The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiaxuanccc1108, 2021-08-08 10:26:00

CJX Final Draf

CJX Final Draf

021108-06-0770

STPM MENJADI PILIHAN PELAJAR LEPASAN SPM DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN, PAHANG;
SATU KES KAJIAN

ABSTRAK
Tajuk kajian ini ialah STPM menjadi pilihan pelajar lepasan SPM dalam kalangan murid
Tingkatan 6 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Lokasi kajian ini terletak di SMK Sultan
Abu Bakar, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM dan laluan pengajian
yang ada kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di
SMK Sultan Abu Bakar. Kajian ini dijalankan dengan tinjauan melalui kaedah borang soal selidik
dan pemerhatian. Melalui dapatan kajian, kebanyakan responden bersetuju bahawa objektif
pertama adalah diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Objektif kedua
adalah Kolej Matrikulasi dan Sijil Tertinggi Malaysia (STPM). Kesimpulannya, pelajar lepasan
SPM harus membuat keputusan dengan matang demi kepentingan pelajar.

-1-

ISI KANDUNGAN 021108-06-0770

Perkara Muka Surat
Abstrak 1
Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-6
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Lokasi Kajian
4.0 Metodologi Kajian 8-11
4.1 Pendahuluan
4.3 Pendahuluan 12-15
4.4 Cara mendapatkan responden
4.5 Cara mendapatkan maklumat daripada responden 16-31
4.6 Cara memproseskan dan mempersembahkan data
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 32-34
5.1 Data demografi responden 35
5.2 Faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM
untuk memilih STPM. 36-38
5.3 Laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar
lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi.
6.0 Rumusan
Rujukan
Lampiran

-2-

021108-06-0770

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang telah menolong dan memberi kerjasama untuk saya menyiapkan kerja kersus Pengajian Am.

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengtua
SMK Sultan Abu Bakar, Tuan HJ Mohammad Badrudin bin Yusoff kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan kepada semua pelajar.

Seterusnya, saya bersyukur kerana telah menyiapkan kerja khusus pada masa yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru subjek Pengajian Am saya, Puan Nurul
Syuhada binti Puteh @ Mohd Nor. Beliau telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang
bermanfaat semasa saya melaksanakan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Ch’ng Hang Bong dan
Lim Lai Peng yang telah memberikan dorongan dan galakan kepada saya. Selain itu saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan sekalian juga telah membantu saya dalam usaha
menyiapkan kajian ini dan juga responden yang telah memberi kerjasama menjawab borang soal
selidik.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia membantu saya
dalam kerja kursus ini. Saya menghargai pertolongan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

-3-

021108-06-0770

1.0 PENGENALAN

Agama bermakna kepercayaan kepada Tuhan pada lazimnya. Agama mempunyai makna
yang luas, yakni merujuk kepada satu system kepercayaan yang kohesif. Agama biasanya
melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, agama adalah fenomena masyarakat boleh
dikesan melalui fenomena seperti: pelakuan, sikap, penyataan, benda-benda material.

Seterusnya, maksud kepercayaan ialah apa yang kami percaya dengan setia atau ia juga
boleh menjadi pendapat bahawa seseorang mempunyai hubungan dengan sesuatu atau seseorang
dan hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.

Pendidikan bermaksud proses sistematik untuk membentuk tabiat dan sikap seseorang
dalam berbagai-bagai aspek kehidupan sama ada rohani, jasmani, pengetahuan, akhlak, kemahiran
mahupun sosial supaya dapat memperkembangkan potensi seseorang. Pendidikan berasal dari
bahasa Latin pendidik yang bermaksud 'mengekstrak' dan mendidik yang bermaksud 'membentuk',
'memberi petunjuk'. Pendidikan adalah fenomena kehidupan sosial yang universal dan kompleks
dan sangat diperlukan untuk kelangsungan budaya. Pendidikan telah merangkumi kepelbagaian
pengalaman dan kaedah. Perkara ini dapat diringkaskan dalam tiga jenis asas iaitu pendidikan
tidak formal, bukan - pendidikan formal dan pendidikan formal.

Tujuan menjalankan kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Antara faktor yang mendorong pelajar lepasan SPM
memilih STPM ialah pelajar dibenarkan mengulang semula peperiksaan untuk subjek yang gagal.
Peperiksaan STPM mempunyai 3 semester dan setiap semester akan diadakan peperiksaan untuk
semua calon STPM. Sekiranya calon tersebut gagal mendapat keputusan yang berpuas hati,
seseorang itu boleh mengulang semula semua subjek STPM. Hal ini telah memberi peluang semua
calon STPM menambahbaik gred mereka dan juga CGPA (Culmulative Grade Point Average).

Seterusnya, faktor yang lain ialah yuran belajar yang lebih murah. Oleh sebab kebanyakan
pelajar lepasan SPM memilih untuk belajar di sekolah kerajaan. Hal ini dapat membantu semua
pelajar lepasan SPM untuk mengurangkan beban kewangan dan semua guru yang mengajar adalah
berpengalaman dan mesra untuk memberi bantuan. Yuran untuk mengambil STPM adalah bawah
RM 1000.00 sekiranya pelajar lepasan SPM tersebut memilih untuk belajar di sekolah swasta .
Bagi semua pelajar yang memilih memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan pelajar tersebut akan

-4-

021108-06-0770

menerima bantuan kerajaan dan yuran pengajian adalah percuma. Pihak kerajaan juga akan
memberi bantuan iaitu biasiswa sara hidup kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Faktor kemudiannya ialah syarat kelakayan untuk memasuki Tingkatan 6 adalah mesra.
Semua pelajar lepasan SPM akan menerima surat pihak kerajaan sekiranya seseorang itu sempat
mendapat kredit dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah. Seterusnya, seseorang itu harus
mempunyai 3 kredit dalam mana-mana subjek yang lain. Hal ini telah memberi peluang kepada
banyak pelajar lepasan SPM supaya memilih STPM sebagai laluan terbaik ke institusi pengajian
tinggi.

Selanjutnya, faktor yang mendorong seseorang pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM
ialah STPM diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Sijil STPM mendapat
pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge
Assessment United Kingdom. Sijil STPM juga diiktiraf oleh negara luar. Sebagai contoh, China,
Korea dan Jepun. Calon STPM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM
dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam
dan luar negara.

Faktor yang seterusnya ialah memberi masa untuk pelajar lepasan SPM untuk membuat
keputusan tentang masa depan. Oleh sebab terdapat banyak pelajar yang masih tidak tahu apa yang
mereka mahukan, Tingkatan 6 akan menjadi pilihan yang baik kepada semua pelajar yang masih
belum membuat keputusan laluan seterusnya. Tingkatan 6 dapat memberikan masa yang cukup
kepada seseorang untuk memikir tentang pelajaran yang ingin dipelajari mengikut kegemaran
seseorang. Seseorang itu juga akan menjadi lebih matang apabila belajar di Tingkatan 6. Hal ini
juga dapat membantu seseorang pelajar lepasan SPM sedar tentang apa yang sebenarnya mereka
berminat.

Faktor yang lain ialah dipengaruhi oleh rakan sebaya, Pelajar mudah terpengaruhi oleh
rakan sebayanya. Hal ini telah memyebabkan seseorang mengikuti rakannya membuat keputusan
untuk memilih STPM sebagai laluan terbaik ke institusi pengajian tinggi. Rakan sebaya boleh
memberi tekanan positif supaya dapat menggalakkan seseorang menjadi lebih rajin untuk
mancapai sesuatu keputusan yang cemerlang. Rakan sebaya juga boleh menghulurkan bantuan
apabila kita menghadapi masalah.

-5-

021108-06-0770

Antara laluan pengajian yang ada kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi ialah sambung belajar. Pelajar lepasan SPM boleh memilih STPM,
Kolej Matrikulasi, A-Level, Program Asasi, Diploma, STAM, Pengajian Luar Negara, Politeknik,
Kursus Ketenteraan atau TVET. Pelajar lepasan SPM boleh memasuki sekolah kerajaan atau
sekolah swasta untuk Tingkatan 6 atau melanjut pelajaran di universiti swasta ataupun universiti
kerajaan. Universiti tersebut menyediakan pelbagai subjek yang amat menarik dan akan menarik
minat seseorang pelajar lepasan SPM untuk memilih subjek tertentu.

Di samping itu, pelbagai subjek telah disediakan untuk semua calon STPM. STPM
mempunyai dua aliran untuk dipilih. Antara aliran yang ada ialah aliran kemanusiaan, aliran agama,
aliran sastera, aliran seni dan aliran sains. STPM mempunyai aliran popular iaitu aliran
kemanusiaan dan aliran sains. Subjek yang ada kepada pelajar ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu,
Bahasa Cina, Malaysian University English Test, Mathematics (T), Mathematics (M), Geografi,
Sejarah, dan sebagainya. Pihak sekolah telah menetapkan setiap aliran mengambil hanya 4-5
subjek sahaja mengikut aliran dan pakej pelajaran tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian
pemilihan pengajian di universiti.

Rasional saya memilih kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang
memyebabkan pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Hal ini kerana saya mendapati bahawa
sijil STPM diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Hal ini telah memberi
banyak peluang kepada pelajar lepasan STPM untuk melanjut pelajaran dalam atau luar negara
selepas mendapat keputusan STPM. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat menerokai pelbagai bidang
yang baru di peringkat antarabangsa dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari
apabila di Tingkatan 6 dan membawa sumbangan dan keputusannya kepada negara ini. Seterusnya,
saya ingin mengetahui laluan pengajian yang ada kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi kerana terdapat banyak pelajar lepasan SPM telah memilih
laluan yang berbeza untuk menyambung pelajarannya ataupun mendapat kerja yang digemari
selepas menyiapkan SPM.

-6-

021108-06-0770
2.0 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM
SMK Sultan Abu Bakar.
ii. Mengkaji laluan pengajian yang ada kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi di SMK Sultan Abu Bakar.

-7-

021108-06-0770

3.0 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di dalam Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar
yang terletak di Jalan Beserah bandar Kuantan di negeri Pahang. Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar telah dipilih sebagai lokasi kajian kerana merupakan antara sekolah menengah
yang mempunyai pusat Tingkatan 6 di Kuantan.

3.1 Peta Negeri Pahang

Peta 1: Peta Negeri Pahang
(Sumber : Google Maps)

-8-

021108-06-0770
Menurut Wikipedia, negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di
Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak,
Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut
China selatan di bahagian timur. Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer
persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran,
Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan
penduduk di negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43
orang bagi setiap km2.
3.2 Peta Daerah Kuantan

Peta 2 : Peta Daerah Kuantan
(Sumber : Google Maps)

-9-

021108-06-0770
Menurut Wikipedia, Kuantan ialah sebuah bandar raya dan ibu negeri Pahang, Malaysia.
Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1%
kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan.
Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun
1976. Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan
3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26
Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter
dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah
penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang. Kuantan berkedudukan di pesisir Laut
China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan
pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah
pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala
Lumpur dan selatan Semenanjung.

3.3 Peta Lokasi Kajian

Peta 3 : Peta SMK Sultan Abu Bakar
(Sumber : Google Maps)
- 10 -

021108-06-0770
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar atau nama ringkasnya SMK Sultan Abu
Bakar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Beserah. Sekolah
ni dikelaskan sebagai sebuah sekolah bestari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun
1955, Kuantan telah menjadi ibu negeri Pahang. Oleh itu, sebuah tempat di Jalan Besarah dipilih
untuk dijadikan sebagai sekolah. Pada tahun 1956, pembinaan sekolah tersebut bermula. Ia dibuka
secara rasmi oleh Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayathuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Abdullah Al-Mukhtasim Billah pada 16 Ogos 1957.

- 11 -

021108-06-0770

4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan

Metodologi merupakan kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu kegiatan supaya
dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan
kajian yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.
Kesimpulannya, Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

4.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian akan menjadi panduan kepada kajian ini bagi memastikan objektif

kajian tercapai dan persoalan kajian dapat diselesai. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan
iaitu kajian inferensi dengan menggunakan maklumat kuantitatif dan kualitatif yang diperolehi
melalui kaedah soal selidik dan temu bual. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji STPM menjadi pilihan pelajar lepasan SPM dalam kalangan murid
Tingkatan 6 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.

4.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan asas kepada kajian untuk memperoleh data dan maklumat

yang diperlukan oleh penyelidik bagi mencapai objektif kajian. Kajian ini telah menggunakan
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif bersifat statistic dan bercorak linear manakala
kualitatif bersifat deskriptif yang mengutamakan makna kajian. Dalam kajian ini, instrumen yang
digunakan unutk mendapatkan data adalah melalui borang soal selidik dan temu bual. Borang soal
selidik telah diagihkan kepada 30 orang responden dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar dan 3 orang pelajar dipilih secara rawak untuk

- 12 -

021108-06-0770

menjalankan temu bual mengenal tajuk yang dikaji. Rujukan dan pemerhatian turut telah
dijalankan.

Kaedah Instrumen kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Pemerhatian

Kaedah borang soal selidik

Soal selidik merupakan cara kajian yang kerap digunakan untuk mendapatkan maklumat
primer. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden dalam kalangan pelajar
Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar untuk memperolehi data bagi
mencapai objektif kajian. Kaedah ini merupakan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik yang
disediakan berbentuk tertutup, responden hanya memilih jawapan yang telah disediakan agar
maklumat yang didapati lebih untuk dikaji. Borang soal selidik ini dibahagi kepada 3 bahagian,
Bahagian A, Bahagian dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai demografi responden iaitu
jantina, kaum, umur, agama dan aliran yang dipilih dalam Tingkatan 6. Bahagian B and Bahagian
C membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM
dan laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan spm untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi. Data kajian dalam Bahagian B diukur menggunakan skala likert ( 1 =
sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju ) manakala
Bahagian C menggunakan skala Guttman ( ya atau tidak ). Segala maklumat yang dibekalkan oleh
responden melalui borang soal selidik adalah sulit dan hanya akan diggunakan untuk kegunaan
kajian ini sahaja.

Kaedah pemerhatian

Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian secara terus. Kaedah ini tidak
melibatkan interaksi dengan pihak lain. Data diperoleh melalui penilaian dan perhatian di
Kawasan kajian iaitu dalam Kawasan persekolahan Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar. Bentuk-bentuk interaksi sosial yang wujud semasa perlaksanaan aktiviti
kokurikulum dapat dilihat. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah laku subjek

- 13 -

021108-06-0770

yang ingin dikaji dan mengenalpasti maklumat kajian dengan lebih jelas, teliti dan tepat. Dapatan
kajian ini adalah lebih sah dan boleh dipercayai.

4.4 Cara Memproses Data

Data yang dikumpulkan telah dianalisis secara statistic. Pengiraan manual diguna pakai
dalam aspek menganalisi data untuk mendapatkan nilai min, purata, peritus dan kekerapan. Bagi
pernyataan yang telah menggunakan skala likert, pengiraan dilakukan mengikut nilai yang telah
ditetapkan seperti ditunjukkan dalam jadual 4.1

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak setuju setuju setuju
setuju
Jadual 4.1

Bagi hasil melalui pemerhatian, andaian telah dibuat terhadap bentuk interaksi sosial yang
diperhatikan

4.5 Cara Memproseskan dan Mempersembahankan Data

Dengan menggunakan kiraan bilangan, peratusan, min dan sebagainya, demografi
responden serta faktor yang mempengaruhi untuk memilih STPM dan laluan pengajian yang
disediakan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dapat dikenal pasti. Carta pai
yang bersesuaian digunakan untuk menggambarkan saiz komponen bagi sesuatu jumlah
berdasarkan hasil borang soal selidik. Data dan maklumat yang dikumpul akan disembahkan dalam
bentuk grafik iaitu dalam bentuk graf bar mudah dan jadual. Carta pai dan graph memudahkan
data dan maklumat dibaca dan ditafsir.

- 14 -

021108-06-0770
4.6 Rumusan

Metodologi menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian serta memastikan
pengkaji mengikut tatacara kajian yang ketat dengan menepati prosedur mengumpul data.

- 15 -

021108-06-0770

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bahagian ini menunjukkan keputusan analisis data berdasarkan pendapat responden
terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi untuk memilih STPM dan laluan pengajian yang
disediakan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam kalangan pelajar
Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan.

5.1 Bahagian A : Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 6 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan berdasarkan jantina.
Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratusan

Lelaki 13 43.3%

1 Jantina Perempuan 17 56.7%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

- 16 -

021108-06-0770

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina
Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

JANTINA

Lelaki
43%

Perempuan
57%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina antara
lelaki dan perempuan di dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar, Kuantan. Dalam bilangan 30 orang responden yang telah menjawab borang
soal selidik, seramai 13 orang responden merupakan jantina lelaki bersamaan dengan 43.3%
manakala seramai 17 orang responden adalah jantina perempuan yang bersamaan dengan 56.7%.

- 17 -

021108-06-0770

Jadual 2 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan berdasarkan aliran.

Jadual 2: Latar Belakang Responden

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratusan

Sains 13 43.3%

2 Aliran Sains Kemanusiaan 17 56.7%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan aliran
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Aliran

ALIRAN

Sains Sains
Kemanusiaan 50%

50%

Sumber: Kajian Lapangan 2021
Berdasarkan Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan aliran sains
and sains kemanusiaan di dalam pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar,
Kuantan. Dalam bilangan 30 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik, seramai
15 orang responden mengambil aliran sains bersamaan dengan 50.0% manakala seramai 15 orang
responden yang mengambil aliran sains kemanusiaan bersamaan dengan 50.0%.

- 18 -

021108-06-0770

Jadual 3 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan berdasarkan umur.

Jadual 3 : Latar Belakang Responden

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratusan

18 tahun 5 16.7%
3 Umur 25 83.3%

19 tahun

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur
Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Umur

UMUR

18 Tahun
17%

19 Tahun
83%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur antara
18 tahun dan 19 tahun di dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar, Kuantan. Dalam bilangan 30 orang responden yang telah menjawab borang
soal selidik, seramai 5 orang responden merupakan 18 tahun bersamaan dengan 16.7% manakala
seramai 25 orang responden adalah 19 tahun yang bersamaan dengan 83.3%.

- 19 -

021108-06-0770

Jadual 4 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan berdasarkan kaum.

Jadual 4 : Latar Belakang Responden

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratusan

Melayu 15 50.0%

Cina 10 33.3%
4 Kaum 4 13.3%

India

Iban 1 3.3%

Sumber: Kajian Lapangan 2021
Rajah 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum

Rajah 4: Demografi Responden Berdasarkan Kaum

KAUM
Iban

India 3%

13%

Melayu
50%

Cina
34%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Rajah 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum antara
kaum Melayu, Cina, India dan Iban di dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan. Dalam bilangan 30 orang responden yang telah

- 20 -

021108-06-0770

menjawab borang soal selidik, seramai 15 orang responden merupakan kaum melayu bersamaan
dengan 50.0%. Seramai 10 orang responden adalah kaum Cina yang bersamaan dengan 33.3%.
Seramai 4 orang responden adalah kaum India yang bersamaan dengan 13.3% manakala seramai
1 orang responden merupakan kaum Iban yang bersamaan dengan 3.3%.

Jadual 5 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 6 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan berdasarkan agama.

Jadual 5: Latar Belakang Responden

Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratusan

Islam 15 50.0%

Buddha 9 30.0%
5 Agama 4 13.3%

Hindu

Kristian 2 6.7%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

- 21 -

021108-06-0770

Rajah 5 menunjukkan demografi responden berdasarkan agama
Rajah 5: Demografi Responden Berdasarkan agama

AGAMA

Kristian

7%

Hindu
13%

Islam
50%

Buddha
30%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Rajah 5 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan agama antara
agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan. Dalam bilangan 30 orang responden yang
telah menjawab borang soal selidik, seramai 15 orang responden merupakan agama Islam
bersamaan dengan 50.0%. Seramai 9 orang responden adalah agama Buddha yang bersamaan
dengan 30.0%. Seramai 4 orang responden adalah agama Hindu yang bersamaan dengan 13.3%
manakala seramai 2 orang responden merupakan agama Kristian yang bersamaan dengan 6.7%.

- 22 -

021108-06-0770

5.2 Bahagian B: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Lepasan SPM Untuk
Memilih STPM

Jadual 6 menunjukkan analisis faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk
memilih STPM.

Jadual 6: Analisis faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM

Bil Faktor yang Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min
mempengaruhi tidak setuju setuju setuju purata
pelajar lepasan setuju
SPM untuk (1) (2) (3) (4) (5)
memilih STPM
f% f %f% f % f %
1 Pengaruh rakan 3 10.00 10 33.33 3 10.00 9 30.00 5 16.67 3.10
sebaya

2 Kos pengajian 0 0.00 1 3.33 0 0.00 14 46.67 15 50.00 4.43

bagi Tingkatan 6

yang murah

3 Syarat 0 0.00 3 10.00 4 13.33 11 36.67 12 40.00 4.07

kemasukan

Tingkatan 6

lebih mudah

4 Diiktiraf oleh 0 0.00 0 0.00 3 10.00 10 33.33 17 56.67 4.47

institusi

pengajian tinggi

dalam dan luar

negara

- 23 -

021108-06-0770

5 Memberi masa 0 0.00 2 6.67 1 3.33 12 40.00 15 50.00 4.33
untuk pelajar 2 6.67 6 20.00 7 23.33 9 30.00 6 20.00 3.37
lepasan SPM
untuk membuat
keputusan
tentang masa
depan

6 Tempoh
pengajian yang
singkat

7 Tidak perlu 0 0.00 1 3.33 3 10.00 14 46.67 12 40.00 4.23

berjauhan

dengan ibu bapa

8 Sistem kerja 1 3.33 1 3.33 5 16.67 10 33.33 13 43.33 4.10
Sumber: Kajian Lapangan 2021
kursus yang

dapat membantu

pelajar mencapai

gred lebih baik

- 24 -

021108-06-0770

Rajah 6: Analisis faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%

Pengaruh Kos pengajian Syarat Diiktiraf oleh Memberi Tempoh Tidak perlu Sistem kerja

rakan sebaya bagi Tingkatan kemasukan institusi masa untuk pengajian berjauhan kursus yang

6 yang murah Tingkatan 6 pengajian pelajar yang singkat dengan ibu dapat

lebih mudah tinggi dalam lepasan SPM bapa membantu

dan luar untuk pelajar

negara membuat mencapai

keputusan gred lebih

tentang masa baik

depan

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Rajah 6 di atas menunjukkan analisis faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM
untuk memilih STPM. Analisis ini merangkumi 8 soalan. Soalan 1 berkaitan dengan pengaruh
rakan sebaya. Bagi soalan ini 3 orang responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan
10.00%. Terdapat seramai 10 orang responden bersamaan dengan 33.33% tidak setuju dan 3 orang
responden bersamaan dengan 10.00% kurang setuju dengan soalan ini. 9 orang responden
bersamaan 30.00% setuju serta 5 orang responden bersamaan dengan 16.67% sangat setuju dengan
soalan ini. Min purata bagi penyataan ini ialah sebanyak 3.10 dimana kebanyakan responden tidak
setuju bahawa pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM
untuk memilih STPM.

Seterusnya, soalan 2 berkaitan dengan kos pengajian bagi Tingkatan 6 yang murah. Bagi
soalan ini tiada responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan 0.00%. Terdapat seramai 1
orang responden bersamaan dengan 3.33% tidak setuju dan tiada responden bersamaan dengan
0.00% kurang setuju dengan soalan ini. 14 orang responden bersamaan 46.67% setuju serta 15

- 25 -

021108-06-0770

orang responden bersamaan dengan 50.00% sangat setuju dengan soalan ini. Min purata bagi
penyataan ini ialah sebanyak 4.43 dimana kebanyakan responden setuju bahawa kos pengajian
bagi Tingkatan 6 yang murah adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk
memilih STPM.

Soalan 3 menyatakan syarat kemasukan Tingkatan 6 lebih mudah merupakan faktor yang
mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Bagi soalan ini tiada responden yang
sangat tidak setuju bersamaan dengan 0.00%. Terdapat seramai 3 orang responden bersamaan
dengan 10.00% tidak setuju dan 4 orang responden bersamaan dengan 13.33% kurang setuju
dengan soalan ini. 11 orang responden bersamaan 36.67% setuju serta 12 orang responden
bersamaan dengan 40.00% sangat setuju dengan soalan ini. Min purata bagi penyataan ini ialah
sebanyak 4.07 dimana kebanyakan responden setuju bahawa syarat kemasukan Tingkatan 6 lebih
mudah adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.

Soalan 4 menyatakan diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Bagi soalan
ini tiada responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan 0.00%. Terdapat seramai 0 orang
responden bersamaan dengan 0.00% tidak setuju dan 3 orang responden bersamaan dengan 10.00%
kurang setuju dengan soalan ini. 10 orang responden bersamaan 33.33% setuju serta 17 orang
responden bersamaan dengan 56.67% sangat setuju dengan soalan ini. Min purata bagi penyataan
ini ialah sebanyak 4.47 dimana kebanyakan responden setuju bahawa diiktiraf oleh institusi
pengajian tinggi dalam dan luar negara adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM
untuk memilih STPM.

Tambahan pula, soalan 5 tentang memberi masa untuk pelajar lepasan SPM untuk
membuat keputusan tentang masa depan mejadi punca yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM
untuk memilih STPM. Bagi soalan ini tiada responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan
0.00%. Terdapat seramai 2 orang responden bersamaan dengan 6.67% tidak setuju dan 1 orang
responden bersamaan dengan 3.33% kurang setuju dengan soalan ini. 12 orang responden
bersamaan 40.00% setuju serta 15 orang responden bersamaan dengan 50.00% sangat setuju
dengan soalan ini. Min purata bagi penyataan ini ialah sebanyak 4.33 dimana kebanyakan
responden setuju bahawa memberi masa untuk pelajar lepasan SPM untuk membuat keputusan
tentang masa depan adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.

- 26 -

021108-06-0770

Soalan 6 menyatakan tempoh pengajian yang singkat merupakan faktor yang
mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Bagi soalan ini 6 orang responden yang
sangat tidak setuju bersamaan dengan 20.00%. Terdapat seramai 7 orang responden bersamaan
dengan 23.33% tidak setuju dan 9 orang responden bersamaan dengan 10.00% kurang setuju
dengan soalan ini. 9 orang responden bersamaan 30.00% setuju serta 6 orang responden bersamaan
dengan 20.00% sangat setuju dengan soalan ini. Min purata bagi penyataan ini ialah sebanyak 3.37
dimana kebanyakan responden tidak setuju bahawa tempoh pengajian yang singkat adalah faktor
yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.

Di samping itu, soalan 7 mencadangkan bahawa tidak perlu berjauhan dengan ibu bapa
menjadi penyebab yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Bagi soalan
ini tiada responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan 0.00%. Terdapat seramai 1 orang
responden bersamaan dengan 3.33% tidak setuju dan 3 orang responden bersamaan dengan 10.00%
kurang setuju dengan soalan ini. 14 orang responden bersamaan 46.67% setuju serta 12 orang
responden bersamaan dengan 40.00% sangat setuju dengan soalan ini. Min purata bagi penyataan
ini ialah sebanyak 4.23 dimana kebanyakan responden setuju bahawa tidak perlu berjauhan dengan
ibu bapa adalah faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.

Soalan 8 berkaitan dengan sistem kerja kursus yang dapat membantu pelajar mencapai gred
lebih baik. Bagi soalan ini 1 orang responden yang sangat tidak setuju bersamaan dengan 3.33%.
Terdapat seramai 1 orang responden bersamaan dengan 3.33% tidak setuju dan 5 orang responden
bersamaan dengan 16.67% kurang setuju dengan soalan ini. 10 orang responden bersamaan 33.33%
setuju serta 13 orang responden bersamaan dengan 43.33% sangat setuju dengan soalan ini. Min
purata bagi penyataan ini ialah sebanyak 4.10 dimana kebanyakan responden setuju bahawa sistem
kerja kursus yang dapat membantu pelajar mencapai gred lebih baik adalah faktor yang
mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.

Kesimpulannya, bagi objektif bahagian ini iaitu faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan
SPM untuk memilih STPM, terdapat 3 soalan yang menjawab kehendak objektif kajian ini. Soalan
2 iaitu kos pengajian bagi Tingkatan 6 yang murah mendapat min purata yang kedua tinggi iaitu
4.43. Hal ini sedemikian kerana kos pengajian bagi Tingkatan 6 yang murah ini telah meringan
beban kebanyakan pelajar lepasan SPM tentang pembelanjaan.

- 27 -

021108-06-0770

Selain itu, soalan 4 iaitu diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
mendapat min purata yang tertinggi 4.47. Soalan ini telah menjawab kehendak objektif kerana sijil
STPM mempunyai standard peperiksaan yang tinggi dan setaraf dengan diploma.

Soalan 5 iaitu memberi masa untuk pelajar lepasan SPM untuk membuat keputusan tentang
masa depan mendapat min purata sebanyak 4.33. Hal ini sedemikian kerana tempoh pengajian
Tingkatan 6 adalah setahun setengah, dalam tempoh ini pelajar dapat memikirkan masa depan
mereka dan memilih laluan yang terbaik selepas pengajian Tingkatan 6.

5.3 Bahagian C: Laluan Pengajian Yang Disediakan Untuk Pelajar Lepasan SPM Untuk
Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi Pengajian Tinggi.

Jadual 7 menunjukkan analisis laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Jadual 7: Analisis laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi

Bil Laluan pengajian yang Setuju Tidak setuju
disediakan untuk pelajar f% f%
lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi

1 Kolej Matrikulasi 29 96.67 1 3.33

2 Sijil Tertinggi Malaysia 29 96.67 1 3.33

(STPM)

3 A-level / O-level 27 90.00 3 10.00

4 Program Asasi 27 90.00 3 10.00
(Foundation) 27 90.00 3 10.00

5 Diploma

6 Sijil Tinggi Agama 26 86.67 4 13.33
Malaysia (STAM)

- 28 -

7 Institut Kemahiran Belia 22 73.33 021108-06-0770
8 26.67
Negara (IKBN) 9 30.00

8 Program Ijazah Sarjana 21 70.00

Muda Perguruan (PISMP)

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Rajah 7 menunjukkan analisis laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Rajah 7: Analisis laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi

120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%

Kolej Sijil Tertinggi A-level / O- Program Diploma Sijil Tinggi Institut Program
Agama Kemahiran Ijazah Sarjana
Matrikulasi Malaysia level Asasi Malaysia Belia Negara Muda
(STAM)
(STPM) (Foundation) (IKBN) Perguruan
(PISMP)

Setuju Tidak setuju

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Rajah 7 menunjukkan analisis laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Analisis ini mengandungi 8 soalan yang
telah dijawab oleh 30 orang responden. Bagi soalan 1 yang berkaitan dengan Kolej Matrikulasi,

- 29 -

021108-06-0770

terdapat 29 orang responden bersamaan dengan 96.67% yang bertanda setuju manakala seorang
responden bersamaan 3.33% bertanda tidak setuju bagi soalan ini.

Bagi soalan 2 yang berkaitan dengan Sijil Tertinggi Malaysia (STPM), terdapat 29 orang
responden bersamaan dengan 96.67% yang bertanda setuju manakala seorang responden
bersamaan 3.33% bertanda tidak setuju.

Selain itu, soalan 3 yang mengenai A-level / O-level, terdapat 27 orang responden
bersamaan dengan 90.00% yang bertanda setuju manakala 3 orang responden bersamaan 10.00%
bertanda tidak setuju.

Soalan 4 pula yang mengenai Program Asasi (Foundation), terdapat 27 orang responden
bersamaan dengan 90.00% yang bertanda setuju manakala 3 orang responden bersamaan 10.00%
bertanda tidak setuju.

Soalan 5 yang menyatakan Diploma, terdapat 27 orang responden bersamaan dengan 90.00%
yang bertanda setuju manakala 3 orang responden bersamaan 10.00% bertanda tidak setuju bagi
soalan ini.

Seterusnya, soalan 6 yang menyatakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), terdapat 26
orang responden bersamaan dengan 86.67% yang bertanda setuju manakala 4 orang responden
bersamaan 13.33% bertanda tidak setuju bagi soalan ini.

Tambahan pula, soalan 7 yang menyatakan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),
terdapat 22 orang responden bersamaan dengan 73.33% yang bertanda setuju manakala 8 orang
responden bersamaan 26.67% bertanda tidak setuju bagi soalan ini.

Bagi soalan 8 yang berkaitan dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP),
terdapat 21 orang responden bersamaan dengan 70.00% yang bertanda setuju manakala 9 orang
responden bersamaan 30.00% bertanda tidak setuju.

Kesimpulannya, bagi objektif kajian ini iaitu laluan pengajian yang disediakan untuk
pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, terdapat 5 soalan
menjawab kehendak soalan dengan mendapat peratus setuju sebanyak 90.00% dan keatas. Antara
soalannya, soalan 1 iaitu Kolej Matrikulasi mendapat peratus yang tertinggi, 96.67% dimana 29
orang responden telah bertanda setuju bagi soalan ini. Hal ini sedemikian kerana Kolej Matrikulasi

- 30 -

021108-06-0770
memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dan tempoh pengajian
adalah singkat pembiayaaan pengajian dan sara hidup adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.

Soalan 2 iaitu Sijil Tertinggi Malaysia (STPM) mendapat peratus yang tertinggi, 96.67%
dimana 29 orang responden telah bertanda setuju bagi soalan ini. Hal ini sedemikian kerana sijil
STPM diikitiraf oleh institusi pengajian dalam dan luar negara. Hal ini telah memberi peluang
kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam negara atau luar
negara.

Soalan 3 iaitu A-level/O-level mendapat peratus sebanyak 90.00% dimana 27 orang
responden telah bertanda setuju bagi soalan ini. Hal ini sedemikian kerana Program A-Level
adalah program pra-universiti yang paling popular yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi
swasta di Malaysia. A-Levels adalah sebanding dengan Tingakatan 6 di Malaysia dan
dianugerahkan oleh Cambridge International Examinations (CIE).

Soalan 4 iaitu Program Asasi (Foundation) mendapat peratus sebanyak 90.00% dimana 27
orang responden telah bertanda setuju bagi soalan ini. Hal ini sedemikian kerana pelajar asasi lebih
mudah melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Struktur pengajian program asasi ini juga
merangkumi kemahiran serta akademik.

Soalan 5 iaitu Diploma mendapat peratus sebanyak 90.00% dimana 27 orang responden
telah bertanda setuju bagi soalan ini. Hal ini sedemikian kerana selepas menamat pengajian
diploma, peluang yang luas akan dibuka kepada pelajar untuk memohon pekerjaan dengan
menggunakan sijil diploma.

- 31 -

021108-06-0770

6.0 Rumusan
6.1 Pengenalan

Kesimpulannya, tajuk kajian ini ialah mengkaji STPM menjadi pilihan pelajar lepasan
SPM dalam kalangan murid Tingkatan 6 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Objektif
kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk
memilih STPM dan mengkaji laluan pengajian yang ada kepada pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.

6.2 Kaedah kajian dan demografi responden
Pengkaji telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah borang

soal selidik dan kaedah pemaerhatian secara terus.
Bagi kaedah borang soal selidik, pengkaji telah mengedarkan 30 set borang soal selidik

secara rawak kepada 30 orang pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu
Bakar, Kuantan, Pahang. Terdapat 17 orang perempuan dan 13 orang lelaki dalam kalangan
responden yang terlibat dalam kajian ini dimana 15 orang responden mengambil aliran sains dan
15 orang responden lagi yang mengambil aliran sains sosial.

Bagi kaedah pemerhatian secara terus, pengkaji telah memerhatikan laku dan interaksi
sosial sesama pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan,
Pahang semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan waktu rehat.

6.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM di
Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.

Dalam dapatan kajian yang telah dianalisis, terdapat 6 faktor utama yang mempengaruhi
pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar,
Kuantan, Pahang.

- 32 -

021108-06-0770

Faktor pertama yang mendapat persetujuan yang tertinggi ialah diiktiraf oleh institusi
pengajian tinggi dalam dan luar negara. Ini disebabkan sijil STPM mempunyai standard
peperiksaan yang tinggi dan setaraf dengan diploma.

Faktor kedua ialah kos pengajian bagi Tingkatan 6 yang murah. Hal ini demikian kerana
kos pengajian bagi Tingkatan 6 yang murah ini telah meringan beban kebanyakan pelajar lepasan
SPM tentang pembelanjaan.

Faktor yang seterusnya ialah memberi masa untuk pelajar lepasan SPM untuk membuat
keputusan tentang masa depan. Hal ini demikian kerana tempoh pengajian Tingkatan 6 adalah
setahun setengah, dalam tempoh ini pelajar dapat memikirkan masa depan mereka dan memilih
laluan yang terbaik selepas pengajian Tingkatan 6.

Syarat kemasukan Tingkatan 6 lebih mudah merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar
lepasan SPM untuk memilih STPM. Hal ini demikian kerana Tingkatan 6 adalah terbuka semua
pelajar lepasan SPM yang lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi subjek
Bahasa Melayu, Pelajar tersebut harus berumur antara 17-20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Di samping itu, tidak perlu berjauhan dengan ibu bapa menjadi penyebab yang
mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM. Oleh sebab setiap daerah dan negeri
akan membekal pengajian bagi STPM, hal ini telah memberi manfaat kepada sesetengah keluarga
tangga supaya anak-anak dapat dijumpa dengan mudah dan pelajar tersebut boleh pulang ke rumah.
Dengan ini, sesetengah perbelanjaan dapat dikurangkan.

Sistem kerja kursus yang dapat membantu pelajar mencapai gred lebih baik juga
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM.
Dengan adanya sistem kerja kursus ini, pelajar STPM dapat memahami silibus yang dipelajari dan
ilmu pengetahuan tambahan melalui pelbagai kerja analisis, penyelidikan ataupun pemerhatian.
Setelah kerja kursus diyiapkan, penghasilan tugasan akan disemak oleh pemeriksa dan markah
yang didapati oleh seseorang calon tersebut akan diliputi dalam CGPA (Cumulative Grade Point
Average)

- 33 -

021108-06-0770

6.4 Laluan pengajian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Melalui analisis dapatan kajian ini, terdapat 5 laluan pengajian yang disediakan untuk
pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Sekolah
Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.

Laluan pengajian pertama yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi ialah Kolej Matrikulasi. Hal ini sedemikian kerana Kolej
Matrikulasi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dan
tempoh pengajian adalah singkat pembiayaaan pengajian dan sara hidup adalah ditanggung oleh
pihak kerajaan.

Selain itu, laluan pengajian yang kedua ialah Sijil Tertinggi Malaysia (STPM). . Hal ini
sedemikian kerana sijil STPM diikitiraf oleh institusi pengajian dalam dan luar negara. Hal ini
telah memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke universiti
dalam negara atau luar negara.

Laluan pengajian seterusnya yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ialah A-level/O-level. Hal ini sedemikian
kerana Program A-Level adalah program pra-universiti yang paling popular yang ditawarkan oleh
institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. A-Levels adalah sebanding dengan Tingakatan 6 di
Malaysia dan dianugerahkan oleh Cambridge International Examinations (CIE).

Di samping itu, laluan pengajian yang lain ialah Program Asasi (Foundation). Hal ini
sedemikian kerana pelajar asasi lebih mudah melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Struktur
pengajian program asasi ini juga merangkumi kemahiran serta akademik.

Laluan pengjian yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi ialah Diploma. Hal ini sedemikian kerana selepas menamat pengajian
diploma, peluang yang luas akan dibuka kepada pelajar untuk memohon pekerjaan dengan
menggunakan sijil diploma.

- 34 -

021108-06-0770
6.5 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, didapati faktor utama yang mempengaruhi
pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar,
Kuantan, Pahang ialah diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Selain itu, laluan pengajian utama yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ialah Kolej Matrikulasi dan Sijil Tertinggi
Malaysia (STPM).

Oleh itu, semua pihak seharusnya berfikir secara matang apabila membuat keputusan
tentang masa depan dan pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melakukan keputusan haruslah
bertanya kepada penjaga, ibu-bapa ataupun guru-guru.

- 35 -

021108-06-0770

Rujukan

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Kebaikan dan kelemahan Tingkatan 6. Dicapai pada 30 Mei 2021 daripada
-https://afterschool.my/bm/berita/kelebihan-kelemahan-tingkatan-6-stpm

3. Pentaksiran dan yuran Tingkatan 6. Dicapai pada 30 Mei 2021 daripada
-https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6/pentaksiran-yuran

4. Halatuju pendidikan selepas SPM Dicapai pada 30 Mei 2021 daripada
-https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/

5. Keseluruhan laluan selepas SPM yang wajib anda tahun berserta syarat kelayakan. Dicapai
pada 30 Mei 2021 daripada
-https://afterschool.my/bm/berita/keseluruhan-laluan-selepas-spm-yang-wajib-anda-tahu-
berserta-syarat-kelayakan

6. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Dicapai pada 30 Mei 2021 daripada
-https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Higher_School_Certificate

7. Perbezaan Tingkatan 6, Program Asasi dan Diploma Dicapai pada 4 Jun 2021 daripada -
https://www.upuonline.com/beza-tingkatan-6-asasi-diploma.jsp

8. TN. HJ. MD Lasa bin Yahya, Sumaiyah Maisarah dan Sara Fieya, 2021, Nota Minda &
Lembaran Praktis Pengajian Am STPM Semester 2, Selangor: Local Publications

- 36 -

021108-06-0770

Lampiran

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABU BAKAR
JALAN BESERAH, 25300, KUANTAN, PAHANG,
STPM MENJADI PILIHAN PELAJAR LEPASAN SPM DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN, PAHANG.

BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM (900/4)

STPM PENGGAL 2 TAHUN 2021.

Makluman kepada responden

Borang soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran
Pengajian Am (900/4). Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji STPM menjadi pilihan pelajar
lepasan SPM dalam kalangan murid Tingkatan 6 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.
Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya akan digunakan untuk kepentingan
kajian ini sahaja. Kerjasama anda amatlah dihargai.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

ARAHAN: Sila tandakan (/) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

1. JANTINA ( ) Perempuan
( ) Lelaki

2. UMUR ( ) 19 Tahun
( ) 18 Tahun

3. KAUM ( ) Cina
( ) Melayu ( ) Lain-lain
( ) India
- 37 -

021108-06-0770

4. AGAMA ( ) Buddha
( ) Islam ( ) Hindu
( ) Kristian
( ) Lain-lain

5. ALIRAN TINGKATAN 6

( ) Sains ( ) Sains kemanusiaan

BAHAGIAN B : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN SPM
UNTUK MEMILIH STPM.

ARAHAN: Sila tanda jawapan anda mengikut skala likert.

1. Sangat Tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

NO PERKARA 12345

1 Pengaruh rakan sebaya

2 Kos pengajian bagi Tingkatan
6 yang murah

3 Syarat kemasukan Tingkatan
6 lebih mudah

4 Diiktiraf oleh institusi
pengajian tinggi dalam dan
luar negara.

5 Memberi masa untuk pelajar
lepasan SPM untuk membuat
keputusan tentang masa
depan

6 Tempoh pengajian yang
singkat

7 Tidak perlu berjauhan dengan
ibu bapa

8 Sistem kerja kursus yang
dapat membantu pelajar
mencapai gred lebih baik

- 38 -

021108-06-0770

BAHAGIAN C: LALUAN PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR
LEPASAN SPM UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI.

ARAHAN: Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

NO PERKARA TANDAKAN (/)

1 Kolej Matrikulasi

2 Sijil Tertinggi Malaysia (STPM)

3 A-level / O-level

4 Program Asasi (Foundation)

5 Diploma

6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
7 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Soal selidik tamat. Terima kasih atas kerjasama anda.

- 39 -


Click to View FlipBook Version