The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matbarock, 2021-06-26 04:33:52

Portfolio praktikum 2021

Portfolio praktikum 2021

NAMA PELAJAR : WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN HUSSIN

PROGRAM : PDPP PISR

AMBILAN : JUN 2020

BIDANG TERAS : PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH PENYELIA : PN. NAJATI BINTI JALIL

GURU PEMBIMBING : PN. SUZIATON BINTI SORIANI

NAMA & ALAMAT SEKOLAH :SK PENGKALAN BESAR
KG. PENGKALAN BESAR,

84900 TANGKAK, JOHOR



BIODATA DIRI

NAMA WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN HUSSIN

NOMBOR GILIRAN 2020152400027

NO. KAD PENGENALAN 930311-03-6029

NO. TELEFON 018-9667005

LEPASAN UNIVERSITI AL-ALBAYT,JORDAN

IJAZAH IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS (FIQH WA USULUHU)
ALAMAT RUMAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN
BESAR,84900 TANGKAK,
JOHOR.
NO 63 JALAN KENANGA,
TAMAN PAYAMAS,
84900 TANGKAK, JOHOR

STATUS BERKAHWIN

MAKLUMAT WARIS

NAMA WARIS FATONAH BINTI ABDUL GHANI

HUBUNGAN DENGAN WARIS ISTERI
ALAMAT WARIS
NO TELEFON WARIS NO 63 JALAN KENANGA,
TAMAN PAYAMAS,
84900 TANGKAK, JOHOR

018-9664536



PERNYATAAN PROFESIONAL

Pada 15 April 2021 telah diadakan taklimat praktikum. Saya telah diberi
penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
praktikum fasa ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh unit praktikum, ini
merupakan semester ketiga bagi saya pelajar PDPP PISR ambilan Jun 2020 dan saya
telah ditempatkan di sekolah yang sama di awal perkhidmatan iaitu di Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Besar. Aktiviti pengajaran pada kali ini akan melibatkan
subjek teras iaitu pendidikan Islam. Sewaktu taklimat tersebut melalui taklimat atas
talian menggunakan aplikasi Google Meet, unit praktikum IPG Kampus Raja Melewar
mengingatkan kami mengenai beberapa perkara penting dalam merancang
rancangan pelajaran harian RPH. Kami turut diingatkan agar menyusun semula jadual
masa pengajaran supaya pensyarah yang hadir untuk menyelia tidak mempunyai
masalah untuk melaksanakan pencerapan. Praktikum merupakan salah satu cara
bagi seorang pelajar melatih diri untuk mengajar dan membiasakan diri dengan
suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga
memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan segala pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa di institut pendidikan guru IPG serta mendapat
bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Kerjasama yang baik juga telah
diberikan oleh pihak sekolah bagi membantu melancarkan urusan yang berkaitan
dengan praktikum ini. Selain itu, kami juga diingatkan untuk melaksanak aktiviti yang
melibatkan kokurikulum dan melaksanakan segala program yang telah disusun oleh
pihak sekolah berdasarkan takwim di dalam buku pengurusa sekolah masing-masing.
Segala ilmu yang telah dipelajari semasa semester satu dan dua akan digunakan
sebaik mungkin dalam mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dan praktikum merupakan medan yang terbaik bagi melatih diri untuk menjadi
guru yang terbaik dalam tempoh perkhidmatan akan datang.





PELAN SEKOLAH

PELAN SEKOLAH

R BILIK BLOK B PARKIR
GURU BILIK KERETA
PADANG
BLOK D KANTIN KOMPUTER
KAWASAN ASTAKA DAN BILIK SAINS
BERKUMPUL DEWAN TERTUTUP

PADANG TAPAK PERHIMPUNAN

PONDOK
KESELAMATAN

TANDAS PARKIR
KERETA

TANDAS STOR

PELAN KECEMASAN SEKOLAH

BILIK BLOK B PARKIR
GURU BILIK KERETA

BLOK D KANTIN KOMPUTER
ASTAKA DAN BILIK SAINS
DEWAN TERTUTUP

TAPAK PERHIMPUNAN

TANDAS PONDOK
KESELAMATAN

PARKIR
KERETA

TANDAS STOR

CARTA

ORGANISASI
SEKOLAH

2021

CARTA ORGANISASI KURIKULUM PENGERUSI
SK PENGKALAN BESAR EN ABD SHUKOR B. ABD KARIM
2021
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI
MASWATI BINTI ABD. MUTALIB SHARIAH BINTI JANTAN NOR ATIKAH BINTI ZAKARIA

(PK HEM) (PENTADBIRAN) (KOKURIKULUM)

JADUAL WAKTU SETIAUSAHA KOKURIKULUM PEMULIHAN
SHARIAH BINTI JANTAN RAFIDAH BINTI JOHAR RAFIDAH BINTI JOHAN

PUSAT SUMBER SAPS PERKEMBANGAN STAF/SPLKPM
HASARA BINTI MAHAT BAHARUDIN BIN MOHD DIAH AZLINLY BINTI ATIR

PRASEKOLAH MBMMBI/HIP KSSR/PBD
AZLINLY BNTI ATIR MASWATI BINTI ABD. MUTALIB (B.MELAYU) SHARIAH BINTI JANTAN
SITI NUR’AFIQAH BINTI ROUSLILUDDIN (B.INGGERIS)

ASET ALIH KERAJAAN ICT PEKA
SHARIAH BINTI JANTAN WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN HUSSIN BAHARUDIN BIN MOHD DIAH

PAFA/KAFA PERBEKALAN KEBIRU
SUZIATON BINTI SORIANI RAFIDAH BINTI JOHAR SITI NURAFIQAH BINTI

PANITIA PAK 21 ROUSLILUDDIN
HASARA BINTI MAHAT
BM > HASARA MZ > SHARIAH GURU KELAS
PENGURUSAN DATA 1 ARIF > HASARA
BI > NUR’AFIQAH SJ > MASWATI NORATIKAH BINTI ZAKARIA 2 BESTARI > WAN AHMAD MUBARAK
3 CERDIK > BAHARUDDIN
MT > RAFIDAH PJK > RAFIDAH 4 DEDIKASI > RAFIDAH
5 INTELEK > AFIQAH
SN > BAHARUDIN BA > NORATIKAH 6 GEMILANG > SUZIATON

PI > WAN AHMAD PSV > SUZIATON

RBT/TMK > HASARA

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELASTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI

MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

MOTO JPNJ

“JOHOR LEADS”

MOTO PPD TANGKAK

“PENDIDIKAN TANGKAK PERKASA”

MOTO SEKOLAH

“ILMU SULUH KEMAJUAN”

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Pengkalan Besar dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Memastikan semua murid mendapat kemudahan pembelajaran yang
maksimum.

2. Memastikan faktor keselamatan diberi keutamaan semasa murid berada di
sekolah.

3. Memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran ditepati dengan penuh
intergriti.

4. Menentukan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan suasana yang
kondusif.

5. Memastikan segala aduan diurus dengan cekap.
6. Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada setiap pelanggan.
7. Mengamalkan sikap terbuka terhadap teguran, cadangan dan

penambahbaikan yang dikemukakan untuk kemajuan sekolah.
8. Bersikap adil dan mengutamakan kebajikan pelanggan.

MATLAMAT SEKOLAH

1. Sekolah ini adalah tempat murid-murid belajar dan membesar dalam suasana
yang selesa dan harmoni.

2. Sekolah memberi peluang kepada semua murid menimba ilmu pengetahuan dan
pelajaran sebanyak mana yang mereka termampu.

3. Murid diberi pelajaran dan didikan secara langsung meliputi aspek kerohanian,
emosi, intelek dan jasmani.

4. Iklim sekolah ini memberi peluang kepada murid bergaul dan bertukar
pendapat, bersefahaman, dan bekerjasama serta mendorong mereka berusaha
untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan seterusnya menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat.

LENCANA DAN LAMBANG SEKOLAH

MAKSUD OBJEK SEMANGAT BERDAYA MAKSUD WARNA KEBERANIAN
1.OBOR SAING YANG SIHAT 1.MERAH
DALAM PELBAGAI KEMAKMURAN
2.BUKU BIDANG. DISPLIN
KESUCIAN
3.TROFI BULAN MELAMBANGKAN 2.BIRU
SABIT ILMU PENGETAHUAN

BERMATLAMATKAN 3.KUNING
KEJAYAAN DUNIAWI
DAN UKHRAWI.

4.PUTIH

TAKWIM
PERANCANGAN

SEKOLAH
2021

April

2021

Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday
1 2 3

4 5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17

LATIHAN AWAL MESYUARAT
KEBAKARAN RAMADHAN PANITIA KALI 2

18 19 20 21 22 23 24

25 26 27 28 29 30

MAJLIS
BERBUKA
PUASA DAN
SOLAT HAJAT

Mei

2021

Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday
1

2345678

9 10 11 12 13 14 15

16 MESYUARAT KHATAM AL- 20 21 22
HARI GURU PENGURUSAN QURAN
KALI 3 27 28 29
23 CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH
17 18 19

24 25 26

30 31
CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH

Jun

2021

Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday

1 2 3 4 5
CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH

6 7 8 9 10 11 12
CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH

13 14 15 16 17 18 19

MESYUARAT
PANITIA KALI 3

20 21 22 23 24 25 26

HARI CERAMAH
PELAPORAN KESIHATAN

27 28 29 30

Julai

2021

Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday
1 2 3

4 5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17

MESYUARAT CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH
PENGURUSAN
KALI 4

18 19 20 21 22 23 24
CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH CUTI SEKOLAH

25 26 27 28 29 30 31

SENARAI NAMA GURU DAN AKP

BIL NAMA GRED OPSYEN NO TEL
PENGAJIAN 012-
1. ABDUL SHUKOR BIN DG44 MELAYU 7163837
MU/KT 019-
ABD KARIM 6240053
BM/PJ 012-
2. SHARIAH BINTI JANTAN DG42 5958290
PEND. ISLAM 011-
3. MASWATI BINTI ABD DG44 17792146
MUTALIB DG41 MATEMATIK 017-
DG34 2336817
4. NORATIKAH BINTI DG34 PENGAJIAN ISLAM 019-
ZAKARIA DG32 6892594
MU/BM 019-
5. BAHARUDIN BIN MD 2180953
DIAH PM/KH 019-
6889052
6. SUZIATON BINTI MT/PJ 013-
SORIANI 3414770
ENG/SN 019-
7. AZLINLY BINTI ATIR 7770194
PENDIDIKAN 018-
8. HASARA BINTI MAHAT DG44 ISLAM 9667005

9. RAFIDAH BINTI JOHAR DG42

10. SITI NUR’AFIQAH BINTI DG41
ROUSLILUDDIN

11. WAN AHMAD MUBARAK DC41
BIN WAN HUSIN

12.

13. NORAINI BINTI AHMAD N17 PEM.PENGURUSAN 014-
MURID 2610271
14. AZIZAH BINTI MANAP N19 PEMBANTU 013-
TADBIR 6973262

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR

1. Kehadiran Sekolah.

1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:20 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam
kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi.

1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng
sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)

1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu
pengajaran oleh guru-guru subjek.

1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu
pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.

1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan
dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.

1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib
dihadiri.

1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.

1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada
Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-
murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat
rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila
balik ke sekolah.

1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat
pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari
kawasan sekolah.

1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang
diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari
kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek.

1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran
daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.

1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang
disediakan untuk belajar persendirian.

1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua
atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya
dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh
terlibat.
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan
tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

2. Pakaian Seragam.
2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang warna biru gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut hitam. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)
d. Stokin hitam.

2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau
bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.

2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.
a. Pinafore.
b. Kasut putih.
c. Setokin putih.

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga
segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana
dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5
cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau
perhaisan tiruan.

2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau
aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam
wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)

3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian
yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani
atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid
bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau
menjalankan Pendidikan Jasmani.

3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk
luar biasa.

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)

4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.
Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.

4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn
melebihi garisan tengah hidung.

4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.
4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut
fesyen semasa.
4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan
diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika ada
murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang
atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.

5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah.

5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh
yang ditetapkan.

5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda
dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakkan hukuman
setimpal/membuat ganti rugi.

5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan.

5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada murid-murid.

5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku
tersebut.

5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.

5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid
dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian
dalam buku tersebut.

5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat
tempoh waktu belajar pada hari itu.

5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka
depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan.

5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut
maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau
membayar harga buku tersebut.

5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu
apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.

5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak
sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.

5.3.10.Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi
sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas.

6. Tatatertib.

6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa
pengajaran/pembelajaran.

6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak
membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas.

6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa
guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.

6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku
pertukaran subjek.

6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau
dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.

6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan lain-lain
hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing.

6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti
menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.

6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa.

6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar
yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.

6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini.

6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang
telah ditetapkan.

6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu
cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu
hujan).

6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan.

6.1.14. Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata demerit bagi
setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah

6.2. Perhimpunan sekolah

6.2.1. Perhimpunan resmi sekolah diadakan pada setiap hari Ahad, kecuali diberitahu ada
perubahan. Kehadiran guru dan murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-
bila masa Guru Besar rasa ianya diperlukan.

6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih
awal daripada masa perhimpunan sebenarnya.

6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis
tersebut.

6.3. Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasan-kawasan
yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada
Guru Besar.

6.4. Murid-murid yang melanggar undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah
atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

7. Peraturan Khusus.
Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk:
7.1. Bilik makmal sains
7.2. Bilik KH
7.3. Perpustakaan / Pusat Sumber
7.4. Kantin.
7.5. Bilik Komputer.
7.6. Bilik mesyuarat.
7.7. Koperasi / Kedai Buku Sekolah
7.8. Surau
7.9. Pejabat.
7.10 Gelanggang-gelanggang permainan.
7.11 Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

8. Amalan Ibadat.
8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan
tempat yang sesuai.
8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana
agama.

9. Ujian/Peperiksaan.
9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.
9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun.
9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa
peperiksaan.
9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan
dikenakan tindakan disiplin.
9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran
dalam peperiksaan.
9.6. Untuk peperiksaan UPSR murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah kesalahan
serius.
9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau penjaga.

10. Kegiatan Kokurikulum.
10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh
sekolah di luar masa belajar seperti:
10.1.1. Kegiatan sukan.
10.1.2. Kegiatan persatuan
10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam.
10.1.4. Kegiataan keagamaan.
10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan
Pasukan Pakaian Seragam dan satu kegiatan Kelab / Persatuan.
10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap
kegiatan yang dijalankan.
10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar
sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin.
10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki pakaian
seragam yang sesuai.
10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-masing pada
setiap hari Rabu.

11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)
11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
11.3. Memukul guru-guru.
11.4. Mengancam guru-guru atau Pengetua.
11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
Jabatan Pendidikan.
11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah.
11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
11.9. Mencuri
11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya.

11.11. Merokok dan mengambil dadah.

11.12. Berjudi

11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan.

11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.

11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Guru Besar.

11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau
dan perpecahan kaum.

11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Guru
Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.

11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid (Disiplin Sekolah)
1959)

(Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa
syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan
hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi
maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh
menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa
menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru
berdaftar.

Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam
aktiviti politik.

12.2. Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau
sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.

12.3. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau
pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau
menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.

12.4. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau
propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan
dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.

12.5. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara
yang mungkin menghalang mesyuarat.

12.6. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan
tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding
dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan
Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan.

Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah
sekolah:

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana
sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau

b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan
perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya
patut, atau membuang murid itu dari sekolah.

Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah
dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di
bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini.

Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah
peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan
oelh pihak berkuasa yang membuatkannya.

A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau

B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar
Besar.

12.7. Surat menyurat.

12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok
komunis di dalam atau di luar negeri.

12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar atau di
dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Guru Besar.

12.8. Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

12.9. Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau
pertunjukan fesyen.

12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa
kebenaran:- persekitaran Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah.

12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan
wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)

12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78)

12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam.

13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.

13.1. Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima
orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat
kebenaran daripada Guru Besar. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-lawatan 1957)

13.2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah dipertugaskan.
13.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam
bilik darjah.
13.4. Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan
kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Guru Besar hendaklah didapati dahulu.

14. Kebersihan.
14.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau
personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah:
14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.
14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.
14.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan
bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

15. Merokok.
15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-
mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan
sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)
15.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di
bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)
15.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.
15.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan pintu/
pagar sekolah.
15.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)

16. Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95)
16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50
setahun.
16.2. Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi
perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia.
16.3. Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh setahun dan
tamat pada hujung tahun.

17. Usaha Menyemai Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)

17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan melafas ikrar Rukun
Negara pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula.

17.2. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan
sekolah.

17.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila
lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan.

18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.

18.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik
sekolah.

18.2. Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah.

18.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja kesalahan
semasa memakai pakaian seragam sekolah.

19. Peraturan Bilik Darjah.

19.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi waktu hari
persekolahan.

19.2. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke
sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.

19.3. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib
dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.

19.4. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan
melaporkan nama mereka kepada Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat
demikian.

19.5. Ponteng kelas/sekolah:

19.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang
munasabah dianggap ponteng.

19.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.

19.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.

19.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Guru
Besar akan menghantar surat amaran pertama kepada ibubapanya.

19.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar
kepada ibubapanya.

19.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat
tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.

19.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat
demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid
dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah.

19.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Guru Besar,
guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka
keluar dari kelas.

19.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya
kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau
melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.

19.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya

bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki

kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu Guru Besar /P. Kanan dan

selepas itu mencari guru tersebut.

19.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas

lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.

19.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut:

19.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru

19.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.

19.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam
laci meja.

19.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru.

19.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Guru Besar.

19.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya.

19.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas.

19.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan.

19.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.

19.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.

19.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja
rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

20. Biasiswa.

20.1. Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak
sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau menamatkannya.

20.2. Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan
biasiswa.

20.3. Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut:

20.3.1. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan oleh sekolah.
20.3.2. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot.
20.3.3. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan positif setelah diberi
nasihat dan amaran.
20.4. Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan.
20.5. Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah. Sebarang
pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan.
20.6. Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru biasiswa.

21. Gantung Sekolah.
21.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah atau
menghadiri mana-mana kelas.
21.2. Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi kawasan
tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.

22. Minum Dan Membawa Minuman Keras.
22.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan sekolah.
22.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan
mabuk/khayal.

23. Hubungan Lekaki Dan Perempuan.
23.1. Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang boleh
menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.
23.2. Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain.
23.3. Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah dan kawasan-
kawasan lain di sekolah.

24. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.
24.1. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan oleh
pihak luar tanpa kebenaran daripada Guru Besar, menanggung semua risiko yang bakal dihadapi.
24.2. Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di kawasan sekolah
tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

25. Lembaga Pengawas.

25.1. Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga disiplin murid.
25.2. Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang telah
diarahkan.
25.3. Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian pengawas seperti
mana yang telah ditetapkan.
25.4. Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa.
25.5. Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.

26. Surau Dan Sembayang.
26.1. Surau dibuka pada setiap waktu sembayang.
26.2. Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran.
26.3. Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat, keselamatan,
kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oleh sekolah.
26.4. Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman surau.

27. Larangan-Larangan
27.1. Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan mempunyai tulisan
yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
27.2. Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di koridor apabila
loceng pertukaran masa berbunyi.
27.3. Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah dibunyikan.
27.4. Relajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran.
27.5. Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik darjah. Murid
yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya dengan pengetua atau penolong
kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh ambilnya apabila masa persekolahan tamat.
27.6. Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.
27.7. Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang tidak
dibenarkan di sekolah.
27.8. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
27.9. Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini adalah tidak
sihat.
27.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-barang kemas.
27.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid paper di
sekolah.

27.12. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di kawasan
sekolah.

27.13. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau kenderaan
dengan kuat dalam kawasan sekolah.

27.14. Murid dilarang menjerik sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-nama guru
atau pekerja sekolah.

27.15. Relajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan
dengan sekolah.

27.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.

27.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kanan-penolong kanan,
penyelia petang dan guru-guru.

27.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara.

27.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam kawasan sekolah
tanpa kebenaran.









RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
SK PENGKALAN BESAR,
KG. PENGKALAN BESAR,
84900 TANGKAK, JOHOR.

BIL. TARIKH AKTIVITI CATATAN
1. 28/04/2021 (SUKAN DAN PERMAINAN / BADAN
2. 05/05/2021 BACAAN DI DALAM
3. 12/05/2021 BERUNIFORM / KELAB DAN SOLAT
4. 19/05/2021 PERSATUAN) -

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM -

MINGGU PEPERIKSAAN MAJLIS BACAAN YASIN

CUTI HARI RAYA

PENGAKAP

5. 26/05/2021 SEPAK TAKRAW TAYANGAN VIDEO
6. 16/06/2021 PERSATUAN BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG
7. 23/06/2021
8. 30/06/2021 PENGAKAP SEPAK TAKRAW
SEPAK TAKRAW PERTANDINGAN
9. 07/07/2021
10. 14/07/2021 BADMINTON SAJAK &SYAIR
PENGAKAP
IKATAN & SIMPULAN
( BUKU SILA, BUNGA
GETI, SIMPUL MANUK )

TEKNIK DAN
KEMAHIRAN
( MENIMANG,
MENERIMA,
MENGHANTAR BOLA )
LATIHAN ASAS SERVIS

IKATAN & SIMPULAN
(TINDIH KASIH, LILIT
DUA SIMPUL, LILIT

PERMATI BIASA )



LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
SK PENGKALAN BESAR

SUKAN//PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM KELAS SEPAK TAKRAW

HARI SELASA

TARIKH 06 APRIL 2021
MASA 7.20 – 8.20 PAGI

NAMA GURU PENASIHAT EN. WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN
HUSSIN
BILANGAN MURID 10 ORANG
AKTIVITI
LATIHAN OLAHRAGA LATIHAN SEPAK TAKRAW

TEMPAT TAPAK GELANGGANG SEPAK TAKRAW
REFLEKSI SKPB
Ini merupakan hari pertama latihan sepak
takraw bagi Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Besar. Kami telah diarahkan
untuk menyertai latihan sepak takraw ini
bersama guru-guru yang lain. Latihan
sepak takraw ini terpaksa diadakan secara
kendiri kerana semua murid perlu mengikut
SOP yang ditetapkan akibat pandemik
COVID-19 yang melanda seluruh
negara.Semua murid berkumpul di tapak
gelanggang dan latihan dimulakan dengan
aktiviti memanaskan badan.Seterusnya,
murid-murid berpecah kepada 3 kumpulan
dan akan ditetapkan oleh guru pelatih
masing-masing mengikut kesesuaian.
Latihan asas sepak takraw telah
diterangkan oleh cikgu Baharuddin
berkaitan undang-undang yang perlu
diambil perhatian oleh semua pemain.

Semua murid memberi komitmen yang baik
selama 1 jam sesi latihan dijalankan. Murid
tahap 1 daripada Tahun 3 masih perlu
banyak latihan asas sepak takraw kerana
kurang keyakinan ketika bermain. 2 orang
murid tahap 2 daripada tahun 5 dilihat
mampu untuk mewakili sekolah pada tahun
hadapan jika sukan takraw ini
dipertandingkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ……………………………………….
(WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN HUSSIN) (ABD SHUKOR BIN ABD KARIM)
S/U Kokurikulum, Guru Besar,
SK Pengkalan Besar. SK Pengkalan Besar.

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
SK PENGKALAN BESAR

SUKAN//PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

HARI KHAMIS

TARIKH 24 JUN 2021
MASA 10.30 – 11.30 PAGI

NAMA GURU PENASIHAT PN. RAFIDAH BINTI JOHAR
EN. WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN
BILANGAN MURID HUSSIN
AKTIVITI
LATIHAN OLAHRAGA 12 ORANG

IKATAN DAN SIMPULAN

TEMPAT SECARA ATAS TALIAN
REFLEKSI (GOOGLE MEET)

Kehadiran murid bagi aktiviti kokurikulum
secara atas talian kali ini sangat
memuaskan dengan kehadiran seramai 10
daripada 12 orang ahli. Seorang murid
daripada Tahun 5 Intelek iaitu Muhammad
Nazrin dan murid daripada Tahun 6
Gemilang iaitu Muhammad Faris tidak
mengikuti kelas secara google meet di atas
kekangan talian internet yang tidak baik.
Berdasarkan aktiviti ikatan dan simpulan
yang dilaksanakan, 7 orang murid dapat
menerangkan cara-cara membuat ikatan
buku sila dan ikatan bunga geti seterusnya

dapat melakukan ikatan tersebut dengan
baik. 3 orang murid memerlukan bimbingan
guru dan perlu berlatih dengan menonton
video yang disediakan oleh guru sebagai
tugasan di rumah. Murid-murid dilihat aktif
memberi respon terhadap video youtube
yang dipaparkan dan lebih bersemangat
dan berani untuk berkomunikasi dengan
guru apabila guru memberikan bintang
kepada setiap murid yang respon terhadap
setiap soalan yang diberikan oleh guru.
Selian itu, penerangan yang selari dengan
praktikal dan demontrasi pelaksanaan cara
ikatan memudahkan pemahaman murid
untuk melakukan ikatan-ikatan yang perlu
dibuat. Murid juga dilihat bersedia dengan
aktiviti yang yang telah dilaksanakan
dengan menyediakan tali masing-masing
sebagai persediaan awal mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ……………………………………….
(WAN AHMAD MUBARAK BIN WAN HUSSIN) (ABD SHUKOR BIN ABD KARIM)
S/U Kokurikulum, Guru Besar,
SK Pengkalan Besar. SK Pengkalan Besar.




Click to View FlipBook Version