MPU21032
E-Folio
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
PENSYARAH KURSUS : PUAN NURULADHA
NAMA AHLI NO MATRIKS
MUHAMMAD ARIFF HAKIMI BIN MOHAMAD 21DDT21F2021
FAZLI
LAXMAN A/L MOHAN 21DDT21F2036
MUHAMMAD FADHIL BIN MOHAMED 21DDT21F22057
KAVINASH 21DDT21F2073
SESI MAC 2022
Isi kandungan
Bil Tajuk M/S
1 Pengenalan 1
2 KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA 2-6
-kaum melayu
-kaum india
-kaum cina
3 KOMPOSISI ETNIK DAN KOMPOSISI AGAMA. 7-9
4 DEMOGRAFI PENDUDUK 10
5 PERISTIWA 13 MEI 11-14
6 KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 15
8 IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA 16-18
9 KESIMPULAN 19
10 LAMPIRAN 20
11 SUMBER RUJUKAN 21
1
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Masyarakat
hidup bersama dan bergaul antara satu sama lain. Selepas kemerdekaan, pergaulan di antara
setiap anggota masyarakat ini semakin meningkat, tambahan pula dengan proses perbandaran
dan migrasi yang semakin pesat berlaku setiap masa. Selain etnik terbesar Melayu, Cina dan
India, Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum lain seperti Orang Asli, Iban, Bidayuh,
Kadazan, Dusun serta suku bumiputera lainnya yang mendiami Sabah dan Sarawak.
Kepelbagaian ini yang telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia
merupakan hasil perjuangan semua kaum yang berpegang pada prinsip perpaduan,
permuafakatan dan persefahaman antara satu sama lain sekalipun menjadi sebuah negara
yang baru lahir dan bercirikan kepelbagaian. Sebagai sebuah negara baharu, masalah
berasaskan kepelbagaian juga pastinya akan wujud. Peristiwa 13 Mei, misalnya telah
memberikan gambaran betapa rapuhnya persefahaman serta permuafakatan di antara kaum,
sekali gus turut menyedarkan kepada semua kaum kepada betapa pentingnya perpaduan bagi
menjamin kestabilan politik dan ekonomi agar peristiwa seperti ini tidak berulang2.
Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik di Malaysia sebagai Penghalang Perpaduan
Nasional. Hal yang menjadi persoalan adalah kepelbagaian ini dilihat sama ada sebagai satu
kelebihan dan keunikan Malaysia atau merupakan kelemahan terhadap pembentukan
perpaduan negara Malaysia. Banyak pandangan dan pengertian yang diberikan oleh golongan
akademik dan sarjana dalam memperjelaskan konsep negara Malaysia atau bangsa Malaysia.
Negara bangsa didefinisikan sebagai satu bangsa yang menghasilkan penciptaan satu deria
matlamat dan jati diri yang sama. Selain itu, negara Malaysia ini dikaitkan juga dengan
semangat nasionalisme dan patriotisme. Nasionalisme merupakan sentimen dalam kalangan
rakyat di sebuah wilayah yang menggunakan lambang-lambang tertentu bagi menentukan taraf
negara bangsa ini seperti kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, bendera dan lain-
lain. Patriotisme pula menjadi unsur penting nasionalisme dalam menanamkan rasa kesetiaan
pada negara. Ringkasnya, bangsa Malaysia adalah bangsa yang mampu mengaitkan jati
dirinya dengan Malaysia, bertutur bahasa Malaysia dan menerima perlembagaan negara
Malaysia.
2
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu , Cina dan India . Sebelum
pertemuan tapak bijih oleh Long Jaafar pada tahun 1848 , majoriti penduduk Tanah Melayu terdiri
daripada orang melayu.Hanya sebilangan kecil orang Cina yang datang Tanah Melayu sebagai
pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka , Kuala Terengganu , Sungai Johor ,
Sungai Pahang dan Kelantan .Sementaraitu , sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai
buruh di ladang kopi dan tebu pula terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai .
Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-
ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa
masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk tujuan sektor ekonomi . Pada abad ke-19
sebenarnya memperlihatkan penguasaan British ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah
Melayu secara meluas . Aktiviti perlombongan bijih timah merupakan sumber kekayaan Tanah
Melayu yang dieksploitasi sepenuhnya oleh British
Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis , British telah membawa masuk buruh-buruh Cina
dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak perlombongan tetapi juga di sektor ekonomi yang
lain . Senario ini didapati berterusan hingga tercetus Perang Dunia Kedua. Penghijrahan secara
besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu .
Dari segi peratusan , peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54 % merosot menjadi 49 %
pada tahun 1921 dan menurun lgi kepada 45% pada tahun 1931 .
3
KAUM MELAYU
Orang melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sehingga 1957
keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung,
penduduk Melayu ramai yang membuat kegiatan menangkap ikan(nelayan) dan bertani. Bagi
kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu pula, mereka bergiat dalam aktiviti
perniagaan kecil-kecilan.
Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi di
negeri masing-masing semakin berubah dan merosot akibat campur tangan British dalam hal
ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan
kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di
Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port
Dickson di Negeri Sembilan. Kaum Melayu masih kekal diperkampungan masing-masing
walaupun peratusan penduduk Bandar menigkat dari semasa ke semasa, namun peratusan
kaum Melayu di Bandar-bandar baharu tetap kecil.
4
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua
puluh lima peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang
tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur
bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air iaitu di johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau
Pinang oleh British dari tangan sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilan Singapura dari
tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun
1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukin. Ramai juga
yang datang dari daerah Amoy. Sen-Yu, Hok - Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan
Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan
orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Bilangan
penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun
berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan
meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalnya pada tahun 1877, The Chinese
5
Immigrants dan The Crimping Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah
ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-berbagai
kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Orang Hakka
ramai yang menjadi pelambung sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai
makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar. Walaupun
kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai
yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.
Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang
iaitu 37.1 % daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
6
KAUM INDIA
Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20,
hubungan antara India dan Semananjung Tanah Melayu berlaku sejak awal lagi.
Hubungan yang bermula sejak abad pertama Masehi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an dan tumpuan masyarakat India adalah di
kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal
dari Chennai, manakala selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain orang Tamil,
terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon. Kumpulan etnik yang terbesar ialah orang Tamil
yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara
orang Malahayati meliputi 7% dan orang Telegu pula berjumlah 4%.kebanyakkan orang
Tamil, Malayati dan orang Telegu bekerja di estet-estet.
Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah Sistem
Kangani. Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu dan
pulang ke India perlu mencari buruh-buruh baharu untuk bekerja denganya di Tanah Melayu
dan orang ini dipanggil Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938
7
KOMPOSISI ETNIK DAN KOMPOSISI AGAMA.
KOMPOSISI ETNIK.
Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan
8.2 peratus bukan warganegara. 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri
daripada Bumiputera Melayu dan 11% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri
daripada Orang Asli, Siam, Serani, Baba dan Nyonya (Peranakan), dan lain-lain minoriti
bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan
Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur.Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum
Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien,
Kantonis,Hakka, Teochew dan lain-lain. Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi
7.3% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India
terbesar di Malaysia, orang Malayali, Sikh, Telugu dan lain-lain. Manakala lain-lain kaum pula
seramai 0.7 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain
yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.Kepadatan penduduk Malaysia
tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung
Malaysia
8
KOMPOSISI AGAMA
Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 61.3%. Selebihnya
adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%), Hindu
(6.3%), Lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak
1.7%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-
lain.
Isu Kesenjangan Etnik
Politik
Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, menerusi dasar pecah dan perintah
telah memisahkan kaum-kaum ini dari segi penglibatan di Tanah Melayu. Sememangnya
implikasi dari dasar yang diperkenalkan mempengaruhi corak kegiatan berpolitik setiap
kaum selepas kemerdekaan. Setiap kaum di Tanah Melayu lebih cenderung menonjolkan
kelangsungan. Hal ini dapat dilihat semasa Tunku Abdul Rahman yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang pertama cuba menggabungkan parti-parti politik yang
mewakili tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah mendapat tentangan dan
kritikan hebat oleh golongan elit dan kelas pertengahan Melayu kerana beranggapan
mengancam masa depan politik kaum Melayu.
EKONOMI
Selepas kemerdekaan pun, pada tahun 1980-an perbezaan jurang
kemiskinan antara kaum masih timbul walaupun kerajaan telah memberi
tumpuan dalam aspek pembangunan desa dan projek mega di bandar. Namun,
masalah kemiskinan masih tidak dapat diatasi. Atas sebab jurang ekonomi menyebabkan
tercetusnya pergaduhan di Kampung Medan, Selangor pada tahun 2001 antara orang
Melayu dan India yang menunjukkan pengurusan kumpulan miskin dan pinggiran bandar
harus diberikan perhatian.20 Sehingga kini, jurang ekonomi masih wujud dan inilah yang
menyebabkan timbulnya rasa perbezaan setiap kaum yang ketinggalan dan mundur dari
segi pembangunan, kemiskinan, peminggiran dan ketidaksamarataan. Misalnya kejadian
9
pergaduhan di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1997 menunjukkan masalah
etnik dari sudut ekonomi.
10
DEMOGRAFI PENDUDUK
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan.
Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India. Selain itu, terdapat juga penduduk pribumi di Semenanjung Malaysia yang merupakan
Orang Asli dan secara umumnya terbahagi kepada tiga kaum terbesar iaitu Negrito, Senoi
dan Melayu Proto. Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai
dialek dan budaya terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik komuniti majoritinya ialah etnik
Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau, Bajau Laut, Murut, Lundayeh,
Orang Sungai dan Iranun. Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik
dan etnik Iban adalah etnik majoriti selain Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu. Pada 2016,
jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 31.7 juta orang merangkumi komposisi
jantina seramai 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap
100 orang perempuan iaitu peningkatan sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada
2015 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh yang sama.
Etnik Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 68.6 peratus, diikuti oleh
etnik Cina sebanyak 23.4 peratus, India sebanyak 7.0 peratus dan lain-lain adalah sebanyak
1.0 peratus. Taburan penduduk mengikut umur pada 2016 tidak menunjukkan perbezaan
ketara berbanding 2015. Penduduk dalam kumpulan umur 0 hingga 14 tahun berkurangan
0.4 peratus pada 2016 (24.5 %) berbanding 2015 (24.9 %). Penduduk dalam kumpulan umur
bekerja, 15 hingga 64 tahun meningkat 0.2 peratus pada 2016 berbanding 2015 manakala
penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 peratus bagi tempoh
yang sama.
Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)
11
PERISTIWA 13 MEI
13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati lekukan sejarahnya walaupun jumlah
korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat berdarah’ di
Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Myanmar, konflik Sinhalese-Tamil di Sri
Lanka, tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan lain-lain
pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan
menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi perhatian.
Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan peristiwa,
tokoh-tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk mengambil ibrah
dan mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus mengulangi kesilapan silam.
Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol rapuhnya perpaduan kaum
serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu kaum berterusan.
Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa,
kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda. Tragedi ini mempunyai kaitan
secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan pengaruh parti cauvinis
Cina serta hilang majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di DUN Selangor. Faktor hiliran yang
lain juga agak rencam menjadi motor pencetus kejadian.
Negara ini dipecah perintah oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik sehingga
terpisah melalui identiti sosio budaya. Orang Cina menetap dikawasan lombong bijih dan
12
pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terpuruk di
kampong.
Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu
sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan. Penjajahan Jepun juga semakin
melebarkan jurang sosio budaya, intergrasi antara kaum hancur apabila Jepun membantai etnik
Cina dan mengupah kempetai dan Tekikan daripada bangsa Melayu. Pemerintahan Bintang
Tiga pasca penjajahan Jepun telah mengesahkan bahawa hubungan antara kaum di Tanah
Melayu sangat rapuh dan nipis.
Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak faktor
mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah berikutan
pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969.
Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-
kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi-kerusi konstitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN
Selangor. Penyokong-penyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika akibat
kemenangan dalam pilihan raya.
Parti pembangkang bertunjang dokongan kaum Cina telah meminta kebenaran pihak polis
untuk mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang
menyaksikan kedudukan getir parti pemerintah di Selangor.
Laungan provokatif menggema di langit Kuala Lumpur, bandar yang dimajukan oleh Sutan
Puasa, Haji Abdullah Hukum serta peranan Yap Ah Loy kemudiaannya. Perarakan
kemenangan ‘victory parade‘ Pilihan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan kemarahan
mula menjalar serta membakar perasaan.
Dalam catatan beberapa sumber sejarah, perarakan yang majoriti oleh etnik bukan Melayu itu
telah bergerak sehingga ke Jalan Campbell, juga Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru
yang merupakan titik tumpuan orang Melayu di Lembah klang, kawasan Melayu yang
dibangunkan pada tahun-tahun 1890an ini juga terletaknya rumah Menteri Besar Selangor
13
ketika itu, Dato’ Harun Idris. Beliau pemimpin karismatik dan juga mempunyai pengikut yang
ramai.
Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum
Melayu, sebahagian etnik Cina yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi di Kuala Lumpur.
Jeritan, makian, sumpah seranah adalah ramuan mujarab bagi dua pihak yang semakin
menipis kesabaran.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba
mententeramkan keadaan agar tidak berlaku sesuatu yang buruk. Mereka yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang panjang.Khabar angin menjalar dengan pantas dan
semakin memburukkan keadaan.
Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang
kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi
tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan
keadaan yang panik mewabak dengan pantas. Kuala Lumpur tidak terkawal, maka perintah
berkurung diadakan oleh kerajaan juga Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan dibawah
Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya.
Menarik untuk dirakamkan bahawa peranan PAS dan pemimpinnya dalam mengekang
perbalahan kaum 13 Mei 1969. Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang
kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang
Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.
Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang
tumpah! Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan agar
tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur. Islam adalah agama damai dan
sejahtera yang menjaga masyarakat bukan Islam.
Tragedi 13 Mei yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah
memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, namun semakin lama jarak masa maka
14
ianya semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan pemimpin yang bertunjangkan
etnosentrisme.
Lebih setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah darah, Kuala Lumpur pernah terbakar
dengan noda politik komunal (perkauman) yang parah. Keharmonian dan keseimbangan politik
dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan penyertaan PAS dan
banyak parti komponen yang lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal untuk merapatkan jurang ekonomi Melayu dan bukan
Melayu. Langkah-langkah pencegahan diatur untuk mengekang suara perkauman kerana
negara berbilang kaum ini sangat rapuh kesepakatan kaum. Jauhi pemimpin chauvinis dan
yang tidak menghormati kontrak sosial negara ini. 13 Mei akan berulang kembali jika kita tidak
bercermin dengan sejarah lalu.
15
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British
lagi. Pada tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400 di
mana orang warganegara beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan
warganegara. Daripada jumlah warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera
Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum
Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam
kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang.
Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.
16
IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah
Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang
majmuk.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi
pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat
difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut.
17
DARI SEGI POLITIK:
1927-1932
● Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi
masalah kepada pemerintah Inggeris.
1930
● Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
● Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
● Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan
Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain
membina jalan. keretapi dan jalan raya.
● Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan.
1874
● Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
● Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
● Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti kontrak, dan bebas.
18
DARI SEGI EKONOMI:
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem
daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem
ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan
pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah
kemasukan buruh-buruh asing.
DARI SEGI SOSIAL:
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui
dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui
dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum
dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan
Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan
daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para
bangsawan Melayu sahaja.
Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana
mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini
juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan
menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
19
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan
Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar
kerajaan dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai. Kesepaduan sosial
boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya demi meningkatkan daya tahan keharmonian dalam sesebuah masyarakat
majmuk.
Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada
secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak
memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi merealisasikan integrasi
nasional dan pembentukan negara bangsa maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang
mampu menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati
oleh segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.
20
LAMPIRAN
21
SUMBER RUJUKAN
1. http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
2. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/504/346/1035
3. http://girlshuhu.blogspot.com/
4. https://www.google.com/search?q=lampiran+sejarah+masyarakat+majemuk+malaysia&r
lz=1C1UEAD_enMY994MY994&oq=lampiran+sejarah+masyarakat+majmuk+&aqs=chro
me.3.69i57j33i10i160l4j33i22i29i30l2.10779j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8