The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfak10, 2022-08-15 05:04:59

BUKU PROGRAM HSK 2022/23

BUKU PROGRAM HSK FINAL

PPEERNUGTAURSAANH

Assalamu’alaikum WBT… Salam Sejahtera…

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, kerana dengan
limpah rahmat dan izinnya, maka kita dapat bertemu dan bermesra pada Hari Pendaftaran dan Hari Suai Kenal Pelajar Kolej
Komuniti Pekan bagi Sesi I 2022/2023

Saya serta warga Kolej Komuniti Pekan mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu, ibubapa
serta waris pelajar ke kolej yang terletak di Bandar Di Raja ini. Dengan penuh keikhlasan, saya juga ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana impian untuk melihat anak-anak melanjutkan
pengajian ke peringkat lebih tinggi telah tercapai dan terzahir pada hari yang cukup bersejarah ini.

Sebagai Pengarah Kolej, saya pasti tuan-tuan dan puan-puan semua tersenyum bangga dengan kejayaan yang
telah dikecapi oleh anak-anak kita. Tidak ada peristiwa yang paling teruja selain dapat menyaksikan darah daging sendiri
melangkah dengan penuh megah dan bangga mendaftar diri di institusi pengajian tinggi dan sekaligus bergelar
mahasiswa atau mahasiswi.

Dari sudut pembangunan Revolusi Industri 4.0, kita berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing
dalam arus gelombang globalisasi yang secara pantas mengubah cara dan gaya hidup. Ini telah dizahirkan melalui
penglibatan pelajar dalam mengharumkan nama kolej komuniti di peringkat kebangsaan dan persada dunia di dalam
pertandingan-pertandingan kemahiran.

Kolej Komuniti Pekan memberi fokus kepada pendidikan dan latihan asas dalam bidang kejuruteraan dan
hospitaliti. Objektif kualiti kolej ini ialah memastikan semua program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran
kerjaya. Kami sentiasa berusaha melahirkan graduan yang berketerampilan serta mempunyai daya saing yang tinggi dan

mempunyai nilai dalam pasaran modal insan dalam bidang masing-masing. Konsep
pembelajaran di kolej ini adalah berasaskan TVET (Technical and Vocational
Educational Training) - Latihan Pendidikan dan Vokasional iaitu berasaskan kepada
kemahiran 70% dan generik 30% yang disepadukan.
Bagi memastikan graduan yang dihasilkan oleh sistem kolej komuniti
mampu bersaing di pasaran modal insan; selain kemahiran teknikal dan
vokasional, graduan juga perlu mempunyai nilai-nilai kendiri, soft skill dan
insaniah yang cukup. Selain itu, aspek pembangunan sahsiah seperti
kemahiran, berkomunikasi, kebolehan bekerja secara berpasukan, etika,
integriti, keusahawanan, kreatif, inovatif dan nilai nilai murni perlu
dibangunkan dalam diri setiap pelajar.
Akhir kata, marilah kita semua sama-sama mendoakan
kejayaan para pelajar ini dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar.
Tanpa doa dan berkat ikhlas dari ibu bapa dan para pendidik, saya
percaya sukar buat pelajar untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan.

'

2






















Click to View FlipBook Version