TRANSIT
ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT1. PENDAFTARAN KANAK-KANAK / MURID2. WAKTU PENJAGAAN DAN WAKTU OPERASI3. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN4. YURAN PERKHIDMATAN5. CUTI DAN HARI PERLEPASAN6. PERALATAN DAN KELENGKAPAN KANAK-KANAK / MURID7. ETIKA PEMAKAIAN8. LAWATAN IBU BAPA KE PREMIS TASKA, TADIKA & TRANSIT9. HANTAR DAN AMBIL KANAK-KANAK / MURID10. KESIHATAN11. TATATERTIB DAN KESOPANAN12. KESELAMATAN13. LAIN-LAIN14. ADUAN DAN CADANGAN
PENDAFTARAN KANAK-KANAK/MURIDPihak pentadbiran telah merancang perbagai program dan aktiviti untuk kanakkanak/murid dan ibubapa / penjaga sepanjang tahun. Penglibatan ibubapa / penjaga adalah amat penting dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pentadbirandemi bersama-sama membina kecemerlangan kanak-kanak/murid dalam mencapai misi serta objektif yang telah dirancang.DOKUMENTASI UNTUK PENDAFTARAN :1. Setiap Ibubapa/Penjaga perlulah melengkapkan dan menyediakan item-item dibawah sewaktu melakukan pendaftaran:-a) Borang Pendaftaranb) Satu salinan Surat Beranak Kanak-kanak/Muridc) Satu salinan Mykid Kanak-kanak/Muridd) Satu salinan K/P ibu dan bapae) Slip Gaji Ibu/Bapa yang terkini (Permohonan bantuan yuran)f) Sekeping gambar ibubapa & 4 keping gambar kanak-kanak/murid2. Pihak ibu bapa wajib menyerahkan kepada pihak pentadbiran dokumen-dokumen tersebut sewaktu pendaftaran atau dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana, pihak pentadbiran perlu menyimpan (KEY IN DATA) dan menghantar data atau maklumat berikut kepada jabatan sebelum sesi penjagaan bermula. Keengganan pihak ibu bapa bekerjasama akan menyukarkan urusan pihak pentadbiran, pihak pentadbiran tidak akan menerima masuk kanak-kanak yang tidak lengkap dokumentasi pendaftaran mereka apabila sesi bermula.WAKTU PENJAGAAN & WAKTU OPERASI Berikut adalah waktu penjagaan dan waktu operasi bagi TASKA, TADIKA DAN TRANSIT yang disediakan berdasarkan pilihan pakej pilihan.WAKTU OPERASI TASKA :-Hari : Ahad hingga Khamis Masa : Pakej 1 – ( 07.00 pagi sehingga 03.30 petang)Pakej 2 – ( 07.00 pagi sehingga 06.00 petang)PERHATIAN :OT (Bayaran lebih masa) akan dikenakan kepada ibu bapa selepas waktu operasi, kadar yang ditetapkan seperti berikut :-P1 - 07 am hingga 03.30 pm * cas lebih masa akan dikenakan selepas 03.40 pmP2 - 07 am hingga 06.00 pm * cas lebih masa akan dikenakan selepas 06.05 pm*cas lebih masa yang dikenakan adalah : RM 5.00 / 15 minit pertama : RM 5.00 / 15 minit kedua: RM 10.00 / 15 minit ketiga – keatas
WAKTU OPERASI TADIKA :-Hari : Ahad hingga Khamis Masa : Pakej 1 – ( 07.00 pagi sehingga 12.00 Tengahari)Pakej 2 – ( 07.00 pagi sehingga 03.30 petang)Pakej 3 – ( 07.00 pagi sehingga 06.00 petang)PERHATIAN :OT (Bayaran lebih masa) akan dikenakan kepada ibu bapa selepas waktu operasi, kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut :-P1 – 07.00am hingga 12.00pm*cas lebih masa akan dikenakan selepas 12.10pmP2 – 07.00am hingga 03.30pm*cas lebih masa akan dikenakan selepas 03.40pmP3 – 07.00am hingga 06.00pm*cas lebih masa akan dikenakan selepas 06.05pm*cas lebih masa akan dikenakan adalah : RM5 / 15 minit pertama: RM5 / 15 minit kedua: RM10/ 15 minit seterusnyaWAKTU OPERASI TRANSIT :-Hari : Ahad hingga Khamis Masa : Sesi pagi – ( 08.00 pagi sehingga 12.30 tengahari)Sesi petang – ( 01.00 tengahari sehingga 06.00 petang)PERHATIAN :OT (Bayaran lebih masa) akan dikenakan kepada ibu bapa selepas waktu operasi, kadar yang ditetapkan seperti berikut :-Sesi Pagi - 08.00 am - 12.30 pm * cas lebih masa akan dikenakan selepas 01.00 pmSesi Petang - 07 am - 06.00 pm * cas lebih masa akan dikenakan selepas 06.05 pm*cas lebih masa yang dikenakan adalah : RM 5.00 / 15 minit pertama : RM 5.00 / 15 minit kedua: RM 10.00 / 15 minit ketiga – keatasBAYARAN LEBIH MASA (OT) :Pihak Pengurusan tidak akan memasukkan jumlah bayaran OT ibu bapa kedalam yuran bulanan sebaliknya pihak ibu bapa haruslah membayar kepada guru bertugas pada hari OT dilakukan bedasarkan jumlah yang ditetapkan.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN Semua ibu bapa yang mendaftarkan anak di Taska, Tadika & Transit adalah terikat dengan KONTRAK PERKHIDMATAN SELAMA 1 TAHUN SESI PERSEKOLAHAN, Pihak ibu bapa hendaklah mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan pihak pentadbiran sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan.PEMBATALAN / PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN:Untuk makluman ibu bapa, NOTIS bertulishendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran (1) bulan lebih awal sekiranya pihak Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan kontrak perkhidmatan. Pihak Pentadbiran juga akan memaklumkan serta menyerahkan notis (1) bulan lebih awalsekiranya pihak pentadbiran ingin menamatkan perkhidmatan penjagaan kepada anak dibawah jagaan tuan/puan. Sekiranya terdapat keingkaran samada dari pihak ibu bapa mahupun pihak pengurusan , tindakan pendakwaan boleh dilakukan bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat hak yang sepatutnya dan mengelakkan kekeruhan dalam hubungan antara pihak ibu bapa dan pihak pengurusan Tadika & Transit.YURAN PERKHIDMATANTerdapat 3 kaedah pengiraan bayaran yuran perkhidmatan yang disediakan.a) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara bulananmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.b) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara harianmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.c) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara kiraan jammengikut pakej perkhidmatan yang diambil.*ibu bapa / penjaga hanya boleh memilih salah satu kaedah bayaran diatas yang difikirkan bersesuaian dan ibu bapa tidak boleh menukar kaedah bayaran setelah pilihan dibuat dan dipersetujui.TASKAa) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara bulananmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Pakej 1 (07.00am – 03.30pm)- Baby (0-12 Bulan) – RM 500.00/bln- Tatih (1 – 2 Tahun) – RM 430.00/bln- Tipat (3 Tahun) – RM 430.00/bln- Tipat (4 Tahun) – RM 430.00/blnPakej 2 (07.00am – 06.00pm)- Baby (0-12 Bulan) – RM 500.00/bln- Tatih (1 – 2 Tahun) – RM 450.00/bln- Tipat (3 Tahun) – RM 450.00/bln- Tipat (4 Tahun) – RM 450.00/bln
- b) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara harianmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Pakej 1 (07.00am – 03.30pm)- Baby (0-12 Bulan) – RM 35.00/hari- Tatih (1 – 2 Tahun) – RM 30.00/ hari- Tipat (3 Tahun) – RM 30.00/ hari- Tipat (4 Tahun) – RM 30.00/ hariPakej 2 (07.00am – 06.00pm)- Baby (0-12 Bulan) – RM 40.00/ hari- Tatih (1 – 2 Tahun) – RM 35.00/ hari- Tipat (3 Tahun) – RM 35.00/ hari- Tipat (4 Tahun) – RM 35.00/ haric) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara kiraan jam mengikut pakej perkhidmatan yang diambil akan di caj RM 5 /jam.TADIKAa) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara bulananmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Pakej 1 – ( 07.00am - 12.00pm *RM 300/bln )Pakej 2 – (07.00am - 03.30pm *RM 400/bln)Pakej 3 – (07.00am - 06.00pm *RM 430/bln)b) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara harianmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Pakej 1 – ( 07.00am - 12.00pm *RM 15/hari )Pakej 2 – (07.00am - 03.30pm *RM 25/hari)Pakej 3 – (07.00am - 06.00pm *RM 35/hari)c) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara kiraan jam mengikut pakej perkhidmatan yang diambil akan di caj RM 5 /jam.
TRANSITa) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara bulananmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Sesi Pagi – ( 08.00am - 12.30pm *RM 200/bln )Sesi Petang – (01.00am - 06.00pm *RM 200/bln)*tambahan RM5/hari sekiranya seharian di TransitTransport TransitSK Balai Besar -( RM 50/ bln )SK Batu 48 –( RM 55 / bln )SK Al –Amin –( RM 55/ bln )SK Sura –(RM 50 / bln)b) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara harianmengikut pakej perkhidmatan yang diambil.Sesi Pagi – ( 08.00am - 12.30pm *RM 15/hari)Sesi Petang – (01.00am - 06.00pm *RM 15/hari)Sesi Pagi - Petang (08.00am - 06.00pm *RM 25/hari)Transport TransitSK Balai Besar -( RM 5 / hari )SK Batu 48 –( RM 8 / hari )SK Al –Amin –( RM 8 / hari )c) Kaedah bayaran yuran perkhidmatan secara kiraan jam mengikut pakej perkhidmatan yang diambil akan di caj RM 5 /jam.PENGECUALIAN BAYARAN YURAN PERKHIDMATANPihak Pentadbiran akan menerima pengecualian bayaran yuran ataupun bayaran separuh Sahaja yuran perkhidmatan ( pada bulan pengecualian ) hanya untuk kes-kes berikut sahaja.a) Penutupan Premis Taska, Tadika & Transit (tidak beroperasi) berpunca dari pengurusan dan bukannya berpunca dari arahan pihak kerajaan (Pandemik / Darurat).b) Anak dibawah jagaan ibu bapa dimasukkan ke wad lebih dari 7 hari atau mendapat rawatan samada di hospital atau dirumah dengan surat pengesahan Doktor Hospital/Klinik Kerajaan (bayaran separuh sahaja yuran).c) Ibu bapa/penjaga ditimpa musibah/bencana seperti kebakaran, banjir atau berlaku kematian ibu bapa/penjaga.
Bayaran yuran perkhidmatan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 25 Haribulan setiap bulan dan selewat-lewatnya 03 Haribulan. (caj lewat akan dikenakan sebanyak RM5 sehari) Kegagalan pihak ibu/bapa/penjaga menjelaskan yuran perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan tanpa alasan konkrit yang boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan akan dicaj dan dimasukkan ke dalam yuran bulan yang seterusnya. Sekiranya kelewatan bayaran yuran lebih dari 7 hari, Pihak pengurusan tidak akan menerima masuk anak dibawah jagaan tuan/puan ke Premis Tadika & Transit sehingga yuran perkhidmatan dijelaskan terlebih dahulu. Pihak pengurusan terpaksa mengambil langkah ini bagi memastikan tiada masalah timbul bagi pihak pengurusan untuk menguruskan bayaran gaji pekerja dan kos-kos kewangan yang lain.Resit BayaranBayaran yuran boleh dilakukan melalui ( online transfer / FPX payment/ Bayaran Tunai (tidak digalakkan) ) setelah invois bulanan dihantar kepada ibu bapa. Resit bayaran ( online, FPX Payment atau melalui CDM ) hendaklah dihantar kepada pihak pengurusan sebagai bukti pembayaran manakala bayaran tunai mestilah diserahkan kepada penyelia ataupun guru besar sahaja.CUTIBerikut adalah senarai cuti-cuti yang diambil pihak pengurusan :-Hari cuti mingguan:-- Setiap hari Jumaat dan SabtuHari-Hari Cuti Kelepasan AM:-- Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong- Hari Keputeraan Sultan Negeri Terengganu- Hari Kebangsaan 31 Ogos- Hari Penubuhan Malaysia 16 September- Hari Pekerja 1 Mei- Hari Raya Aidilfitri- Hari Raya Aidiladha- Tahun Baru Cina- Hari Deepavali- Hari Krismas- Awal Muharam- Nuzul Quran- Maulidur Rasul- Hari Arafah
Hari Cuti Peristiwa Yang Diambil :-- 1 Hari untuk Family Day Staff Tadika / Taska- 1 Selepas Hari Sukaneka Keluarga Tadika / Taska- 1 Hari Selepas Hari Lawatan Pelajar Tadika / Taska- 1 Hari Selepas Majlis Mini Konvokesyen Tadika / TaskaPERALATAN DAN KELENGKAPAN KANAK-KANAK/MURID1. Semua kanak-kanak/murid tidak dibenarkan memakai barang kemas atau barang-barang beharga semasa di taska,tadika & transit. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungkawab atas kerosakkan atau kehilangan barang .2. Peralatan kanak-kanak/murid seperti berus & ubat gigi, tuala dan pakaian hendaklah dibawa oleh ibubapa /penjaga. Semua pakaian atau peralatan hendaklah ditulisnama atau diletak tanda nama pada pakaian dan peralatantersebut bagi mengelakkan pertukaran dengan kanak-kanak/muridlain.3. Sekiranya ada pakaian atau peralatan pelajar yang tertinggal di taska,tadika & transit, ibubapa dinasihatkan membuat pertanyaan segera kepada pihak pengurusan. Pakaian atau peralatan yang tidak dituntut / tidak diambil selepas 3 bulan akan dilupuskan oleh pihak pengurusan.4. Untuk kemudahan ibu bapa, Pihak pengurusan ada menyediakan kemudahan seperti loker bagi setiap kanak-kanak ( Taska Sahaja ). Ibu bapa boleh membekalkan terus kepada kanak-kanak pakaian untuk tempoh masa seminggu dan menyimpannya di loker taska. Walaubagaimanapun, pakaian kotor hendaklah diambil dan dibawa pulang setiap hari.5. Berikut adalah antara keperluan kanak-kanak/murid yang perlu disediakan oleh ibu/bapa/penjaga :-TASKA(a) Umur 2 bulan – 1 tahun :- Peralatan untuk mandi & selepas mandi- 4 Pampers & 4 Helai Baju- Tuala mandi ( dibawa pulang setiap hari)- Susu & Makanan bayi secukupnya- 1 beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari
(b) Umur 1 tahun – 4 tahun :- Berus gigi & alatan mandian- 3 pampers & 3 helai baju- Tuala mandi ( dibawa pulang setiap hari)- Susu secukupnya- 1 beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari*PASTIKAN SETIAP ALATAN /KELENGKAPAN & PAKAIAN DILABEL DENGAN NAMA ANAK MASING-MASINGTADIKA DAN TRANSIT(a) Kelengkapan peribadi seperti berus dan ubat gigi, tuala dan sepersalinan uniform petang.ETIKA PEMAKAIAN KANAK-KANAK/MURID1. Semua pelajar ibu bapa dikehendaki mematuhi etika pemakaian kanak-kanak/murid yang telah ditetapkan pihak pengurusan ketika menghantar anak ke taska,tadika / transit. - Pemakaian uniform bagi kanak-kanak taska berumur 1-4 tahun - Pemakaian uniform pagi dan petang bagi murid tadika.- Pemakaian uniform petang bagi murid transit.2. Ini adalah untuk memastikan keseragaman dan membentuk disiplin pelajar disamping meningkatkan keyakinan itu sendiri. Uniform kanak-kanak/murid hendaklah ditulis nama atau diletak tanda nama bagi mengelakkan pertukaran dengan uniform kanak-kanak/murid yang lain.3. Kanak-kanak/murid tidak dibenarkan memakai barang kemas ke taska,tadika & transit.LAWATAN IBUBAPA KE TASKA,TADIKA DAN TRANSITIbubapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusanterlebih dahulu sekiranya ingin melawat pelajar ketika mereka berada dalam tempoh pembelajaran di Tadika/Transit. Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki premis TADIKA /TRANSIT tanpa kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu. Ini adalah untuk menjamin keselamatan pelajar lain, serta tidak mengganggu tugas guru ketika mengajar.
HANTAR/AMBIL PELAJAR1. Ibu/Bapa/Penjaga TIDAK DIBENARKAN menghantar dan mengambil kanak-kanak/Pelajar pada waktu pembelajaran dijalankan Kecuali ada kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana ianya akan menganggu waktu p&p pelajar dan guru.2. Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan kepada Guru Besar/Penyelia/bahagian pengurusan sekiranya ingin membawa pelajar keluar dalam tempoh pembelajaran. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa atau mengambil anak dibawah jagaan masing-masing. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini,kebenaran bertulis adalah diperlukan.3. Sekiranya ada Ibu/Bapa/Penjaga ingin mewakilkan saudara/kawan untuk mengambil anak dari TADIKA / TRANSIT, sila maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan atau guru yang bertugas. Sila berikan nama individu, jenis dan nombor kenderaan wakil tersebut.4. Kepada ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas/van sekolah, sila maklumkan butiran pemandu dan bas/van yang dinaiki murid kepada pihak pengurusan.5. Ibu/Bapa/Penjaga perlu memaklumkan pihak pengurusan sekiranya tidak dapatmenghantar anak ke taska,tadika/transit atas sebab-sebab tertentu atau bercuti panjang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan pelajar dan tujuan rekod.KESIHATAN1. Ibubapa / penjaga kanak-kanak/murid hendaklah memastikan bahawa anak dalam keadaaan sihat untuk ke taska,tadika &transit.2. Kanak-kanak/murid yang mengalami penyakit berjangkit sepertidemam campak, sakit mata, gatal,selsema dan lain-lain penyakit berjangkit TIDAK DIBENARKAN hadir ke taska,tadika & transit bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kepada pelajar yang lain.3. Ibu bapa TIDAK DIGALAKKAN menghantar anak dibawah jagaan yang kurang sihat biar pun penyakit yang dialami tidak berjangkit untuk hadir ke taska,tadika & transit. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kompilasi yang mungkin berlaku.4. Merokok ,meludah atau berkeliaran tanpa urusan adalah dilarang didalam persekitaran taska,tadika & transit.5. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun,Ibu/Bapa/Penjaga mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak Tadika/Transit tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan, kesakitan atau keracunan yang berpunca dari makanan yang dibawa dari luar Tadika/Transit.
TATATERTIB DAN KESOPANAN1. Kanak-kanak/murid dilarang membawa sebarang barangan beharga atau barang yang merbahaya ke taska,tadika & transit.2. Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan taska,tadika & transit TIDAK DIBENARKANdibawa pulang tanpa kebenaran guru terlebih dahulu.3. Ibu bapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN berada di taska,tadika & transit semasa sesi pembelajaran dijalankan melainkan mendapat keizinan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.INSURAN KEMALANGANSemua kanak-kanak/murid yang berdaftar diwajibkan mengambil Takaful Perlindungan Kemalangan yang disediakan oleh pihak pengurusan .KESELAMATAN KANAK-KANAK1. Pihak TADIKA/TRANSIT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atassebarang kemalangan dan kecederaan anak-anak di luar kawasan TASKA/TADIKA/TRANSIT.2. Pihak pengurusan TASKA,TADIKA/TRANSIT dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga sebaik yang mungkin mengikut kemampuan kamidalam usaha mendidik dan menjaga anak tuan puan. Pihak kami akan berusaha menjadi penganti Ibu/Bapa/Penjaga ketika pelajar berada dibawah pengawasan kami.LAIN-LAIN1. Pihak pengurusan berhak dan berkuasa memberhentikan atau menggantungpenjagaan/pembelajaran kanak-kanak/murid sekiranya ibu bapa mahupun kanakkanak/murid itu sendiri didapati gagal dan TIDAK MEMATUHI peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan digariskan oleh pihak taska,tadika & transit.2. Ibubapa / penjaga adalah bertanggungjawab membayar kerosakan harta benda TADIKA/TRANSIT sekiranya kerosakan tersebut BERPUNCA /DISEBABKAN oleh anak-anakdibawah jagaan mereka.3. Pihak pengurusan berhak menggubal, menambah dan memperbaharui peraturanperaturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga akan perubahan tersebut melalui Surat Pekeliling.
ADUAN DAN CADANGAN1. Pihak pengurusan mengalu-alukan sebarang komen,aduan atau cadangan, yang membina dari para ibubapa / penjaga bagi sama-samamempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan serta kualiti TASKA, TADIKA & TRANSIT kami.2. Sekiranya terdapat sebarang aduan,komen,cadangan atau kemusykilan, ibu/bapa /penjaga bolehlah menghubungi, sms, whatsapp,e-mail atau berhubung terus dengan pihak pengurusan TADIKA / TRANSIT. Berikut adalah nombor dan alamat yang boleh dihubungi :-KETUA PENGELOLA TASKA,TADIKA & TRANSIT:H/P : 0111-3381095 (CIKGU AMER)PENGUSAHA TCA/GURU BESAR K-CILIQ/TCC/PJCK:H/P : 0111-3260249 (CIKGU AMERA)EMAIL :[email protected]@[email protected]