Janji Setia Penduduk Yathrib
BIDANG : SIRAH
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
5.1.1 Latar Belakang Masyarakat Yathrib
Yathrib kini dikenali sebagai Madinah. Bumi Yathrib subur dengan pelbagai tanaman dan
buah-buahan. Pekerjaan utama penduduk Madinah adalah Bertani dan berdagang.
Kebanyakan mereka adalah penyembah berhala.
Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai Qabilah, antaranya kaum Aus, Khazraj dan
beberapa puak yahudi seperti Bani Nadhir, Qainuqa’ dan Bani Quraizah. Mereka selalu
bersengketa dan bergaduh kerana puak yahudi mendakwa bahawa akan lahir nabi terakhir
dalam kalangan mereka.
Disebabkan itu, penduduk Yathrib ternanti-nanti kemunculan nabi tersebut. Pada tahun ke –
11 kenabian seramai enam orang lelaki dari Yathrib datang menunaikan Haji dan memeluk
Islam. Mereka berjanji akan menyebarkan islam di Yathrib dan akan Kembali bertemu nabi
pada musim Haji tahun berikutnya.
5.1.2 Isi Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
➢ Pada tahun ke-12 kenabian, 5 daripada 6 orang Yathrib yang telah bertemu Rasulullah tahun
lalu, kembali bertemu Rasulullah bersama-sama 7 orang yang baru memeluk Islam. Nabi
sangat gembira akan kedatangan mereka. Nabi meminta mereka supaya berjanji setia 6
perkara kepada baginda
1. Tidak syirik kepada Allah
2. Tidak mencuri Mereka berbesar hati mentaati perjanjian tersebut.
3. Tidak berzina Apabila mereka hendak pulang, Nabi Muhamad
4. Tidak membunuh S.A.W mengutuskan Mus’ab Bin U’mair Bersama-
5. Tidak melakukan fitnah sama mereka untuk mengajar ajaran Islam
6. Setia kepada Rasulullah
➢ Pada tahun ke-13 kenabian, sebanyak 70 orang daripada Yathrib termasuk 2 orang Wanita
yang telah bertemu Rasulullah. Dalam perjanjian kali ini, Nabi Muhammad S.A.W telah
meminta mereka supaya berjanji setia kepada baginda untuk :
1. Mendengar dan mentaati Nabi Muhammad S.A.W dalam semua keadaan.
2. Membelanjakan harta di jalan Allah sama ada ketika senag atau pun susah.
3. Menyeru manusia kepada kebaikan dan menolak kemungkaran
4. Tabah menghadapi celaan orang kafir
5. Melindungi Nabi Muhammad S.A.W seperti mana mereka melindungi diri dan ahli keluarga
mereka sendiri.
5.1.3 Kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
Agama
- Terhindar daripada syirik dan kekufuran
- Kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W semakin bertambah
Nyawa
- Nyawa terpelihara dan dihargai
- Keselamatan manusia terjamin
Akal
- Terpelihara daripada anasir yang merosakkan akal dan fikiran
- Memuliakan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah Taala di muka
bumi
Harta
- Menghormati hak milik setiap individu
- Harta terpelihara daripada pencerobohan
Maruah
- Maruah manusia dijaga
- Menghormati hak setiap individu
5.1.4 Iktibar penerimaan masyarakat Yathrib terhadap dakwah
Nabi Muhammad S.A.W
Mencari Kebenaran
Penduduk Yathrib ternanti-nanti kemunculan Nabi Muhammad S.A.W
Kita hendaklah berusaha mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh agar
mendapat pendoman kejalan yang benar.
Ketaatan dan Kesetiaan
Dengar dan taat perintah Rasulullah
kita hendaklah mematuhi perintah Allah dan Rasul serta menjunjung tinggi
undang-undang.
Jauhi Akhlak yang keji
Tidak mencuri dan berzina
Sentiasa menjauhi perkara-perkara mungkar dan dilarang.
Membina perpaduan dan kasih sayang
Tidak melakukan fitnah dan pembunuhan
Kita perlulah sentiasa bersikap adil dan hormat menghormati sesame
manusia
5.1.5 Mematuhi Peraturan yang telah ditetapkan (rumusan)
Kita mestilah mematuhi peraturan atau janji yang telah ditetapkan kepada kita untuk
kesejahteraan hidup kerana menunaikan janji suatu kewajipan. Kita perlu membina peribadi
mulia dengan meneladani masyarakat Yathrib dalam perjanjian Aqabah.
-- TAMAT --
Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu