The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Liasrani, 2022-12-11 00:07:24

PELAN LANTAI PAK-21

PELAN LANTAI PAK21

PORTFOLIO PELAN LANTAI BILIK

sENI VISUAL




PSVK2063R - PENGA
JIAN KURIKULUM

DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan
anak-anak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk
berkembang dan menjadi lebih aktif serta berupaya mengesan potensi
murid melalui dalam berkarya (Noriati, 2019). Pengurusan bilik seni
merupakan satu aspek utama dlam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Guru PSV hendaklah sentiasa
berusaha bersama-sama dalam aspek ini. Guru PSV hendaklah sentiasa
berusaha bersama-sama guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan
dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi
daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan
guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.


Selain hasil murid, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi
yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.Jadi guru perlulah mahir
untuk mengurus rutih harian bilik seni visual, mengurus murid supaya
melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk
murid dan peralatan, mengurus pergerakkan murid di dalam kelas,
menguruskan bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan serta mengawal disiplin murid
di dalam kelas supaya proses PdP dapat berjalan dalam suasana
selamat, kondusif dan lancar (Leong, 2009).


Contoh Susunan Meja PAK-21


Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

Contoh 4 Contoh 5


LAKARAN 1 LAKARAN 2 LAKARAN 3


LAKARAN 4 LAKARAN 5
LAKARAN PILIHAN


Canva: Digunakan untuk
You Tube: Digunakan untuk
Presentation: Digunakan

menghasilkan keseluruhan
mencari contoh pelan untuk menghasilkan plan


folio bilik PSV

Google: Digunakan untuk
Pinterest: Digunakan
Anyflip: Digunakan

mencari bahan seperti
untuk mencari gmbar. untuk menghasilkan

gambar rajah. folio secara maya.


LAKARAN 1


LAKARAN 2


LAKARAN 3


LAKARAN 4


LAKARAN 5
LAKARAN PILIHAN


Berikut merupakan hasil lakaran pelan bilik pendidikan seni visual yang

telah saya hasilkan berdasarkan konsep-konsep tertentu serta

menggunakan pengubahsuaian mengikut PAK-21. Bagi konsep

keseluruhan pelan ini ialah menggunakan konsep minimalis iaitu rigkas dan

tersusun serta tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Jika

dilihat pada pelan yang telah dihasilkan, ianya nampak tersusun dan

kurang penggunaan perabot malah lebih banyak kepada penggunaan

ruang yang lebih bebas untuk bergerak mengikut kesesuain keselamatan

yang telah ditetapkan dalam 'Standard Operating Prosedur' (SOP)

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002.


Ruangan meja murid terletak ditengah-tengah bilik seni.
Terdapat 2 buah meja besar bersama dengan 16 buah
kerusi. Ruangan ini merupakan tempat duduk murid-murid
ketika guru sedang mengajar. Ruangan ini juga digunakan
untuk murid-murid melakukan aktiviti menggambar.
Contohnya seperti melukis, mengecat, membuat kolaj,
catan, capan dan lain-lain.

Ruangan ICT ini merupakan ruangan yang
mempunyai kemudahan bagi murid untuk
mencari maklumat dan juga membuat
rujukan kerana ruangan ini meyediakan
Komputer/PC dengan rangkaian internet
untuk memudahkan murid membuat carian.


Almari di bahagian kiri dan kanan kelas adalah untuk menempatkan portfolio murid-
murid yang telah siap. Dengan adanya ruang ini, ianya dapat memberi semangat
kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Ruangan di
belakang pula para untuk meyimpan alatan dan BBM. Terdapat juga stor
penyimpanan barang di bahagian belakang. Sinki terletak di bahagian belakang
supaya percikan air tidak membasahi lantai bilik seni yang lain. Hal ini dapat
mengelakkan lantai licin untuk keselamatan murid-murid.

Dihadapan kelas mempunyai meja guru, pintu
masuk, papan putih, LCD dan papan kenyataan.
Ruangan ini biasanya ditampalkan maklumat
berkaitan info bilik darjah, carta organisasi kelas,
jadual waktu, jadual bertugas dan info semasa.
Guru yang berkehendak untuk menggunakan LCD
akan memancarkan LCD di papan putih.


Kesimpulannya, bilik pendidikan seni visual yang kondisif merupakan aspek yang
penting.
Hal ini dikatakan kerana keadaan bilik yang kondusif dapat menjana pemikiran dan
menaikkan semangat murid untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran
sekali gus akan mendorong mereka untuk menjana kreativiti. Guru matapelajaran
pendidikan seni visual memainkan peranan penting kerana bilik tersebut di bawah
tanggungjawabnya.

Bilik pendidikan seni visual mestilah disediakan bersesuaian dengan aktiviti
pendidikan seni visual yang merangkumi empat bidang serta mengambil kira aspek
fizikal murid sekolah rendah. Oleh itu sebagai penyelia bilik pendidikan seni visual,
guru pendidikan seni visual bukan sahaja harus mementingkan proses pengajarannya
malah keadaan bilik pendidikan seni visual yang kondusif juga harus di beri
perhatian. Sebagai guru pendidikan seni visual, pengetahuan tentang pengurusan
bilik amat penting agar objektif pembelajaran dapat dicapai.


Affiq Fadzil. (2020). 5 Konsep Terkini Untuk Pembinaan Sesuatu Ruang. Di akses pada 10 April 2020 di
https://wwwwallmaster.com.my/5-Konsep-Terkini-Untuk-
Pembinaan-Sesuatu-Ruang/

Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koster, J.B. (2016). Bringing Art into the Emenentary Classroom. Wadsworth Thomson Learning: United Kingdom

Lansing, K.M (2010). Art, Artists and Art Education. New York:McGraw Hill

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), "Murid dan Alam Belajar". Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

https://www.sistemguruonline.my/2018/01/susun-atur-meja-kelas-pak-21.html

https://fliphtml5.com/wdlzj/gdxm/basic

Pelan Lantai Bilik Seni - Membalik Buku Halaman 1-36 | AnyFlip

http://www.mykssr.com/2016/12/contohk21.html


Click to View FlipBook Version