tepat
• pengembangan empayar perniagaan merupakan hasil daripada sifat yang

berorientasikan masa hadapan
(xii)Sifat kepimpinan
• harus selari dengan matlamat dan visi perniagaan
• boleh digunakan seperti kepimpinan karismatik, berwawasan, transactional

dan transformasi
• akan mempengaruhi pekerja untuk mencapai matlamat secara bersama

(xiii)Berkeinginan untuk pencapaian
• melakukan tugasnya berdasarkan matlamat
• keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat dan memberikan kepuasan

kepada diri sendiri
• yakin bahawa kejayaan akan diperoleh jika bekerja keras
(xiv)Rajin dan sanggup bekerja kuat
• sentiasa bersedia untuk bekerja keras dan mengorbankan masa dan tenaga
• berani dan berusaha mengatasi masalah, cabaran dan persaingan
(xv)Bertanggungjawab
• bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang diambil, keputusan yang

dibuat dan memastikan perniagaan berjaya
• sentiasa bersedia bertanggungjawab atas setiap keputusan yang diambil

walaupun salah

Ciri-Ciri Orang yang Efektif berdasarkan Tujuh Tabii Orang Berjaya –
Stephen Covey

i) Bersikap proaktif
• Seseorang individu yang proaktif ialah individu yang berinisiatif tinggi dan

bertanggungjawab terhadap kehidupannya.
• Individu ini akan bertindak tanpa menunggu arahan daripada ketua untuk

memulakan sesuatu kerja.
• Individu akan mengambil peluang terhadap perubahan persekitaran yang

berlaku dengan cepat dan pantas.
ii) Berorientasikan matlamat
• Seseorang individu yang efektif akan menentukan matlamat terlebih

dahulu dalam segala tindakan yang dirancang.
• Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah ke arah pencapaian matlamat

yang ditetapkan dan dimaklumkan kepada semua yang terlibat.

iii) Lakukan perkara yang utama dahulu
• Seseorang individu yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut

keutamaan iaitu melakukan perkara yang penting dahulu.
• Individu itu akan menyempurnakan kerja atau tugas yang penting dengan

segera mengikut jadual masa yang ditetapkan.

iv) Berfikiran menang-menang
• Seseorang individu yang efektif akan membuat sesuatu keputusan yang

boleh memberi kebaikan atau manfaat kepada semua pihak.
• Sebarang perundingan atau perjanjian harus dibuat dengan niat untuk

mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dan mewujudkan
penyelesaian yang positif, adil dan tidak berat sebelah.

v) Cuba memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami
• Individu yang efektif akan cuba untuk memahami sesuatu isu.
• Seseorang individu itu mestilah mendengar dengan baik, merasai masalah

orang lain serta bertimbang rasa, mampu berkomunikasi dengan efektif,
mampu membuatkan orang lain faham, berempati dan sentiasa berfikiran
positif.

vi) Bersinergi
• Individu yang efektif akan merebut segala peluang yang wujud di dalam

dan luar organisasi.
• Seseorang individu juga menghargai perbezaan pendapat, idea, kebolehan

dan pengalaman orang lain.

vii) Tajamkan gergaji
• Individu yang efektif akan sentiasa bersedia meningkatkan

kemahiran kendiri dan melakukan pembaharuan pada diri
sendiri.
• Sentiasa berusaha memperbaharui dan mempertingkatkan
keupayaan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Faktor Kejayaan Seimbang
(i)Jasmani
• aspek fizikal iaitu jasad/tubuh badan.
• mesti melakukan senaman, menjaga pemakanan seimbang dan

mengamalkan gaya hidup sihat supaya sentiasa sihat
• masalah kesihatan akan menganggu prestasi kerja
• keadaan jasmani / fizikal yang baik dapat memberikan prestasi kerja yang

cemerlang
(ii)Emosi
• aspek psikologi individu iaitu aspek dalaman yang melibatkan perasaan

seseorang individu, cara interaksi dan rasa empati. Emosi stabil dapat
meningkatkan prestasi kerja
• menstabil emosi mengikut kaunseling dan program pengurusan stres
• gembira, sabar, tenang, yakin, berfikiran positif, tidak tertekan

(iii)Rohani
• aspek dalaman yang meilbatkan jiwa, kepercayaan, pegangan.
• berpegang kuat pada agama, akan terhalang daripada

melakukan perkara negatif, seperti rasuah, penyelewengan,
menipu, mencuri
• dapat menyemai nilai murni dan sifat terpuji
• dapat dibangunkan melalui meditasi, mendapat nasihat pakar
motivasi, menghayati keindahan alam, kaunseling, pengajian
agama, melakukan ibadah

(iv)Intelek
• perkara yang berkaitan dengan minda / mental
• melibatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman yang

dimiliki
• kemahiran teknikal amat penting untuk melakukan kerja yang

baik
• membantu memahami masalah dan keperluan kerja kakitangan

bawahan, memahami keperluan pengeluaran produk dan
merancang strategi organisasi
• memperbanyakkan pembacaan bahan ilmiah, menghadiri
kursus, seminar


Click to View FlipBook Version