The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-16 21:27:53

Panduan penulisan Tajuk dan Pengenalan

Tajuk dan 1.0 PENGENALAN

MENULIS TAJUK KERJA KURSUS

Kata Kunci soalan mesti ada 4 item tersebut:
Mengkaji tentang (1)ciri, , (2)cara memulakan pernigaan (3) peranan fungsi pengurusan
dan (4) cabaran

-Tajuk boleh disediakan dalam dua contoh berikut:

1.Menulis tajuk secara umum tanpa mengabungkan nama usahawan dan
perniagaan/produk/perkhidmatan yang diusahakan.Nama usahwan dan perniagaan sebagai
contoh kes kajian.
Contoh Tajuk:1
MENGKAJI CIRI,CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN,PERANAN USAHAWAN DALAM
MELAKSANAKAN FUNGSI PENGURUSAN SERTA CABARAN YANG DIHADAPINYA DALAM
MENGEMBANGKAN PERNIAGAANNYA.
( KAJIAN KES: EN AHMAD SEBAGAI / SELAKU PEMILIK KILANG KEREPEK DI TANJUNG KARANG]
Nama/jenis perniagaan/tempat

2.Menulis tajuk dengan memasukkan/menggabungkan nama usahawan dan jenis perniagaan
bersama sekali dengan tajuk kajian
Contoh 1:
MENGKAJI TENTANG CIRI,KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN,PERANAN DALAM FUNGSI
PENGURUSAN DAN CABARAN YANG PERLU DITEMPUHI OLEH ENCIK AHMAD SELAKU PEMILIK
PERNIAGAAN KEREPEK DI TANJUNG KARANG

Contoh:2
MENGKAJI CIRI USAHAWAN IAITU ENCIK AHMAD DALAM MENJALANKAN
PERNIAGAAN DAN PERANANNYA DALAM MELAKSANAKAN FUNGSI PENGURUSAN
BERSERTA CABARAN DIHADAPINYA DALAM MEMAJUKAN KILANG KEREPEK DI
TANJUNG KARANG.

Kata Kunci soalan mesti ada 4 item tersebut:
Mengkaji tentang ciri, , cara memulakan pernigaan ,peranan fungsi pengurusan dan
cabaran

1.0 PENGENALAN – 1 muka surat

Penerangan tentang apa yang dikaji.

 Apa takrifan/maksud/definisi usahawan [tengok buku rujukkan]
 Apa tajuk kajian
 Kenapa pilih usahawan tersebut untuk dikaji
 Penerangan ringkas tentang empat aspek yang hendak diteliti:

ciri-ciri usahawan, memula dan menjalankan perniagaan, peranan usahawan dalam melaksanakan
fungsi pengurusan dalam organisasi dan cabaran dalam perniagaan.

CONTOH .PENGENALAN

Perenggan 1/kaitkan dengan tajuk umum/intro

Dalam Kerja kursus semester 3 tahun ini saya dikehendaki menyiapkan tugasan berhubung tentang
seorang usahawan tempatan yang melibatkan diri secara lansung dalam bidang perniagaanya,

Perenggan dua definisi usahawan

Dalam konteks ini, usahawan merupakan individu yang sanggup mengambil inisiatif dalam
memulakan pernigaan atau usaha teroka baharu.Malahan ianya sanggup mengambil risiko dalam
mengurusakan sumber modal yang dimilikinya dalam menghasilkan produk yang bersifat kreatif dan
inovatif agar mampu bersaing di pasaran

Perenggan 3 kaitkan dengan tajuk kajian [secara ringkas]

Sehubungan dengan itu saya akan menyiapkan kerja kursus tentang seorang usahawan yang telah
saya pilih dari segi ciri-ciri istimewa beliau yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk berjaya
dalam bidang keusahawanan.Kajian saya juga melibatkan aspek usaha beliau pada peringkat awal
penglibatanya dalam dunia perniagaan, seterusnya kemampuannya dalam menguruskan cabaran
yang dihadapi sepanjang penglibatannya dalam dunia perniagaan dengan menerapkan fungsi
pengurusannya dengan cekap dan berkesan dalam memajukan perniagaanya.

Perenggan 4 Kaitkan kenapa saya memilih usahawan tersebut

1.Mempunyai wawasan -jangka panjang

2.Sifat peribadinya-pemurah

3.Tanggung jawab sosial beliau

4.Sumber rujukkan untuk program usahawan muda di Daerah Kuala selangor dll


Click to View FlipBook Version