K E P I M P I N A N KHULAFA AR-RASYIDIN HAIKAL DIANA HAKIM 2023 PIMK 1124 SIRAH NABAWIYYAH DAN TARIKH ISLAMI TUGASAN 1: PERSEMBAHAN
SITI NUR DIANA BINTI ABD RAHIM diene.na PENULIS PPISMP PAI JUN 2022 IPG KAMPUS TAWAU HAIKAL HARIZ HAZIMI BIN NORDI haikalatte_ [email protected] PPISMP PAI JUN 2022 IPG KAMPUS TAWAU [email protected] PPISMP PAI JUN 2022 IPG KAMPUS TAWAU MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI mnur_akim [email protected]
بسم هللا الحمن الرحيم Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan barakah-Nya dapat kami bersama-sama menyempurnakan tugasan PIMK 1124 Sirah Nabawiyyah dan Tarikh Islami dengan jayanya. Melalui tugasan ini, kami telah mengupas latar belakang serta ciri-ciri kepimpinan empat orang Khulafa Ar-Rasyidin yang terdiri daripada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Khulafa Ar-Rasyidin merupakan insan-insan yang dipilih bagi memimpin sekalian umat Islam di seluruh dunia setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Semasa di bawah pimpinan Khulafa Ar-Rasyidin, tamadun Islam telah mencapai perkembangan dalam pelbagai bidang seperti politk, ekonomi, pendidikan dan sosial. Kemajuan yang dikecapi ini hasil daripada kepimpinan yang baik oleh pemimpin-pemimpin Islam. Ciri-ciri kepimpinan yang dizahirkan oleh keempat-empat pemimpin ini seharusnya dicontohi oleh semua orang termasuklah oleh insan yang bergelar guru. Hal ini dikatakan demikian kerana tugas guru bukan sahaja hanya memberi ilmu pengetahuan di dalam kelas, malah guru juga hendaklah berperanan sebagai seorang pemimpin bagi membimbing pelajar ke jalan yang benar serta menerapkan nilai-nilai murni yang positif dalam diri pelajar-pelajar. Assalamualaikum W.B.T Akhir kalam, diharapkan agar karya yang telah dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua In Shaa Allah. Sekian, terima kasih. KATA PENGANTAR
ISI KANDUNGAN: SAIDINA UMAR SAIDINA ALI SAIDINA ABU BAKAR SAIDINA UTHMAN
KHULAFA AR-RASYIDIN KHALIFAH PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR SAIDINA UMAR SAIDINA UTHMAN SAIDINA ALI KHALIFAH KEDUA KHALIFAH KETIGA KHALIFAH KEEMPAT
PENGERTIAN KHALIFAH Khalifah bermaksud orang yang memegang jawatan ketua negara Islam. Khulafa Ar-Rasyidin merupakan gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Pemerintahannya bertahan selama lebih kurang 29 tahun
Biodata Abu J Bakar
Tegas Ciri - Ciri Kepimpinan : 1. Memerangi golongan murtad, nabi palsu & golongan yang enggan membayar zakat.
Ciri - Ciri Kepimpinan : 2. Berpandangan Jauh Mengarahkan Zain bin Tsabit untuk mengumpul tulisan ayat AlQuran di kepingan batu, tulang, kulit haiwan & pelepah tamar.
Ciri - Ciri Kepimpinan : 3. Mengamalkan Syura Mengambil pandangan sahabat dalam merangka strategi perang dan sebagainya.
& Pembaharuan Sumbangan B ooks
Sumbangan Menumpaskan Gerakan Golongan Murtad Dan Nabi Palsu Mengumpul Naskah Al-Quran Dan Hadis Membentuk Lembaga Majlis Syura Sumber Hukum Pemerintahan Meletakkan Al-Quran Yang Utama
Menumpaskan Gerakan Golongan Murtad Dan Nabi Palsu Semasa kekhalifahan Abu Bakar, membanteras golongan murtad dan nabi palsu adalah keutamaannya. Walaupun Abu Bakar seorang yang lemah lembut, namun beliau sangat tegas dan berpendirian teguh dalam hal memerangi golongan ini. Selain menghapuskan kumpulan murtad yang semakin ramai ini. Beliau menangani isu tersebut dengan berterusan memberikan semangat keislaman dan keimanan kepada masyarakat muslim dari pelbagai kabilah. Beliau juga meminta umat Islam bekerjasama dalam memerangi kaum murtad. Bahkan beliau mengirim utusan kepada setiap kabilah yang murtad untuk mengajak mereka kembali kepada Islam yang sebenar.
Dalam pertempuran melawan golongan murtad, terutamanya dalam peperangan Yamamah; telah banyak mengorbankan para sahabat dan golongan penghafaz al-Quran. Saidina Umar al-Khattab yang risau akan kehilangan sebahagian besar ayat al-Quran mencadangkan agar dikumpulkan ayat-ayat al-Quran yang masih berada di merata-rata tempat dan ditulis di atas tulang-tulang, kulit binatang, pelepah kurma, batu-batu dan sebagainya. Lalu Khalifah Abu Bakar bersetuju dan memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mengumpul Naskah Al-Quran Dan Hadis
Abu Bakar as-Siddiq membentuk lembaga majlis syura sebagai tempat bermusyawarah dan mengumpulkan pendapat sebelum menentukan sesuatu keputusan. Ahli-ahli dewan syura adalah dari kalangan para sahabat yang mewakili ulama dan umat Islam; kaum Muhajirin ataupun Ansar. Melalui Majlis ini, penduduk juga mendapat ruang untuk memberi pendapat dan menyuarakan permasalahan kepada pemerintah. Membentuk Lembaga Majlis Syura
Setiap kali berhadapan dengan masalah dan kesulitan, beliau akan menjadikan alQuran sebagai rujukan utama, jika masih belum bertemu beliau akan mencarinya melalui sunnah-sunnah Rasulullah. Dan jika masih belum diketemui, Abu Bakar berijtihad setelah meminta pendapat dari sekurang-kurangya dua orang dalam kalangan sahabat. Beliau juga sangat meninggikan martabat al-Quran dengan menggiatkan budaya menghafaz al-quran di sekitar kota Madinah. Kesannya, masyarakat ketika itu menjalani kehidupan berlandaskan al-Quran. Sumber Hukum Pemerintahan Meletakkan Al-Quran Yang Utama
Pembaharuan Menubuhkan Lembaga Kewangan Membentuk Jabatan Perundangan Perlantikan Gabenor Di Setiap Wilayah Keadilan Adalah Keutamaan Pemerintahan
Menubuhkan Lembaga Kewangan Lembaga Kewangan ditubuhkan untuk mengurus harta dan kewangan negara (perbelanjaan negara). Jadi, Abu Ubaidillah bin Jarrah dilantik sebagai Wazir alMaliyah iaitu sebagai menteri kewangan yang pertama. Ketika itu, sumber kewangan negara adalah dari sumbangan sedekah, zakat, harta rampasan perang (ghanimah) dan cukai jizyah yang dikumpulkan dalam lembaga kewangan atau Baitulmal. Harta atau wang dari Baitulmal itu kemudiannya digunakan untuk membiayai keperluan negara termasuklah gaji golongan pemerintah sehinggalah kepada memenuhi segala keperluan rakyat.
Membentuk Jabatan Perundangan Jabatan Perundangan ini adalah sama dengan system keadilan dan kehakiman yang ada pada hari ini. Ianya ditubuhkan untuk menangani permasalahan berkaitan undang-undang dan hukuman. Dalam jabatan ini, Khalifah Abu Bakar melantik Umar bin al-Khattab sebagai ketua walau kuasa dan hak utama memutuskan pengadilan masih terletak pada tangan khalifah. Ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai hakim, Abu Bakar sering meminta pandangan dari para sahabatnya yang mahir dalam bidang undang-undang. Kumpulan saksi juga diwajibkan untuk diambil keterangan sebelum menentukan sesuatu keputusan.
Abu Bakar telah membahagikan 10 wilayah bagi memudahkan pentadbiran. Lalu, setiap wilayah ditempatkan seorang gabenor atau Amir. Tugas Amir antaranya adalah menjaga dan menjalankan syiar Islam, menguruskan urusan kewangan dan pemerintahan di samping menegakkan hukum Islam di wilayah yang dipimpinnya. Perlantikan Gabenor Di Setiap Wilayah Abu Bakar telah membahagikan 10 wilayah bagi memudahkan pentadbiran. Lalu, setiap wilayah ditempatkan seorang gabenor atau Amir. Tugas Amir antaranya adalah menjaga dan menjalankan syiar Islam, menguruskan urusan kewangan dan pemerintahan di samping menegakkan hukum Islam di wilayah yang dipimpinnya.
Semasa pemerintahan Abu Bakar, pembahagian zakat adalah berdasarkan prinsip kesamarataan dengan memberikan jumlah yang sama kepada semua sahabat Rasulullah. Tiada perbezaan antara sahabat yang lebih awal memeluk Islam dengan yang terkemudian, antara golongan hamba atau penduduk yang merdeka, atau antara kaum wanita atau lelaki. Khalifah Abu Bakar sangat mengutamakan prinsip kesamaan (keadilan) yang baginya itu adalah lebih baik berbanding prinsip keutamaan kepada golongan tertentu. Selepas keadaan negara lebih stabil, beliau mulai menumpukan kepada perluasan kerajaan Islam dengan menyebarluaskan dakwah Islam melalui bidang ketenteraan. Keadilan Adalah Keutamaan Pemerintahan
UMAR Saidina Al Khattab
Nama sepenuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza Bin Ribaah Bin Abdillah Bin Qarth Bin Razaah Bin Adi Bin Kaab Beliau masuk Islam pada tahun keenam kenabian pada umur 27 tahun. Umar bin al-Khattab berketurunan Quraisy , Bani Adi Beliau dilahirkan pada tahun ke-13 setelah peristiwa Tahun Gajah sumber : https://zulkiflialbakri.com/saidina-umar-bin-al-khattab-r-a/ “ S e s u n g g u h n y a p a d a uma t - uma t s e b e l um k amu t e r d a p a t ma n u s i a y a n g d i b e r i i l h am (wa l a u p u n t i d a k me n j a d i n a b i). J i k a a d a y a n g s e p e r t i i t u d i a n t a r a uma t k u ma k a d i a a d a l a h Uma r .” SS aa ii dd ii nn aa UU mm aa rr Al Khattab
eP j r a al nan h di up Sa d i ni a U mar Sehingga pengakhirannya prih a tin b era ni tegas c erd a s Beliau menyamar menjadi rakyat biasa demi mengetahui dengan pasti dan sendiri keadaan rakyatnya. Saidina Umar merupakan khalifah yang tafaqquh fiddin Umar merupakan penentang kuat ajaran Islam dan paling lantang menegakkan tradisi masyarakat Quraisy sebelum memeluk agama Islam. Keislaman Umar berlaku apabila Umar terharu apabila mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran oleh adik perempuannya yang didapati datang ke rumah Arqam ibn Abu al-Arqam Umar menjadi calon pilihan untuk menerajui pemerintahan Islam oleh Saidina Abu Bakr sebelum kewafatannya. Umar sah menjadi Khalifah kedua berdasarkan ciri-ciri yang ada padanya sehingga diberi gelaran "Amirul Mukminin" Saidina Umar tersenarai oleh Nabi Muhammad sebagai 10 sahabat yang dijanjikan syurga Umar tegas menempelak tindakan pegawai yang salah mengggunakan kuasa dengan mengenakan bayaran diat dan mengusir pegawai tersebut beliau berani membawa sekumpulan jemaah Islam bersembahyang dihadapan Kaabah dan melindunginya dari gangguan Quraisy. riwayat kehidupannya berakhir apabila Abu Lu'lu menikamnya sewaktu beliau menjadi imam sembahyang Subuh
memikul guni gandum dan rakyat miskin memakan masakannya. Tinjauan hal ehwal rakyat dilakukan oleh beliau dengan turun ke jalan Madinah pada waktu malam mempunyai pasukan perisik khas Bagi melaksanakan pemerintahan yang kuat bendera kebenaran diangkat ,menanam dasar-dasar hukum dan peraturanperaturannya oleh Umar Mengembangkan Empayar Islamiah seperti Iraq,Armenia , Khurasan dan lain-lain. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat umat Islam untuk mengerjakan ibadat atau amalan fardu, tetapi tempat mengajar ilmuilmu, hukum- hukum dan ajaran Islam kepada pengunjung dan umat Islam yang dahagakan petunjuk dan bimbingan daripada para ulama’ dan cendikiawan Islam. 4000 masjid telah dibina seperti di Kufah dan Basrah agar keperluan muslimin tempatan dicapai. Memilih Muharam permulaan kalendar hijrah Berusaha membasmi Kemiskinan PEMBAHARUAN KHI LAF I YAH U M AR SU M BANGAN
Berlaku Peristiwa perang Ajnadin melawan tentera Romawi pada tahun ke 13 hijriah. Tercetus Perang Kadisia melawan tentara Persia dan tertangkapnya putri Raja Kisra yang bernama Jazdajirid. Baitul Maqdis atau Palestina dikuasai pada tahun 18 hijriah. Kota Mada'in ditakluk pada tahun ke 18 hijriah. Khalifah Umar bin Khattab memerintah umat Islam dan telah terjadi banyak peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting Islam, yang kemudian menjadi lompatan tersebarnya Islam sehingga Islam memasuki masa keemasannya, diantaranya adalah:
SS AA II DD II NN AA UU TT HH MM AA NN "RISAU DENGAN DUNIA ADALAH KEGELAPAN BAGI HATI RISAU DENGAN AKHIRAT ADALAH CAHAYA BAGI HATI"
B I O D A T N U La m a h m a ir i a y : a : 5 h U 76 th M m a a s n ih b i in Affan bin Abil As bin A Berketurunan Bani Umaiyah Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura). Ciri-ciri : Terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah-lembut dan mempunyai sikap simpati yang tinggi. Digelar Zun Nurain. Wafat : Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 H
1.BERPANDANGAN JAUH Berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al-Quran yang dimulakan oleh Saiyidina Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. Menubuhkan jawatankuasa pembukuan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit menggunakan rasm Uthmani. Memerintahkan Zaid bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin alHarith supaya membukukan Al-Quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah, Basrah, Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan oleh beliau di Madinah, tujuannya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk kegunaan khalifah. KEPIMPINAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
2. INOVATIF Menubuhkan angakatan tentera laut islam yang pertama Berjaya meluaskan empayar ke Syam dan Mesir.
3. BERFIKIRAN TERBUKA Melonggarkan syarat penggunaan Baitul Mal membenarkan sahabat keluar dari Madinah.
Menyumbangkan hartanya sendiri untuk pertahanan negara Membesarkan Masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam. Sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saiyidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam secara percuma. 4. PRIHATIN
SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN Berjaya mematahkan pemberontakan di wilayah2 yang telah ditakluki oleh Saidinan Umar r.a. di Khurasan, Iskandariyah, Armenia Meluaskan kuasa hingga ke Rom, Mesir dan Pulau Cypurs Menubuhkan anggota tentera laut Islam yang pertama bagi tujuan keselamatan dan peluasan kuasa bagi mengembangkan agama Islam (daerah jurjan, talkan, pulau cyprus dan rodes) PENTADBIRAN DAN KETENTERAAN
Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah bermastautin di wilayah-wilayah baharu yang diperintah oleh Islam Orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu. Pada zaman beliaulah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.
SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN EKONOMI Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil daripada wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para muadzin.
SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN PERCUKAIAN DAN PERBENDAHARAAN Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat. Semasa bulan Ramadan pula, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa.
PENDIDIKAN PENYELARASAN BACAAN (QIRAAT) DAN PENYUSUNAN MUSHAF AL-QURAN Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas dan ramai mula memasuki Islam. Wujud perbezaan tentang cara mempelajari Islam terutamanya tentang ilmu mempelajari Al-Quran di pelbagai wilayah jajahan. Oleh itu, Khalifah Uthman bin Affan mewujudkan satu naskhah Al-Quran yang baru dan digunakan secara rasmi bagi seluruh umat Islam. Pendekatan yang digunakan termasuklah penggunaan lahjah Bahasa Quraish dan membakar mushaf AlQuran yang berbeza. Memperkenalkan Mushaf Uthmani yang digunakan sehingga hari ini.
GERAKAN FITNAH DALAM MASYARAKAT ISLAM
Pemerintahan Saidina Uthman berlangsung dengan aman sehingga bermulanya zaman fitnah pada tahun ketujuh bersamaan tahun 30 Hijrah Kebanyakan fitnah disebarkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba ' Seorang Yahudi dari Yaman yang berpura-pura memeluk Islam. Mencetuskan fitnah terhadap Saidina Uthman dan mempengaruhi pemikiran orang jahil. Menyebarkan ajaran akidah Yahudi dan menjadi asas akidah Syiah. Siapakah Abdullah bin Saba'? Fitnah terbesar berlaku apabila tersebarnya surat palsu yang mempunyai cap mohor Saidina Uthman. Isi kandungan surat : Meminta agar gabenor Mesir dikekalkan. Membatalkan surat perlantikan Muhammad bin Abu Bakar sebagai gabenor yang baru dan juga membunuhnya. Golongan jahil telah terpengaruh dengan dengan surat ini dan mahu melakukan pemberontakan ke atas Saidina Uthman. 1. 2.
PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
04 05 06 01 02 03 PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA UTHMAN Rumah Saidina Uthman telah dikepung oleh kumpulan pemberontak Khawarij. Pengepungan berterusan selama 40 hari sehingga rumah Saidina Uthman terputus bekalan air. Pemberontak Khawarij membakar pintu dan atap rumah Saidina Uthman Saidina Uthman tidak dibenarkan keluar daripada rumah untuk mengimamkan solat berjemaah. Pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah Saidina Uthman telah dibunuh dalam keadaan berpuasa & mushaf berada di atas dada beliau Jenazah Saidina Uthman dikebumikan di perkuburan Baqi' secara tersembunyi kerana takut ancaman pemberontak
" Kenali kebenaran, maka kamu akan tahu orang-orang yang benar. Benar tidak diukur oleh orang-orangnya, tetapi manusia diukur oleh kebenaran sAIDINA ALI
Said A l i B i n A b u T a l i b ina Diberi nama penuhnya Ali Bin Abi Thalib . Menjadi Khalifah yang ke-4 yang dilantik selepas Khalifah Uthman Bin Affan dan memegang jawatan selama 4- 5 tahun. Beliau merupakan antara sahabat yang paling berkait rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkahwin dengan puteri Rasulullah, Saidatina Fatimah R.A yakni menjadi menantu . Bukan itu sahaja , beliau juga ialah sepupu kepada Rasulullah S.A.W. Beliau tergolong dalam insan-insan yang terawal memeluk Islam, selepas Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Kota Mekah merupakan tempat kelahirannya di tahun 601 Masihi iaitu 10 tahun sebelum kenabian. Beliau berketurunan bani Hasyim. Abu Hasan dan Abu Turab merupakan antara gelarannya.
Dalam peperangan Jamal dan Siffin , beliau berfokus kepada mencari perdamaian Beliau memulakan rundingan terlebih dahulu dengan mengutuskan utusan kepada pihak lawan. Beliau berpandangan peperangan tersebut hanya membawa kepada perpecahan dan pertumpahan darah Beliau berani berhadapan dengan musuh -,musuh Islam. Beliau tidak terkecuali dalam mana-mana peperangan bersama Rasulullah kecuali Perang Tabuk. Beliau juga berani membuat keputusan dengan sedaya upaya menjelaskan perbuatan penangguhan pembelaan pembunuhan saidina Uthman 3 Ciri Ciri Kepimpinan Saidina Ali bertegas kepada tentera -tenteranya untuk tidak memburu pihak lawan dan tidak membunuh orang yang terluka sewaktu peperangan. Beliau tetap dengan keputusan memberikan baitulmal kepada penduduk Basrah meskipun golongan Sabaiyyah tak menyenanginya. berpandangan jauh berani tegas
Pembunuhan Uthman Bin Affan Saidina Ali Bin Abi Thalib menolak permintaan orang ramai untuk menjadi Khalifah namun desakan sahabat membuat beliau terpaksa bersetuju Ali Bin Abi Thalib bersetuju dan dibai'at umum di Masjid Nabi dan ijmak di kalangan Muhajirin dan Ansar terbentuk apabila mereka berbondong-bondong membaiah Pelantikan Khalifah Ali
Sumbangan Saidina Ali merupakan antara yang banyak menyumbang kepada ilmu penafsiran Al-Quran.Argumen yang mengelirukan mengenai 'aqidah Islam,berjaya ditangkis oleh beliau bahkan menyucikan agama dari kepalsuan dengan hujah dan dalil .'Ali berjaya menerangkan dengan jelas konsep-konsep ketuhanan, Beliau mampu menampilkan dalil yang kukuh dan meyakinkan berkaitan perbahasan berhubung dengan zat dan sifat Allah yang dikupas secara mendalam. KETENTERAAN Saidina Ali juga tidak pernah melupakan soal pertahanan negaranya serta keamanan rakyatnya. Buktinya, markas tentera beliau bina di Parsi dan di sempadan Syria. Misi dakwah diketuai olehnya dengan lantikan di Hamadan, Iraq. PENDIDIKAN
Sumbangan Saidina Ali meneruskan cukai Jizyah kepada Zimmi . Kutipan jizyah ini bertujuan untuk meluaskan sistem ekonomi negara. Perkara ini tercatat didalam surat yang dihantarkan oleh al-Asytar melalui perjanjian yang diikat bersama golongan zimmi. PENTADBIRAN EKONOMI Seterusnya, Saidina Ali telah membuat beberapa perbaharuan dalam pentadbirannya. Pegawai-pegawai yang dilantik oleh khalifah Uthman telah digantikan dengan pegawai dari kaum Ansar dan golongan pemberontak. Hal ini bertujuan meminimakan pemberontakkan yang akan berlaku. Pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Madinah ke Kufah, Iraq oleh Saidina Ali
P E R A N G S A U D A R A P E R A N G J A M A L
Perang Jamal Perang ini melibatkan antara dua pihak rentetan daripada pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah seusai pembunuhan saidina Uthman . Talha , Al - Zubair dan Aisyah iaitu kaum Quraisy Makkah telah memimpin penentangan tersebut namun tewas . Perang tersebut telah menyebabkan Talha dan al Zubair terbunuh. Punca utama dalam tercetusnya peperangan ini ialah perselisihan faham antara Saidina Ali yang dilantik sebagai khalifah ketika itu dan keluarga Saidina Uthman (Bani umayyah). Penangguhan hukuman Qisas oleh Saidina Ali menyebabkan terjatuhnya tuduhan Saidina Ali bersubahat dengan pembunuh Saidina Uthman. Sedangkan Saidina Ali berpendapat hukuman tersebut hanya wajar dilakukan selepas menguasai pemimpin-pemimpin Khawarij yang mempunyai kekuatan dan pengikut yang ramai. Ditambah dengan pemerintahan ketika itu,kerajaan dalam keadaan kucar kacir. Saidina Ali Talha , Al -Zubair dan Aisyah