Tutuplah Auratmu
BIDANG : ADAB
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
6.1.1 Maksud & Hukum
Menutup Aurat
Pengertian Aurat : Aurat ialah
bahagian tubuh badan yang
Wajib ditutup dan tidak boleh
didedahkan.
6.1.2 Hukum berdasarkan dalil naqli
Dalil :
َوَل يُۡب ِدي َن ِزينَتَ ُه َّن إََِّل َما ظََهَر ِمۡن َه ۖا
Maksudnya : dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya
Berdasarkan dalil di atas, menutup aurat hukumnya wajib, orang yang mendedahkan aurat
akan mendapat dosa dan dimurkai Allah S.W.T.
PEREMPUAN LELAKI
Seluruh badanya Dari pusat
kecuali muka hingga lutut
dan tapak
tangan.
6.1.3 Adab dan Ciri-ciri berpakain menepati syarak
Adab-adab berpakain
• Membaca doa
• Memulakan anggota sebelah
kanan ketika memakai pakain.
• Memulakan anggota sebelah
kiri ketika membuka pakain.
• Memilih ciri-ciri pakain yang
menepati syarak.
Ciri- ciri Pakain Menepati Syarak
Menutup aurat
Tidak Ketat
Tidak jarang hingga menampakkan warna
kulit aurat yang ditutup
Tidak menonjol dan menarik perhatian
6.1.4 Menghafaz Doa Berpakain
َُبِ ْسِم اللِه الَلُّه َّم إِ ِني أَ ْسأَلُ َك ِم ْن َخِْْيِه َو َخِْْي َمه ُوَ ل
.ََُوأَعُ ذُبِ َك ِم ْن َشيِرِه َو َشيِر َمه ُوَ ل
Maksudnya :
Dengan namamu Ya Allah Aku minta kepadamu kebaikan pakain ini dan kebaikan apa-apa
yang ada padanya,
Dan aku berlindung kepadamu daripada kejahatan pakain ini dan kejahatan yang ada
padanya.
Mari Mencontohi Sunnah Rasulullah dalam
Berpakain.
❑ Rasulullah memakai baju yang berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
❑ Rasulullah berdoa ketika memakai pakain seperti serban, baju yang sempurna
❑ Rasulullah suka memakai pakain putih, bersih, wangi dan berpakain sederhana.
6.1.5 Mengaplikasi
Adab Berpakain
❑ Sebagai Seorang
Muslim dan Mukmin
sejati, kita hendaklah
mengamalkan
adab-adab berpakain
dan berpakain mengikut
ketetapan syarak
6.1.6 Merumus adab
Berpakain
Mengamalkan adab berpakain yang
menepati syarak bukan sahaja
dapat memelihara kehormatan
seseorang muslim, bahkan
menjadikan si pemakai yakin dan
orang disekeliling berasa selesa.
6.1.7 Menjaga adab Berpakain
Kita mestilah memelihara aurat dan pakain kita seperti yang
dikehendaki syarak kerana apa yang telah digariskan oleh
Syarak adalah bagi memastikan maruah kita terpelihara.
Peliharalah aurat disamping mengamalkan adab-adab
berpakain mengikut Sunnah Rasulullah.
-- TAMAT --
Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu