The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Islam Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhusni1986, 2021-05-20 00:47:42

Nota Tayamum

Pendidikan Islam Tahun 5

Keywords: Tayamum

Tayamum M/s 102-109

4.1.1 Pengertian Tayamum

Tayamum : Tayamum bermaksud menyapu debu tanah yang suci kemuka serta
kedua-dua tangan hingga kesiku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

4.1.2 Sebab-sebab yang mengharuskan Tayamum.

Tiada air setelah berusaha mencarinya.
Ada air tetapi hanya mencukupi keperluan diri dan ternakan
Jarak tempat ada air terlalu jauh.
Terhalang daripada menggunakan air disebabkan sakit atau ada musuh
berdekatan tempat air.
Cuaca terlalu sejuk sehingga memudaratkan.

4.1.3 Menjelaskan rukun dan sunat Tayamum

Rukun Tayamum :

1. Berniat :

َ Nَa‫َل‬wa‫ا‬iَ‫ع‬tu‫ََت‬A‫ َِل‬tِtaَِyَ‫ِة‬a‫َل‬mm‫َص‬um‫َال‬aَ‫ض‬liِis‫َر‬tiَ‫ف‬bَah‫ َِة‬aَ‫ح‬ti‫ا‬F‫َب‬a‫ َِت‬rَ‫س‬dhَ‫ إل‬isَِS‫َم‬o‫َم‬laَ‫ي‬t‫َت‬i‫ال‬liَllَ‫ت‬ahi‫وَي‬tَaa‫َن‬la

َ َََMaksudnya : Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala

2. Menyapu debu tanah yang suci keseluruh muka
3. Menyapu debu tanah yang suci pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
4. Tertib (mengikut turutan)

Sunat Tayamum :

1. Membaca Basmalah :

2. Menyapu muka dari atas ke bawah.
3. Menipiskan debu pada tapak tangan.
4. Merenggangkan jari ketika menepuk debu.
5. Mendahukukan anggota kanan daripada kiri.
6. Menghadap kiblat.
7. Membaca doa wudhuk setelah selesai bertayamum.

4.1.4 Menghuraikan syarat-syarat tayamum.

Syarat-syarat Tayamum :

1. Mencari air selepas masuk waktu solat.
2. Masuk waktu solat.
3. Menggunakan debu tanah yang suci
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu.

4\.1.5 Cara-cara bertayamum

Cara-cara bertayamum :
1. Tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci.
2. Nipiskan debu pada kedua-dua tangan
3. Sapukan debu suci kemuka sambal berniat.
4. Ulangi tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci dan nipiskannya.
5. Sapukan debu yang suci pada tapak tangan kiri kebahagian bawah tapak tangan kanan
hingga kesiku
6. Ulangi menyapukan debu yang suci pada tapak tangan kanan kebahagian bawah tapak
tangan kiri hingga kesiku.

4.1.6 Perkara yang membatalkan Tayamum

Perkara-perkara yang membatalkan Tayamum :

1. Melakukan semua perkara yang membatalkan wudhuk.
2. Ada air selepas bertayamum sebelum solat
3. Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.
4. Telah luput waktu solat
5. Murtad

4.1.7 Kepentingan Tayamum

Kepentingan Tayamum

1. Kemudahan kepada Umat Islam untuk menggantikan wudhuk dan mandi wajib dalam
keadaan tertentu.

2. Memastikan umat islam tidak sewenang-wenangnya meninggalkan solat dengan
sengaja.

3. Menghilangkan kepayahan dan kesulitan
4. Menyucikan jiwa manusia
5. Umat Islam diseru sentiasa berada dalam keadaan suci.

Tamat.
Disediakan oleh:
Ustaz Muhamad Husni
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu


Click to View FlipBook Version