The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAIZAH BINTI NGASIRAN Moe, 2020-06-28 23:23:55

NOTA SEJARAH TAHUN 6

SEJARAH

Keywords: SEJARAH,TAHUN 6

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

A. Rukun Negara Idealogi kita

Malaysia adalah sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat
resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati
kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangunkan
sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik
bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerap semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah
dan boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas, berlaku huruhara,
rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

➢ Diperkenalkan oleh Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN)

➢ Diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 31 Ogos 1970

Rukun Negara ➢ Diketuai oleh Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein

➢ Bertujuan untuk mengawal
keamanan Negara yang tergugat
kerana peristiwa 13 Mei 1969

➢ Digunakan untuk mengeratkan
perpaduan dan perhubungan
antara masyarakat berbilang kaum

22 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Sebab-sebab Rukun Negara
diperkenalkan

➢ Pihak British telah mengamalkan dasar atau pendekatan pecah dan perintah
semasa menjalankan pentadbiran di Persekutuan Tanah melayu.

➢ Dasar atau pendekatan pecah dan perintah British menyebabkan berlaku
pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan.

➢ Kegiatan ekonomi yang berasaskan kaum telah menjadikan kedudukan
sosioekonomi masyarakat tidak seimbang.

➢ Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan masyarakat

➢ Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969.

23 | H a l a m a n


Click to View FlipBook Version