KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM
ISLAM
ALYA DAYINI BINTI ANUAR
5 NURUL MALIK
UNIT 1 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN
ISTERI
1. Rumah tangga yang bahagia dan sejahtera menjadi idaman setiap pasangan
yang berkahwin. Bagi mencapai cita-cita tersebut,setiap pasangan hendaklah
patuh pada segala peraturan yang terkandung dalam undang-undang
perkahwinan dalam islam.
2. Peraturan-peraturan yang terkandung dalam system kekeluargaan dalam
islam bertujuan menjamin kebahagiaan dalam hidup berkeluarga. Oleh hal
yang demikian, peraturan tersebut bermula daripada cara-cara memilih calon
suami atau isteri hinggalah kepada penyelesaian masalah yang timbul dalam
sesebuah keluarga
CIRI-CIRI BAKAL SUAMI DAN ISTERI
1. Pemilihan calon suami dan isteri sangat penting sebelum
seseorang itu mengambil keputusan untuk mendirikan
rumah tangga.
2. Islam menggariskan beberapa peraturan dan ciri utama
dalam memilih calon suami atau isteri.
3. Ciri-ciri suami dan isteri yang baik dalam menurut islam.
Berketurunan Bertimbang rasa,
yang baik bertolak ansur &
menghormati orang
Beriman dan
bertakwa lain
Mempunyai Memiliki akhlak
ilmu agama yang mulia
dan akademik
Bertanggungjawab
terhadap diri sendiri
dan orang lain
Hadis Rasulullah SAW
Abu Hurairah meriwayatkan hadis dari Rasulullah mengenai hal ini:
فَا ْظفَ ْر بأ َذا أت ال أدي أن تَ أربَ ْت يَ َدا َك، َو أل أدي أن َها، َو أل َج َما أل َها، َو أل َح َس أب َها، أل َما أل َها:• ْن َك ُح ا ْل َم ْرأَةُ أِلَ ْربَع
“Wanita dinikahi karena 4 hal: hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan agamanya.
Pilihlah yang memiliki agama, maka kalian akan beruntung.” (H.R. Bukhari)
4. Tujuan dianjurkan memilih pasangan yang memiliki ciri-ciri tersebut
ialah untuk menjamin kebahagian dan keamanan sesebuah keluarga.
5. Tujuan penyaranan Mempunyai ilmu
pemilihan calon suami & pengetahuan agama yang
isteri berlandaskan agama mana penguasaan ilmu ini
penting untuk mendidik
Menjaga kehormatan diri anak-anak supaya
terutamanya ketika ketiadaan menjadi insan yang soleh.
suaminya
Mempunyai peribadi yang mulia Mereka yang beragama akan
salah satu faktor kebahagiaan menunaikan tanggungjawabnya
rumah tangga dengan sempurna kerana takut
kepada balasan Allah SWT
Rumah tangga yang dibina
atas dasar agama akan lebih
berkekalan
WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
Menyebabkan Menjaga maruah dan Zuriat yang lahir
terputusnya tatasusila manusia daripada
hubungan
kekeluargaan kerana daripada perkara yang perkahwinan
dalam perkahwinan tidak baik . dengan kaum
terdapat perselisihan kerabat yang
yang berakhir 1. Bagi menjaga kemuliaan hampir adalah
dengan pergaduhan dan martabat lemah dan tidak
dan perpisahan manusia,undang-undang cergas dari segi
antara suami dan perkahwinan Islam fizikal dan mental.
isteri. menetapkan golongan yang
haram dikahwini oleh lelaki
atau perempuan.
2. Golongan-golongan yang tidak boleh berkahwin selama-lamanya;
A) Yang disebabkan Ibu,nenek dan keatas. Adik beradik
keturunan. Anak perempuan,cucu, perempuan seibu
sebapa,seibu atau sebapa
dan kebawah.
sahaja.
Emak saudara sebelah
bapa dan sebelah ibu
keatas.
Anak saudara
perempuan daripada
adik-beradik seibu
sebapa,seibu atau
sebapa.
FIRMAN ALLAH SWT
ُح أر َم ْت َعلَ ْي ُك ْم أُ َّم ٰهتُ ُك ْم َوبَنَاتُ ُك ْم َوأَ َخ ٰوتُ ُك ْم َو َع ّٰمتُ ُك ْم َو ٰ َخ ٰلتُ ُك ْم َوبَنَا ُت ا ِْلَِأ َوبَنَا ُت ا ِْلُ ْخ أت َوأُ َّم ٰهتُ ُك ُم اللّٰ أتي
أَ ْر َض ْعنَ ُك ْم َوأَ َخ ٰوتُ ُكم أم َن ال َّر ٰضعَ أة َوأُ َّم ٰه ُت نأ َسا أئ ُك ْم َو َر ٰبئأبُ ُك ُم اللّٰتأي فأي ُح ُجو أر ُكم أمن نأ َسا أئ ُك ُم اللّٰتأي َد َخ ْلتُم
أب أه َّن فَإأن لَّ ْم تَ ُكونُوا َد َخ ْلتُم أب أه َّن فَ ََل ُجنَا َح َعلَ ْي ُك ْم َو َح ٰل أئ ُل أَ ْبنَائأ ُك ُم الَّ أذي َن أم ْن أَ ْص ٰل أب ُك ْم َوأَن تَ ْج َمعُوا بَ ْي َن
ا ِْلُ ْختَ ْي أن إأَّّل َما قَ ْد َسلَ َف أإ َّن الل َه َكا َن َغفُو ًرا َّر أحي ًما
Maksudnya : “Diharamkan ke atas kamu mengkahwini ibu kamu, anak
kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara
”sebelah ibu, anak saudara lelaki, dan anak saudara perempuan.
B) Yang disebabkan Ibu susuan dan keatas. Adik-beradik susuan.
susuan. Anak susuan dan kebawah. Emak saudara susuan atau
ke atas (adik-beradik ibu
susuan dan adik-beradik
suaminya).
Anak saudara susuan
dan kebawah.
C) Yang disebabkan Ibu mentua, ibu tiri dan
persemendaan keatas
Anak tiri dan ke bawah,
apabila sudah bergaul dengan
ibunya
Menantu perempuan dan
isteri cucu lelaki dan ke
bawah sama ada disetubuhi
atau tidak
3. Perempuan yang haram dikahwini
PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
Haram Selama-lamanya • Disebabkan keturunan.
• Disebabkan penyusuan
• Disebabkan persemendaan
Haram Sementara • Perempuan yang ditalak tiga.
• Perempuan yang bersuami.
• Perempuan yang masih dalam idah.
• Perempuan yang sedang hamil hasil
penzinaan.
• Perempuan kelima pada lelaki yang
mempunyai empat orang isteri.
• Mengumpul isteri dengan mahramnya
dalam satu masa seperti adik-beradik
isteri
UNIT2 : PERMINANGAN DAN BATAS-BATAS
PERGAULAN
PENGERTIAN MERISIK
A . Pengertian Merisik
1. Merisik adalah bertanya kepada seseorang atau melihat sendiri bakal isteri
sama ada sesuai atau menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Ia merupakan
langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati
ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.
2. Ulama mazhab Syafie mengharuskan orang yang ingin berkahwin melihat
calon isteri dan suami. Malah disunatkan melihat berulang-ulang kali. Tujuan
diharuskan ialah supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan
untuk mengelakkan sebarang penipuan.
3. Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan dua tangan kerana muka melambangkan
kecantikan sementara tangan menunjukkan kesuburan dan kesihatan.
4. Hadis Rasulullah SAW yang mengharuskannya ialah ;
“Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki yang hendak
berkahwin dengan seorang perempuan : Adakah engkau telah melihatnya? Kata lelaki tersebut :
Tidak. Sabda SAW. : Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. “
B . Pengertian Meminang
1. Peminangan ialah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan
untuk dijadikan isteri. Ia merupakan titik permulaan ke arah mendirikan rumah
tangga dengan pasangan yang dipersetujuinya.
2. Peminangan merupakan tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil
seseorang perempuan sebagai isterinya.
3. Sebagai pengisytiharan pertunangan, pihak lelaki menghadiahkan suatu pemberian
sebagai tanda mata kepada pihak perempuan. Ia berbentuk suatu barang yang
berharga seperti cincin atau sebagainya.
4. Haram hukumnya meminang perempuan yang masih dalam idah raj’i kerana
perempuan tersebut masih lagi isteri kepada bekas suaminya. Diharamkan juag
meminang perempuan yang telah dipinang oleh seseorang lelaki lain.
5. Urusan peminangan biasanya dilakukan oleh wakil dsripada pihak lelaki kepada wakil
pihak perempuan atau ibu bapanya dengan beberapa syarat seperti ;
Perempuan Perempuan itu
tersebut bukan di
dalam idah
bukan isteri raj’i
atau tunangan
orang
Perempuan itu
bukan
mahram
dengan lelaki
bakal
suaminya
BATAS PERGAULAN DALAM TEMPOH
PERTUNANGAN
1. Mereka yang telah bertunang dilarang bebas bergaul kerana mereka masih
ajnabi(orang asing). Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan
melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
2. Islam mengharamkan mereka keluar berdua-duaan kerana
perbuatan sedemikian dapat mendorong kepada perkara yang tidak
baik seperti:
Khalwat dan Mencemarkan
zina nama baik diri
dan keluarga
Mengundang
berbagai-bagai
kejadian jenayah
UNIT 3: RUKUN NIKAH
1. Lelaki (bakal suami)
2. Perempuan (bakal isteri)
3. Dua orang saksi yang cukup syaratnya iaitu baligh, merdeka, adil, sempurna
penglihatan dan pendengaran, serta berakal.
4. Wali
5. Sighah (lafaz ijab dan kabul)
SYARAT BAKAL SUAMI DAN ISTERI
1. Syarat-syarat bakal suami ialah:
a) islam;
b) lelaki;
c) tidak beristeri empat dalam satu masa;
d) bukan dalam ihram haji atau umrah;
e) bukan mahram kepada suami seperti mahram nasab, persemendaan, atau penyusuan.
2. Syarat-syarat bakal isteri
a) islam atau ahli kitab;
b) perempuan;
c) bukan isteri orang;
d) bukan dalam ihram haji atau umrah;
e) bukan dalam idah raj’i;
f) bukan mahram kepada suami seperti mahram nasab,persemendaan,atau susuan.
WALI NIKAH
1. Orang yang berkuasa untuk mengkahwinkan seseorang perempuan.
2. Wali terbahagi dua bahagian :
BAHAGIAN PENGERTIAN
Wali Nasab Wali nasab bermaksud wali keturunan. Ia terbahagi kepada dua
iaitu:
Wali Hakim a) wali mujbir:
Mereka ialah bapa dan datuk. Mereka berhak
mengkahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya terlebih
dahulu dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu.
b) wali bukan mujbir:
Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki
seibu sebapa,ibu atau sebapa.
Iaitu mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk
mengkahwini perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan wali,
atau wali nasab hilang kelayakan untuk mengkahwinkan
perempuan tersebut.
3. Syarat-syarat wali; islam,lelaki,baligh,berakal,merdeka,tidak dalam ihram haji,tidak
ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta.
4. Susuan wali nikah ialah:
a) Bapa: berhak mengkahwinkan anak gadisnya tanpa izin dengan syarat tidak wujud
permusuhan antara kedua-duanya dan bakal menantunya sekufu dengan anaknya.
b) datuk;
c) saudara lelaki seibu sebapa;
d) saudara lelaki sebapa;
e) anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke atas;
f) bapa saudara seibu sebapa dan ke atas;
g) anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke atas;
h) bapa saudara sebelah bapa;
i) sepupu daripada bapa saudara yang seibu sebapa dan ke bawah;
j) sepupu daripada bapa saudara yang sebapa;
5. Sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim;
tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;
wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak ketahui sama ada hidup
ataupun mati;
wali tinggal jauh melebihi dua marhalah;
wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi;
wali sedang dalam ihram haji atau umrah;
wali menyembunyikan diri
wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan;
wali nasab sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu
(sepupu perempuan) dan tiada wali lain yang setaraf dengannya;
wali enggan mewalikan perempuan itu;
HIKMAT SAKSI DALAM PERKAHWINAN
1. Menjadi saksi kepada suatu perkahwinan
2. Merupakan satu daripada rukun nikah. Tanpa saksi, pernikahan
tidak sah.
3. Sebagai pihak yang akan memberi keterangan jika berlaku
perkara yang tidak diingini.
4. Bagi mengelak perbuatan memfitnah terhadap perkahwinan
tersebut.
5. Memuliakan dan mengiktirafkan majlis akad nikah yang diadakan.
SAKSI NIKAH
Beragama Cukup
islam umur
Lelaki Adil, tidak
melakukan
sebarang
dosa besar
Memahami Baik
lafaz ijab pancaindera
dan kabul iaitu tidak
buta, pekak
atau bisu
SIGHAH NIKAH (IJAB DAN KABUL)
A. PENGERTIAN IJAB
Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti katanya: “Aku nikahkan
engkau dengan anakku Aisyah binti Muhammad dengan mas kahwin RM 80.00
tunai.”
B. PENGERTIAN KABUL
Kabul ialah lafaz penerimaan yang diucapkan oleh pengantin lelaki seperti, “
Aku terima nikahnya Aisyah binti Muhammad dengan mas kahwin RM 80.00
tunai.”
C. SYARAT SIGHAH NIKAH
IJAB
1. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
2. Lafaz berlaku dalam satu majlis.
3. Tidak menggunakan bahasa sindiran.
4. Lafaz ijab hendaklah jelas, terang, dan difahami oleh wali, pengantin lelaki, dan saksi.
5. Tidak di selangi oleh perkataan yang lain atau diam yang lama antara lafaz ijab dengan
kabul.
KABUL
1. Tidak menyalahi ijab.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang lain antara lafaz ijab dengan
kabul.
3. Dilafazkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya.
4. Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya.
5. Tidak dengan lafaz taklik.
6. Tidak dibataskan dengan seseorang tempoh masa.
UNIT 4: MAHAR DAN WALIMATULURUS
PENGERTIAN MAHAR DAN KEPENTINGANNYA
A. PENGERTIAN, HUKUM, DAN JENIS-JENIS KEPENTINGAN
1. Mahar atau mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada
dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah. Pemberian ini
sebagai tanda penghargaan kepada isterinya yang sanggup menjadi pasangan
hidupnya dan sebagai tanda kasih kepadanya.
2. Islam tidak menetapkan kadar maskahwin yang wajib diberikan kepada pihak isteri.
Hukum memberi mahar adlah wajib tetapi tidak menjadi rukun dalam pernikahan.
Firman Allah SWT;
3. Jenis-jenis mahar:
a) Mahar musamma: mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetejuan
kedua-dua belah pihak;
b) Mahar misil: mahar yang ditentukan kadarnya dengan berdasarkan kadar
mahar saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin;
B. KADAR MAHAR
Islam tidak menentukan kadar pemberian mahar. Ia bergantung kepada kemampuan suami
dan persetujuan antara keluarga pengantin lelaki dengan perempuan. Di sesetengah negeri
di Malaysia, kadar maksimum mahar telah ditetapkan. Sebaik-baik mahar ialah yang
sederhana dan munasabah mengikut keperluan dan kemaslahatan. Sabda Rasulullah SAW.:
“”اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة
“Sesungguhnya sebanyak-banyak keberkatan dalam perkahwinan ialah yang paling
(mudah) sederhana maharnya.”
C. SYARAT-SYARAT MAHAR
Ulama Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis barang atau manfaat yang
dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar seperti wang, kebun, rumah, atau
pengajaran Al-Quran.
D. HIKMAT MAHAR
Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup.
Memuliakan dan mengiktirafkan kedudukan kaum wanita.
Sebagai tanda kesanggupan suami membina rumah tangga.
Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberi
nafkah kepada isteri.
Menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk hidup
bersama suami dan membina keluarga baru.
WALIMATULURUS
A. PENGERTIAN DAN HUKUM WALIMATULURUS
1. Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah
perkahwinan.
2. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat
dituntut melakukannya. Hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:
يَا: َما ه َذا؟ قَا َل:َع ْن اَنَ أس ْب أن َما ألك اَ َّن النَّبأ َّي ص َرأَى َعلَى َع ْب أد ال َّر ْحم أن ْب أن َع ْوف اَثَ َر ُص ْف َرة فَقَا َل
مسلم. اَ ْو أل ْم َو لَ ْو أب َشاة. فَبَا َر َك اللهُ لَ َك: قَا َل.َر ُس ْو َل الل أه أانى تَ َز َّو ْج ُت ا ْم َرأَةً َعلَى َو ْز أن نَ َواة أم ْن َذ َهب
“Dari Anas bin Malik, bahwasanya Nabi SAW melihat ada bekas kuning-kuning
pada 'Abdur Rahman bin 'Auf. Maka beliau bertanya, "Apa ini ?". Ia menjawab, "Ya
Rasulullah, saya baru saja menikahi wanita dengan mahar seberat biji dari emas".
Maka beliau bersabda, "Semoga Allah memberkahimu. Selenggarakan walimah
meskipun (hanya) dengan (menyembelih) seekor kambing". [HR. Muslim]”
B. ADAB-ADAB WALIMATULURUS
Diadakan secara sederhana dan mengikur kemampuan.
Tiada unsur-unsur khurafat dan maksiat.
Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat.
C. HIKMAT WALIMATULURUS
Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Tanda tahniah dan selamat kepada pengantin.
Mengisytiharkan perkahwinan kepada umum.
Mengelakkan salah sangka dan firnah orang ramai.
Mengikut ajaran dan Sunnah Rasulullah SAW.