The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PIMK3263
PENGAJIAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
BUKU CERITA KANAK-KANAK
KISAH YUSUF DAN KUCING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SILENT GENIUS, 2024-05-24 06:48:05

BUKU CERITA KANAK-KANAK: KISAH YUSUF DAN KUCING

PIMK3263
PENGAJIAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
BUKU CERITA KANAK-KANAK
KISAH YUSUF DAN KUCING

Keywords: IPG,IPGKT,NOTA IPG,ASSIGNMENT,PIMK3263,PENGAJIAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH,2024,PISMP,TAHUN 1SEMESTER 2

BUKU CERITA KANAK-KANAK KISAH YUSUF DAN KUCING HAKIM AZMI


KOD KURSUS: PIMK3263 NAMA KURSUS: PENGAJIAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TUGASAN 1: PENGHASILAN BUKU CERITA KANAK-KANAK Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana pihak mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Cetakan Pertama 2024 IPGM KAMPUS TAWAU DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI PISMP PI (SK) JUN 22/27 2022052440072 TEL: 018-3109557 EMAIL: 948-25-muhdnurhakim@epembelajaran.edu.my Muhammad NurHakim mnur_akim


Di sebuah kampung yang damai, tinggal seorang kanak-kanak lelaki bernama Yusuf. Yusuf mempunyai segala-galanya yang diingini oleh seorang kanak-kanak seperti ibu bapa yang penyayang, rumah yang selesa, dan segala permainan yang diinginkan oleh dirinya. 1


Namun, di sebalik senyumannya yang ceria, Yusuf mempunyai sikap yang tidak baik terhadap haiwan-haiwan di sekitarnya, terutama terhadap kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar rumahnya. 2


Setiap hari, Yusuf akan mengganggu kucingkucing tersebut seperti membaling batu atau mengejarnya sambil memegang kayu di tangan. Dia tidak mempedulikan perasaan haiwan itu, dia hanya berasa seronok apabila melihat kucingkucing tersebut berlari dalam ketakutan. 3


Pada suatu hari, musim cuti pun tiba, Yusuf bersama keluarganya pergi bercuti di sebuah resort. Sebelum memulakan perjalanan, mereka membacakan doa menaiki kenderaan. 4


Doa menaiki kenderaan: َنا ِّب ِإىَل َر ا َّن ِنيَن، َوِإ ُه ُمْق ِر َنا َهَذا َوَما ُكَّنا َل َل َر َّخ ِذي َس َّل ُسْب َحاَن ا وَن َلُمْنَقِلُب (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini (kenderaan) untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu untuk menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari kiamat).) 5


Setelah empat jam perjalanan, mereka pun tiba di destinasi percutian. Mereka singgah di tempat penginapan terlebih dahulu untuk meletakkan barang. Seterusnya, mereka makan tengah hari dan berehat sebentar sebelum keluar bersiar-siar. 6


Pada waktu petang, Yusuf bersama ibu dan ayahnya pergi bersiar-siar di sekitar tempat penginapan mereka. Yusuf mengajak ibu dan ayahnya pergi ke taman permainan. 7


Yusuf bermain dengan riangnya sehingga dia menemukan seekor kucing jalanan berwarna hitam, badannya kurus dan penuh dengan luka. Oleh sebab sikapnya yang suka menyeksa haiwan, dia mengambil batu lalu melemparkannya ke arah kucing tersebut dan mengejarnya. 8


Tolong! Tolong! Ketika Yusuf sedang mengejar kucing itu, secara tidak sedar dia telah masuk ke dalam kawasan semak-samun yang bersebelahan dengan taman permainan itu. Dia mencari-cari jalan keluar, namun dia telah tersesat dan sebaliknya telah menjauhi jalan keluar. Dia cuba memanggil ayah dan ibunya, namun suaranya tidak cukup kuat untuk didengari. 9


Setelah jauh berjalan mencari jalan keluar, dia akhirnya berasa penat dan membuat keputusan untuk berehat seketika. Dia bersandar di sebuah pokok yang agak lebat daunnya. Secara tidak sedar, Yusuf tertidur di bawah pokok tersebut kerana terlalu letih. 10


Ketika Yusuf membuka mata, dia terkejut setelah mendapati dirinya telah berubah menjadi seekor kucing. Dia mendapati badannya berbulu hitam dan mempunyai ekor. 11


Dia berlari-lari sehingga menjumpai jalan keluar dari semak samun tersebut. Matahari tenggelam dan langit bertukar kekuningan menandakan waktu sudah maghrib. Ketika itu, dia ternampak ada seorang kanak-kanak bersama bapanya sedang bersiap untuk pulang ke rumah. Dia cuba memanggil mereka namun suara yang keluar dari mulutnya hanyalah “meow”. Meow 12


Kini dia sedar bahawa dirinya benar-benar sudah berubah menjadi seekor kucing. Dia memusingkan kepalanya cuba mencari kedua-dua ibu dan ayahnya, tetapi tiada. Dia tidak tahu jalan pulang ke tempat penginapannya kerana agak jauh dari taman permainan tersebut. 13


Dia berasa panik dan bingung, tidak tahu apa yang telah terjadi. Hari semakin gelap, perutnya mula berbunyi, biasanya waktu begini dia sedang menikmati makan malam yang disediakan oleh ibunya di rumah. Dia merasakan kesedihan yang sama seperti yang dialami oleh kucing-kucing yang pernah dia ganggu. ㅠ ㅠxt 14


Dia meneruskan perjalanan sehingga terjumpa sebuah kedai makan. Dia melihat terdapat banyak kucing jalanan yang berada di sana. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk meminta makanan daripada seorang lelaki yang sedang makan di sana. 15


Perutnya terus berbunyi, dia tidak dapat menahan diri daripada melihat makanan itu dan terus memanjat ke atas meja makan. 16


Belum sempat pun dia makan, Yusuf dimarahi dan diusir dari meja makan. Lelaki tersebut menggenggam badannya lalu mencampakkannya keluar jauh dari kedai makan tersebut sehingga tercedera kakinya.“Pergilah kau kucing hodoh, sudah lah hitam, kotor pula tu, habis tercemar makanan aku” , kata lelaki itu. 17


Sedih mendengar kata-kata lelaki itu, dia pun berputus asa. Yusuf berlalu pergi dengan penuh kehampaan dan perut yang kosong. Hari semakin gelap, dia perlu mencari tempat untuk tidur dan berteduh. 18


Dalam perjalanannya, dia melalui satu lorong yang gelap. Di sana terdapat banyak kucing jalanan lain yang besar-besar badannya. Sewaktu melintasi lorong gelap itu, Yusuf dikepung oleh beberapa ekor kucing jalanan yang merupakan penjaga kawasan di lorong itu. Kau ni siapa? 19


Saya sebenarnya adalah seorang manusia tetapi telah disumpah menjadi seekor kucing, sekarang saya sedang kelaparan dan keletihan. Saya mencari jika ada sisa-sisa makanan di sini dan juga tempat untuk berteduh. 20


Kau tahu atau tidak di sini ada syarat? Semua kucing yang melalui kawasan ini perlu membawa sisa makanan dan memberikannya kepada kami Maaf, saya tiada makanan untuk diberikan kepada kamu semua 21


Dengan pantasnya kumpulan kucing jalanan itu mencakar dan memukul badannya sehingga luka. Setelah tamat pergelutan tersebut, Yusuf ditinggalkan bersendirian dalam keadaan kaki dan badannya kesakitan dan penuh dengan luka. 22


Pada waktu itu, awan di langit kelihatan gelap, bunyi guruh berdentum dapat didengari. Tidak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebatnya. Dia mencari tempat berteduh dan menjumpai sebuah kotak kosong. Tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam kotak tersebut lalu tidur. 23


Keesokan paginya, dia terjaga dari tidur dan meneruskan perjalanan untuk mencari makanan kerana perutnya kelaparan dari semalam. Dia tidak tahu ke mana arah hendak dituju. Jadi, dia mengambil keputusan untuk pergi ke tempat dia bermain semalam. 24


Semasa sampai di sana, dia melihat ramai kanak-kanak yang sedang bermain dengan gembira di taman permainan itu. Dia mencuba sekali lagi untuk meminta makanan daripada orang yang berada di sana, namun tiada seorang pun yang mempedulikannya. 25


Sehingga dia menyedari ada seorang kanakkanak yang sedang berlari menuju ke arahnya sambil memegang kayu untuk memukulnya. Dengan kekuatan yang ada, dia sedaya upaya berlari sepantas mungkin untuk menyelamatkan diri. 26


Yusuf berlari sehingga masuk ke kawasan semak-samun yang bersebelahan taman permainan itu. Dia telah berhenti di hadapan sebuah pokok. Dia dapat merasakan ada sesuatu perasaan yang aneh di pokok ini. Apabila dia melihat pokok ini, dia tersedar bahawa inilah pokok tempat dia berehat semalam. Dia juga sangat yakin bahawa pokok inilah yang telah mengubah dirinya menjadi seekor kucing. 27


Tiba-tiba, kepalanya berasa pening, seakan dunia ini sedang berputar, lalu dia pun terjatuh dan pengsan di pokok itu. 28


Setelah terjaga daripada tidur, dia mendapati bahawa dia berada di pangkuan ibunya sambil ditemani oleh ayahnya di sebelah. Dia terus memeriksa badannya dan mendapati badannya sudah kembali menjadi manusia. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk erat ibunya. 29


Dia bertanyakan kepada ibu bapanya apa yang sudah terjadi kepada dirinya. Ayahnya memberitahu bahawa dia telah tersesat di dalam semak- samun ini semasa sibuk berlari mengejar seekor kucing hitam. Ibu dan ayahnya telah mencarinya di sekitar kawasan dan syukurlah menjumpainya sedang terbaring di pokok ini. 30


“Saya bermimpi bahawa saya telah bertukar menjadi seekor kucing jalanan dan saya telah diperlakukan dengan sangat teruk. Saya menyesali atas segala perbuatan yang pernah saya lakukan selama ini. Saya berjanji tidak akan menzalimi haiwan lagi selepas ini dan berjanji akan menyayangi haiwan” , kata Yusuf kepada ibu dan ayahnya. 31


Ayah dan ibunya bersyukur mendengar katakatanya. Selepas itu mereka bangun dan pulang ke tempat penginapan. Tiba di tempat penginapan, ada seekor kucing yang mendekati dirinya. Kali ini, dia tidak lagi menyeksa kucing tersebut. Kali ini, dia membelainya dengan penuh kasih sayang. 32


Dia bersyukur kepada tuhan kerana telah mengembalikannya ke dunia realiti. Dari hari itu, Yusuf menjadi lebih baik dan lebih berbelas kasihan. Dia belajar bahawa setiap makhluk di dunia ini layak untuk diperlakukan dengan baik, termasuklah haiwan. 33


“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik kepada setiap sesuatu.” (Hadis Riwayat Muslim: 1955) TAMAT 34


PENGAJARAN Kisah ini menekankan kepentingan kasih sayang terhadap semua makhluk hidup termasuk haiwan. Yusuf yang pada mulanya suka menyeksa kucing, mengalami perubahan menjadi seekor kucing dan merasai penderitaan yang sama dialami haiwan yang dideranya. Peristiwa tersebut mengajarnya pengajaran berharga tentang empati dan kepentingan memperlakukan semua haiwan dengan baik. Selain itu, kisah ini juga menekankan kepentingan bertaubat dan berjanji untuk memperbaiki diri setelah menyedari kesilapan diri. 35


Aras 1: Mengingat Siapakah nama kanak-kanak lelaki dalam cerita ini? Apakah sikap Yusuf terhadap kucing-kucing di sekitar rumahnya? Aras 2: Memahami Mengapa Yusuf memutuskan untuk tidak lagi menyeksa kucing setelah kembali menjadi manusia? Jelaskan mengapa Yusuf diusir dari meja makan oleh lelaki di kedai makan? Aras 3: Mengaplikasi Bagaimana Yusuf dapat menggunakan pengalaman hidupnya sebagai seekor kucing untuk mengajar orang lain tentang pentingnya belas kasihan terhadap haiwan? Apakah yang boleh dilakukan Yusuf jika dia berjumpa dengan kanak-kanak lain yang memperlakukan haiwan dengan tidak baik? JOM JAWAB SOALAN Pemikiran Aras Rendah


JOM JAWAB SOALAN Pemikiran Aras Tinggi Aras 4: Menganalisis Analisis bagaimana pengalaman Yusuf sebagai seekor kucing mempengaruhi perkembangan karakternya dari sikap yang tidak baik menjadi lebih berbelas kasihan. Aras 5: Menilai Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat kita teladani daripada kisah ini? Apakah keputusan yang paling penting yang diambil oleh Yusuf dalam kisah tersebut? Adakah keputusan tersebut bermanfaat atau merugikan? Aras 6: Mencipta Berdasarkan pengalaman Yusuf, ciptakan satu program kesedaran sayangi haiwan bagi para guru dan ibu bapa yang bertujuan untuk membentuk kesedaran dan empati terhadap haiwan dalam kalangan kanak-kanak.


NURHAKIM AZMI Buku cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Yusuf yang mempunyai sikap tidak baik terhadap kucing. Suatu hari, Yusuf secara tidak sengaja telah bertukar menjadi seekor kucing dan mengalami pelbagai pengalaman yang menyedarkan dirinya tentang perlunya kasih sayang dan keadilan terhadap haiwan. Setelah mengalami pelbagai kesulitan dan penderitaan sebagai seekor kucing jalanan, Yusuf akhirnya terjaga daripada tidurnya, menyedari bahawa pengalaman tersebut hanyalah mimpi. Dengan menghargai pengajaran yang diperolehnya daripada pengalaman itu, Yusuf kembali ke kehidupan manusianya dengan tekad baharu untuk menjadi manusia yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab terhadap kesejahteraan haiwan.


Click to View FlipBook Version