NAMA ALLAH
AL-HASIB
BIDANG : AQIDAH
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
Pengenalan
ُر ُّدو َهآۗٓإِّ َّن٨ ۡو٦َ• ِإَو َذا ُحيِّي ُتٱَمَّّلبَِّل َتََِّحك َّي َنةٖ لفََََ َٰعح ُّي ُواِّْكبِّأَََ ۡحۡش ٍَءس َن َح ِّم ِّسۡنيَه ًبآاأ
Maksudnya : Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan
sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau
balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa
menghitung setiap sesuatu.
Surah An-Nisa’ ayat 86
Info :
Cara menjawab salam yang paling sempurna
ialah Waalaikumussalam Warahmatullahi
Wabarakatuh
3.4.1 PENGERTIAN NAMA ALLAH AL-HASIB
Nama Allah Al-Hasib : Bererti Allah Maha
Menghitung setiap amalan dan perbuatan kita
sama ada baik ataupun tidak baik pada setiap
masa dan tempat
Nama Allah Al-Hasib juga membawa maksud Allah
Maha Mencukupkan keperluan hamba-Nya
3.4.2 MAKSUD MEYAKINI NAMA ALLAH AL-HASIB
Kita Wajib beriman bahawa Allah
mempunyai nama Al-Hasib dengan
meyakini Allah Maha Pemurah ketika
memenuhi keperluan hamba-Nya dan
Maha Menghitung setiap amalan kita
3.4.3 DALIL NAQLI DAN ERTINYA
•١٩َو َمن يَ ۡك ُف ۡر أَِب َيٰ ِّت ٱََّّللِّ فَإِّ َّن ٱََّّل َل ََ ِّسي ُع ٱۡ ۡلِّ َسا ِّب
•Maksudnya : Dan ingatlah, sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, Maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan
hisab-Nya.
• Surah Ali Imran ayat 19
3.4.5 BUKTI-BUKTI NAMA ALLAH AL-HASIB
Adanya hari kiamat iaitu hari pembalasan untuk diadili perbuatan setiap
manusia
Diciptakan syurga sebagai ganjaran kepada orang yang soleh
Diciptakan neraka sebagai balasan kepada orang yang engkar
Malaikat Raqib dan Atid ditugaskan untuk mencatat amalan baik dan buruk
Adanya mizan iaitu neraca timbangan amalan
Penciptaan alam yang memberikan manfaat kepada manusia
3.4.6 RUMUSAN KEFAHAMAN DAN KEPENTINGAN
NAMA ALLAH AL-HASIB
Kita wajib beriman dengan nama Allah Al-Hasib dengan
cara berhati-hati pada setiap perbuatan kita dan menjadi
manusia yang bersyukur.
-- Tamat --
Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu