DASAR DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH TUGASAN 2: PEMBENTANGAN GKKO 1062:KOKURIKULUM DAN KESIHATAN DIRI NAMA PENSYARAH: EN. YUSMAIL BIN JUSUP
ISI KANDUNGAN: 01 Ahli Kumpulan 02 03 04 Pengenalan kepada Kokurikulum Dasar Utama 1: Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kokurikulum Kebangsaan Kepentingan Dasar Utama 1 05 Rujukan
AHLI KUMPULAN MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHFUDZ RABIATUL SYUHADA BINTI ABDULLAH
Definisi Tujuan Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan PENGENALAN KEPADA KOKURIKULUM
DEFINISI TUJUAN Kegiatan kokurikulum ertinya apaapa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum). Menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN Sukan dan Permainan Pasukan Pakaian Seragam Persatuan dan Kelab Lain-lain kegiatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Pendidikan contoh : Hari kokurikulum Contoh: Bola Sepak, Badminton, Hoki, Sepak Takraw, Badminton. Contoh : Pengakap, Pandu Putri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah Contoh: Kelab Bahasa Melayu, Kelab Doktor Muda, Kelab STEM
Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum Penyertaan "Beramai-ramai" Kokurikulum adalah Sebahagian daripada Kokurikulum Kebangsaan Penyertaan Semua Guru adalah Wajib Penyertaan Murid dalam Kegiatan Kokurikulum adalah Wajib DASAR KOKURIKULUM DI SEKOLAH DASAR UTAMA 2 DASAR UTAMA 1 DASAR UTAMA 5 DASAR UTAMA 3 DASAR UTAMA 4
DASAR UTAMA 1: KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan. Jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Imbas Qr Code ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. ” “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi RM500 sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
KEPENTINGAN DASAR UTAMA 1: KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Melahirkan murid yang seimbang dalam perkembangan mental serta perkembangan jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial.
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing.
Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar atas penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum.
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA
Mohd Hanapiah Khamis & Melati Yaacob. (2023). Kokurikulum dan kesihatan diri. Local Publications (M) SDN BHD. https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikanmenengah/koku rikulum-pendidikan-menengah https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafahpendidikan-kebangsaan RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH GKKO 1062:KOKURIKULUM DAN KESIHATAN DIRI