The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ponggalfiesta2018, 2023-01-01 08:43:30

Huraikan konsep moral, nilai etika dan intergriti dalam konsep kehidupan

Pendidikan Moral

Keywords: Albert Jason

E-FOLIO
Program: Sijil Kulinari

MPU 13022
PENDIDIKAN MORAL

Disediakan oleh:
ALBERT JASON A/L SAVERIAR

(J13SKU21F502)
Disemakan oleh:
(ENCIK FAIZAL BIN NIN)

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpan kurniaNya akhirnya dapat juga
kami menyiapkan tugasan yang telah kami usahakan selama ini. Tugasan ini
merupakan sebahagian daripada kerja khursus subjek Pendidikan Moral.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada yang telah banyak membantu kami
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali terima kasih kepada Encik
Faizal Bin Nin kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan juga buat kepada Encik Faizal Bin Nin kerana telah
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu,
saya juga sangat memnghargai jasa Encik kerana telah memberikan bimbingan dan
nasihat yang amat berguna bagi membantu kami menyiapkan tugasan ini dari masa
ke semasa. Jasa beliau juga akan kami kenang hingga ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada kami sepanjang tugasan disiapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami
bantuan dari segi kewangan.

Akhirnya sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan.

Pengenalan

Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan
tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting sekali,
tanggungjawab terhadap agama. Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-
kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat
kelak.

Kita juga haruslah menjadi makhluk yang bermoral. Akan tetapi manusia juga
seorang peribadi, dan sebagai makhluk peribadi manusia mempunyai pendapat
sendiri. Kita juga hendaklah, mengisi kehidupannya memperoleh makna, maka atas
diri manusia perlu diberi tanggungjawab.

Di samping itu, kita haruslah mengerti dan menyedari posisi kita untuk
sentiasa belajar dan mengerjakan segala pekerjaan rumah dengan penuh dedikasi,
kerana hal-hal seperti itulah yang akan mempengaruhi kita sendiri pada akhirnya.
Hal-hal tersebut tidak ada kaitannya sama sekali dengan orang lain dan
juga menentukan jalan hidup kita pada masa depan kita sendiri dan juga keluarga.
Kita juga haruslah, sentiasa bersyukur dan juga sentiasa sabar dan bertolak ansur.

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk memikul
dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada
dirinya sendiri terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segi aspek
lahiriah, seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah
ilmu, kesihatan diri dan maruah diri.

Manakala, dari segi aspek batiniah pula, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapat
memberikan ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangat
cintakan negara.

Hubungan Dengan Tuhan

Manusia sebagai ciptaan unik dan hamba Tuhan, haruslah memastikan diri sendiri melakukan
segala perkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala perkara yang terlarang.
Tuhan bukan sahaja menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi ini, namun Dia
menciptakan manusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Dia kerana Dia adalah
Sang Pencipta. Oleh yang demikian, manusia perlulah sedar akan kedudukan dirinya sebagai
hamba Tuhan dan sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga hubungannya dengan Tuhan.

Terdapat beberapa cara yang diamalkan oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka dengan
Tuhan. Amalan pertama ialah bersyukur iaitu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang
diberikan Tuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud rasa terhutang budi dan jasa kepada
Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Sebagai
contoh, manusia menjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakan di atas
bumi ini.

Rajah di atas merupakan contoh-contoh setiap kaum menunaikan ibadah masing-masing kepada
Tuhan. Kita haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan dengan sentiasa beribadah
kepadaNya.

Amalan kedua ialah bertaubat iaitu sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang
lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat
dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan. Sebagai contoh,
seseorang yang bertaubat dan berubah kepada kebaikan sering membantu orang lain, membuat
khidmat masyarakat dan meringankan beban golongan miskin atau yang memerlukan pertolongan.
Amalan ketiga ialah reda iaitu bersikap reda terhadap musibah, dugaan atau bencana yang berlaku
pada diri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan berlapang dada dengan setiap
sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Manusia perlu memperbaiki diri dengan mendekatkan hati
kepada Tuhan. Sebagai contoh, apabila Tuhan menurunkan hujan sehingga mengakibatkan banjir,

maka manusia perlu memahami hakikat dan bermuhasabah diri bahawa musibah tersebut kadang
kala datangnya atas sebab kerakusan dan sikap manusia sendiri.

Melaksanakan Ibadah Minggu Untuk yang beragama Kristian dan penyembahan di kuil atau
tokong bagi yang beragama hindu dan Buddha merupakan contoh-contoh manusia merapatkan
hubungan dengan tuhan.

Maruah Diri

Setiap individu haruslah menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang
boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang memiliki jati diri dan
kehormatan diri merupakan manusia yang bermaruah. Maruah diri adalah sangat penting untuk
dijaga kerana dengan demikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat,
imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, masyarakat
yang sejahtera dan bersatu padu dapat dilahirkan.

Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang
sopan, pergaulan dan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan
memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian
yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri.

Amalan pergaulan yang baik dapat dilaksanakan dengan menjaga batas-batas pergaulan dalam
kehidupan seharian. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau
silaturahim dapat dikekalkan. Sebagai contoh, anak-anak muda perlu menghormati ibu bapa, jiran
tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah
faham antara satu sama lain.

Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam
setiap pertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang
sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.

Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan diri merupakan tanggungjawab setiap individu kerana kesihatan merupakan
faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan sesuatu aktivti atau tugasan, disamping
memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, agama menuntut untuk menjaga kebersihan
dan perlu dipratikkan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik.
Terdapat beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu dengan menjaga kebersihan diri,
menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Menjaga kebersihan diri
merujuk kepada menjaga kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri untuk
menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu perlu
mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari supaya badan sentiasa bersih, segar dan tidak
berbau serta mengelak daripada sebarang penyakit berjangkit.
Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat membantu individu mengekalkan kesihatan
tubuh badan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat memastikan badan mendapat nutrisi
yang mencukupi, seterusnya badan akan sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.
Akhir sekali, mendapat rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta
memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat
yang cukup dapat membantu kelancaran proses metabolisme badan. Justeru itu, kita dapat
menikmati gaya hidup yang sihat sekali gus melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri
dengan sempurna.

Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan
kita.

Ilmu

Ilmu merupakan kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan,
mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu dianggap
amat penting kerana ia dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan
peradaban manusia. Manusia bertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat
memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Apabila seseorang berilmu dia akan dipandang mulia dan dihormati kerana dapat membezakan
perkara yang baik dan buruk, bersikap rasional serta melakukan sesuatu kebaikan kepada
masyarakat. Maka, ilmu menjadi satu kepentingan dalam hidup manusia dan menjadi
tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kita mestilah rajin menuntut ilmu supaya kita sentiasa menjadi orang yang bermaklumat


Click to View FlipBook Version