The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 2024 AKHIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unit kaunseling, 2024-05-16 20:03:26

BUKU PERINGATAN MESYUARAT PIBG KALI KE48

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 2024 AKHIR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI 24000 KEMAMAN TERENGGANU MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-48 TAHUN 2024 Atur Cara Majlis Perasmian 08.30 pagi 09.00 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi Pendaftaran kehadiran guru dan ibu bapa Ceramah Cabaran Dadah dan Bahan Masa kini Pn Hartini binti Chek Rani Ketua Unit Pencegahan AADK Kemaman Ketibaan Perasmi dan tetamu jemputan Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa Ucapan Tuan Pengetua Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucap utama dan ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bermula Majlis bersurai Agenda Mesyuarat Agung PIBG 11.00 pagi 12.30 tengah hari Ucapan Yang Dipertua PIBG Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG ke-47 tahun 2023 Membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam minit mesyuarat lalu Membentang dan menerima laporan tahunan Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan Membahas usul-usul Melantik pengerusi sementara Memilih ahli jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 Memilih dua (2) orang Juru Audit Hal-hal lain Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Yang Dipertua PIBG yang baharu Bersurai


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 2 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK CHUKAI, KEMAMAN TERENGGANU SESI 2023/2024 En Wan Azmi bin Wan Ali (Pengetua) Hj.Ismail Nasruddin bin Zubir Hj.Saiful Nizam bin Ashari Cik Normaizatul Akema binti Hanafiah @ Kasim Pn.Norfauzilah binti Rashid Pn.Samsiah binti Othman En.Mohd Azimiy bin Isa Cik Zaini binti Ibrahim Pn.Khazalina binti Khalid En.Faizal Rizal bin Mohamad Fadzil YM Tengku Shahrul Bahrin bin Tengku Azmel En Wan Makhzan b Wan Hamdan En Mohd Keyma b Ahmad Azani En Mohd Hafiz bin Zakaria Pn Siti Juhaida bt Kamarudin Pn Irfah Hafizah bt Ahmad Pn Hayati bt Awang Hasan Penasihat / Ex-Officio Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Setiausaha Kehormat Bendahari Ajk guru Ajk guru Ajk guru Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Ajk Ibu bapa Pemeriksa Kira-Kira (Guru) Pemeriksa Kira-Kira (Ibu bapa)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI 24000 KEMAMAN TERENGGANU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 TAHUN 2023 Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi. Tempat : Dewan Mercu, SMK Chukai UCAPAN PENGETUA - YM. TENGKU SHAHRIR BIN TENGKU DAHLAN Y.M Tengku Shahrir bin Tengku Dahlan selaku pengetua SMK Chukai merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran tetamu jemputan, AJK PIBG sesi 2022-23, barisan pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke47. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Pn.Hajah Hamidah bt Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Yang Dipertua PIBG Haji Ismail Nasruddin bin Zubir, dan para ibu bapa dan warga dewan. Beliau memanjatkan rasa kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Hamidah bt.Hassan selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman kerana mengizinkan pihak sekolah menjayakan Mesyuarat Agung kali ke-47 secara bersemuka pada hari ini. Pada awalnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 dijadualkan pada 12 Mei 2023 yang lalu namun tiada punca kuasa yang membolehkan mesyuarat dijalankan memandangkan keadaan cuaca yang sangat panas ketika ini. Pengetua menyatakan bahawa sokongan ibu bapa sangat penting kerana sekolah memerlukan sumbangan daripada ibu bapa untuk menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang. SMK Chukai kini merupakan antara sekolah terbaik di daerah Kemaman. Hal ini dibuktikan melalui permohonan kemasukan murid tingkatan satu ke SMK Chukai pada tahun 2023 mencecah 1185 orang semasa tawaran kemasukan yang pertama. Keadaan ini menunjukkan kepercayaan ibu bapa terhadap barisan pentadbir dan guru-guru SMK Chukai sebagai sekolah yang setanding dengan sekolah berasrama penuh dengan menempatkan anakanak mereka di SMK Chukai untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan. Pengetua menyatakan bahawa kejayaan SMK Chukai amat luar biasa sepanjang beliau berada di sekolah ini bermula tahun 2018 sehingga 2023. Pihak sekolah berusaha melakukan yang terbaik termasuk aspek keselamatan. Sebagai contoh, kehadiran pelajar pada waktu pagi menggunakan pintu C, iaitu sebelah dewan tidak dibenarkan melintas jalan raya sebaliknya menggunakan jejantas untuk ke blok pentadbiran. Begitu juga ketika waktu pulang. Pengetua berpesan supaya anak-anak menggunakan jejantas secara optimum. Hal ini untuk mengelakkan sesuatu peristiwa yang tidak dingini. Jejantas yang menghubungkan antara blok pengurusan dan pentadbiran telah dinaik taraf dengan pemasangan geriji sehingga ke bumbung demi keselamatan pelajar. Beliau turut mengingatkan keadaan cuaca yang panas


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 4 ketika ini supaya ibu bapa merujuk surat siaran dalam telegram rasmi ibu bapa tentang tindakan yang perlu dilakukan. Beliau juga berharap anak-anak kekal berada di SMK Chukai kerana banyak kecemerlangan yang dicipta dalam pelbagai bidang sama ada dalam akademik, kokurikulum, ko-akademik dan sahsiah. Beliau menyatakan bahawa sekolah pernah melahirkan pelajar semua A peperiksaan SPM, Pada tahun 2019 SMK Chukai berjaya melahirkan pelajar 9A+ yang merupakan satu-satunya pelajar cemerlang negeri Terengganu. Beliau berasa bangga atas kejayaan tersebut kerana hasil komitmen daripada guru-guru yang hebat, bekerja secara luar biasa dengan mengadakan kelas tambahan pagi, kelas tambahan petang, kelas malam dan juga hujung minggu. Beliau menyatakan cuti persekolahan yang akan tiba nanti sudah ada program kecemerlangan untuk pelajar SPM. Pihak sekolah juga mementingkan kecemerlangan semua pelajar termasuk pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Beliau mengingatkan ibu bapa untuk bersedia menghantar dan menjemput anak-anak pulang setelah mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Kejayaan pelajar dalam bidang akademik tiada tandingan kerana sekolah mempunyai jumlah calon yang ramai berbanding sekolah lain di daerah Kemaman. Dalam bidang kokurikulum juga tidak kurang hebatnya kerana sekolah telah mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa dan Asia Pacific. Kini, sekolah bergerak ke arah kemenjadian sahsiah pula. Beliau menyatakan bahawa anak-anak di SMC bertuah kerana belajar di sekolah terbaik. Jika ibu bapa keluarkan anak-anak dari SMKC, anak-anak tidak boleh kembali lagi kerana tempat anak-anak mereka akan diganti dengan pelajar lain. Pengetua berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan SMK Chukai sebuah sekolah yang hebat di peringkat negeri Terengganu. Berdasarkan ranking semasa, SMKC berada di kedudukan ke-11 daripada 140 buah sekolah di Terengganu. Oleh itu, beliau berharap untuk melengkapkan jumlah guru yang seramai 88 orang kerana sekolah masih kekurangan 3 orang guru. Beliau memohon guru Matematik Tambahan yang baharu kerana guru mata pelajaran tersebut telah bersara. Beliau berharap juga kerjasama YDP dengan kepimpinan beliau untuk kemenjadian akademik, kokurikulum dan sahsiah berkualiti dapat dicapai. Pihak sekolah menghargai peranan YDP dan AJK PIBG pada tahun lepas yang telah memberi banyak sumbangan termasuk membaik pulih bangunan rosak dan tandas di blok Pengurusan demi keselesaan pelajar. Beliau berpesan kepada ibu bapa supaya menasihati anak-anak tentang penggunaan tandas dengan berhemah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP yang begitu hebat membantu pihak sekolah dan memberi peluang kepada YDP dan AJK PIBG untuk terus kekal pada penggal yang akan datang. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi sumbangan kerusi dan meja peperiksaan berjumlah lebih daripada RM18 ribu. Selain itu, jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi sumbangan kipas. Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa terus memberikan sumbangan demi kesejahteraan anak-anak. Beliau juga memaklumkan bahawa perpindahan tapak surau yang bakal dibina di sebelah dewan.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 5 Perancangan Pihak sekolah seterusnya akan membangunkan gajah menyusur untuk kegunaan pelajar dan memerlukan sumbangan ibu bapa juga. Selain itu, sumbangan diperlukan untuk membaik pulih beberapa fasiliti di sekolah untuk menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang. Akhir kata Pengetua memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan tidak lama lagi diharapkan membuahkan kejayaan untuk seluruh warga SMK Chukai. Beliau mewakili seluruh warga SMK Chukai memohon kemaafan jika ada kekhilafan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua warga dewan dan PPD Kemaman, yang sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 tahun 2023 pada hari ini. Beliau mengharapkan SMK Chukai terus cemerlang pada masa hadapan. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG - TN.HJ.ISMAIL NASRUDDIN BIN ZUBIR Yang Dipertua PIBG, Tn Hj. Ismail Nasruddin bin Zubir memulakan ucapan dengan lafaz salam kepada semua warga dewan. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Pegawai PPD Kemaman, Puan Hajah Hamidah Binti Hassan. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran YM Tengku Shahrir bin Tengku Dahlan, Pengetua SMK Chukai, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG 2022-2023 yang banyak memberi sumbangan dan idea, guru-guru serta ibu bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 47. Tuan Haji Ismail Nasruddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini terutamanya ibu bapa murid tingkatan satu. Beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa memberi kerjasama dengan pihak sekolah untuk memantau anak-anak di rumah demi kecemerlangan anak-anak di sekolah. Beliau juga menyatakan pihak ibu bapa seharusnya berasa sangat beruntung kerana sekolah ini mempunyai guru yang berkualiti. Beliau juga menyatakan bahawa duit sumbangan PIBG yang dikutip akan digunakan sepenuhnya untuk kelas tambahan pelajar bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima untuk memastikan SMK Chukai akan terus cemerlang dari segi akademik. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membaik pulih segala kerosakan terutamanya dari segi fasiliti sekolah untuk memberikan keselesaan kepada semua warga SMK Chukai. Kerja-kerja membaik pulih ini akan mendahulukan mana yang perlu seperti menggantikan wayar elektrik yang sudah terlalu lama memandangkan sekolah ini ditubuhkan sejak tahun 1964 lagi. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa pihak PIBG akan menolong pihak sekolah membaiki kipas yang rosak di dalam kelas untuk keselesaan murid ketika belajar di dalam kelas. Penapis air juga akan ditambah untuk keperluan murid. Beliau seterusnya menyatakan bahawa beliau mewakili semua ibu bapa akan sentiasa memberi sokongan setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya berkaitan akademik. Beliau juga mengharapkan agar semua calon yang sedang menunggu keputusan SPM mendapat gred A dalam semua mata pelajaran,


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 6 YDP PIBG mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi komitmen dan kerjasama kepada beliau semasa menerajui PIBG sesi 2022-2023. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada AJK yang telah memberi kerjasama dan komitmen terbaik dan berharap SMK Chukai terus melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi sahsiah dan kerohanian. YDP PIBG mengakhiri ucapan beliau dengan ucapan salam. UCAP TAMA DAN UCAPAN PERASMI - PN.HAJAH HAMIDAH BINTI HASSAN Puan Hajah Hamidah binti Hassan mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, Yang Berusaha Yang Mulia Tuan Shahrir bin Tuan Dahlan, Pengetua SMK Chukai, Yang Dihormati Tuan Haji Ismail bin Nasaruddin, Yang Dipertua PIBG, Puan Rohani binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Mahadhir bin Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, barisan kepimpinan sekolah, Ajk dan ahli PIBG yang mendokong pembangunan sekolah. Konsep Malaysia Madani merupakan hasrat yang diterjemahkan dalam Falafah Pendidikan Kebangsaan, Anak Baik Lagi Cerdik disusuli dengan slogan Anjakan Muafakat Nekad dan Kemaman Unggul yang menunjukkan keunggulan telah diterjemahkan oleh warga SMK Chukai. Beliau merakamkan ucapan tahniah dan Syabas atas kejayaan SMK Chukai mengungguli Pendidikan daerah Kemaman. Beliau seterusnya menggariskan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan ibu bapa demi kemenjadian anak-anak. 1. Kebertanggungjawaban pihak PPD tentang Akauntabiliti Surat siaran berkenaan SOP dalam melaksanakan sesuatu program telah menjelaskan bahawa sebarang surat siaran yang dikeluarkan adalah untuk kesejahteraan murid. Oleh itu, berlaku halangan dalam melaksanakan sesuatu program. Sekolah Kawalan yang memberi impak kepada kemenjadian murid. Terdapat tiga buah sekolah kawalan di daerah Kemaman iaitu SMK Chukai, SMK Mak Lagam dan IMTIAZ yang berada di bawah seliaan negeri. Kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah-sekolah ini berada di bawah pengurusan di peringkat negeri. Oleh itu, semua pihak perlu akur dengan ketetapan terhadap syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Pihak PPD hanya dapat memberikan sokongan dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah atas sebarang permintaan mengikut keperluan. 2. Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Anak-anak Selari dengan Visi KPM Ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan pelajar yang dapat mencipta sesuatu yang baharu. Guru-guru di sekolah menyampaikan ilmu tetapi peranan ibu bapa sangat penting dalam membina karakter yang bermula dari dalam kandungan. Tempoh anak-anak bermula satu hingga enam tahun merupakan tempoh yang penting dalam membentuk anak-anak. Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara berkualiti. Pendidikan bukan bermula dari sekolah, tetapi bermula dari rumah.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 7 3. Kecerdikan Ilmiah Anak-anak yang terserlah kecerdikan menunjukkan mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Inilah hasrat yang ingin dicapai. Sekiranya penguasaan ilmiah tidak disusuli karakter pencipta maka tidak berhasil hasrat negara. Kita ingin melahirkan murid yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal anak-anak. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa atas kerjasama utuh yang diberikan. Pihak PPD mempunyai peruntukan bagi menyediakan kemudahan kepada pihak sekolah, namun pihak kami perlu mengutamakan sekolah yang lebih memerlukan. 4. Celik Kerjaya Murid yang celik kerjaya dapat dibentuk melalui peranan ibu bapa. Kerjaya merupakan halatuju dalam hidup seseorang. Namun, jika seseorang anak atau murid tidak jelas akan hala tuju kerjayanya, ibu bapa dan guru perlu mengembleng tenaga bagi mengubah keadaan tersebut. 5. Kestabilan Emosi Kestabilan emosi perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Sekiranya anak-anak mengalami tekanan perasaan, ibu bapa perlu memberi semangat supaya ia dapat diselesaikan. Selari dengan pepatah yang berbunyi, “ Berakit-rakit ke hulu, berenangrenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian, ibu bapa seharusnya tidak terlalu mudah memberi malah perlu mengajar anak untuk berfikir dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati. Pihak PPD Kemaman dan guru akan memberikan komitmen penuh dalam hal ini. 6. Pembangunan Spiritual Pihak sekolah mengadakan program menggalakkan murid menghafal surah Al-Mulk dalam usaha membangunkan spiritual murid. Amalan ini sangat baik untuk melahirkan insan yang terdidik dalam membangunkan spiritual anak-anak, ibu bapa perlulah berusaha supaya seiring dengan langkah yang diambil oleh pihak sekolah seperti mengadakan sesi tazkirah di rumah untuk membentuk keperibadian unggul dalam diri anak-anak. Pihak sekolah telah sedaya upaya mewujudkan persekitaran ideal untuk kecemerlangan murid. Murid yang hebat akan lahir dengan adanya kerjasama dan sokongan ibu bapa, PIBG, pembimbing dan guru-guru yang berkualiti. Pihak PPD amat berterima kasih atas komitmen dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PIBG. Sokongan yang lebih baik amat diharapkan demi membangunkan aset negara yang sangat bernilai. Kejayaan yang dikecapi mungkin tidak dapat dirasai oleh semua pihak namun, impak kejayaan akan terserlah. Kejayaan utama yang ingin dicapai tentunya melahirkan insan terdidik yang selepas ini akan keluar berkhidmat kepada masyarakat. Selagi terdaya, semua pihak haruslah mengembleng tenaga dalam melahirkan anak-anak yang bakal menjadi pemimpin hebat negara. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrohim, Tuan PPD merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-47.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 8 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK CHUKAI, 24000 KEMAMAN TERENGGANU KALI KE – 47 TAHUN 2023 Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 10:30 pagi Pengerusi : Haji Ismail Nasruddin bin Zubir (Yang Dipertua PIBG) 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG Haji Nasruddin bin Zubir mengalu-alukan kehadiran semua ahli dalam Mesyuarat Agung kali ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang sesi 2022/2023. Beliau mengharapkan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan oleh kepimpinan baharu PIBG yang akan dipilih nanti. 2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-46 2.1 Setiausaha Kehormat PIBG, Hj.Ahmad Rosly bin Yahaya membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46 tahun 2022. 2.2 Puan Irfah Hafizah binti Ahmad mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46 disahkan dan disokong oleh Tengku Shahrom Bahrin bin Tengku Azmin. 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pembinaan surau ditangguhkan dahulu kerana dana terkumpul hanya ada RM 61,983.71. Dana yang masih diperlukan adalah RM 100,000.00. Kos pembinaan surau dijangka meningkat ekoran kenaikan kos bahan mentah. 3.2 Pembinaan surau ditepi gelanggang futsal akan diubah ke tempat yang lebih strategik dan boleh menampung kapasiti 200 jemaah. 3.3 Tempat menunggu berbumbung di depan pintu pagar sebelah dewan tidak boleh dilaksanakan atas beberapa sebab. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 4.1 Hj.Ahmad Rosly bin Yahaya selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022. Beliau meminta ibu bapa merujuk kepada Buku Peringatan Mesyuarat pada muka surat 13 untuk disahkan. 4.2 Puan Mazidah bt Mustafa mencadangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG pada tahun 2022 diterima dan disahkan serta disokong oleh Puan Maizatul binti Abdul Ghani. 4.3 Jawatankuasa Biro PIBG dibentuk untuk membantu kelancaran dan keberkesanan pentadbiran Jawatankuasa seperti berikut; i. Biro Pendidikan dan Akademik


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 9 ii. Biro Kemenjadian Murid dan Pendidikan Kerjaya iii. Biro Pembangunan dan Ekonomi iv. Biro Keselamatan, Disiplin dan Keceriaan v. Biro Kokurikulum dan Sukan vi. Biro Kerohanian dan Kebajikan 4.4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 telah diadakan pada 1 April 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Amar Kemaman dan dirasmikan oleh Haji Zaib bin Manan, Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman. 4.5 Mesyurat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak 3 kali; i. Bil.1 – 24 Mei 2022 ii. Bil.2 – 28 November 2022 iii. Bil.3 – 2 Mei 2023 4.6 Sumbangan kewangan PIBG untuk program dan aktiviti sekolah; i. Sumbangan program kecemerlangan murid kelas peperiksaan SPM dan STPM ii. Sumbangan menyelenggara dan membaik pulih kemudahan prasarana dan fizikal sekolah iii. Sumbangan menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di bilik darjah iv. Sumbangan menyokong aktiviti luar dalam bidang koakademik dan kokurikulum v. Sumbangan meningkatkan aktiviti sahsiah dan kemenjadian murid dan disiplin 4.7 Ganjaran kepada kelas yang berjaya menyelesaikan sumbangan PIBG - 30/10/2022 4.8 Aktiviti gotong-royong pascabanjir - 28/12/2022 4.9 Program pembelian meja peperiksaan murid (200 unit meja plastik) - 31/1/2023 4.10 Sumbangan pembelian 30 unit kerusi plastik bilik Bahasa Jerman - 31/1/2023 4.11 Program Solat Hajat Perdana SPM dan STPM di Masjid Pengkalan Pandan - 9/2/2023 4.12 Sumbangan makanan dan minuman calon peperiksaan SPM 2022 4.13 Sumbangan Kem Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan DITC Teluk Kalong 4.14 Sumbangan Program Ihya’ Ramadan dan Aidilfitri 4.15 Sumbangan jamuan hari raya dan sambutan hari guru peringkat sekolah 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN 5.1 Puan Norfauzilah binti Rashid selaku Bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Kewangan PIBG 2022. Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022. Hadirin diminta merujuk Buku Peringatan Mesyuarat PIBG pada muka surat 14-16 untuk disahkan.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 10 5.2 Puan Sharifah Nuruhuda binti Syed Agil mencadangkan Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 dan disokong oleh Encik Mohd Azam bin Abdul Rahim. 5.3 Rumusan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2022:- PERKARA SUMBANGAN PIBG (RM) TABUNG SURAU (RM) TABUNG KECEMERLANGAN (RM) Baki pada 1 Januari 2022 21, 396.11 61,983.71 92,697.60 Jumlah penerimaan 64,065.50 2,288.90 120,780.00 Jumlah Pembayaran (52,811.00) - (75,756.70) Baki pada 31 Disember 2022 32,650.61 64,272.61 137,720.90 5.4 Laporan Penyata Penerimaan dan Pembayaran Sumbangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 secara terperinci boleh dirujuk pada muka surat 16. 6.0 MEMBAHASKAN USUL USUL 1. PN NOOR INTAN BINTI MUSA Inginkan satu group whatsApp @ telegram untuk pihak asrama, senang untuk ibu bapa hendak bertanya hal-hal berkaitan di asrama. Maklum balas: Pihak sekolah telah mewujudkan kumpulan “Pewaris TEPCES” dalam Telegram secara sehala. USUL 2. PN SHARIFAH NORULHUDA BINTI SYED AGIL Cara atasi masalah beg berat ke sekolah. Maklum balas : Murid disarankan mengikut jadual waktu harian dengan membawa buku teks mengikut subjek yang diajar pada hari berkenaan sahaja (jumlah maksima 5 mata pelajaran sehari sama dengan 5 buah buku teks sahaja) USUl 3. EN. HANIZAN BIN ABDUL MANAN Jika boleh, untuk kemasukan anak kali pertama, ibu bapa dibenarkan membawa barang anakanak naik ke bilik. Maklum balas: Bagi tujuan keselamatan pihak sekolah (JK pengurusan asrama) tidak dapat memberi kebenaran ibu bapa masuk ke bilik asrama. USUL 4. PN MAZIDAH BINTI MUSTAFFA.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 11 Mengusulkan supaya material t-shirt rumah sukan dan t-shirt sekolah ditukar kepada kain jersi. Ianya lebih ringan dan selesa dipakai. Maklum balas: Pihak sekolah memilih pembekal baju rumah sukan dan t-shirt sekolah mengikut kemampuan majoriti ibu bapa. USUL 5. PN NORULSHAHIDA BINTI CHE DIN Mohon pihak sekolah buat pertimbangan untuk kurangkan atau tangguhkan aktiviti luar kelas contohnya merentas desa. Maklum balas: Pihak sekolah akan patuh kepada pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. USUL 6. PN YUSAIMI BIN MOHD NOR. Mohon mempertimbangkan pengurangan yuran PIBG & Kecemerlangan. Maklum balas: Majoriti ibu bapa bersetuju dengan kadar sumbangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun jika tidak mampu ibu bapa boleh memohon terus kepada Jawatankuasa PIBG dan pengurusan sekolah@pengetua untuk mengurangkan kadar sumbangan. Selain itu, ibu bapa juga boleh berhubung dengan guru kelas. USUL 7. ROHAIDA BINTI SULONG @ALIAS Harap ada pembaikan bagi lampu dan kipas berfungsi untuk kemudahan anak-anak pelajar pada semua blok terutama blok pentadbiran. Terima kasih. Maklum balas : PIBG dan pihak sekolah sedang berusaha menggantikan 30 unit kipas yang rosak di bilik darjah. PIBG dan pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG Puan Khazalina binti Khalid yang telah menyumbang 10 unit kipas siling. USUL 8. NOORFARIZAN BINTI ADAM Kelas yang ada banyak aktiviti di makmal boleh diletak pada aras bawah. Maklum balas: Bilik darjah aras bawah digunakan untuk menempatkan murid yang mempunyai masalah kesihatan dan kecederaan fizikal untuk memudahkan pergerakan mereka. USUL 9. AMIR FAISAL BIN ASMAT Cadangkan pasang aircond di surau blok pentadbiran. Maklum balas: Pihak sekolah perlu mendapat kelulusan pihak jabatan untuk membuat pendawaian elektrik dan isu peningkatan bil elektrik. USUL 10. MOHD FAIZAL BIN MUHAMMED Kelonggaran memakai tudung hitam & baju PJ semasa sesi PJK. Maklum balas: Tudung warna hitam cepat menyerap haba terutama ketika cuaca panas. USUL 11. MOHD AZRUL AZIZI BIN KENASIPAN Diharap pihak sekolah dapat membaik pulih tandas. Maklum balas: Tandas murid diselenggara dari semasa ke semasa. Tandas Dewan Mercu telah diperbaiki dengan kos RM1,000. Walau bagaimanapun tandas dewan hanya dibuka apabila ada program tertentu. Kos membaiki tandas di blok tingkatan 6 dianggarkan


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 12 RM50,000. Pihak sekolah menunggu peruntukan Kementerian untuk kerja penyelenggaraan dan baik pulih. USUL 12. EN NOR HISHAM BIN HASHIM Demi meningkatkan dan melicinkan perjalanan kemasukan dan pendaftaran masuk pelajarpelajar tingkatan 6 semester 1 (pada hari pendaftaran) maka dengan ini diusulkan 1) Pihak sekolah dibenarkan untuk mengutip, mengurus dan membelanjakan wang kutipan sebanyak RM30 setiap pelajar yang mendaftar masuk ke PTE SMK CHUKAI. Rasional : Urusan atau perjalanan majlis orientasi selama seminggu memerlukan dana untuk membiayai aktiviti sepanjang minggu tersebut (membeli hadiah, jamuan, bayaran penceramah jemputan dll) yang selepas ini akan dikenali sebagai sumbangan pendaftaran pelajar semester 1 sebanyak RM 30 sahaja. 2) Pihak sekolah dibenarkan mengutip bayaran sumbangan PIBG dan bayaran sumbangan Kecemerlangan pada hari pendaftaran pelajar semester 1 dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung PIBG. Maklum balas: Usul ini boleh dibentang dalam perjumpaan permuafakatan ibu bapa tingktan 6 dan dapatkan persetujuan ibu bapa. Persetujuann tersebut perlu diminitkan dalam perjumpaan permuafakatan. USUL 13. NORAZILAWATI IBRAHIM Setuju asrama balik sebulan sekali (3 minggu) Maklum balas: Ketetapan daripada pihak KPM bahawa pelajar asrama dibenarkan balik 2 minggu sekali. USUL 14. WAN ZULAINI BINTI WAN SULONG 1. Penyediaan mesin water purifier di beberapa lokasi di sekolah untuk membekalkan air bertapis dan bersih kepada pelajar dan guru. Maklum balas: Pihak sekolah akan mengusahakan untuk memasang mesin water purifier. 2. Penubuhan kumpulan sokongan ibu bapa (KSIB) untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam merancang dan melaksanakan program yang melibatkan pelajar. Cth KSIB band. Maklum balas : Sekolah telah memiliki PIBG dan PIBK akan sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa dan individu yang ingin menyumbang wang, tenaga dan kepakaran kepada pihak sekolah. 3. Menggalakkan pelajar memohon biasiswa bagi menyertai program-program antarabangsa seperti STEM academy dan pertukaran pelajar. Maklum balas: Pelajar telah diberi maklumat tentang program Antarabudaya Yayasan AFS program pertukaran pelajar luar negara. USUL 15. MOHD NASIR BIN ABDUL RAHMAN 1) Perbesarkan surau 2) Penambahbaikan tandas untuk pelajar Maklum balas: Semua usul di atas dalam perhatian dan tindakan pihak PIBG dan sekolah.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 13 USUL 16. MOHD MASWADEEY BIN SULAIMAN Selenggara aircond & kipas dalam bilik darjah disebabkan musim terlampau panas. Maklum balas: Kipas telah diselenggara dan dibaiki di semua bilik darjah. USUL 17. AHMAD NAJMUDIN BIN MOHAMED Mohon pelajar tingkatan 4 (lama) boleh menukar uniform sebagaimana pelajar tingkatan 4 yang baharu masuk boleh memilih uniform sesuka hati. Maklumbalas : Keputusan pemilihan dan pemakaian uniform telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa boleh berbincang dengan Penolong Kanan Kokurikulum untuk maklumat terkini. USUL 18. TUAN ROSMA ALISA Sediakan telefon awam di dalam kawasan sekolah supaya murid mudah untuk menghubungi ibu bapa semasa pulang untuk elakkan kesesakan. Lebih baik pondok telefon/telefon awam berada dalam kawasan sekolah untuk elakkan kerosakan @budaya vandalisme oleh orang luar. Ini juga bertujuan untuk mengurangkan penggunaan handphone pada waktu sekolah tanpa kawalan ibu bapa dan guru. Maklum balas: Pelajar tidak boleh menggunakan telefon awam di luar premis sekolah demi keselamatan mereka. Perkara tersebut dalam perhatian dan tindakan pihak sekoalh. USUL 19. KHAIRUL ANWAR BIN MOHD HATA Kurangkan pergerakan pelajar melalui jejantas. Maklum balas : Jejantas selamat digunakan setelah dipasang jeriji hingga ke bumbung. USUL 20. AZWA BIN MOHD Bayaran tahunan PIBG sangat tinggi. Maklum balas: RM50 bayaran PIBG adalah mengikut sokongan majoriti dan mengikut kemampuan majoriti ibu bapa. USUL 21. PN ROHANI BINTI MOHD NOR @ DIN (PKP) 1. Sumbangan PIBG kekal RM50 untuk satu keluarga 2. Pada tahun 2022 Tabung Kecemerlangan bagi murid tingkatan 1,2,3, dan 4 adalah RM100 manakala bagi tingkatan 5 dan 6 adalah RM120. Pihak sekolah memohon untuk menaikkan sumbangan Tabung Kecemerlangan sebanyak RM20 bagi setiap murid. Ini bermakna sumbangan Tabung Kecemerlangan murid tingkatan 1,2,3 dan 4 adalah sebanyar RM120 manakala tingkatan 5 dan 6 sebanyak RM140 Maklum balas : Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan penambahan sumbangan tersebut. Pembayaran sumbangan tabung kecemerlangan boleh dibuat secara ansuran. Sekiranya ada ibu bapa yang tidak mampu, para pelajar boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 14 7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Pengerusi membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Hj.Ahmad Rosly mencadangkan En.Nor Hisham bin Hashim sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. Keputusan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022-2023. YDP PIBG :Tuan Haji Ismail Nasruddin bin Zubir NYDP :Tuan Haji Saiful Nizam bin Ashari Pencalonan AJK : Pn.Khazalina binti Khalid En.Faizal Rizal bin Mohamad Fadzil YM Tengku Shahrul Bahrin bin Tengku Azme En Wan Makhzan b Wan Hamdan En Mohd Keyma b Ahmad Azani En Mohd Hafiz bin Zakaria Pn Siti Juhaida bt Kamarudin Pemeriksa kira-kira Pn Hayati bt Awang Hasan Jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Ahli Jawatankuasa Guru dan Pemeriksa Kira-kira akan dilantik dalam kalangan guru. 8.0 HAL-HAL LAIN Tiada hal-hal lain. 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG yang baharu, iaitu Haji Ismail Nasiruddin bin Zubir mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada ibu bapa yang masih percaya kepada beliau untuk mengemudi PIBG bagi sesi 2023/2024 sekali lagi. Beliau berharap semua pihak memberi kerjasama demi kemenjadian pelajar dam kecemerlangan SMK Chukai. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disediakan oleh. (NORMAIZATUL AKEMA BT HANAFIAH) Setiausaha Kehormat PIBG Disahkan oleh, (HJ.ISMAIL NASRUDDIN B.ZUBIR) Yang Dipertua PIBG


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 15 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SMK CHUKAI TAHUN 2024/2025 01. Pengurusan PIBG Bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran pentadbirannya, PIBG telah menubuhkan Jawatankuasa Biro berikut :- Biro Pendidikan dan Akademik Biro Kemenjadian Murid dan Pendidikan Kerjaya Biro Pembangunan dan Ekonomi Biro Keselamatan, Disiplin dan Keceriaan Biro Kokurikulum dan Sukan Biro Kerohanian dan Kebajikan 02. Mesyuarat Agung PIBG ke-47 telah diadakan pada 13 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Mercu SMK Chukai dan dirasmikan oleh Pn Hajah Hamidah bt Hasan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman. 03. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak 4 kali:- Bil.1 – 12 Jun 2023 Bil.2 – 22 Ogos 2023 Bil.3 – 23 Jan 2024 Bil 4 – 14 Mei 2024 04. Sumbangan kewangan PIBG untuk program dan aktiviti sekolah:- 4.1 Sumbangan program kecemerlangan murid kelas peperiksaan SPM dan STPM 4.2 Sumbangan menyelenggara dan membaik pulih kemudahan prasarana dan fizikal sekolah 4.3 Sumbangan menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di bilik darjah 4.4 Sumbangan menyokong aktiviti luar dalam bidang koakademik dan kokurikulum 4.5 Sumbangan meningkatkan aktiviti sahsiah dan kemenjadian murid. 05. Ganjaran kepada kelas menyelesaikan bayaran sumbangan PIBG 06. Aktiviti gotong-royong Madani – 8/9/2023 07. Program Solat Hajat Perdana SPM dan STPM di Masjid Pengkalan Pandan – 11/12/2023 08. Sumbangan makanan dan minuman calon SPM 2023 09. Gotong Royong Perdana PIBG – 11/5/2024 10. Pembinaan Surau Baharu Disediakan oleh, (NORMAIZATUL AKEMA BT HANAFIAH) Setiausaha Kehormat PIBG Disahkan oleh, (ISMAIL NASRUDDIN BIN ZUBIR) Yang Dipertua PIBG


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 16 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI PENGESAHAN PERSATUAN Kami, dengan ini mengesahkan dan mengaku telah mendedahkan segala buku akaun dan rekod yang berkaitan bagi penyediaan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Sepanjang pengetahuan kami, angka-angka yang ditunjukkan pada penyata kewangan adalah benar dan segala yang dinyatakan adalah hasil dan perbelanjaan aktiviti persatuan kami. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………….. ………………………………...... (NORFAUZILAH BINTI RASHID) (HAYATI BINTI AWANG HASAN) Bendahari, Pemeriksa Kira-kira I, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Chukai, Kemaman. SMK Chukai, Kemaman. Tarikh: 31 Disember 2023 Tarikh: 31 Disember 2023 Disemak oleh, Disahkan oleh, ………………………………… ……………………………….. (IRFAH HAFIZAH BINTI AHMAD) (ISMAIL NASRUDDIN BIN ZUBIR) Pemeriksa Kira-kira II, Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Chukai, Kemaman. SMK Chukai, Kemaman. Tarikh: 31 Disember 2023 Tarikh: 31 Disember 2023


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 17 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK CHUKAI, KEMAMAN RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 BUTIRAN TABUNG SUMBANGAN PIBG RM TABUNG SURAU BAHARU RM TABUNG KECEMERLANGA N RM Baki pada 1 Januari 2023 32,650.61 64,272.61 137,720.90 Jumlah Penerimaan 74,810.60 2,670.32 129,690.00 Jumlah Pembayaran (71,026.10) (18,900.00) (126,695.45) Baki pada 31 Disember 2023 36,435.11 48,042.93 140,715.45


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 18 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK CHUKAI PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN TABUNG SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 BUTIRAN RM RM Baki pada 1 Januari 2023 32,650.61 Tambah: Penerimaan Sumbangan Ibu Bapa (Pembelian Meja Peperiksaan) Sumbangan Ibu Bapa (Makan Minum SPM 2022) Sumbangan Bekas Guru (Pembelian “Bench Chair”) Sumbangan Ibu Bapa (Ihya’ Ramadhan & Aidilfitri) Sumbangan PIBG 2022 Sumbangan PIBG 2023 Komisen 15,955.00 1,970.00 3,000.00 3,780.10 3,750.00 46,350.00 5.50 Jumlah Penerimaan 74,810.60 107,461.21 Tolak: Pembayaran Sumbangan Diberi NOTA 1 Mesyuarat Agung PIBG NOTA 2 Mesyuarat AJK T-shirt AJK PIBG 2022/2023 Buku Resit Buku Cek Caj Bank 64,656.10 4,120.00 150.00 1,385.00 550.00 25.00 140.00 Jumlah Pembayaran (71,026.10) Baki pada 31 Disember 2023 36,435.11


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 19 NOTA 1 RM Pertukaran dan Persaraan Guru 2,300.00 Pemasangan Suis Utama Bilik Guru 500.00 Majlis Apresiasi Kokurikulum 2,000.00 Pemasangan Penghawa Dingin Bilik Warden Asrama 2,960.00 Makan Minum Pengawas SPM 2022 1,000.00 Meja Peperiksaan di Dewan Mercu 20,050.00 Kerusi Plastik Bilik Bahasa Jerman 990.00 Mesyuarat Profesionalisme Guru & AKP 500.00 Makan Minum Sepanjang SPM 2022 2,000.00 Pembelian “Bench Chair” (Sumbangan Bekas Guru) 3,000.00 Majlis Khatam al-Guran Peringkat Sekolah 500.00 Kem Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan 1,860.00 Ihya’ Ramadhan dan Aidilfitri 3,780.10 Sambutan Hari Guru & Aidilfitri 500.00 Ceramah Adab dan Nilai (Unit BADAR) 300.00 Pintu dan Bidai Bilik Peperiksaan 1,000.00 Penetapan Target SPM & STPM 2023 200.00 Kem Kepimpinan MPP Tingkatan 6 500.00 Ceramah Maal Hijrah 250.00 Lawatan Pelajar Asrama 500.00 Kem Elit Guru Muda SPM 2023 810.00 Kem Kepimpinan PRS 400.00 Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris (Kebangsaan) 100.00 Kos Tambahan Renovasi Tandas 2,500.00 Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah 400.00 Pembinaan Laluan Murid Berbumbung 12,000.00 Bayaran Guru Ganti 756.00 Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan 3,000.00 64,656.10


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 20 NOTA 2 Banner 180.00 Makan Minum 2,700.00 Buku Peringatan Minit Mesyuarat Agung 840.00 Cenderamata Perasmi 90.00 Hiasan Pentas 310.00 4,120.00


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2024 21 KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK CHUKAI SESI 2024/2025 YANG DIPERTUA (Ibu Bapa) : ………………………………………………………… NAIB YANG DIPERTUA (Ibu Bapa) : ………………………………………………………… SETIAUSAHA KEHORMAT (Guru) : ………………………………………………………… PENOLONG SETIAUSAHA (Guru) : ………………………………………………………… BENDAHARI (GURU) : ………………………………………………………… AHLI JAWATANKUASA (Ibu Bapa) 1. ………………………………………………………. 2. ……………………………………………………… 3. ……………………………………………………… 4. ……………………………………………………… 5. ……………………………………………………… 6. ……………………………………………………… 7. ……………………………………………………… AHLI JAWATANKUASA (Guru) 1. ……………………………………………………… 2. ……………………………………………………… 3. ……………………………………………………… PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. ………………………………………………….... (Ibu bapa) 2. ……………………………………………………. (Guru) Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Chukai Kali Ke-48 #HebatkanTePCES #TiadaDalihPastiBoleh


Click to View FlipBook Version