The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAKRIF, JENIS, BENTUK, CIRI-CIRI, FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU & MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 768-3-farah, 2022-03-26 09:24:04

BMMB1104_TUGASAN 1

TAKRIF, JENIS, BENTUK, CIRI-CIRI, FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU & MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

BMMB1104
KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN

MELAYU

TUGASAN 1
NUR FARAH SYAHIRAH BINTI SAMSUL (F2E)

NAMA PENSYARAH : DR. ARFAH BINTI AHAMAD

TAKRIF
KESUSASTERAAN

KESUSASTERAAN BERDASARKAN BUKU BAHASA MELAYU 1 EDISI
MERUPAKAN SATU BENTUK KEDUA, SITI HAJAR ADA MENYATAKAN

CIPTAAN SENI YANG BAHAWA PERKATAAN-PERKATAAN SASTERA
DISAMPAIKAN MELALUI YANG DIHASILKAN INI TERBENTUK DARIPADA

BAHASA PERKATAAN SANSKRIT IAITU PERKATAAN
SUSASTERA MEMBAWA MAKSUD HURF ATAU
BUKU INDAH, MANAKALA MAKNA SASTERA
SECARA UMUM PULA DIDEFINISIKAN SEBAGAI

BAHASA YANG DIGUNAPAKAI DALAM
PENULISAN KITAB-KITAB

JENIS-JENIS
KESUSASTERAAN

MELAYU

PROSA MODEN PUISI MODEN

PROSA TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL

PROSA
TRADISIONAL

PROSA TRADISIONAL MERUPAKAN HASIL KARYA
SENI YANG DIGUNAKAN UNTUK DISAMPAIKAN
KEPADA ORANG RAMAI MELALUI BAHASA

SASTERA
RAKYAT
SASTERA LISAN MERUJUK KEPADA UNGKAP
DARI MULUT KE MULUT, KEBUDAYAAN YANG

DIHASILKAN DALAM MASYARAKAT (LISAN)
TRADISIONAL IAITU ISINYA SEJAJAR DENGAN

SASTERA TULISAN DALAM MASYARAKAT

MODEN CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT :

SASTERA INI DISEBARKAN DAN DIWARISI

SECARA LISAN

BERSIFAT TRADISIONAL DAN LAMA IAITU

TEMPOHNYA MELEBIHI DUA GENERASI

MEMPUNYAI VARIASI DALAM SASTERA DAN

BERSIFAT ANONIMI IAITU PENGGUNAAN

NAMA SAMARAN ATAU YANG TIADA KAITAN

DENGAN NAMA PENCIPTA

TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI SASTERA
IAITU NARATIF DAN BUKAN NARATIF RAKYAT
CONTOH SASTERA NARATIF IALAH (LISAN)
MITOS, LEGENDA DAN CERITA RAKYAT
MANAKALA BUKAN NARATIF IALAH

PUISI RAKYAT MITOS - CERITA YANG DIANGGAP BENAR-BENAR

BERLAKU TETAPI DIANGGAP SUCI ATAU PERISTIWA

ANEH SEPERTI KISAH TASIK CINI

LEGENDA - CERITA YANG DIPERCAYAI BERLAKU

TETAPI DIANGGAP TIDAK SUCI SEPERTI PERIGI

HANG TUAH

CERITA RAKYAT - BERBENTUK PROSA DAN TIDAK

DIANGGAP BENAR-BENAR BERLAKU IAITU CERITA

YANG BERSUMBERKAN HIBURAN, MENEGAKKAN

KEBENARAN DAN MEMPUNYAI MORAL ATAU

SINDIRAN SEPERTI CERITA BINATANG

SASTERA SASTERA HIKAYAT SASTERA UNDANG-
ISTANA TERBAHAGI KEPADA UNDANG DIGUNAKAN

TIGA JENISIAITU SEBAGAI BAHAN
HIKAYAT GUL KAJIAN DALAM SISTEM

BAKAWALI, HIKAYAT PEMERINTAHAN,
SERI RAMA, DAN SISTEM PENTADBIRAN
HIKAYAT RAJA
PASAI DAN SUSUN LAPIS
MASYARAKAT LAMA

SASTERA EPIK ATAU MERPPUSEEJANRUSGCKTIEENKMRTEBAAPAAAPRNDAAANDAJAKNINI,SAH
DIKENALI SEBAGAI DIWKCEACPONTEEANANPLTKDEIOAUSRHWTEA:ABANHMANGIGAKAPAAAUNIYKT.PAIAHATNNJI
SASTERA PAHLAWAN

DANBERSIFAT
SEJAGAT.

MEMENTINGKAN CIRI-
CIRI KEPAHLAWANAN
DAN KEPERWIRAAN

YANG UNGGUL

SASTERA SASTERA AGAMA
ISTANA MEMFOKUS KEPADA

CERITA YANG
MEMPERLIHATKAN
KEHEBATAN NABI
MUHAMMAD SAW DALAM
USAHANYA UNTUK
MENYEBARKAN AGAMA
ISLAM KE SERATA DUNIA
SEPERTI DALAM HIKAYAT
BULAN BERBELAH

SASTERA
KEWARGANEGARAAN
PULA SEPERTI KITAB
NASIHAT SEGALA RAJA-

RAJA
KITAB INI DIGUNAKAN
OLEH AL-SULTAN ZAINAL

ABIDIN III UNTUK
DIJADIKAN PANDUAN
DALAM PEMERINTAHAN

BAGINDA

PROSA MODEN

KARYA SASTERA YANG DIHASILKAN SELEPAS
TAHUN 1800 MASIHI DIKATEGORIKAN SEBAGAI
SASTERA MODEN (ANNAS, 1988)

PROSA MODEN

CERPEN DRAMA NOVEL

NOVEL BERCORAK
KEMASYARAKATAN
NOVEL BERCORAK
SEMANGAT KEBANGSAN

PROSA CERPEN MERUPAKAN ALAT
MODEN YANG MENGGAMBARKAN
-CERPEN- SIKAP, PERASAAN,
PANDANGAN DAN FIKIRAN
CERPEN MERUPAKAN PENGARANG SERTA
GABUNGAN DUA MEMBERIKAN GAMBARAN
PERKATAAN IAITU TENTANG SESUATU ZAMAN
CERITA DAN PENDEK

PROSA NOVEL MERUPAKAN PROSA
MEODEN REKAAN YANG PANJANG IAITU DI
-NOVEL- DALAMNYA DIISI SEBAHAGIAN
DARIPADA SEBUAH KEHIDUPAN


NOVEL YANG BERCORAK KEMASYARAKATAN
ZAMAN KEGEMILANGAN BOLEH DILIHAT NOVEL YANG DIHASILKAN OELH
NOVEL MELAYU ADALAH PADA HARUN AMINURRASHID SEPERTI NOVEL MINAH
JOGET MODEN (1949)
SEKITAR TAHUN 1960-AN NOVEL TERSEBUT MEMAPARKAN SIKAP NEGATIF
MASYARAKAT TERHADAP PARA PENARI JOGET

NOVEL BERCORAK SEMANGAT KEBANGSAAN
PULA LAHIR PADA TAHUN 1940-AN SEPERTI NOVEL
PAHLAWAN RIMBA MALAYA (1946)
NOVEL INI MEMPERSOALKAN TENTANG SEMANGAT
KEBANGSAAN PEJUANG GERILA MELAYU KETIKA
MENENTANG PENJAJAHAN JEPUN

PROSA MODEN -DRAMA-

DRAMA MERUPAKAN UNSUR YANG PEMENTASAN JUGA
ANTARA BENTUK MENDUKUNG PENTING DALAM
KARYA SASTERA SESUATU DRAMA SESUATU
YANG DIGUNAKAN ITU IALAH SKRIP
DRAMA YANG TELAH PEMENTASAN DRAMA
OLEH PENULIS UNTUK DIHASILKAN ITU. SELAIN ITU,
MENYAMPAIKAN SEBAGAI PANDUAN UNSUR SEPERTI
MESEJ MELALUI KEPADA PENGARAH CAHAYA, BUNYI,
LAKONAN SERTA
DIALOG PAKAIAN, TATARIAS
JUGA AMAT

DITITIKBERATKAN

PUISI
TRADISONAL

MERUPAKAN GENRE SASTERA YANG PALING
AWAL BAGI SEMUA BANGSA DI DUNIA

PANTUN

Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua
dan berasal daripada kepunyaan masyarakat
melayu.

Menurut za'abaa (1978), masyarakat melayu sudah
pandai dan mahir berpantun daripada ketika mereka

tidak tahu menulis surat-menyurat lagi
Penciptaan pantun kebiasaannya dalam dua
rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan
rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait.
Selain itu, dalam pantun juga mestilah mempunyai

pembayang dan maksudnya

GURINDAM

Gurindam merupakan satu bentuk puisi melayu
tradisional seperti yang sekarang iaitu gurindam dua

belas yang telah dikarang oleh raja ali haji pada
tahun 1846.

Gurindam berbentuk terikat atau terdiri daripada dua
baris serangkap yang mengandungi tiga hingga

enam patah perkataan dengan skima rima akhirnya
'a', 'a'. Manakala suku kata gurindam dalam sebaris

antara 8 hingga 12 suku kata

SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi yang berlagu yang dikatakan
berasal dari Parsi dan telah disebarkan ke Nusantara bersama-

sama dengan kedatangan Islam di alam Melayu
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris
serangkap dengan rima akhir 'a', 'a', 'a', 'a'. Bagi setiap baris
pula mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan suku kata
antara 8 hingga 12 sebaris. Seterusnya, disetiap baris terdapat

hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap
yang berurutan untuk memberikan idea yang lengkap.
Syair juga merupakan suatu susunan pernyataan yang

berlarutan seperti cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-
pujian

SELOKA

Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu 'shloka'
yang membawa maksud berseloroh, berjenaka, atau
menyindir.

Seloka merujuk kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan
yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan,
ejekan serta sindiran

Isi dan mesej dalam seloka pula sarat dengan sindiran yang
berguna kepada masyarakat atau pembaca sebagai
pengajaran dan teladan untuk mereka.

Sebahagian besar seloka ditulis dalam bentuk terikat iaitu
empat baris serangkap seperti pantun seloka. Namun

terdapat juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebasiaitu
setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti Seloka

Pak Kaduk

PUISI MODEN

PUISI MODEN -SAJAK-

Sajak meru
pakan satu- Mementingkan Sajak tidak terikat pada
kepentingan peraturan seperti pemilihan
satunya genre puisi keberkesanan
moden kata atau diksi,
pengucapan perasaan pembentukan rangkap,
Sajak ialah puisi moden melalui pemilihan dan baris, serta pematuhan
bebas yang terikat pada pemakaian kata-kata skima rima akhir seperti
puisi tradisional. Selain itu,
sesuatu pola khusus yang saling sajak mempunyai nama
walaupun ada kalanya bergantungan menurut penulis sebagai pengakuan
memerikan ciri matra, hak ke atas sesebuah karya
erti dan irama
rima dan rentak

FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

ALAT PENDIDIKAN

Membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia untuk menghayati unsur dan nilai
murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan,
kewarganegaraan serta mewujudkan perasaan cinta akan negara bagi mencapai
wawasan kebudayaan kebangsaan
Dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang mengkaji keindahan karya sastera
serta menguasai kemahiran bahasa Melayu.
Dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia yang bertepatan dengan konsep
membina 'modal insan' yang bakal menjadi pewaris negara
Ini kerana generasi kita perlu dipupuk dengan sebaik mungkin kerana merekalah yang
akan menentukan masa depan negara kelak.
Hal ini juga bagi mengelakkan lahirnya pemimpin negara yang tidak berwibawa dan
bertanggungjawab

INSTRUMEN PERPADUAN

Bagi menanamkan sikap kesatuan dan perpaduan dalam
masyarakat
Dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat
Malaysia
Hal ini bagi membina sebuah negara yang bangsanya hidup bersatu
padu
Generasi kini akan lebih memahami dan menghayati semangat
perpaduan dan menyemai perpaduan kaum bagi memastikan
keharmonian dan kesejahteraan negara terpelihara

ALAT KAWALAN SOSIAL

Masyarakat didedahkan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
melalui karya-karya sastera seperti cerita rakyat yang menceritakan atau
memberikan nasihat serta pengajaran kepada para pembaca
Hal ini dapat membentuk jati diri dan sahsiah diri ke arah yang lebih baik
apabila kita didedahkan dengan cerita-cerita yang terjadi dalam kehidupan
seharian kita sebagai manusia
Misalnya, cerita Si Tanggang yang tidak mendengar pesanan yang diberikan
oleh ibu mereka sehinggakan dia menerima malapetaka akibat daripada
sikapnya itu. Jadi, disini kita dapat pelajari bahawa sebagai seorang anak, kita
perlulah taat akan perintah dan arahan ibu bapa kita

MANIFESTASI
AKAL BUDI

PANTUN NASIHAT

Payah kami menabur padi,
Nanas juga ditanam orang;

Payah kami manbur budi,
Emas juga dipandang orang.

ASPEK PEMIKIRAN

Dari aspek pemikiran yang dapat dilihat dalam pantun ini ialah melalui pemilihan
diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan padi dan nanas. Kita dapat lihat
bahawa nanas yang baunya harum ketika masak dibandingkan dengan emas yang
berharga nilainya. Perbandingan ini semestinya memihak kepada emas kerana
masyarakat akan lebih tertarik dengan barangan yang lebih berharga untuk mereka
miliki. Hal ini berbeza dengan padi yang dikaitkan dengan sifat orang yang berbudi
iaitu orang yang tidak riak menunjukkan kemewahan atau kehebatan kepada orang
lain. Hal ini sama seperti padi yang semakin berisi, semakin tunduk. Jadi, akal budi
dalam pantun ini memberikan peringkatan kepada masyarakat agar tidak terlalu
menunjuk dan mengejar kekayaan sahaja tetapi perlu lebih menanamkan sifat
berbudi dalam diri dan bersifat rendah diri serta tidak sombong dengan apa yang
dimiliki. Hal ini kerana tidak guna ada kekayaan atau barangan yang bernilai jika
tidak mempunyai budi pekerti yang baik. Budi pekerti yang baik mencerminkan
keperibadian seseorang itu.

Aspek Pertuturan, Perlakuan, Gaya hidup

Dari aspek pertuturan pula, kita dapat lihat penggunaan bahasa kiasan
digunapakai dalam pantun ini iaitu padi dan nanas dijadikan sebagai pembayang
untuk menunjukan betapa pentingnya kita untuk mempunyai budi pekerti yang baik
berbanding orang yang mengejar atau mempuyai harta tetapi tidak mempunyai budi
pekerti yang baik. Jadi, dengan bahasa yang digunakan dalam pantun ini tidak
menguris hati orang lain dek kerana penggunaan bahasanya yang sopan dalam
memberikan nasihat kepada masyarakat.

Selain itu, dari aspek perlakuan dan gaya hidup pula, masyarakat yang sering
mengejar harta semata-mata perlu mengubah sikap tersebut dengan menanamkan
sifat berbudi kepada orang lain. Ini kerana apabila kita berbudi kepada orang lain
dan tidak mempunyai sifat yang angkuh, hal ini secara tidak langsung dapat
mewujudkan persekitaran yang saling hormat-menghormati kerana ukhwah sesama
masyarakat itu akan terpelihara apabila sifat berbudi itu sudah tersemat dalam
sanubari setiap masyarakat.

SYAIR -BAHAYA FITNAH-
Sejarah Melayu teladan utama,
Bahaya fitnah sudah menjelma,
Si Kitol, Mendeliar turut sama,
Difitnah Bendahara busuklah nama.
Puteri Mahsuri menjadi legenda,
Akibat fitnah datang melanda,
Menaguh simpati berkocak dada,
Darah putih menjadilah tanda.
Sejarah lama berulang kembali,
Lupa manusia akibat lali,
Ketinggian budi sudah dibeli,
Menggadai maruah bukan sekali.
Ingatlah manusia akan fitnah,
Banyak negara sudah musnah,
Ingat diri dari tanah,
Banyak fitnah umpama nanah.
Sejarah tidak menipu kita,
Peganglah janji pada kata,
Supaya tidak hidup melata,
Jalanlah tinggi menjadi rata.
Fitnah tidak diluput masa,
Bertakhta dalam jiwa yang sasa,
Berwaspada beringat jaga sentiasa,
Agar tidaklah musnah bangsa.

Aspek Pemikiran dan Pertuturan

Berdasarkan syair 'Bahaya Fitnah' ini, pengarang menceritakan tentang betapa
bahayanya sekiranya kita memfitnah sesuatu tanpa bukti yang sahih atau kukuh.
Pengarang menekankan kepada masyarakat bahawa dengan fitnah ini ianya akan
memberikan kesan kepada banyak pihak sama ada individu, keluarga, bangsa, mahupun
negara. Pengarang mengarang syair ini kerana pemikiran masyarakat kini yang sering
menuduh seseorang itu tanpa ad bukti yang sahih kini semakin kerap berlaku. Oleh itu,
sebagai masyarakat yang telah sedia maklum bahawa fitnah merupakan perkara yang tidak
wajar dilakukan oleh setiap masyarakat kerana perkara ini boleh memberikan kesan
kepada orang yang tidak bersalah hingga mampu memutuskan hubungan silaturahim
sesama masyarakat. Jadi, kita perlulah menghindari diri daripada melakukan fitnah
terhadap orang lain tanpa bukti dan saksi.

Seterusnya, dari aspek pertuturan pula bahasa yang digunakan dalam syair ini
sangatlah sopan dan halus dalam memberikan teguran dan nasihat kepada masyarakat.
Pertuturan yang baik dalam menghasilkan sesuatu karya itu penting bagi memastikan
setiap teguran dan nasihat yang diberikan diterima ramai dengan hati yang terbuka.

Aspek Perlakuan dan Gaya Hidup

Dari aspek perlakuan dan gaya hidup pula dapat dilihat dalam syair ini
apabila sikap masyarakat kini yang semakin hari memfitnah orang lain tanpa
ada bukti yang betul dan kukuh. Sebelum berkata-kata, kita seharusnya
memeriksa atau mengkaji terlebih dahulu kesahihan sesuatu cerita sebelum
menyebarkannya. Hal ini kerana apabila kita menyebarkan sesuatu perkara
yang tidak sahih, perkara ini akan memberikan kesan terhdap individu yang
dituduh tersebut. Memfitnah ini akan memberikan impak yang buruk kepada
individu tersebut yang boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi
tekanan akibat daripada perkara yang dia tidak lakukan. Oleh itu, perlakuan
dan gaya hidup yang sering memfitnah orang lain ini perlu diambil ikhtibar
dan tidak melakukannya lagi kerana perkara ini membwa kepada perkara
yang negatif sahaja.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung
tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang pak kaduk.

Aspek Pemikiran dan Pertuturan

Seloka ini mengisahkan tentang Pak Kaduk yang sering ditimpa malang kerana sikapnya
sendiri. Dari aspek pemikiran, dapat kita lihat bahawa Pak Kaduk merupakan seorang yang
dungu kerana dia terlalu mendengar dan mengikut kata-kata orang lain tanpa berfikir panjang.
Pak Kaduk juga sering berangan-angan terhadap sesuatu perkara yang belum pasti. Pemikiran
Pak Kaduk yang cetek itu menyebabkan dia dipergunakan oleh orang lain. Jadi, berdasarkan
seloka Pak Kaduk ini dapat kita pelajari bahawa berbuat baik berpada-pada dan berbuat jahat
jangan sekali. Kita perlu bijak untuk melakukan kebaikan pada tempat, masa dan orang yang
betul dan berfikir sebelum membuat sesuatu keputuasan.

Dari aspek pertuturan pula, seloka ini mempunyai unsur sindiran iaitu menyindir sikap
Pak Kaduk yang mudah ditipu oleh orang lain dan sering melakukan kegiatan yang tidak
membawa faedah kepada dirinya hinggakan akhirnya diri yang menerima kesannya. Bahasa
yang digunakan dalam seloka ini masih mengekalkan kesantunan bahasa walaupun dalam
keadaan menyindir sikap Pak Kaduk. Hal ini menunjukkan bahawa untuk memberikan nasihat
yang boleh diterima oleh orang lain ialah dengan memastikan penggunaan bahasa itu dijaga
agar tidak menguris hati orang lain tetapi sebaliknya dia dapat menerima teguran tersebut

Aspek Pelakuan dan Gaya Hidup

Di samping itu, dari aspek perlakuan pula, perlakuan yang negatif yang
terdapat dalam Seloka Pak Kaduk seperti suka berjudi, mudah mempercayai kata-
kata orang lain, dan tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu keputusan
perlulah diambil pengajaran oleh semua masyarakat. Hal ini kerana sikap atau
perlakuan sebegini akan menyebabkan kita sering dipergunakan oleh orang lain
demi kepentingan mereka hinggakan kita sendiri yang menanggung padahnya.
Sekiranya niat kita untuk berbuat baik sekali pun pastikan kita berbuat baik pada
orang, tempat dan masa yang sesuai. Hal ini kerana dalam hidup kita ini pastinya
akan ada orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita. Jadi,
gaya hidup dan perlakuan yang suka berjudi itu mestilah ditinggalkan kerana ianya
tidak memberikan manfaat kepada diri sendiri sebaliknya memberikan impak yang
buruk terhdap diri sendiri dan membazirkan wang sahaja. Ini kerana, apabila kita
berjaya mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik, maka hidup kita akan
lebih bahagia dan harmoni.

GURINDAM 12 -FASAL 2-

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan
sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Aspek Pemikiran, Pertuturan,
Perlakuan dan Gaya hidup

Berdasarkan gurindam 12 ini, kita dapat lihat pemikirannya dari aspek keagamaan. Dalam
gurindam ini jelas menyatakan bahawa setiap individu perlu melakukan kewajipan mereka terhadap
agama iaitu solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Setiap individu pastinya mempunyai agama
dalam menjalani kehidupan seharian agar tidak sesat. Selain itu, apabila seseorang individu itu
mengenali siapa pencipta mereka, ianya akan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran
yang sekali gus dapat memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Oleh itu,
sebagai masyarakat yng berpegang teguh kepada agama perlulah menjalankan tanggungjawab kita
dengan baik.

Selain itu, dari aspek pertuturan pula, syair ini menunjukkan kesopanan bahasa yang baik dalam
memberika teguran dan peringat kepada masyarkat agar masyarakat tidak terlalu lalai dengan dunia
sehinggakan terlupa bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.

Oleh itu, setiap masyarakat perlulah mengubah perlakuan dan gaya hidup kita dengan memegang
teguh ajaran agama agar kita tidak mudah terpesong dengan hasutan-hasutan luar yang mampu
mengugat keimanan kita. Hal ini kerana apabila kita mengubah gaya hidup dan perlakuan kita kearah
lebih baik nescaya perkara-perkara yang baik juga kita akn perolehi. Jadi, ambillah isi-isi yang ingin
disampaikan dalam gurindam ini dan hayatinya agar kita sedar dan berusaha untuk memperbaiki diri
setiap hari.

RUJUKAN

Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. (2022). Gurindam 12.
Diperoleh daripada laman web :
http://www.rajaalihaji.com/id/works.php?a=SEovUnMvVw%3D%3D=

Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin
Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan & Dr. Hasnah binti Awang
(2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka
Al-Ehsan, Selangor.

Nanidefran. (n.d). Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu. Diperoleh
daripada Scribd: https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-
fungsi-kesusasteraan-Melayu

TERIMA
KASIH

SEMOGA BERMANFAAT


Click to View FlipBook Version