The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GICS1082
ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
TUGASAN 1 PEMBENTANGAN BERKUMPULAN
ISU-ISU KONFLIK SEMASA
PERTIKAIAN DAN KONFLIK DI RUANG UDARA
ISU-ISU EKONOMI SEMASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SILENT GENIUS, 2023-05-12 20:12:28

GICS1082 TUGASAN 1 PEMBENTANGAN KUMPULAN

GICS1082
ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
TUGASAN 1 PEMBENTANGAN BERKUMPULAN
ISU-ISU KONFLIK SEMASA
PERTIKAIAN DAN KONFLIK DI RUANG UDARA
ISU-ISU EKONOMI SEMASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA

Keywords: GICS1082,ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN,TUGASAN 1 PEMBENTANGAN BERKUMPULAN,ISU-ISU KONFLIK SEMASA PERSEMPADANAN UDARA,ISU-ISU EKONOMI SEMASA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA,KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL 2008-2009,PERUBAHAN HARGA PETROLEUM DAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF,PPISMP,NOTA IPG

PENCEROBOHAN RUANG UDARA MALAYSIA OLEH TENTERA UDARA REPUBLIK RAKYAT CHINA (PLAA)

KRONOLOGI Pada 1 Jun 2021, ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) di Sabah telah diceroboh oleh .16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF). Pesawat-pesawat tersebut dikesan di Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional serta dipercayai terbang menghampiri 60 batu nauatika daripada pantai Wilayah Sarawak dan kemudian mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. TUDM berusaha memintas dengan menghubungi pesawat-pesawat itu supaya memperkenalan diri tetapi diendahkan

TUDM menghantar pesawat pemintas (Hawk 208) untuk mengenali pesawat China tersebut secara visual terhadap pencerobohan tersebut. Hasil daripada pemintasan udara tersebut, TUDM telah mengenal pasti pesawatpesawat tersebut daripada jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkutan strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi. Ilyushin II-76 Xian Y-20 HAWK 208

Sumber: https://www.mhdaily.net/panas-pesawat-tenterachina-masuk-ruang-udara-kita-melalui-pintu-depan/

Kementerian Luar mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China. Memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu. REAKSI MALAYSIA TERHADAP ISU PENCEROBOHAN RUANG UDARA OLEH PESAWAT MILIK TENTERA UDARA REPUBLIK CHINA

"Ini hanyalah rutin biasa yang dilakukan oleh tentera Udara China di perairan selatan dan tidak ada niat untuk menyasarkan mana-mana pihak" Ouyang Yujing Duta Besar China ke Malaysia

"Tindakan 16 pesawat China itu merupakan satu pencerobohan yang salah kepada ruang udara kita, sekali gus menggugat kedaulatan Malaysia" Dato' Seri Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu

MENGAPA CHINA BEGITU BERMINAT DENGAN BETING PATINGGI ALI? FAKTA BONUS

China menuntut bahawa mereka mempunyai 'hak bersejarah' di kawasan Laut China Selatan termasuklah di kawasan Beting Patinggi Ali dan dengan perlahan menghantar kapal pengawal pantai (CCG) nya di kawasan ini sejak tahun 2013 lagi. Walau bagaimanapun, tuntutan China ini tidak diperakui di peringkat antarabangsa. Pihak Kedutaan di China di Malaysia menyatakan bahawa kejadian tersebut hanyalah latihan ketenteraan biasa dan tidak menyalahi undang-undang antarabangsa berhubung kebebasan penerbangan. Malaysia dengan tegas membantah tindakan ini serta mengeluarkan notis bantahan kepada Beijing melalui Kementerian Luar. BETING PATINGGI ALI Sekiranya Malaysia hanya berdiam diri, ia bermaksud bahawa Malayia membuat pengakuan terhadap keabsahan tuntutan Sembilan Garis Putus yang dibuat oeh negara China di Laut China Selatan.

PENCEROBOHAN PASIR GUDANG OLEH SINGAPURA

Singapura mengumumkan ingin memperenalkan SIstem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar pada Disember 2018. ISU 1 Pengenalan kepada ILS ini secara tidak langsung memberikan ancaman kepada operasi perkapalan dan merencatkan pembangunan di Pasir Gudang, Johor. Kewujudan ILS menyebabkan 3-5 KM daripada Lapangan Terbang Seletar tidak dibenarkan sebarang bangunan melebihi 54-145 m, hal ini bermaksud kren tidak boleh digunakan dan bangunan tidak dapat dibina (sekatan ketinggian struktur).

Malaysia menghantar notis bantahan kepada Singapura berkenaan pelaksanaan ILS. Malaysia-Singapura bersetuju mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan permasalahan ini. April 2019, satu keputusan telah dicapai dengan Singapura menarik balik pelaksanaan ILS dan mengubah di kawasan yang asalnya Landasan 03 yang melalui Pasir Gudang kepada Landasan 21 Sebagai timbal balik, Kawasan Larangan (RA) kekal ruang udara Pasir Gudang digantung.

LAPANGAN TERBANG SELETAR, SINGAPURA PELABUHAN JOHOR, PASIR GUDANG JARAK: 2.4 KM

Penduduk Pasir Gudang telah membuat aduan mengenai pesawat tentera Singapura yang melakukan terbang rendah sehingga menimbulkan gangguan dan kebimbangan penduduk pada Oktober 2021. Kekerapan pencerobohan ini berlaku disebabkan tindakan Kerajaan Pusat mengkaji semula kes Pulau Batu Puteh. Panglima ATM menyatakan kehadiran pesawat Singapura bukanlah pencerobohan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan oleh negara-negara anggota Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) Latihan ketenteraan ini melibatkan negara Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United KIngdom. Pulau Batu Puteh ISU 2

PESAWAT ISRAEL MELINTASI RUANG UDARA MALAYSIA

Pada 29 Mei 2021, sebuah pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel disahkan melalui ruang udara negara dan mendapat kelulusan penerbangan Malaysia. Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, MOT berkata pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan kewujudan pesawat prototaip pengintip Boeing 737-400 bernombor pendaftaran 4X-A00 milik Israel ketika dalam penerbangan dari Tel-Aviv ke Singapura memasuki ruang udara negara dan berlegar empat jam sebelum mendarat. Insiden itu menimbulkan keresahan selepas Israel sebelum ini melabel Malaysia sebagai negara pro Palestin selepas krisis kemanusiaan di Gaza tercetus sejak pertengahan Mei. Kejadian tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat yang banyak diluahkan di media sosial.

I M PLIKASI KONFLIK TERHADAP M ALAYSIA P e r t i k a i a n d a n K o n f l i k d i r u a n g u d a r a

IMPLIKASI KONFLIK TERHADAP MALAYSIA Menjejaskan hubungan diplomatik antarabangsa Mengancam kedaulatan negara Pelabur kurang yakin untuk melabur di dalam negara

ISU- ISU EKONO M I SE M ASA DAN I M PLIKASINYA TERHADAP NEGARA

K E M E L E S E T A N E K O N O M I GLOBAL 2 0 0 8 - 2 0 0 9

Penurunan ketara dalam aktiviti ekonomi yang berlarutan sehingga beberapa bulan lamanya Istilah ekonomi: Penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara atau pertumbuhan ekonomi sebenar yang negatif Penurunan aktivitiaktiviti ekonomi dalam negara dan seluruh dunia yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti inflasi dan kadar faedah DEFINISI KEMELESETAN EKONOMI

Sejarah ekonomi dunia mencatatkan kemelesetan ekonomi mula berlaku sejak tahun 1930-an lagi (The Great Depression). SEJARAH KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL Krisis kewangan global yang terjadi pada tahun 2008-2009 merupakan satu krisis kewangan yang terburuk semenjak 80 tahun yang lalu sehinggakan ahli-ahli ekonomi dunia menggelarnya sebagai "mother of all crises". Kemelesetan ekonomi yang teruk atau panjang dikenali sebagai Kemurungan Ekonomi (Economic Depression). Menyebabkan beberapa bank utama bankrap kerana mengalami masalah kredit, berlaku pengangguran dan krisis ekonomi terus berpanjangan.

PUNCA-PUNCA BERLAKU KRISIS KE W ANGAN Masalah sistem kewangan Amerika Syarikat Peningkatan harga minyak Kadar inflasi

Sebahagian besar institusi perbankan dan kewangan bersaiz mega di Amerika Syarikat seperti Northern Rock, Bear Stearns, IndyMac Bank dan Washington Mutual terjejas teruk dan telah pun diisytihar bankrap. Masalah sistem kewangan Amerika Syarikat Ramai jatuh miskin dalam masa singkat akibat kehilanagan wang simpanan dan kejatuhan teruk nilai wang simpanan pencen.

Kemerosotan kualiti aset sub prima pada pertengahan tahun 2007 menjadi punca kepada permulaan masalah sistem kewangan ini. Kegagalan beberapa buah institusi kewangan Amerika Syarikat dan global yang utama pada bulan September 2008 telah membangkitkan kebimbangan meluas mengenai gangguan sistemik merentas pasaran kewangan global, seterusnya menyebabkan pembekuan pasaran anatara bank dan pasaran kredit di kebanyakan pusat kewangan di seluruh dunia. Perkembangan buruk ini merebak hingga menjadi krisis kewangan global yang besar dan ketara pada separuh pertama 2008.

Penurunan kadar faedah pinjaman Peningkatan nilai hartanah di Amerika Kejatuhan harga sekuriti gadai janji menyebabkan menyebabkan Amerika Syarikat melalui Rizab Persekutuan (Federal Reserve) telah melaksanakan beberapa polisi penting seperti pelonggaran syarat kelayakan kredit melalui penurunan kadar faedah pinjaman. Penurunan kadar faedah pinjaman ini turut didorong oleh minat bank pusat di beberapa negara dunia termasuk Asia terhadap aktiviti penjualan sekuriti hutang. Penurunan kadar faedah pinjaman menyebabkan berlaku peningkatan ketara nilai hartanah di Amerika Syarikat seterusnya mengakibatkan terlalu banyak rumah terpaksa dilelong yang akhirnya membawa kepada peningkatan penawaran rumah secara mendadak. Kemuncaknya, harga rumah di Amerika Syarikat dan juga di tempattempat lain yang terlibat mengalami kejatuhan purata sebanyak 35% untuk tempoh 6 tahun. Mengakibatkan pasaran kewangan di seluruh dunia terjejas teruk. Pasaan antara bank, khususnya yang melibatkan urus niaga instrumen jangka panjang berdepan dengan tekanan mudah tunai yang kritikal dan bank-bank pusat terpaksa menyuntik mudah tunai secara besar-besaran bagi mengelakkan pelabur menarik keluar dana dari pasaran kesan kekurangan mudah tunai.

Harga minyak mentah melonjak kepada USD 147 juta setong pada Julai 2008, kini susut kepda USD 51 setong. Kos bahan makan meningkat berpunca dari bahan makanan sebagai sumber alternatif kepada petroleum-biofuel. Inflasi global. Krisis kredit yang membawa kepada bankrapsi bank-bank utama dunia. Peningkatan pengangguran. Kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan. Kesan: Peningkatan harga minyak Berlaku disebabkan oleh peningkatan permintaan serta krisis dalaman di negara arab (pengeluar utama minyak sedunia).

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_ekonomi_2008 Peningkatan harga minyak dari tahun 1996-2008

Lebihan penawaran kewangan di kebanyakan negara. Pertumbuhan yang memberangsangan yang didorong oleh tahap kecairan yang tinggi di kalangan negara Asia. Spekulasi ke atas komoditi. Kegagalan pertanian Peningkatan kos import dari negara China Peningkatan permintaan ke atas makanan dan komoditi dari beberapa negara Punca berlaku inflasi global: Pada Februari 2008, OECD Outlook (Organization of Economic Cooperation Development) melaporkan inflasi di peringkat global telah mencecah ke paras tertinggi dalam sejarah. Kadar inflasi

KRISIS KEWANGAN DI BEBERAPA NEGARA AMERIKA SYARIKAT Kemelesetan ekonomi terburuk semenjak Perang Dunia Kedua bermula pada awal tahun 2008 disebabkan oleh kegagalan beberapa bank utama Kerajaan Amerika Syarikat memperuntukkan USD 700 bilion sebagai plan pemulihan ekonomi sebagai usaha menyelamatkan bebrerapa bank utama. ICELAND Nilai mata wang Iceland, Krona susut 40% berbanding Euro dan mengalami inflasi pada kadar 14% dengan kadar bunga meningkat kepada 15.5%. Memberi tekanan kepada bank-bank mereka memandangkan merek amat bergantung kepada hutang luar negara.

UNITED KINGDOM Kadar inflasi melepasi 4% dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif; hanya 1.5% (2008) dan 1.0% (2009). JEPUN Eksport dari Jepun berkurangan buat pertama kali dalam tempoh lima tahun; Amerika Syarikat (-15.4%) dan Kesatuan Eropah (11.3%). Mengurangkan lebihan perdagangan Jepun sebanyak USD 1.28 bilion, kejatuhan sebanyak 90% berbanding tahun 2007. Bilangan penduduk yang hilang pekerjaan meningkat dari 81,000 kepada 1.92 juta menjelang tahun 2009 dan merupakan bilangan terbesar semenjak tahun 1999.

Sumber: https://www.researchgate.net/figure/Gambar-1-Pertumbuhan-dan-Inflasipada-Tahun-2008-dan-2009_fig1_318985234

I M PLIKASI KRISIS KE W ANGAN GLOBAL KEPADA M ALAYSIA Perdagangan luar Pelaburan Banyak aset kewangan mengalami kerugian yang mengakibatkan kesan negatif kepada pendapatan negara. Ekonomi Malaysia mula terkesan pada pada suku keempat 2008. Eksport dan pengeluaran perkilangan masingmasing menurun sebanyak 7.4% dan 11.1% Pada suku keempat 2008, perdagangan dunia jatuh ketara sebanyak 28.6% Eksport kasar Malaysia merosot sebanyak 20% pada suku tersebut. Momentum pertumbuhan ekonomi di Malaysia mula perlahan dan hanya meningkat sebanyak 0.1% pada suku keempat 2008. Sektor pembuatan menguncup sebanyak 8.8% berikutan kelembapan sektor luaran dan kejatuhan pelaburan swasta. Pada 2009, Malaysia kembali ke fasa kemelesetan dengan KDNK menguncup sebanyak 1.6%.

I M PLIKASI KRISIS KE W ANGAN GLOBAL KEPADA M ALAYSIA Sektor pekerjaan Bursa Saham Banyak syarikat mengambil langkah mengurangkan kos pekerja dengan membekukan pengambilan pekerja baharu, memulakan pengurangan gaji dan waktu kerja lebih masa serta memberhentikan sebahagian daripada pekerja. Pada suku pertama 2008, jumlah pemberhentian pekerja meningkat kepada 12,590 orang. Kadar pengangguran meningkat kepada 4% pada suku pertama 2009 Sejak Januari 2008, pasaran saham tempatan mengalami kerugian hampir RM 300 bilion ekoran daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat yang bermula awal 2008. Malaysia mula menerima tempias daripada krisis kewangan global tersebut; Kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras 900 mata

PERUBAHAN HARGA PETROLEU M DAN SU M BER-SU M BER ALTERNATIF

Sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai di dalam tanah, ia merupakan sumber asli hidrokarbon Terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir Boleh diasingkan melalui kaedah penyulingan berperingkat PETROLEUM

KEGUNAAN-KEGUNAAN PETROLEU M Sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan Bahan bakar dan pelincir Pembuatan pelarut, baja, racun perosak, sabun dan detergen

PUNCA-PUNCA BERLAKU PERUBAHAN HARGA PETROLEU M Situasi semasa negaranegara pengeluar minyak Dasar negara OPEC Kira-kira 62% bekalan minyak dunia ada di Timur Tengah dan berpusat di lima negara: Arab Saudi, Emriah Arab Bersatu, Qatar, Iraq dan Kuwait. Akibat konflik yang berlaku di negara-negara timur tengah, produksi petroleum yang maksimum tidak dapat dicapai. OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) memegang jawatan penting sebagai sebuah medium yang mempengaruhi jumlah bekalan makanan dalam perdagangan minyak dunia. Perubahan kapasiti pengeluaran setiap negara adalah disebabakan konflik geopolitik yang kadangkadang muncul sekaligus menjadi faktor-faktor yang bermain dalam pembentukan trend harga minyak dunia.

PUNCA-PUNCA BERLAKU PERUBAHAN HARGA PETROLEU M Penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) Krisis kewangan yang berlaku di AS menyebabkan harga saham global jatuh dan melemahkan kadar mata wang Amerika Syarikat. Pembelian minyak menggunakan mata wang negara Amerika Syarikat, perkara ini akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak jika terjadi penurunan nilai mata wang negara tersebut.

Lembangan Melayu dan Lembangan Sarawak Di Malaysia, hasil minyak dan gas asli digali di kawasan luar pesisir pantai walaupun telaga minyak terawal digali di atas darat di Miri, Sarawak pada 1910. Lembangan Melayu/Malay Basin (luar pesisir pantai Terengganu). Lembangan Penyu (luar pesisir pantai Pahang). Lembangan Sarawak Lembangan Sabah Antara kawasan lembangan hidrokarbon utama di Malaysia: Sumber:https://rootofscience.com/blog/2016/umum/sektorminyak-dan-gas-di-malaysia/

Petroleum di Malaysia dikelolakan oleh PETRONAS. Ekonomi Malaysia bergantung kepada minyak dan gas yang menyumbang 15% kepada hasil eksport dan 30% kepada hasil kerajaan persekutuan.

Memberi manfaat kepada Malaysia sebagai antara pengeksport utama komoditi itu. Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi sektor perlombongan minyak mentah dan industri yang mempunyai rantaian bekalan dengannya. Mengukuhkan pendapatan kerajaan Persekutuan. Minyak mentah bertindak sebagai bahan api utama yang digunakan oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan (pengangkutan). Apabila sektor perkilangan dan pengangkutan bertumbuh, maka permintaan ke atas minyak mentah meningkat. KESAN POSITIF PENINGKATAN HARGA PETROLEUM Membantu pertumbuhan ekonomi negara

KONSEP RANTAIAN REAKSI (CHAIN REACTION) Kenaikan harga petroleum Meningkatkan kos pengangkutan Kos produk meningkat Minyak mentah Sektor perkilangan/ pengangkutan Implikasi kepada isi rumah Semakin bertumbuh Permintaan meningkat Kuasa pembeli berkurang KESAN NEGATIF PENINGKATAN HARGA PETROLEUM

SUMBER TENAGA ALTERNATIF TENAGA ANGIN TENAGA SURIA TENAGA BIOMASS TENAGA GEOTERMA TENAGA HIDRO

TENAGA SURIA Tenaga Solar: Cahaya bumi yang dipancarkan ke bumi Malaysia terletak di garisan khatulistiwa, menerima cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun Contoh: Projek Solar Photovoltak berskala besar (LSSVP) di Malaysia mampu menjana 10 juta kilowatt jam tenaga dalam setahun

TENAGA BIOMASS Sumber tenaga yang bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar. Pada masa dahulu, masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk menjana tenaga. Kini, hasil hampas daripada sisa pertanian daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass.

TENAGA HIDRO Memanfaatkan kuasa air yang bergerak dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Sumber:https://iluminasi.com/bm/bagaimana-sebenarnyaempangan-hidroelektrik-menjana-tenaga-elektrik.html Empangan adalah bahagian penting dalam proses ini dan berfungsi dengan menyimpan atau menahan kuasa ini dengan mengawal aliran air. Aliran ini kemudiannya boleh digunakan dengan lebih berkesan kerana kelajuan atau halaju terkawalnya memutar turbin yang menjana elektrik. Empangan Bakun (Sarawak) Epmpangan Kenyir (Terengganu) Empangan Pergau (Kelantan) Antara kawasan empangan hidroelektrik di Malaysia:

HALANGAN M ENGGUNAKAN SU M BER TENAGA ALTERNATIF Tahap teknologi yang rendah dan modal yang besar Kurang buruh mahir Saiz pasaran yang kecil

Click to View FlipBook Version