The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 334-13-sabrina, 2022-04-15 11:33:40

CADANGAN AKTIVITI PDP BAHASA MELAYU

Cadangan Aktiviti PdP Bahasa Melayu

Keywords: cadangan aktiviti pdp bahasa Melayu

BMMB 3043 KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH

Cadangan
Aktiviti PdP
Bahasa Melayu:

Integrasi Elemen
Pengisian Kurikulum

HANISABRINAJIHA

PRAKATA

Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah
kurnianya maka buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan buku
cadangan sebagai pemudah cara Aktiviti PdP Bahasa Melayu
Tahap : Integrasi Elemen Pengisian Kurikulum memberi
pendedahan mengenai contoh-contoh aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) yang boleh digunakan dalam mata
pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah.

Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan
rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan
sebuah buku yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya.
Buku ini dibuat adalah untuk para guru mendapatkan ilham
untuk merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan
melibatkan aktiviti PdP yang mampu menarik minat murid.

Kekuatan buku ini dipaparkan melalui perbincangan
terperinci mengenai Elemen Pengisian Kurikulum serta
contoh-contoh aktiviti yang dibincangkan secara spesifik
dengan berpandukan DSKP Sekolah Rendah . Aktiviti yang
dikemukakan juga mengambil kira aspek kemahiran bahasa
dan aspek bahasa agar dapat dijadikan panduan oleh
guru-guru.

Penulisan tentang aktiviti Pdp yang menarik yang boleh
dilaksanakan di dalam kelas bertujuan untuk menarik lagi
minat murid-murid dalam proses PdP. Proses pelaksanaan
e-book ini merupakan percubaan yang pertama dibuat dibuat
oleh kami secara rasmi. Justeru itu, akan terdapat kelemahan
dan kekurangan dalam buku ini. Oleh itu, saya menerima
dengan hati yang terbuka sekiranya terdapat sebarang
pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini.
Wallahu'alam.

PENULIS

Nurul Sabrina binti
Yatri

Siswi Guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan
Melayu. Unit Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2021

Ummi Najiha binti
Muhammad

Siswi Guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan
Melayu. Unit Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2021

Nur Hanis Arissa binti
Mohd Irwan

Siswi Guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan
Melayu. Unit Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2021

ISI KANDUNGAN

01 ELEMEN PENGISIAN
KURIKULUM

02 AKTIVITI 1 :
“Ting-ting Pintar”

03 AKTIVITI 2 : “ Cuba
Teka”

04 RUMUSAN

“ PENDIDIKAN

SEPANJANG HAYAT ”

Agenda pendidikan sepanjang hayat merupakan
satu proses pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran
dan kemajuan diri seseorang individu secara
berterusan tanpa mengira batasan umur. Secara
idealnya, proses pembelajaran berpusatkan pelajar
yang diamalkan pada masa kini menuntut pelajar,
sama ada pelajar dewasa mahupun pelajar
tradisional saling berinteraksi dan berkomunikasi
secara aktif antara satu sama lain.

01

ELEMEN
PENGISIAN
KURIKULUM

Rajah 1 Komponen Elemen Merentas Kurikulum

KONSEP ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

● EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum, bermaksud nilai

tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP).

● Bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan

keterampilan modal insan yang memenuhi modul
insaniah yang ingin diterapkan dalam diri murid.

● Komponen pengisian : Ilmu, nilai murni, patriotisme,

peraturan sosiobudaya, Sains dan Teknologi, Pendidikan
Alam Sekitar, kreativiti dan inovasi keusahawanan,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta aktiviti
berdasarkan Standard Pembelajaran.

02 AKTIVITI 1 :
“Ting-ting
Pintar

STANDARD KURIKULUM

Aktiviti ini dibuat dengan mengintegrasikan aspek kemahiran
bahasa serta aspek bahasa iaitu tatabahasa. Oleh itu, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun Empat Bahasa Melayu

Sekolah Rendah, telah dijadikan panduan dalam penghasilan
aktiviti”Ting-ting pintar”

Kemahiran bahasa: Aspek bahasa: seni
kemahiran membaca bahasa

❏ Standard Kandungan ❏ Standard Kandungan
2.1 Asas membaca dan
memahami. 4.1 Mengaplikasikan
unsur keindahan dan
❏ Standard Pembelajaran kesantunan bahasa
2.1.1 Murid boleh dalam bahan sastera.
membaca dan
memahami petikan ❏ Standard Pembelajaran
dengan sebutan yang
betul dan intonasi yang 4.1.1 Bercerita dan
sesuai. mengujarkan dialog yang
mengandungi
peribahasa.

Set Induksi

● Dijalankan selama lima minit Rajah 2 Sedutan Filem Si Tanggang
dengan menayangkan video
berkisahkan “Si Tanggang”.
Tayangan tersebut
menggunakan peralatan
seperti laptop, LCD, dan
pembesar suara.

● Guru menyuruh murid
berimaginasi sekiranya
mereka menjadi guru pada
hari tersebut, apakah aktiviti
yang akan dilakukan?.

● Apa-apa idea yang
dikemukakan oleh murid
perlu diterima baik oleh guru.

● Video yang ditayangkan
akan dikaitkan dengan
topik pengajaran pada
hari tersebut.

● Guru menanyakan
pemerhatian mereka
ketika menonton video
tadi adakah perbuatan
dalam video tersebut
memberi gambaran
mana-mana peribahasa
ataupun tidak.

Rajah 3 Contoh-contoh Peribahasa
Melayu

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“TING-TING PINTAR”

Langkah 1

❏ Guru akan mengedarkan petikan dialog “Si Tanggang”
kepada semua murid melalui pembacaan guru

❏ Guru akan memilih beberapa orang murid secara
rawak untuk membaca petikan mengikut watak-watak
yang telah tersedia dalam petikan tersebut

❏ Kemudian, murid-murid diberikan masa selama 5 minit
untuk membuat pembacaan secara mentalis agar
mereka dapat memahami dengan baik kisah
penceritaan “Si Tanggang”

❏ Setelah selesai pembacaan, murid-murid akan bersoal
jawab dengan guru mengenai isi petikan yang dibaca

Contoh:

Apakah kisah yang Watak-watak yang
ingin disampaikan terdapat dalam
dalam cerita “Si cerita tersebut?
Tanggang”?

Adakah cerita tersebut
membawa aura positif?

Jadual 1 Contoh Soalan

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“TING-TING PINTAR”

Langkah 2

❏ Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
❏ Berdasarkan petikan yang telah diedarkan, setiap

kumpulan diminta untuk mengenal pasti peribahasa
atau ayat yang disampaikan mempunyai makna bagi
sesuatu peribahasa.
❏ Murid diminta untuk menyenaraikan peribahasa yang
mereka perolehi berdasarkan hasil perbincangan dalam
kumpulan.
❏ Mereka perlu menyenaraikan peribahasa tersebut
menggunakan peta pemikiran yang telah dilakarkan
pada kertas mahjung.
❏ Setelah itu, mereka akan bermain satu permainan yang
dinamakan permainan tingting.

Mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih

Ukur baju di Bagai
badan minyak
sendiri dengan air

Bagai pungguk rindukan bulan

Jadual 2 Contoh Peribahasa Dalam Cerita Si
Tanggang

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“TING-TING PINTAR”

Langkah 3

❏ Permainan ting-ting akan melibatkan penyambungan
petak-petak yang ditandakan dengan nombor

❏ Pada nombor-nombor tersebut soalan-soalan tugasan
yang berkaitan dengan peribahasa akan diletakkan.

❏ Setelah murid memulakan permainan dan murid
tersebut telah bergerak ke nombor atau petak yang
keenam, murid perlu membaca arahan tugasan yang
terdapat pada petak tersebut

❏ Misalnya, petak keenam memperuntukkan murid
untuk menyenaraikan peribahasa-peribahasa yang
terdapat dalam dialog percakapan antara si tanggang
dan juga ibunya

❏ Setelah murid mendapat tugasan, ahli kumpulan yang
lain diberi masa selama 3 minit untuk memilih
peribahasa yang ingin mereka sampaikan

❏ Guru membuat kesimpulan sama ada
peribahasa-peribahasa yang dikemukakan pelajar
bertepatan dan sama ada peribahasa-peribahasa
yang dikemukakan itu betul atau salah.

Permainan Ting-ting Pintar

Rajah 4 Contoh Permainan

Rajah 5 Contoh Permainan Rajah 6 Contoh Permainan

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“TING-TING PINTAR”

Penutup

❏ Guru memilih beberapa orang murid untuk
membuat rumusan berkaitan PdP pada hari
tersebut

❏ Guru juga akan memberikan pujian dan ganjaran
kepada semua murid kerana telah berjaya
menghasilkan lembaran kerja, melakukan aktiviti
serta melaksanakan tugasan dengan sangat baik
dan sempurna di samping mematuhi segala
arahan yang guru tetapkan

❏ Bagi mengakhiri sesi PdP, guru merumuskan isi
pelajaran pada hari tersebut agar tidak
menimbulkan sebarang kekeliruan atau salah
faham berkaitan dengan topik yang baru
dipelajari.

INTEGRASI EMK DALAM AKTIVITI 1

SAINS DAN TEKNOLOGI ILMU DAN NILAI MURNI

● Penggunaan teknologi ● Tema peribahasa
dalam PdP seperti ditekankan melalui video
penggunaan video yang pembelajaran dan topik
menayangkan kisah “Si pembelajaran bagi
Tanggang” dalam PdP. menyampaikan teguran,
nasihat, dan sindiran tanpa
menimbulkan rasa marah
atau kecil hati pada orang
lain.

● Tema peribahasa dapat
meningkatkan keupayaan
berbahasa dalam kalangan
murid serta memupuk
aspek insaniah murid.

PERATURAN SOSIOBUDAYA AKTIVITI BERDASARKAN
(SP)
● Pembentukan aktiviti
berkumpulan yang ● Penerapan kemahiran
menggalakkan kemahiran membaca dan aspek seni
sosial murid. bahasa mengikut standard
kandungan dan standard
pembelajaran tahun 4.

Jadual 3 Analisis Integrasi EMK

AKTIVITI 2: 03
“Cuba teka:

STANDARD KURIKULUM

Aktiviti ini dibuat dengan mengintegrasikan aspek kemahiran
bahasa serta aspek bahasa iaitu tatabahasa. Oleh itu, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun Empat Bahasa Melayu

Sekolah Rendah, telah dijadikan panduan dalam penghasilan
aktiviti”Cuba teka”

Kemahiran bahasa: Aspek bahasa:
kemahiran menulis tatabahasa

❏ Standard Kandungan ❏ Standard Kandungan

3.3 Menghasilkan 5.2 Memahami dan
penulisan menggunakan bentuk
kata mengikut konteks
❏ Standard Pembelajaran
❏ Standard Pembelajaran
3.3.2 Murid boleh
mengedit dan 5.2.1 Memahami dan
memurnikan ayat menggunakan kata
daripada aspek ejaan, berimbuhan mengikut
tanda baca dan konteks
penggunaan imbuhan.

SET PEMULA

12

Guru menunjukkan sebuah Guru akan bertanya kepada
kotak misteri yang murid-murid tentang pendapat

mengandungi benda maujud mereka berkaitan dengan
serta nyata kepada tekaan mereka apakah benda
murid-murid
yang wujud dalam kotak
misteri tersebut

34

Setelah itu, guru akan meminta Kemudian, guru akan
wakil murid untuk mengaitkan benda maujud

mengeluarkan benda maujud yang telah dikeluarkan
yang terdapat dalam kotak daripada kota misteri, iaitu
misteri dan menunjukkan durian belanda dengan tajuk
benda maujud tersebut pengajaran dan pembelajaran

kepada semua murid yang lain pada hari tersebut.

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“CUBA TEKA”

Langkah 1

❏ Guru akan menayangkan slaid powerpoint berkaitan
nama, asal-usul, ciri-ciri dan kebaikan durian
belanda kepada murid-murid

❏ Murid perlu membaca slaid yang dipaparkan
secara mentalis.

❏ Guru akan mengeluarkan durian belanda daripada
kotak dan menunjukkan durian belanda secara
langsung dengan memotong buah itu.

❏ Pada masa yang sama, guru boleh menerapkan
apa-apa nilai murni tentang menjaga keselamatan
seperti berhati-hati ketika menggunakan pisau.

Rajah 7 Buah Durian Belanda

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“CUBA TEKA”

Langkah 2

❏ Guru membahagikan murid-murid kepada empat
kumpulan yang terdiri empat ahli.

❏ Setiap kumpulan harus memilih satu kad berwarna
yang mengandungi tajuk-tajuk karangan perihal
durian belanda

❏ Murid-murid perlu membaca tugasan yang
diperolehi.

❏ Kemudian guru akan mengedarkan satu petikan
karangan kepada setiap kumpulan mengikut tajuk
yang diperolehi.

Rajah 8 Kad Berwarna

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“CUBA TEKA”

Langkah 3

❏ Murid berbincang dan menganalisis petikan tersebut.
❏ Apa-apa kesalahan yang dijumpai perlu digariskan

atau dibulatkan
❏ Kemudian, setiap kumpulan perlu menghantar satu

wakil ke hadapan untuk menulis jawapan yang
diperoleh.
❏ Guru dan murid-murid akan menentukan sama ada
jawapan yang ditulis adakah betul ataupun tidak.
❏ Setiap ahli dalam kumpulan perlu menyalin petikan
kumpulan masing-masing yang telah dibetulkan tadi
❏ Guru perlu menyemak hasil penulisan murid-murid.

Rajah 9 Perbincangan Kumpulan

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
“CUBA TEKA”

Penutup

❏ Guru akan mengedarkan satu lembaran kerja
berbentuk kuiz yang mengandungi soalan mengenai
tanda baca, kesalahan ejaan dan penggunaan
imbuhan.

❏ Akhir sekali, guru dan murid-murid akan menyanyikan
lagu “Aku Durian Belanda” bersama-sama
menggunakan video di Youtube

❏ Guru akan memilih murid secara rawak untuk
menyatakan rumusan yang mereka perolehi daripada
aktiviti yang dijalankan

❏ Guru akan merumuskan keseluruhan isi pelajaran
untuk memantapkan rumusan yang diberi oleh murid

Rajah 9 Contoh Soalan

Lembaran Kerja

Bagi menguji kefahaman murid terhadap
topik tanda baca, kesalahan ejaan dan
penggunaan imbuhan , guru memberi latihan
berbentuk kuiz secara atas talian menggunakan
aplikasi Wordwall.

Kaedah pentaksiran secara atas talian
menggunakan aplikasi Wordwall digunakan
kerana kaedah ini mampu memberi pendedahan
kepada murid mengenai kebaikan penggunaan
Teknologi Maklumat dengan betul. Secara tidak
langsung, guru dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan ICT.

Contoh Soalan

https://wordwall.net/ms/resource/19353493/k
esalahan-imbuhan-tanda-baca-dan-ejaan

INTEGRASI EMK DALAM
AKTIVIT 2

SAINS DAN TEKNOLOGI 01

Penggunaan teknologi dalam PdP, 02
iaitu bantuan slaid powerpoint dan 03
04
lembaran kerja kuiz dalam talian
“Wordwall”.

AKTIVITI BERASASKAN (SP)

Memenuhi standard pembelajaran
dalam mengedit dan memurnikan
ayat daripada aspek ejaan, tanda

baca dan penggunaan imbuhan.

PERATURAN SOSIOBUDAYA

Pembentukan aktiviti berkumpulan
yang menggalakkan kemahiran sosial

murid dan dapat membentuk
keterampilan diri dan personaliti

individu yang kreatif

NILAI MURNI

Dalam peribahasa Melayu, pelbagai
aspek berkaitan dengan nilai dan

norma hidup disampaikan sebagai
wadah dalam bentuk nasihat,
sindiran, gurauan dan medan
meluahkan perasaan.

RUMUSAN

04

Akhirul kalam, guru mesti peka kepada
pendekatan, teknik atau kaedah pengajaran yang
dipilih di samping meneliti tahap perkembangan
yang telah dicapai oleh murid dalam menyediakan
pengajaran dan pembelajaran bermakna. Perkara
ini kerana pencapaian objektif pengajaran yang
diterima selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung akan terkesan akibat
pemilihan tersebut. Guru perlu membuat
perancangan yang efektif dalam memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh dari
aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial. Sudah
terang lagi bersuluh, guru merupakan penggerak
dalam memastikan pembelajaran bermakna dapat
diterapkan ketika melaksanakan pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) secara profesional
dan sistematik agar dapat melahirkan modal insan
yang cemerlang dan seimbang dari pelbagai
aspek.

Sekian, terima kasihCREDITS:Thispresentationtemplatewas
created by Slidesgo, including icons by Flaticon
and infographics & images by Freepik

Rujukan

Dr. Hj. Mohd Rashid Hj. Md. Idris & Mahzir bin
Ibrahim. (2014).

Teori falsafah bahasa dalam standard kurikulum bahasa
Melayu sekolah rendah. Jurnal Peradaban Melayu,
9, 68-83.

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar.

(2018). Kajian Kurikulum Bahasa Melayu.

Sasbadi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen

Standard dan Kurikulum (DSKP) Bahasa Melayu

Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mazlan Ismail. (2016). Didik hibur dan Seni bahasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rabiatul-Adawiah Ahmad Rashid & Nooraida
Yakub. (2015). Pendidikan sepanjang hayat
dan cabaran sosial pada kalangan pelajar
dewasa. AJTLHE, 7(1), 26-32.

Rana Hamzah, Hasdi Daud & Aiman Hamidan. (2019).
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahun 4.
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version